Selasa, 25 Oktober 2011

Sara dan imbuhan

BerSara, PerSaraan atau dengan perkataan lain pencen. Hmm... Tapi pencen merupakan bahasa inggeris yang dimelayukan kan.

Hmm bercampur baur perasaan aku hari ni.. Sedih, sayu, kesian, pelik, yang kadang kala diiringi perasaan yang berlawanan. Tak tahu nak digambarkan.

14 tahun lebih berlalu.. Pertama kali aku melihatnya ketika dia menjadi salah seorang dari 3 panel yang meng-interview aku dulu. Setelah beberapa lama aku kenali dia, memang dia bukanlah insan yang digemari. Seorang yang terlalu tegas, serba tak kena, memang selamber menegur apa sahaja di khalayak, nampak terlalu beremosi. Banyaklah hal nya.

Nak jadi cerita, setelah 12 tahun lebih aku bekerja, tiba-tiba aku perlu berkerja di bawah seliaannya. Oleh kerana aku suka dengan tugas yang ditawarkan, dari awal telah aku letakkan suis positif walau aku tahu apa yang bakal aku hadapu dan macam-macam telah aku dengar.

Kini setelah 2 tahun 6 bulan berlalu.. Pelbagai kisah berlaku ketika aku di bawah seliaannya. Aku akui, aku bukanlah bagus sangat.. Aku punya masalah sendiri yang aku perlu imbangkan dengan kerja. Tapi kadang, tiada kefahaman darinya buatku. Semua serba tak kena. Ada saja salahku. Hal anak aku tersangkut paut. Apakan daya, bukan aku pinta anakku dilahirkan istimewa...

Dulu aku sering mengharap tekanan darinya berakhir segera. Mak pernah berpesan, berdoalah agar dia menjadi ketua yang baik, lembut hati, memahami dan bertimbangrasa. Alhamdulillah lama kelamaan aku boleh ikut rentaknya dan akhirnya dia juga mula berlembut dan lebih memahami. Walau masih ada perkara-perkara yang pastinya tetap tidak disenangi hihi.

Tapi hari ini, sedih pula melihatnya mula mengemas segala barangnya sejak pagi. Aku pelawa bawa dengan troli tak mahu pula dia. Hmm kenapa mesti dia bagaikan tidak redha untuk bersara. Hadiah dari kami pun diterima acuh tak acuh dari tangan boss besar.. Majlis perpisahan minggu lepas juga dibatalkan. Pengakhiran yang buat aku rasa seribu macam rasa. Kasihan, sedih, dan entah...

Tadi balik pun aku serba salah.. Nak salam ucap selamat.. Tapi dari pagi aku dengar dia akan ada di sekitar lagi minggu depan. Dia akan datang lagi. Hmm entahlah.. Apa pun aku berdoa dia lebih bahagia dengan apa yang akan dilakukannya selepas bersara ini. Moga makin murah rezekinya kerana dia memang seorang yang pemurah.. Aku hormat dia sebagai ketua aku dan kebih kepada orang tua yang lebih berpengalaman.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku

Catatan Popular