Ahad, 25 Julai 2010

Imam Muda

Next week dah final untuk Imam Muda.. antara Sdr Hizbur dan Asyraf... aku pilih Asyraf... Walau jelas nampak Hizbur lebih pengalaman dan sebagainya.. Tapi Asyraf ni ada aura.. ada kelainan.. Aku suka dia yang menang dan digelar Imam Muda.. insyaAllah...

Teringat pula boss aku di pejabat, katanya bila ditanya oleh rakan sekerja.. bila nak bermenantu.. Dia jawab, "kalau ada yang macam imam muda tu.. Aku OK ajer nak terima buat menantu" hahahaha.. Betapa kuat juga penangan rancangan ini pada semua orang.. dengarnya sampai ke siaran international.. wahh cayalah !!

Err... Imam muda ni ada kursus perawatan Islam tak?? hehehe

Tengahari tadi Mak, Mak anjang manja dan Mak Andak aku sampai dengan bas dari Sitiawan. Mereka berhajat melawat Pak Anjang aku yang teruk terlantar sakit di hospital (HUKM). Dah ok, kembali kritikal.. dah ok.. berulang kembali. Namun sungguh misteri penyakitnya.. dengan penuh poket nanah di dalam badan terutama pada leher, lutut dan pinggang.. kini di kaki pula.. bengkak segala macam ada benda membengkak dari dalam badan.. Nanah disedut macam tak putus keluarnya.. Kena pula di dialisis darahnya untuk mencuci buah pinggang.. ditebuk sana sini, dimasuk segala saluran. Bebaru beberapa hari ini, benda yang menjadi misteri bagai mengamok.. TEruk Pak Anjang aku mengamok sampai doktor dan nurse takut nak dekat... Sedangkan masa itu Pak Anjang aku telah dimasukkan ke High Desinty Ward kerana dia sesak nafas tak boleh bernyawa.. MAcam-macam dia meracau dan dinampaknya. Sebelum ini memang ada pelbagai benda mistik dia mengadu masa kami melawatnya... Tak berani pula aku bercerita di sini.. seram.. haha. Tapi kesian betul Pak Anjang aku.. pelbagai dugaan hidup dia perlu lalui dari kecik hingga tua begini.. aduhai..

Pak Anjang aku ni benarnya sebulan lebih yang lalu dah mula demam.. Tapi dalam demam yang sikit-sikit, dia masih teruskan kerja mengubat orang.. dah ada jer yang datang dan tak faham bila Mak Anjang aku katakan Pak Anjang aku demam.. Nak juga mereka berubat ... Tapi itulah, bila diri sendiir pun lemah.. pendinding itu tak kuat.. maka benda-benda mistik ini bertapak di dalam badannya.. Itu yang dikatakan oleh Ustaz-ustaz yang dijumpai oleh semua sepupu-sepupuku dari pelbagai negeri.. Nak kena bawa Ustaz juga ke hospital agar dapat mengubatinya dan menyelesaikan masalah ini.. KAlau dibiarkan.. makin mudarat pakcik aku... sekarang dia telah bergantung dengan bantuan oksigen untuk bernafas.. HAnya Allah yang tahu.. Apa pun aku harap Pak Anjang aku dapat pulih sperti sediakala dan diberi kekuatan oleh Allah swt.. Sesungguhnya Allah itu yang Maha Berkuasa.. Aminn...

Niat aku minggu ini nak mecari hadiah birthday untuk cik abang... tapi asyik ad ajer hal.. Kemudian nak mulakan menjahit baju kurung anak-anak.. Tu pun hanya sehelai kain jer dapat ku potong untuk 3 anak ku.. ada 2 lagi kain pasang untuk mereka.. tak terpotong dah aku.. Yang aku dah tempah pun ada sepasang untuk mereka. Langsir aku yang 2 tahun lepas pun tak siap lagi ahaks.. Tambahlah sarung kusyen yang entah bila nak ditempah setelah aku berputus asa mencari zip panjang untuk kusyen tersebut... HArapnya ada laa peneyelesaiannya.. hehe.

Bila laa aku boleh kurus?? hahahha

1 ulasan:

  1. Syukur Alhamdulillah Imam Muda Asyraf menang.. kupasan hujahan yg kuat, akal yang panjang, kreatif dan penuh idea.. mesra dan aura kuat :)

    BalasPadam

Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku

Catatan Popular