Isnin, 2 Januari 2012

Berlalu sudah..

Dari hari ke hari nak masukkan cerita aku di sini.. Tapi tiada masa nak mengadap komputer mahupun blogger droid di telefon. Banyak hal, dah ada masa..mengantuk pula dek makan ubat eczema. Sampai tak boleh berfikir selagi tak lelap sebentar hehe. Cakap pasal eczema..semakin teruk eczema dan resdung aku. Membuatkan aku terpaksa ke pakar kulit Dr Md Noh di Jln TAR, KL 22 Disember lepas. Selain 3 jenis ubat makan dan 3 jenis ubat sapu dan seketul sabun, aku ditampalkan skin patch test dibelakang badan untuk melihat apa yang aku alah atau alegik. Kena dibiar tak boleh dibuka atau kena air sampai aku ke sana semula pada pagi sabtu 24 Disember. Ya Allah Tuhan saja yang tahu betapa gatal merenyamnya..nak jer ko buka dan garu sepuasnya. Tu pun aku dah tonyoh sikit-sikit manja2 gitu haha. Lega bila dah dibuka.. Memang sampai payah pula nak hilang kesan yang allergic tu pula. Ada 3 benda aku alergik.. Tak boleh pakai kiranya. Ketika di JTAR..nak gak rasa melihat jualan di sana yang tengah Jualan Murah. Tapi apakan daya tiada peruntukkan untu itu. Cuci mata sajalah ya hehe. Pada 22 Disember itu juga tangan aku di xtray kembali di KPJ Selangor. Alesha juga terpaksa dirujuk ke pakar bila dah 3 minggu lebih entah apa naik atas kulit badannya melata dari badan ke kanki dan tangan. Pelik sangat..macam panau kurap tapi bukan. Ia jadi begitu sebaik kami balik dari Johor Bahru. Jadi agak kalut aku di hospital bila ada 2 temujanji. Tambahan pula awal pagi aku yang kena menghantar Aimy ke sekolah sementelah cik abang selepas subuh dah ke Kuantan. Selepas tangan aku di xtray..kebetulan nombor giliran untuk Alesha dah terlepas satu. Nasib sekejap jer tunggu dah dapat jumpa doktor. Alesha diberi ubat makan dan sapu. Doktor kata macam panau..tapi pelik sikit. Mungkin antibodi dia tak kuat buatkan benda tu merebak cepat dan melata..hmm entah la. Sempat aku dan anak-anak ke cafe hospital dulu sebelum jumpa doktor otopedik aku sementelah beliau dalam OT. Lapar sungguh nampaknya Adani.. Dia yang mahukan bihun sup. Aku cuak takut dia tak makan dan banyak tak habis. Mula Alesha nak nasi goreng la, roti canai lah..tapi semua tiada. Bila aku minta dia berkongsi dengan Adani dia taknak mulanya. Lain makanan dia tak gemar. Jadi aku terpaksa memaksa dia berkongsi dengan Adani. Sudahnya tak cukup ko! hahaha.. Tau pun suka dan sedap.. Tapi bila dah minum milo dah taknak dah.. Nasib tak order lagi. Aku pula suka sangat dapat apa yang aku terbayang sejak seminggu..kuih gertas ok! haha..alhamdulillah puas makan aku beli 4 keping hehe. Tulang tangan aku yang patah ranting tu masih nampak patahnya.. Macam tak berapa ada perubahan..huhu. Bila jumpa doktor, doktor kata baru 60%++ bercantum di tengah..tulang tumbuh katanya. Yang tepi belum lagi. Masih perlu berhati-hati dalam 3 bulan ni. Makan masa nak tumbuh tulang...mungkin setahun juga baru bercantum semuanya. Doktor nak beri MC lagi sampai 28 Disember. Aku tak magu..cukuplah sampai 23 Disember tu. Balik sekolah 23 Disember, Aimy bawa pulang hasil aktiviti 'fine motor'nya.. Sungguh cantik! Alhamdulillah banyak aktiviti Aimy..patut dia suka ke sekolah hehe. Semasa ke HUKM untuk terapi OT, fisio, speech dan genetik, Aimy menunjukkan dia dah berkembang maju walau kadang tidak mahu bekerjasama. Aimy dah mula bagai mengenal warna. Dia tahu menerima arahan untuk masukkan bola merah ke lubang merah, bola biru ke lubang biru dan bola kuning ke lubang kuning. Aimy memang asyik kalau dapat buku kertad span tebalnya.. Bila hari-hari ditunjuk dan dibagitahu..dia bagaikan tahu yang mana ostrich dan yang mana pen. Tak pasti adakah ia realiti atau kebetulan. Apa pun syukur alhamdulillah. Ahad-Isnin cuti Krismas..tanpa plan kami balik ke KUala Pilah kampung arwah pak mertuaku. Memang dari raya kami nak ke sana ziarah kubur arwah. Tapi asyik ada hal hingga hujung tahun baru tercapai. Seronok balik ke sana, dari tak plan bermalam jadi bermalam. Puas makan rambutan, manggis dan durian hehe. Abg ipar dan anaknya pula berkongsi hari lahir. Sorang anak sedara rajin buatkan kek batik untuk dipotong mereka..meriah jadinya hehe. Minggu terakhir disember sekolah Aimy tutup. Kebetulan mak datang ke sini, dari rumah adik ke rumah kakak, akhirnya mak ke rumah kami membantu menjaga aimy dan kakak-kakaknya. Seronok sakan anak-anak bila OPah di rumah. Bila Opah nak balik Sabtu 31 Disember..semua monyok hehe. Aimy pun tahu mengada bila ada opah hehe. Abang ipar menghantar mak balik kampung sementelah mereka nak balik kampung dan jalan-jalan ke Pangkor. Cuti tahun baru kami mengemas rumah. Cik abang menyusun atur kembali bilik anak dara kami. Membersihkan segala habuk sementelah mereka alergik kan. Aku pula mengemas semua almari baju yang dah dipunggah dek anak-anak dan susunatur baju yang dah salah letak dek cik abang dan opah mereka. Sempat juga merendam tudung sekolah Alesha. Baju sekolahnya dah selesai direndam dan disental semula dek opah mereka. Hilang pula sehelai tudung Alesha. Buku-buku tulis dan 2 buah buku rampaian sahaja yang dapat aku beli dari kedai buku sekolah Alesha pada hari selasa minggu lepas. Lambat betul kedai buku sekolah dibuka tahun ni. Dah buka pula banyak buku tiada. Asyik kena tunggu. Hari-hari telefon sekolah tanya hal buku, bosan tul. Hari JUmaat aku terjah jer..tutup bula kedai buku sekolah tu. Sabar jer lah kan. Malam tadi baru ada kesempaan menulis nama pada buku- buku yang ada. Ada sikit pembalut lebihan ahun lepas. Buat apa yang ada dulu. Hari ni nak cuba ke kedai buku mana-mana cari buku yang belum ada dan pembalutnya sekali. Hari.ni juga nak iron baju sekolah anak-anak. Esok Aimy dah mula sekolah. Alesha dan Adani akan mula sekolah 4 Januari. Cepatnya 2011 berlalu.. Berlalu denan mood sedih untukku. Ex-boss aku meninggal pada 28 Disember lalu. Bos yang paling bagus yang pernah aku jumpa. Tiada jurang antara bos dan anak buah. Dia seorang bos yang sangat baik. Sangat berkebolehan. Sangat ceria dan mengambil berat. Perginya sebutir bintang buat syarikat tempat aku bekerja. Kasihan pada isterinya yang juga ex-boss aku. Mereka memang kerja bersama sejak mula lagi. Pasangan yang boleh saling bekerjasa secara profesional di pejabat. Mereka memang orang yang hebat dan baik. Sedih aku.. :(. Malam tahun baru orang sambut di merata tempat, aku di rumah menonton OMbak Rindu.. Memang tak teringat pun hal tahun baru..hehe. Sedar-sedar masa nak tidurkan Aimy yang baru nak tidur, terdengar berdas mercun dipasang. Eh tahun baru laa.. Hehe. Selamat tinggal 2011.. Selamat Datang 2012. Moga bertambah rezeki dalam pelbagai aspek untuk aku, suami dan anak-anak terutamanya.. Moga Aimy boleh berjalan dan bercakap tahun ni. Moga Alesha dan Adani terus sihat dan teus berjaya dalam pendidikan dan pelajaran mereka. Moga aku dan suami juga semakin dikuatkan iman dan taqwa terhadap Allah swt..merasa nikmat beribadah dan ditetapkan hati dalam Islam dan tidak diterbalikkan gelap hati dan akal ini jauh dari agamaMu Ya Allah..aminnnnn ya rabbal alamin...

Published with Blogger-droid v2.0.2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku

Catatan Popular