Rabu, 5 Oktober 2011

Tak sangka!

Hujung minggu lepas, ketika aku duduk-duduk melayan Aimy. Tetiba jer Aimy meletakkan botol susu yang sedang dinyonyotnya. Diambil mainan binaan star dia. Ingatkan dia takat nak gigit sementelah mainan tu dah bercerai dari badannya dan tercampak merata selepas dimainnya sebelum itu. Memang suka menyepah mainan budak kecik ni hehe.

Sekali tak sangka dia cuba memasukkan star tersebut ke puting botolnya hahaha. Wah kreatif juga dia. Mula tu sampai tumbang botol susunya. Kali ke dua baru dia berjaya. Kekakar jer tengok gelagatnya haha. Tetiba rasa kagum, maknanya dia 'berfikir' dan mula menggunakan kebolehan pemikiran kreatifnya.. Syukur Alhamdulillah. Berulangkali Aimy mengulanginya. Siap diambilnya star yang lain. Tapi puting botol susu bukan panjang pun kan, jadi takat satu star sahaja yang dapat masuk..hehe.

Sejak lepas bercuti raya, dah tak boleh buat apa sekarang kalau Aimy tak tidur. Kena hadap dia jer. Kalau dulu tinggal buat kerja kat dapur atau di tingkat atas, dia pandai main sendiri atau join kakak-kakak main. Sekarang asyik mengamok tahap tertinggi sambil menarik rambut sendiri sampai tercabut dan putus. Seriau tengok rambut banyak di gengaman tangannya dan muka semerah-merahnya. Paling ngeri bila dia menghempas badan dan kepala berdentum bila amokan semakin kuat. Entah apa tak kena. Dah hampir sebulan begitu. Risau dibuatnya. Rupanya di sekolah pun begitu. Mengamok menarik rambut. Takut jadi macam dulu jer. Botak setompok di kiri pala dan setompok di kanan kepala.

Ni dah seminggu selsema tak baik lagi. Sampai kakak-kakak pun dah jangkit.Demam cepat pula hilang. Malam pun makin kerap tersentak terjaga. Kadang suara tak bunyi awalnya, tapi kaki dihentak dan dihentam ke badan dan perut sesiapa saja yang tidur berdekatannya. Senak dibuatnya.. Kemudian kalau botol airnya tak berjaya dicari..atau lambat diberi..menangis sekuat hati. Memang makin tak berkualiti tidurnya. Buat aku turut sama mengantuk siang hari.

Malam tadi lepas aku tidurkan, dia bangun semula.. Melasak main atas katil membuli ibunya hehe. Aku yang tak sempat mandi dek dia mengamok awalnya, dah pening kepala. Terus minta cik abang ambil alih. Mula tu ok. Kemudian aku dengar amokan dia semasa aku mandi.

Tak lama aku dengar ayahnya dah bawa dia turun, nak bancuh susu yang dah langsai. Satu habbit Aimy ni, nak tidur kena minum susu. Kalau dia ngantuk sangat, air kosong pun ok. Ayah dia letak tinggalkan dia dengan kakaknya terus mengamok lagi. Dah dapat susu pun madih mengamok. Nak tidurlah tu. Tapi nak ibu. Sudahnya ayahnya buat tak tahu. Kesian aku dengar amokannya huhu. Selesai mandi, aku intai ke bawah dia baru terlelap selepas puas menangis. Ciannnn dia. Dah betul lelap, ayahnya sapukan minyak zaitun yang dah lama tak disapu dan diurut ke badannya. Minyak tu kami dapat dulu masa kami bawa Aimy berubat ketika dia sakit teruk 6-7 bulan lepas. Malam tadi agak ok tidurnya. Tak kerap tersentak terjaga dan mengigau cam selalu. Pagi mood ok tak mengamok hehe.

Sebenarnya dah 2-3 kali aku mengajak cik abang bawa Aimy berubat dengan ustaz yang kami pergi dulu. Tapi diam buat tak tahu jer. Hmm... Kadang geram gak dibuatnya. Mungkin dia anggap tiada apa yang perlu dirisau dan diubati. Aimy cuma tak cukup rest dan mengamok kerana mengantuk. Tapi bila amokan makin kerap berlaku dan Aimy kejap-kejap menguap serta tak lama ceria bermain merayap sana sini seperti dulu.. Minggu lepas aku ajak sekali lagi. Aku cuak dan risau melihat rambut Aimy penuh di tapak tangan dan puting botolnya. Sampaikan melekat ke tudung aku bila dia mengamok teruk pagi rabu minggu lepas. Akhirnya cik abang nyatakan persetujuan. Terus aku sent sms yang dah lebih seminggu aku simpan dalam draf untuk ustaz haha. Malangnya tak dapat nak jumpa ustaz minggu lepas. Patutnya isnin baru ni pula. Tapi dah pakciknya meninggal pula. Jadi insyaAllah malam ni. Dah 2 bulan juga Aimy tak mandi air daun kacang botol. Tak sempat pun ya. Maklumlah sibuk dengan puasa, raya dan sebagainya. Malam ni, tiada pula daun pokok kacang botolnya pula. Kemudianlah yang tu. Malam ni ustaz cuma minta bawa air mineral, minyak habatussauda dan garam halus sahaja. Harapnya tiada halangan lagi malam ini..amin.
Published with Blogger-droid v1.7.4

3 ulasan:

  1. Alahai aimy..sian Tika..sabarlah ye..
    Mmg betul tindakan Tika bawa dia jumpa ustaz tu..mana tahu kan..condition dia baik sket ke nnt..

    BalasPadam
  2. wah.pandainya aimy.. :) ni mesti training kat skool yek..:)

    BalasPadam
  3. Tu lah ina.. memang sejak sekolah ni, nampak cepat dia menangkap belajar dan boleh buat. Kita ajar sekali dua dia dah boleh buat. PAstu tekun dan fokus nak buat.. lama gak ler berbanding dulu ngadap ..adalah 15-30 minit. Kalau dulu, 1-2 minit dah takmau.. hehe. Teacher Shyla pun kata dia cepat boleh. Alhamdulillah laa.. harapnya sindrom yang dia ada tak mengganggu sangat perkembangan mentalnya.

    BalasPadam

Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku

Catatan Popular