Selasa, 20 Julai 2010

Syukur Alhamdulillah

... nanti aku cerita bila dah bebetul confirm hehe

Syukur sesangat.. walau ia tiadalah apa sangat.. cuma secebis kegembiraan dan anugerah Allah berikan.. tapi cukup bermakna buat kami.




KABUR? jadi lerr.. kamera henpon aku skrng dah teruk dikerjakan dek mulut mungil Aimy haha. So apa sajalah..

HAri aku posting tu, aku baru dapat tahu dari cik abang...Dia call dalam pukul 2-3 ptg. Katanya jiran kami merangkap vendor opis dia memberitahu Alesha dan anaknya dapat masuk SRAI.. syukurr sangat. Terus esoknya pepagi cik abang dah geledah laci cari surat beranak Alesha nak ke sekolah tersebut dengan segera bagi mendapat kepastian dan terus mengesahkan penerimaan tawaran. Kelakar pula nama kelas Alesha.. 1 Taubat.. hehe. Sesuai sangat nama itu dengan Alesha.. Alesha sekarang makin banyak lebam dan luka di kaki terutamanya.. dek main lasak sangat.. ada saja tetiap hari.. harapnya lepas masuk tahun 1 nanti, behave banyak laa dia..aminn..

Syukur alhamdulillah rezeki Alesha dapat masuk ke SRA Integrasi banyak memudahkan kami nanti.. terutama dalam menangani hal dia dan adik-adiknya. Mudah tak perlu cari KAFA, tak perlu tukar-tukar dan transit. Tak perlu transport merata lokasi. Syukur sangatlah.. Allah makbulkan hajat cik abang aku...hehe.

Aimy tengah demam ni.. tinggi gak suhu dia bila tiba suhu menaik tu. Selsemanya dah hampir 2 minggu tak baik-baik. Ubat hospital yang ada menajdi bekalan di rumah.. sampai dah nak habis 2 botol.. alahai.. Ni baru demam dalam 3-4 hari. Risau dah aku.. Tambah tadi dia ada terbatuk sikit, aku terus bagi inhaler. Cegah dari awal. Kemudian buat tepuk fisio. Tak lama dia cam terbatuk sikit, terpancut kahak keluar.. Dah nak tidur... muntah pula.. Kahak kelaur agaknya. JAnganlah sampai masuk hospital.. dah hampir 3 bulan Aimy ok dan kurang sakit.. Tolongla ia dapat diteruskan dan dikekalkan.. Kesihatan terbaik untuk Aimy.. amin...insyaAllah.

Tempohari hampir 5 hari Aimy kena sakit mata. Entah sakit mata betul atau tidak, aku tak pasti. Yang pasti matanya merah, kelopak mata bengkak, berair, kalau pagi penuh bertaik mata, dan paling aku takuti.. bila dia tak mahu memandang, tunduk saja bagaikan silau yang teruk walau dalam rumah dan walau malam hari.. Selalu tak gitu. Dah laa kalau dia memandang macam dia tak berapa nampak.. aduhai getar hati melihat dia begitu. Sakit mata dia mula petang Isnin.. hari Khamis pagi aku dah call HKL tanya bagaimana prosedur aku perlu ikut untuk membawanya periksa mata di Klinik Pakar si HKL. Aku amat takut nak ke klinik biasa memandangkan matanya dah ada masalah sikit kan.. Jadi pagi Jumaat 09 Julai kami dah berada di HKL. Diberi nombor kecemasan bila pembantu doktor memastikan ada sesuatu yang perlu diperiksa doktor dengan segera. Lama gak menunggu.. mula dengan doktor biasa jer, kemudian dengan doktor pakar.. (aku tak pernah jumpa mereka berdua).. tak lama tu di bawa ke dalam bilik pemeriksaan di belakang sana.. diperiksa sampai oren dalam mata aimy.. Aimy dibedung kuat agar tak bergerak.. menangis kuat laa dia..hehe.

Keluar dari bilik tu, mereka mencari doktor Jamilah dan Doktor ...err tak ingat pula doktor india yang berbadan besar tinggi dan baik tu.. MEreka melihat dan memberi pendapat masing-masing. Aimy pula, nak disuluh torchlight ke mata, terus menangis sekuat hati lagi.. aduhai...

Doktor kata ada infection dan kemungkinan besar sakit mata macam yang biasa kita kena tu... Tapi sebab dia begini, dia memberi kesan teruk sedikit. Silau dia tu sebab ada parut depan kornea dia.. (dulu aku pernah citer hehe). Jadi kami dapat antibiotik, ubat titis dan ointment buat Aimy.. Aimy pulaks bukan senang nak dipegang dan dikawal pergerakan walau dia hanya didukung.. memang penat kalau bawa dia ke hospital.. Stroller tak mahu langsung dia.. fobia gayat dia ni.. bila orang tak pegang, dia tak confident siap gigil gayat.. Doktor suruh kami datang follow up 13 July, tapi kami tak sempat pergi bila aku ada training dan cik abang pula ada event pejabat. Tapi nasib mata dia terus ok bila pakai ubat diberikan..Syukur Alhamdulillah

Dalam hari yang sama, ayah, makcik, ain dan haire ada di rumah. Mereka nak menghantar Haire interview di 2 tempat berlainan. Tak lama tu, terus dipanggil interview kali ke 2 pula untuk bentangkan slides. Ni kelmarin alhamdulillah dapat berita gembira, HAire dah dapat kerja.. InsyaAllah HAire akan meramaikan rumah ini. Nak dok lama pun takpa dek oii hehe...Suka laa anak2 aku.. ada geng nak depa buli haha.

Bila laa aku nak menjahit ni.. baju kurung anak dah potong dan jahit tepi.. nak mula jahit tu yg ntah bila.. dah laa langsir 2 tahun lepas pun tak siap.. hahahaha.. Kuatkan semangat ok! haha

Esok sepatutnya hari sukan Tadika Krista Adani... tapi semalam aku dapat mesej book Adani menyatakan sukan tersebut ditunda ke 7 August. Geramnyaaaa aku, sebab aku terpaksa cancel nama untuk menyertai bengkel Bakery dan Pastry di UPM Serdang anjuran kelab kakitangan pejabat aku..rugiii...rugi.. So set mind utk benda lain.. NAk servis kereta esok, nak tenggokkan bilik air yg bocor dan pagar yag ada rosak autogatenya, nak ambil mak di Stesyen Bas Sek 17, Shah Alam.. nak cari satu pasang sahaja baju raya anak dan ayahnya.. dan juga hadiah birthday cik abang yang tak ku beli dan raikan lagi hahaha.. sorilah bang.. 22 Julai tu mana dapat gaji.. asyik ngam-ngam jer duit, entertainment tak leh nak layan dulu laa haha. Tapi tadi malam baru celebrate dengan pizza jer hehe. Kemudian nak ambil refer letter dari Dr Koshy, sedang menunggu insurans dan hospital berikan dokumen untuk partial claim medical Aimy. MAcam-macam hal.. Ni aku dah terfikir pasal penyediaan kelengkapan raya, kelengkapan persekolahan Alesha tahun depan, renew levi dan fomema bibik, renew insurans dan roadtax kereta, yuran tadika Adani, yuran yang mungkin ada untuk CDC Aimy.. dan ntah apa lagi yang pelrukan perhatian dan penjimatan serta tabungan dari sekarang. Tapi opis cik abang bagi offer tambahan tu untuk beli kereta dengan harga staff.. ayorkkk teruja laa pulak hahahhaa. SABARRRRR...!! Priority !! huh mencabar tul laa ..goyang dah ni hahaha..

HArap selepas ini semakin banyak aku dapat berita baik dan bertambah rezeki... dimurahkan rezeki dalam segala aspek hidup... Amin.. Moga kawan-kawanku yang membaca entri ini juga dimurahkan rezeki oleh Allah swt... dan dilimpahkan kemudahan dalam kehidupan seharian kalian.. amin...

Syukran JazakaAllah !!

6 ulasan:

  1. cepat² arr comfirm..aku nak dengar. heh

    BalasPadam
  2. tahniah alesha...
    mg terus cemerlang~!!

    didoakan juagk agar semuanyaaa selamat..murah rezeki kita semua. amin

    BalasPadam
  3. Tahniah Alesha ,
    akupun teruja gakk dengar hehehee .
    moga² ada rezeki adam thn depan kat sana.
    Amin.

    BalasPadam
  4. salam, si abang long Uwais saya pun dapat masuk Sek Ren Agama Bersepadu (SRAB) Segamat. Kalau kt puncak alam xde sek SRAI

    BalasPadam

Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku

Catatan Popular