Ahad, 18 Julai 2010

Berlegar hal yang sama..











Dah dinamakan perempuan, asyik dalam kepalanya berlegar hal yang sama..hehe. Paling utama hal anak-anak.

Sejak dua menjak ni, Alesha kadang makin merisaukan hati aku sebagai seorang ibu. Tingkah lakunya, sikapnya, tutur bicaranya, fikirannya.. meresahkan jiwa ragaku. Apa lagi dapat aku buat selain menasihat, berdoa dan tak jemu mengajar dan mendidik yang baik-baik sahaja khas untuk dirinya. Malas pula aku menyenaraikan apa yang merisaukan.. Tapi harapnya ia cuma sementara, manakala yang baik dan positif diteruskan berkembang hingga dewasa. Tapi dalam dia merisaukan aku, dialah penghibur di rumah ini. Tiada dia, sunyi sepi rumah ini... Semua rindukannya..hehe.

Ahad 11 Julai, Tadika Alesha ada sukan tahunan. Dek masa terhad, Alesha masuk satu acara jer. Lelain dia masuk barisan dan pertunjukkan ala berdendang sebagai mukadimah acara. Cute jer semua, macam-macam perangai ada haha. Paling best aku rasa, aku tengok cara Alesha berkawan dan berpeluk sakan dengan rakan-rakan bila bergambar.. ahaks. Ada tu aku rasa, cam orang dewasa jer cara dan gaya mereka ni bergambar haha.. kelakar laks. Tapi agak bosan benarnya acara sukannya.. yerlah anak kita masuk tak seberapa, tapi kena hadap dari A-Z haha. Dengan kaki aku yang sakit, seksa sikit menunggu.

Balik dari sukan Alesha, kami ke Cheras. Selain bertujuan mengambil mak aku yang ada di rumah pakcik aku, kami sekali lagi ingin melawat bapa saudaraku aka Pak Anjang yang telah keluar ICU di HUKM. MAsa di HUKM, aku tak sampai hati melihat keadaannya yang bengkak sana sini. Nanah disedut dari dada, lutut dan pinggangnya. Pelik sungguh keadaannya.. sungguh misteri penyakitnya.. hmmm. NAmun syukur bila dapat berborak dengannya ketika kami melawatnya kali ke 2. Sempat juga aku melawat mak saudara belah ayah aku yang juga ditahan di wad HUKM. Kebetulan pula.. sekali harung jer la. Tapi minggu lepas, Pak Anjang aku mengalami komplikasi lagi, sekali lagi beliau dimasukkan ke dalam ICU...aduhaii kesiannya.. Ni baru semalam aku dengar dia dah dimasukkan ke wad biasa.. Ya Allah kau berikanlah Pak Anjangku kesihatan yang baik.. aminn..

Adani pula sejak dua menjak ni, asyiklah batuk diikuti dengan asthma. Mungkin disebabkan cuaca.. Dia tak boleh sejuk sikit, sure berkokok malam-malam. Semakin hari semakin teruk bunyinya. Tapi bila dibawa ke klinik, kena neubelizer.. alhamdulillah ok dah tak berbunyi dadanya. Tapi ok laa untuk 5-6 hari, nanti kembali lagi.. aduhai..cian Adani. Dia pun sedar keadaan dia.. memang dia bebetul displin tak buat, tak makan dan tak segala yang tak boleh untuk dia.. Kat rumah bukan sahaja penuh dengan ubat Aimy, tetapi kini dah berganda bila ubat Adani juga kerap dapat..huhu.

Dah tak ingat bila tengok report card Adani di tadika.. Risau benarnya dengan Adani ni. Dia jenis ikut kata hati dia, tak suka.. dia boleh pergi begitu sahaja. Takut dengan teacher dia pun dia buat begitu. Namun Alhamdulillah.. semua yang dinilai mendapat A. SEMUANYA! haha.. macam tak percaya pula.. Sebab haritu ada teacher dia cakap, dia suka dreaming, agak tak mahu bersosial dan susah nak ekspreskan perasaan, sampai suka benar teachernya mengusik dia.. saja dihalang laluan.. dipanggil-panggil dan disuruh bercakap..haha. Kalau dulu Alesha masa 4 tahun, ada juga B - Art. Tapi aku akui, Adani memang lebih sedikit bab art ni hehe. Tapi bab membaca, sama kut macam kakaknya dulu.. tak menunjuk sangat apa yang mereka boleh di rumah.. tapi cikgunya kata OK, boleh baca.. ntah laa.. tak caya laks cakap teacher dia aku ni wakakka. Aku anggap tu cuma promosi tadika jer hahaha. Bak pembentukan diri pun Alhamdulillah.. semua ok.. Teacher dia kata, memang berubah laa dari awal dia masuk dulu. Dah mula menampakkan hasil.. hmm mungkin ya.. Nampak dia dah nak masuk jarum dah bila ada kawan-kawan kakaknya datang.

Aimy, SYUKUR ALHAMDULILLAH... makin stabil, makin kuat agaknya. Walau ada juga demam dan kini tengah selsema. Tapi masih ok lagi laa.. Under control kata orang kampun den haha. Walau dia masih belum menunjukkan perkembangan fizikal lain selain maju kehadapan, tapi mindanya berkembang.. Dah nampak faham orang bercakap, bagai pandai berfikir sendiri, pandai memberikan eksperasi diri dan ceria bila sihat.. Syukurrr sangat-sangat. Bila kesihatan dia agak stabil begini.. Aku sudah memulakan langkah untuk membuat keputusan seterusnya. Sekarang kami dah mendapatkan beberapa buah pusat Early Intervention Program (EIP)yang telah kami hubungi. Banyak juga maklumat yang telah kami dapat.. cukup bersyukur bila setiap orang yang dihubungi sangat membantu dan cukup memahami apa yang aku perlu tahu walau aku sendiri tak tahu apa yang hendak ditanyakan haha. Tapi oleh kerana mungkin aku akan menghadapi perkara ini dalam jangka masa yang panjang, menuntut kewangan yang banyak, juga kurang kesediaan kebanyakan pusat EIP untuk menerima kanak-kanak di bawah 2 tahun.. Aku dicadangkan oleh Ms Tina dari Malaysian Care, untuk pergi ke Pusat Perkembangan Kanak-kanak atau Child Development Centre di mana-mana hospital yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Ini kerana, Aimy belum boleh berdiri sendiri apatah lagi berjalan.. malah duduk sendiri pun belum. Jadi perlu diusahakan untuk boleh duduk, berdiri dan berjalan.. barulah boleh pergi ke mana-mana Pusat EIP.

Sebenarnya masa aku berurut tempohari juga aku diberikan maklumat yang sama oleh tukang urut yang juga mempunya anak 'special needs'. Tukang urut tersebut syorkan aku ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Ms Tina pula prefer Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Tapi sungguh baik dan cukup bagus Ms Tina ini, panjang lebar dia melayan aku di dalam telefon, diusahakan pula dia mengemail aku pula dengan maklumat yang dia janjikan. Sesungguhnya baru ku tahu ada juga Perpustakaan Mainan atau Toy Library untuk special needs children di Malaysia ni.

Berkenaan Child Development Centre (CDC), dari pembacaan aku yang hanya sedikit.. entah kenapa kurasakan CDC HUKM lebih bagus dan lebih meyakinkan. Bukan aku kata CDC di PPUM tak bagus, kerana keduanya aku belum pernah pergi.. Tapi dari maklumat yang aku dapati, menunjukkan CDC di HUKM diiktiraf dan mempunya ramai pakar dan ia betul-betul sebuah pusat khas di dalam HUKM. Tapi di PPUM, kurang maklumat yang aku dapati untuk CDC ini. Mungkin panggilan namanya lain, atau ia mungkin hanyalah sebuah bahagian/jabatan di dalam Klinik Kanak-kanak/paedetric... Dari maklumat yang aku dapat, begitulah yang aku dapat bayangan. Oh aku lupa bercerita tentang CDC, CDC ini fungsi dia untuk memeriksa secara mendalam setiap anggota badan dan deria kanak-kanak yang didapati mempunya masalah dan memerlukan bantuan. Setelah diperiksa dan dipastikan apa yang terkurang atau terlebih, barulah rawatan diberikan, termasuklah rawatan fisioterapi dan perkembangan awalan kanak-kanak.

Tapi kini aku dalam dilemma.. yang mana satu harus kupilih. Keputusan aku perlu memikirkan pelbagai faktor, perkara ini jangka masa panjang, perlukan kewangan yang berterusan, perlukan mengejar masa kerana temujanji bukan pada sabtu dan ahad, perlu lihat jarak lokasi, laluan yang hendak dilalui dan pelbagai lagi faktor yang mungkin perlu diambil kira. Hati ku berkenan dengan HUKM, tapi dari segi praktikalnya.. PPUM lebih memenuhi.. Jadi ntahlah.. nanti aku senaraikan semua faktor, dan suruh cik abang fikir sama.. hehe. Kemudian, bila masa yang paling sesuai untuk ku mulakan haha. Prosedur kedua-dua hospital sama, perlukan surat rujukan dari doktor yang merawat Aimy dan yang mendapati Aimy sekian-sekian, bawa surat tersebut ke CDC tersebut. Temujanji akan dibuat selepas itu.

Aku tak dapat bayangkan bagaimana harus aku meminta kebenaran boss untuk ini semua. Bagaimana harusku memohon kefahaman dan sedikit timbangrasa dari rakan-rakan sekerja. Bagaimana harus kubahagi masa yang telah sememangnya tak cukup dan asyik membuat aku berkejar ke sana ke mari. Aku perlukan kerja untuk wang, tanpa wang.. lagi teruk nanti kami. Ini pun dah beribu aku berhutang dengan kredit kad atas bil-bil yang tidak keseluruhannya ditanggung oleh syarikat insuran tempat kami bekerja..huhu. JAdi untuk bercuti tanpa gaji itu sesuatu yang mustahil bagiku. Kecuali suamiku mendapat kenaikan gaji sekurang-kurangnya 60% dari gajinya sekarang. Itu pun sekadar mungkin entah cukup entah tidak.. waAllahualam. Apa pun moga Allah murahkan rezeki kami demi anak-anakku.. Aminnn...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku

Catatan Popular