Sabtu, 24 September 2011

Tersepit!

Semalam sampai depan day care Aimy, terdengar suara tangisannya. Ingatkan mengamok baru bangun tido atau nak ditukar baju.. Rupanya teacher Shyla memberitahu, Aimy baru sahaja tersepit pintu! Adus sakitnya! Ditunjuknya jari Aimy yang tersepit. Adus dah jadi darah beku di dalam kuku. Dengan bengkak kemerahan.

Nasib sebaik aku dokong, terus diam. Teacher bancuhkan susu suam untuknya.. Masuk kereta terus layan susu dan akhirnya tertidur sepanjang perjalanan balik. Kesian Aimy. Nak buat camne, dia suka main pintu. Tapi tak pernah tersepit pun sebelum ni walau dia memang suka nak tutup pintu. Dia pandai selalunya jaga jari agar tak tersepit hehe. Dah nak terkena la tu.
Published with Blogger-droid v1.7.4

3 ulasan:

  1. Alahai siannya aimy, sakit tuh...Iman pun suka benar main pintu skrg..semua pintu nak ditutupnya...termasuk pintu kereta....

    BalasPadam
  2. uiii..sakit tuh..slm ina amik nabila nampak dia tgh dok dlm kerusi..agaknya pas Nabila balik dia turun dari kerusi kut..huhu..cian aimy..

    BalasPadam
  3. adoi kak!! saket nye tuuhhh! cian die..

    BalasPadam

Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku

Catatan Popular