Isnin, 19 Julai 2010

Zuriat Kita?

Aku tak tahu laa ia satu program baru di Astro Oasis atau sekadar slot sekali sekala. Tapi memang rasa dah banyak kali tengok nama program ni. Cuba tak berkesempatan nak tengok.. Tadi tertengok sedikit, alahai sedihnya hati.. meruntun jiwa pabila melihat seorang kanak-kanak (mungkin 8 tahun umurnya) terbaring dengan saluran apa ntah masuk ke dalam mulut, dengan keadaan kepala dan badan yang sungguh sedih melihatnya. Semuanya gara-gara dia jatuh dari buai masa berumur 3 tahun, dan palang buai terkena kepalanya. Mungkin memberi kesan kepada sarafnya la.. (aku tak pasti sebab tak tengok dari awal).. Sungguh sedih, sungguh pilu.. Bukan kecacatan asal, tapi katanya kecuaian manusia kerana buaian dihenjut laju hingga tercabut segala.. Aduhai betapa luluh hati ini...5 tahun berlalu, tapi tiada apa yang bertambah baik ..kesiannya.. :((

Kena ingat ni.. nak tengok lagi minggu depan.

Masa sukan tahunan tadika Alesha, pandanganku tertaut pada seorang kanak-kanak lelaki yang tak kuketahui berapa umurnya. Nampak agak berlainan dirinya berbanding kanak-kanak lain.. Tapi itu hanya terkaan aku sahaja. Tapi dia sungguh bersemangat dan ceria bila dapat membuat sesuatu. Bila berjaya, mesti dia mencari raut wajah seseorang di sekitar, bagaikan ingin memberitahu dia berjaya lakukan. Mula aku tidak nampak siapa.. tapi akhirnya aku nampak siapa yang dipandangnya acapkali. Seorang lelaki yang kurasakan ayahnya, menggangguk dan tersenyum pada si anak pabila wajahnya dipandang. Tangannya tak berhenti memetik butang kamera.. Jelas perasaan bangga dan gembira pada wajah si ayah.. tapi lain sungguh raut wajah itu.. ada sedikit kesayuan di situ. 'Asyik' aku memandang kanak-kanak lelaki itu.. Memang ada kelainan yang aku sendiri tak pasti.. Walau apapun ia.. aku gembira melihat kanak-kanak dan ayahnya gembira.. sesungguhnya Allah menduga hambaNYA dengan pelbagai ujian. Namun dugaan anak-anak ini, pasti menyentuh jiwa..

Allah Maha Mengetahui..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku

Catatan Popular