Hari ni dimulakan dengan mood tak baik.. biasalah bila bulan hampir mengambang kekeke.. Tapi Alhamdulillah kejap jer..
Malam tadi ayah, makcik dan ain datang menyinggah.. menjenguk cucu sambil ada hal keluarga makcik. Dapat Aimy baju raya dan aku handbag kekkee.. Terima kasih makcik hehe.. PAstu sesama menonton Imam Muda.. syukur Alhamdulillah Imam Muda Asyraf menang.. suka aku! hehe..Habis Imam muda mereka beransur ke rumah CIk Ma (kakak Makcik)
Pastu sibuk citer pasal kereta, sampai kami akhirnya tengok website kereta laa pulak hahaha..
Tapi tetiba aku sedih.. sedih giler.. bila kawanku Adiya aka Ana sms, "Tika, aku baru dapat berita.. Not bawak Anjang gi hospital, sakit sangat".. Ya Allah bagai rasa terhenti nafas seketika.. ya Allah kesiannya kawanku.. Kuatkanlah Anjang dalam melawan penyakitnya... huhu. Kata sms Adiya lagi "Tu laa... sedihnya aku rasa.. Dah 3 hari kot Anjang tak nak makan nasi dan ubat".. Kami rasa cam nak jer terpa HUKM tu .. kesiannya Not.. sabar ya Not.. Moga Allah permudahkan dan memberi kalian kekuatan dalam dugaan ini.. Aminn
Hmm pagi esok kami nak ke DEMC.. saja buat appoinment dengan Dr Koshy sebab nak dapatkan refer letter untuk Aimy ke Child Development Centre... Nak ke CDC mana belum kami decide.. haha. Kemudian macam nak terjah satu tempat kekeke.. Kunun nak terjah pusat EIP kat Shah Alam.. tapi takut tak buka laks sabtu ..huhu.. Kalau sempat, nak gi Tesco gak.. beli daipers Aimy hehe.
Oh yea... bebaru ni aku menebus mata ganjaran kad kredit aku kekeke.. Jadi ler dapat RM100 voucher Tesco.. Syukur Alhamdulillah.. ada jer rezeki walau tak besar mana.. syukurr sangat.. Nanti nak tebus oven pula.. hahaha...InsyaAllah kalau ada rezeki...
Doakan kami murah rezeki ya.. aminn ;)
Anak sulungku Alesha Sufia lahir melalui kaedah pembedahan(emergency)pada 01 April 2004 dengan berat 3.32kg. Adani Sufia merupakan anak keduaku, berjaya dilahirkan secara normal pada 13 September 2006 dengan berat yang amat mengejutkan iaitu 4.1kg. Si kecil Aimy Sufia dilahirkan pada 20 April 2009 secara normal dengan berat 3.1kg sahaja dan si kecil inilah 'special needs child' yang membuat lahirnya blog ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Itulah yang dinyatakan dalam surat rujukan dari Dr Koshy bertarikh 25 Ogos 2010 untuk Pusat Perkembangan Kanak-Kanak HUKM (CDC). Akhirnya ya...
-
Jumaat kelmarin, lunch hour ku luangkan masa di kedai buku Popular Summit USJ untuk mencari buku latihan Alesha dan Adani untuk mereka ulan...
-
Sabtu 31 Julai 2010 Kami bawak report MCUG dari Hospital Sunway ke DEMC (wah sudah 2 bulan berada dalam simpanan kami haha). Disamping itu, ...
-
Alhamdulillah diberi rezeki dan peluang dengan bermulanya tahun 2014 ini, bagi memulakan satu lagi jenis rawatan untuk Aimy. Stimulaterapi...
-
Sekian lama tak bawa anak-anak outing. Dek kerana kesiankan anak-anak, ku terima pelawaan Jiejah mengajak ke Bukit Cerakah Ahad 7 Feb 2010. ...
-
Allahu Akhbar!! (kalau cakap gini kat Aimy, sure dia cuba sedaya upaya letak tangan tepi kepala.. kadang jadi tepi pipi hahaha.. so cute) Sy...
-
18 May 2010, pagi lagi aku dah bawa Alesha jadi spy tengok Adani naik bas rombongan ke kilang coklat..haha. Entah di mana kilang yang mereka...
-
Rubella , commonly known as German measles, is a disease caused by the rubella virus. The name "rubella" is derived from t...
-
11.11.2010 Appoinment 8.30 pagi. Tapi Audiologist jam 9 baru nampak muka. Dah 9.15 baru panggil masuk bilik. Nak cek telinga, Aimy terus nan...
-
Antara gambar-gambar pada hari sabtu 17 Disember kelmarin. Kami turut serta memeriahkan Family Day syarikat tempat aku bekerja. Memang s...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku