Bila jadi hal dia terpaksa mengikut bosnya ke Mentakab, jam 5 cik abang dah call risaukan tak dapat balik awal dan mengambil Aimy. Dia minta aku meminta tolong jiran, aduhai segan pula rasanya. Kereta kami ada di pejabat berserta kuncinya. Sementelah mereka pergi dengan kereta bosnya. Terpaksa mencari idea agar kereta tersebut dapat dihantar padaku. Oleh itu, terpaksa menyusahkan Kak Tim rakan pejabat cik abang huhu...cian Kak Tim. Patutnya cik abang perlu maklumkan pada bossnya dia tidak dapat pergi. Dah la keadaan aku begini, dengan di rumah tiada apa makanan. Kasihan anak-anak lapar. Bagaimana aku nak masak dan mengangkat itu ini dengan tangan sebelah? Akhirnya domino yang kami panggil menghantar makanan.
Alhamdulillah aku berjaya juga membawa Aimy balik. Esoknya Aimy dijaga aku dan Alesha. Baru aku perasan Aimy tak perlu ke sekolah dek sekolahnya bercuti seminggu. Hanya daycare dibuka. Maka sakan bermanja dan melasak.memanjangkan akalnya di rumah dak tecit tuh haha. Seronok bila melihat sendiri Aimy mahu membuat pelbagai aktiviti seharian hingga tak mahu tidur. Sekejap dia bermain bola dengan kakaknya, sekejap disorongnya 'push car'nya..sekejap buat gimnastik, sekejap.berjalan merata memegang dinding dan perabot, sekejap menyorong kerusi makan dan kerusi belajar kakaknya ke sana ke mari.. Aktif sungguh!! Paling seronok melihat dia makan dan makan. Pantang nampak makanan semua nak dan semua masuk! Sedap belaka semuanya haha. Dah bulat anak ibu bila kemaruk makan. Nasiblah kakak-kakaknya rajin juga melayan dan membantu menjaganya..kalau tidak payah juga aku dengan tangan yang sakit. Itu pun Ahad lepas tangan aku yang patah ni cuba menahan kepala Aimy dari terlentang jatuh.. Tapi gagal menahan kerana tangan tu bagai ditarik kepala Aimy menjadikan sakitnya macam baru patah tempohari huhu. Sakitnya!! Janganlah dah nak baik jadi balik huhu.
Kacau juga jiwa bila tidak biasa menjadi kidal. Nak mandi susah, nak pakai baju susah, nak makan susah..segalanya susah. Inilah rasanya bila Allah tarik nikmat anggota badan kan..SubhanaAllah.. Sungguh Agong Maha Suci Allah.
Siang tadi Aimy kembali ke sekolah. Ayahnya menghantar dan mengambil pulang. Tahu kalut ayahnya tak tahu alamat daycare haha. Ha tulah selama ni berharap pada ibu sahaja hihihi. Apa pun memang rindu pada Aimy.. Alesha dan Adani pula lewat bangun..sunyi aku di pagi hari hehe.
Malam kami berempat main Monopoly Angry Birds yang baru dibeli sabtu lalu. Lama tak main bersama-sama sekeluarga dek sibuk dengan pelbagai hal. Seronok! Tapi aku kalah!!! hahaha.. Pandai pula Alesha dan Adani main.. Sakan! Letih juga bermain monopoly ni.. Dulu kami ada set yang biasa, entah mana cik abanh simpan dalam stor. Saidina pun ada. Anak-anak dah besar pandai membaca dan mengira ni memang patut digalakkan bermain sambil belajar.sebegitu.
Apa pun memang seronok kalau ada aktiviti bersama.
Aku tak sabar nak membuang balutan simen ini. Rimas dan gatal.. Cepatlah baik wahai tangan. Harapnya 10hn ni cek di KPJ Selangor, semuanya dah kembali asal..aminnn. Doakan ya..;-) .
Published with Blogger-droid v2.0.1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku