Ahad, 18 Julai 2010

Sarena pregnant..hehe

Tadi tengok JJCM=Jalan-jalan Cari Makan kat TV3. Kalau dulu Tengku Maria yang jadi host, tapi sekarang si Sarena Redzuan pula yang jadi host. Seronoknya jadi dia.. bukan seronok sebab makan sedap-sedap, tapi seronok sebab pregnant bukan main selera makan.. dan cam takde simptom perempuan mengandung gayanya (aku tak tau sangat dia camne, sebab tak baca citer artis lamaaaa dah haha).

Jap... aku nak recall sepanjang aku kandungkan ketiga-tiga anak aku.. hehe. Rasanya yang standard, loya sepanjang mengandung haha. Cuma antara kuat tak kuat jer berbeza. Paling kuat masa kandungkan Alesha. Tapi memang masa tu lengkap segala laa.. dengan mabuk asyik berpusing pala.. loya.. menonggeng jer kalau malam-malam. Siang ok sket.. pagi takde teruk cam orang lain, kalau muntah pun setakat yg kuning pahit tu jer laa. Tapi jarang sekali muntah. Tapi start nak dekat pukul 5 petang baru dia teruk pening haha. Paling tak best sebab asyik loya dan pening jer.. muntahnya tidak.. tu yang seksa.. cam angin dok jer kat pala dan hulu hati.. sungguh tak selesa.. Makan paling kurang laa masa ni. Jangan tanya bab makan, pasti jadi tension.. tension tak boleh fikir apa nak makan, dan bila fikir jadi bertambah kembang tekak wakakkaka. Minum gak susu ibu mengandung, tapi setin jer sepanjang pregnant hahaha.. kalau ada tambah pun, yg dapat PERCUMA dari doktor. Hemoglobin paling kurang masa ni.. tu yg asyik pening nak pitam.. Paling tak lupa masa kena food poisoning.. ya Allah cam berada dalam bola dan gasing, berpusing semacam.. 1st time alamai..cam nak mati rasa, dengan muntah berlambak dan ceret.. Seksanyaa masa tu haha. Kena paksa makan pil iron utk tambah darah.. hasilnya SEMBELIT! haha. Masa Alesha ni, banyak gak dugaan.. yerlah baru kahwin katakan.. nak sesuaikan diri dengan suami dan keluarganya, kebiasaan mereka.. nak sesuaikan diri dengan tanggungjawab sebagai isteri. Nak sesuaikan diri dengan keadaan diri yang berubah. Diduga dengan kehilangan barang kesayangan masa pencuri pecah masuk rumah. Diduga dengan suami yang kerja balik lambat dan baru bertukar kerja..Kaki dah bengkak, kebas..menyebabkan kemalangan masa memandu kereta.. macam-macam hal tul hehe. Tapi dalam mabuk, boleh juga aku berjalan mengikut rombongan pelbagai kenduri, boleh lagi bergilir memandu jauh-jauh sampai ke Terengganu hehe. Bulan Ramadhan tiba ngam-ngam aku masuk 4 bulan kandungan dan aku dah ok sikit dari menonggeng haha. Alhamdulillah cukup puasa tak perlu ganti.. syukur. Alesha lahir lewat 4 hari dari jangkaan.. itu pun terpaksa dibedah bila graf jantungnya hilang-hilang bila ada sedikit contraction masa ujian CTG dibuat.

Masa Adani.. kurang sikit pening dan menonggeng.. cuma loya tetap standard haha. Ada muntah, tapi tak kerap dan teruk. Pagi juga mabuk, tapi tak teruk.. seksa sket nak bergerak sebab jadi GIANT!! hahahaha.. perut besar, badan besar.. kaki besar.. ishh buruknyaa aku..!! Makan ok sikit, tapi menu terhad.. yang boleh masuk keli berlado.. haa yg ini sama masa kandungkan Alesha. Cuma masa kandungkan Alesha.. masakan sambal tak suka langsung.. kadang makan kering jer segala.. Tapi masa Adani, suka laks sambal-sambal.. Masa Alesha, udang tu...sebut jer dah kembang tekak.. masa Adani, suka laks hahaha. Tapi segala fast food tak suka.. terutama McD.. tak gemor langsung masa pregnant Adani. Masa alesha..ayam paling tak suka, tapi kerap disedeqah KFC dek jiran depan yang bekerja sebagai pemandu lori KFC hahaha. Tapi paling standard antara dua kandungan ni bab makan, makan nasi kenduri dinanti-nanti hahahaha.. Sampai tak missed gi kenduri kawen orang.. Pantang diajak..kakakka. Tapi yang tak best masa ni, cik abang rajin melayan ajakan kawan-kawan untuk beraktiviti luar (outdoor).. Ada laa beberapa kali kena tinggal walau tak lama.. Yang tak best kena tinggal, bila diri tak larat/tak boleh nak masak, nak keluar rumah.. jaga anak sorang-sorang. Alesha melasak laks masa tu.. Seksa sungguh rasa.. Tapi keadaan perut masa ni amat pelik..sungguh maju ke hadapan.. nak duduk, baring, menyelit di mana-mana susah sebab ke depan sangat kakakkaka. Paling seksa nak memandu..! Ditambah seksa bila tetiba wujud pula kedai makan di bawah pangsapuri, dan ada pula yang tetiap hari masak sambal tumis (orang bawah tu menjual nasi lemak kut..!). Aduhai.. mula laa tutup tingkap, tutup langsir, masuk bilik..tekup muka wakakaka. Masa Adani ni, memang asyik kena tegur bab perut.. besar sangat kut.. sampai orang tanya.. "pregnant kembar 3 ke??" hahaha. Pastu segala pakaian dan pakaian dalam pun jadi pelik bila perut menarik ke depan.. Apa lagi ek?? tak leh recall dah hehe. Adani lahir seminggu lebih sebelum Ramadhan menjelang. Maka seharusnya banyak hari yang perlu ku ganti puasa.. 26 hari tuh!! Tu pun ku gagahkan puasa 4 hari bila aku confirm nifas tak berulang kembali hehe. MAsa dalam pantang Adani, ayahandaku masuk hospital kerana batu karang dan hernia. Adani lahir lewat 2 hari dari tarikh jangkaan. 2 hari 2 malam sakit teruk, 5 minit sekali contraction.. seksa sangat.. huhu. Rupanya nak lahirkan baby besar (4.1kg), dah laa 1st time normal haha.

Ok the last one.. cheewahh..last tuh!...insyaAllah...hehe. Masa Aimy.. banyak dugaan laa.. Bulan Ramadhan menjelang, kandunganku baru 2 bulan lebih.. sungguh menduga kerana kandungan kali ini, perut aku cepat pedih.. cam gastrik. Kena tepat masa makan dan kena kerap makan. Tapi dek ku fikir nanti nak mengganti puasa seksa berfidyah bagai.. ku gagahkan juga. Alhamdulillah aku dapat berpuasa dan hanya berganti 1 hari sahaja. Itu pun sebab aku menggatalkan diri ke pasar pagi Shah Alam mencari barang kiriman adik-adik dan masa nak berjalan balik.. dah rasa nak pitam.. berpeluh-peluh dan menggigil gitu.. Takut, masa balik singgah petrol pump berdekatan dan beli susu kotak.. Tak minum lagi.. Tunggu masuk kereta, tengok orang tak nampak..baru minum.. Dia dah jadi migrain gak kut haha. Hmm tak pasal jer.. huhu. Bagusnya masa kandungkan aimy ni, aku berselera lebih sedikit dari kedua-dua anak sebelum. Lebih sedikit menu yang boleh aku makan dan mahu makan hehe. Tapi paling kerap muntah kandungan kali ini. Leh kata setiap hari pasti muntah. Masa Aimy aku lebih banyak minum air soya dari susu ibu mengandung. Masa Adani lebih susu ibu mengandung dari segalanya hehe. Tu Adani besar gamaknya haha. Tapi yg tak bagusnya, aku suka laks makan asam jeruk, 2 kandungan dulu jangan kata tak teringin, kalau diberi orang pun jadi loya hahaha. Kemudian dalam bulan puasa juga, cik abang suami tersayang sakit teruk.. Mula ingat gastrik, tapi makin lama makin teruk sampai dia tak boleh berjalan. Akhirnya bawa ke hospital. Appendik rupanya.. Kena operate dah hampir seminggu di hospital. Dalam aku tak berapa stabil, mabuk sedikit, kelam kabut urus anak.. asyik pula berulang hospital. Berbuka pun tak menentu jadinya. Masa raya, jelas cik abang kurus kering dalam gambar hahaha. Kemudian diduga pula dengan kes arwah mak uda (ibu saudara yang paling rapat belah mak) hilang dan dijumpa dalam keadaan mengerikan dikelar dan dibunuh..Al Fatihah buat arwah. Tak lama tu, bapa mertua (sekarang dah arwah) pula masuk hospital.. pengsan tak sedar diri, akibat kencing manis tak salah. Kemudian berlaku perubahan besar di pejabat, rombakan yang memjadikan aku mangsa keadaan. Paling tak lupa, aku jatuh di pejabat sampai terkoyak lutut kakaka. Paling tak best masa pregnant Aimy, aku sedih bila ada yg jadikan isu bab loya.. Bukan aku pinta pun nak loya.. bukan aku mahu pun.. ingat best ke?? Pastu biasalah kalau perempuan mengandung, takde cerita lain.. melainkan terfikir hal pregnant jer..orang yg dijumpa pun asyik tanya hal pregnant jer haha. NAsib ada yang memahami.. sesungguhnya kalau tak rasa, jangan cakap laa.. Allah Maha Mengetahui. Terusik emosi perempuan mengandung.. bagai tiada simpati nak mengeluarkan kata.. hehe. Masa mengandungkan Aimy, rasa kurang kasih sayang jer hahaha. MAcam semuanya tanggung sendiri.. huhu. Tapi rasanya masa mengandung Aimy laa aku paling cool dan sabarrrr.. banyak redha dari bersuara menyatakan itu ini. Tapi masa pregnant Alesha lagi pelik, bercakap dengan orang pun takmau, jumpa orang dikenali.. leh dielak laluan ke lain.. cuma kesabaran tu kurang hahahha.

Apa pun.. itu hanyalah secebis pengalaman.. ada orang indah dah seronok masa mengandung.. tiada dugaan, tiada simptom perubahan hormon langsung.. Bestnya korang..haha. Ni dah tua rasa.. so cukuplah kut..

Moga Sarena selamat melahirkan dan anaknya sihat walafiat dek cukup zat maknya melantak hahahha..

2 ulasan:

  1. beskan kak kalo sape peknen x loya2 mabuk2.. leh mekap2 bagai, leh pkai hi heel g keje.. tah bile dpt merase.. >_<

    BalasPadam
  2. betoi laa watie.. orang lain pregnant, siap melaram lagi.. ngan baju pregnant yg cantik.. dengan berdandan.. kita ni nak hadap muka di cermin pun tak bernafsu.. layan mabuk jer haha..apatah lagi nak bersiap berdandan bak kata orang.. main mana sempat jer haha. Tapi tu pun dah bersyukur.. ada orang lagi teruk dari kita..huhu.. Tapi gitu pun, ngandung lagi gak kita kan.. akak ni dah 3 dah.. ko bila ke 3? haha.. Muda2 ni, pederas sket.. better ;)

    BalasPadam

Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku

Catatan Popular