Anak sulungku Alesha Sufia lahir melalui kaedah pembedahan(emergency)pada 01 April 2004 dengan berat 3.32kg. Adani Sufia merupakan anak keduaku, berjaya dilahirkan secara normal pada 13 September 2006 dengan berat yang amat mengejutkan iaitu 4.1kg. Si kecil Aimy Sufia dilahirkan pada 20 April 2009 secara normal dengan berat 3.1kg sahaja dan si kecil inilah 'special needs child' yang membuat lahirnya blog ini.
Selasa, 23 Mac 2010
NUR? Nur kasih ke?
Isnin 22 Mac 2010.. setelah bersiap dan kemas barang nak keluar hospital aku buka notebook dan bertenet (berinternet hehe). Bosan menunggu kalau hal bil hospital ni. Lambat sungguh urusannya. Jangan harap laa boleh balik jam 12 seperti yang disuruh 'check out'. Pasti akan lebih masa jadinya. Kalau hari cuti, lagi lambat ditambah pula dengan pihak insurans pejabat cik abang lambat memproses kelulusan. Alhamdulillah dalam 1.30pm.. bil sampai. Ada lebihan yang tidak diliputi dalam insurans pejabat cik abg, kenalah bayar sendiri. Tapi tak mengapa, kalau cukup dokumen boleh pula claim dengan pejabatku walau ikutkan hospital ini telah tidak menajdi hospital panel. Ada masalah dulu yang boleh tak jadi panel tu.. hehe. Tak kisah laa.. insyaAllah ada rezeki untuk adik..
Sesambil bertenet, ada pula rakan dari Penang ajak 'chat' dalam facebook. Tetiba jer.. mana pernah dia chat pun melalui FB tu haha. Rupanya sebab ada keluar cerita aku dan Aimy dalam majalah NUR di ruangan HIKAMH.. hahahhaaha. Sesenyap ekkkkk??? Tak lah Tini/MArch.. nak buat pe bising pun kan.. Malu jer.. segan usah cakap.. hahaha. Ni semua gara-gara adikku si Ain, ayahku dan pujuk rayu si Nina aka reporter Nur yang baru ku kenali. Beliau juga merupakan anak saudara kepada makcik ku.. hehe.
Cerita laa sikit.. MAsa cuti CNY last month.. kan Aimy warded. Ayah dan adik2 aku memang ada singgah hospital melawat aimy sebelum mereka pergi ke majlis pertunangan anak buah makcik aku di Kajang. Makcik laks dah gi dulu ke Kajang menolong masak. Ayah dan adik2 pula, malas nak tidur awal2 di sana.. tu dia nak tidur di rumah aku. Mak aku pula ikut seorang mak sedara aku gi kenduri nikah 2 pupu ku di belah Ampang nun..
Nak jadi cerita, adik aku si Ain... memang rajin simpan dan amik gambar Aimy dalam henpon dia. Jadi bila berkumpul ramai2 di rumah kenduri.. cousins2 dia rajin laa dok belek henpon si Ain ni.. Ntah camne semua berkenan kat Aimy.. PAstu Ain gi laa ke rumah cousin mereka yg sorang ni ka area Shah Alam laa.. aku lupa di mana dia ada sebut haha.. Depa gi rumah si Aznina... dah kawen cousin depa ni. Cousins2 depa ni ramai yg single mingle lagi hehe. Cousin Ain si Nina ni yang reporter Majalah NUR.Ayah dan makcik serta adik2 aku tak ikut. MAsa kat rumah dia ni laa.. dia cakap kat Ain, suruh perkenalkan dan dia nak minta tolong nak cerita aku utk dijadikan bahan di ruangan Hikmah dia tu. Ain laks masa tu tak ikut ayah dan makcik serta adik2 aku yang lain sekali lagi melawat Aimy di hospital sebelum balik.. dia menyinggah rumah cousin tu dulu. Tapi mereka takde laa nak balik Kedah terus.. mereka singgah umah kakak makcik aku dulu di KD.
So tak semena-mena.. tak lama lepas mereka beransur dari hospital.. Ayah call. Dia cerita laa yg anak sedara makcik reporter majalah NUR. Dia kesian kat si Nina tu susah nak cari bahan.. sbb kadang orang takut nak memberi kerjasama.. (NI ayat jujur atau ayat memujuk aku tak tau laa hahaha. Dia tulis ruangan Hikmah tu memang khas utk wanita2 yg punya masalah anak2 atau keluarga secara anugerah Allah.. bukan sebab lain2. Sebab tu dipanggil ruangannya HIKMAH kut. So ayahku suruh tolong laa.. Aku keras takmo.. malu laa, segan laa, rasa cam nanti meraih simpati, apa orang akan kata laa.. nanti tak ke kesian kat aimy laa.. macam2 rasa.. Cik abg laks, bukan nak bg pendapat.. dia siap buat lawak.. "dapat berapa juta royalti ayah??" bertuah punya menantu wakakkakaka. Pastu leh sambung lagi tu.. "at least dapat langganan percuma sepanjang hayat" hahhaha. Tapi itulah suami ku, memang merapu meraban sentiasa.. ayah aku ketawa jer hahaha.
Tapi memang aku tak setuju laa masa tu. Paling buat aku tak setuju, sbb ayah aku ni..dalam mujuk benarnya PAKSA wakakakka.. paling aku tak senang bila dia paksa aku gi balik amik baju elok2 sket nak masuk majalah hahahaha..KAtanya NIna nak amik gamabr di hospital. Pastu suruh bersiap sikit..nanti cam bibik jer katanya.. uish tu yg aku lagi takmo tu.. hahahhaha. Tak kuasa aku nak melayan melaram gitu.. huh. Tp dah ayah kan.. aku kata takmo pun, dia tak setuju.. last aku diam.. hmm hmmm jer..
Esok paginya - Isnin, ayah call lagi.. katanya dia dah call si Nina.. Tapi Nina kata tak boleh buat hari cuti. Dia kena buat opis hour sebab kena set time ngan photographer dia.. Apa-apa nanti dia call.. Aku punya laa legaaa tak jadi.. dan harap terus tak jadi wakakkakaka. Siap aku terus terang kat ayah.. takpe yah, tak jadi.. lagi bagus.. taknak lah..! Rimas laa gitu gini hahaha..
Sekali harapan dan sangkaan aku meleset.. Sebaik masuk kerja hari Rabu.. si Nina call aku.. aduhai.. ni yg aku lomah ni..!! Dia punya pujuk dan rayu dan tanpa tunggu aku say setujuk.. dia dah set time & date.. serta venue di rumah aku yg selerak tu wakakkaka. Ya Allah betullah dia sorang wartawan.. sungguh handal dia tak kasi chance aku berkata TIDAK.. Aku pulak, terus terfikir janji aku ngan Kak Inaz.. nak berjohnny's di Summit sempena kerisauan yg melanda aku.. hahahhaaha. Aduhai mula serba salah masa ni.. Bgtau ayah Nina call.. cakap kat dia cam malas dan segan.. Ayah kata, buat jer laa.. kesian kat Nina. Hendak tak nak.. aku ikutkan jer laa.. So aku cancel ngan kak inaz janji.. tapi tak sempat nak bgtau kat kelab isteri awal dah busy giler ngan kerja.. Sorry laa semua ek.. cam penting diri sendiri laa pulak kan.. huhu.
So tu laa 19 Februari hari Jumaat Nina dan Photographer dia gadis manis berambut kerinting yang telah ku lupa namanya datang waktu lunch di rumahku. Kebetulan mak ada kat rumah.. siap dia suh beli lauk tambah apa yg ada di rumah, takut ramai laks yg datang. PAdahal bibik dah masak 2 lauk dan 1 sayur hehe.
Jenuh laa nak suruh anak2 menukar baju. Depa tukar.. tapi alesha.. dia bukan tukar dalam erti kata sebenar.. dia tukar baju lain yang buruk, pastu baju yang dia pakai tadi dipakainya semula di bahagian luar.. so dah jadi 2 lapis baju dia pakai.. korang bayangkan betapa pelik anak aku si Alesha masa tu.. aduhai segannyaaa.. Tapi tu laa budak namanya, lagi kita suruh... lagi dia taknak.. Lagi kita suh elok, lagi diburukkan rupanya.. BUkan dia tak faham, Opahnya sebut orang nak ambil gambar masuk majalah.. Tapi entah la.. dimain2kannya kita hahaha
Adani laks memeng menukar baju dalam erti kata sebenar.. Tapi korang tau baju apa?? Gaun tidur bergambarkan Tom & Jerry.. ya Allah bertuah anak2 aku.. UWarghhhhh!!! Tak sempat nak cakap banyak suruh tukar baju lain.. Nina dan photographer dia dah sampai lebih kurang serentak walau berlainan kereta dibawa. Hai segan dah bermula.. Tapi aku menten cool menyambut tetamu yang baru ku kenali. Cantik Nina ni.. sekali pandang dari raut wajah dan ketinggian dia.. cam adik ipar aku yg orang Bachok tu kekeke. Ada iras laa.. dah laa tinggi langsing hehe. Photographer dia laks.. natural beauty, rambut kerinting lebat ditocang.. memang rugged sesuai dengan kerjayanya.
Terus kami mulakan perbualan, dan NIna mula interview aku. Aku jawab jer apa yang dia tanya.. kadang cam hilang fakta yang sepatutnya aku bagitahu. yerlah 1st time disoal wartawan kakakkaka. Tapi paling buat hilang fakta dan idea, bila alesha dan adani mundar mandir di depan kami. SENGAJA TAU!! Memang ni laa namanya bebudak.. menarik perhatian je kerja mereka. PAstu Aimy pula memula ramah tamah tersengeh bongeh kat Nina dan kawannya. Tapi kemudian, mula ngamok nak tido.. Nasib sumbat susu terus tertido di riba... hehe. Tenang sikit nak bercakap walau masih diganggu dek Alesha dan Adani yang kadang sengaja menghadang kamera mengambil gamabr spontan aku dan Aimy. Bertambah geram, bila diajak bergambar sorang pun takmo.. tambah bila disuruh tukar semula baju. Yang alesha terus kekunun mengadap buku, dan Adani terus tarik bantal, amik botol susu, dan terus letak bantal depan antara kami di depan TV..! Sungguh tak memberi kerjasama anak-anakku ini. Jenuh gak NIna dan kawannya pujuk suruh tukar baju, nak amik gamabr cantik-cantik.. Alesha geleng kepala, Adani sempat menyampuk "Adani Malu" sebelum memejam matanya utk tidur di tengahari.. hahahhaha.. Aduhai.. loteh acik..!
Kebetulan Aimy terjaga.. biasalah dia, kejap jer tidur dah jaga. Terus diminta dek photographer nak ambil gambar Aimy. So muka aimy memang tak sengeh.. Selamber dan masam jer...hahahaha. Pastu amik gamabr close up aku dan Aimy pula.. MAtahari kat luar terik.. cam nak tertutup mata aku bila photographer tersebut memilih supaya aku duduk di kerusi tepi pintu rumah yang silau habisan. Dah laa Aimy tak tahan silau, tunduk jer laa dia.. Pastu kesian Aimy, setiap kali flash photographer menyala.. setiap kali itu dia terkejut hahahhaa. Ingatkan ambil gambar tak nampak belakang2... kut laa ada touch up ke apa.. Sekali nampak laks rumah ku yang berselerak dan tak lawa tu...huhuhuhu.. Takpelah redha jer laa.. Tu pun cantik gambarnya.. Cuma gamabr 1st tu.. huduhnya aku ada double chin yang dipamerkan hahahhaha.
Lepas berpossing, sambung sket lagi interview.. pastu Nina minta diri sebab photographer dia ada assignment di KL pula. Aku ajak makan pun mereka tak mahu.. Alahai penat sediakan nasi dan lauk banyak-banyak hahahha. Mereka datang dalam 1.10pm dan balik dalam 2.10 pm.. wah sharp betul masa berkerja mereka.. pandai budget..! Nina bagi kad, dia suruh aku email gambar-gambar Aimy masa di ward. InsyaAllah akan ku pilih dan emailkan. Tak sangka laks perkenalan sekejap tu, buat aku dapat jumpa Nina di FB hehe. Cumilnya anak Nina.. hehe. Dia kata ayah Mat (ayah aku laa) rajin dukung Darin.. cute sungguh laa.. PAtut laa leh masuk majalah hehhee.
Untuk pengetahuan, kami baru jer membaca dan melihat artikel dan gambar aku dan aimy tersebut lewat petang tadi di sebuah kedai majalah di Summit wakakakkaka. Cik abg amik senaskah, aku senaskah.. Setakat baca jer, sebab kami nantikan naskah percuma dari Nina kakakaka. Betul kata kawanku Kak Su, ayatnya jiwang.. menyentuh perasaan. Aku takde laa kasi ayat jiwang.. tapi pandai Nina olah jadi jiwang kekekkeke. Pas puas baca dan telek gambar.. KAmi gi pekena teh/nescafe tarik dan roti bakar hahahha. Dapat pula sms ayah.. Ayah aku menitiskan air mata tika menatap wajah Aimy di dada majalah tersebut.. Tak sampai hati nak merenung matanya yang merenung layu kata ayah.. Sayu. Hanya dia saja yang tahu dan rasa segalanya. Ayah amat tersentuh hati melihatnya.. Tak sempat baca habis dah ayah tak tahan berjurai air mata.. kesian Aimy.. Aku laks sedih semula bila baca sms ayah.. Sesungguhnya aku ada ramai yang memberi semangat dan jiwa padaku.. Terima kasih semua.
Tapi soalan Nina yang sering diulang tanya.. aku ada tak dapat kutukan, kritikan, tuduhan, kata2 negatif dan sebagainya daripada kawan-kawan, saudara mara, keluarga dan sebagainya tak?? Aku kata Alhamdulillah tak ada.. malah kadang aku yg fikir sebab musabab dari aku.. sedangkan orang sekeliling memberi impak positive pada aku.. huhu.. Ketika tu baru aku sedar.. bertuah aku punya kengkawan, sahabat, saudara mara dan keluarga seperti yang aku ada sekarang.. terima kasihhh semua.. kerana tak menjatuhkan semangat aku yang kadang menjelma dan terkadang hilang.. huhu...
Ok berbalik selepas settel hal bil sebelum angkut barang yang belum diangkut. Cik abg gi amik kereta dan angkat barang, aku dan Aimy tunggu di lobby. KEsian kat aimy nak berjalan jauh tgh panas rembang.. dah laa dia silau. So tunggu jer laa ayah dia bawa kereta depan pintu.
Balik hospital, kami singgah klinik amik refer letter utk aimy. Kemudian aku amik jep eczema aku yg dah teruk giler tu. Doktor tengok memang terus kata memang kena amik jep haha. 1st time gi jep kat klinik kat umah. Biasanya kat klinik kat ngan opis. Lepas ni leh gi kat umah jer.. malas nak ulang alik ke area USJ. Lepas jep tu.. tak lama tangan aku macam ditimpa balak.. huhu sakitnya!! Rasanya pernah rasa gini 2 kali jer kut.. Mungkin cara doktor jep tak berapa bagus cam doktor Lee kat USJ tu jep. Dia jep tak terasa apa dan ok jer sampai baik eczema aku. Sampai umah, cik abg dah ajak lunch.. aku dok menala jejari keledek goreng dan jambu Mak USu... Masa makan nasi, ya Allah rasa nak pengsan dan terpejam.. rasanya kesan jep tu kuat sangat.. huhu tak pernah rasa gini. Lepas makan, terus tarik bantal.. dah tak tahan. Terlelap cam tak sedar apa.. pengsan agaknya aku! hahaha. Tu yg bila alesha kejut bgtau pipi aimy lebam aku antara sedar dgn tidak.. aduhai.. Cik abg laks bawa keta gi servis...Rupanya depa mandi kat atas ntah pukul berapa.. Main air berdua.. dan masa tu laa Adani jatuh sendiri terkena toilet bowl dan sampai lebam pipi jadi hijau. Org pakai blusher merah, dia pakai hijau huhu.
Aku tak leh buka mata pun.. anatra dengar dengan tidak jer.. pastu leh sambung tidur. Akhirnya kul 6 lebih sket kut abru aku bangun betul-betul.. Ya Allah lesu dan lemah giler rasa.. Malam pun tidur awal.
Pagi kat opis pula kerja menimbun..! MAklumlah tinggal aku jer yang bekerja, yang lain cuti maternity. Nasib boss diam jer tak kata apa. Aku dengan pantas siapkan segala yang urgent.. Banyak giler.. huhu..penattt sangat! Tapi puas hati hehe. Dalam pada kelam kabut tu pun aku masih cam lesu dek penangan jep eczema tu huhu..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Itulah yang dinyatakan dalam surat rujukan dari Dr Koshy bertarikh 25 Ogos 2010 untuk Pusat Perkembangan Kanak-Kanak HUKM (CDC). Akhirnya ya...
-
Jumaat kelmarin, lunch hour ku luangkan masa di kedai buku Popular Summit USJ untuk mencari buku latihan Alesha dan Adani untuk mereka ulan...
-
Sabtu 31 Julai 2010 Kami bawak report MCUG dari Hospital Sunway ke DEMC (wah sudah 2 bulan berada dalam simpanan kami haha). Disamping itu, ...
-
Alhamdulillah diberi rezeki dan peluang dengan bermulanya tahun 2014 ini, bagi memulakan satu lagi jenis rawatan untuk Aimy. Stimulaterapi...
-
Sekian lama tak bawa anak-anak outing. Dek kerana kesiankan anak-anak, ku terima pelawaan Jiejah mengajak ke Bukit Cerakah Ahad 7 Feb 2010. ...
-
Allahu Akhbar!! (kalau cakap gini kat Aimy, sure dia cuba sedaya upaya letak tangan tepi kepala.. kadang jadi tepi pipi hahaha.. so cute) Sy...
-
18 May 2010, pagi lagi aku dah bawa Alesha jadi spy tengok Adani naik bas rombongan ke kilang coklat..haha. Entah di mana kilang yang mereka...
-
Rubella , commonly known as German measles, is a disease caused by the rubella virus. The name "rubella" is derived from t...
-
11.11.2010 Appoinment 8.30 pagi. Tapi Audiologist jam 9 baru nampak muka. Dah 9.15 baru panggil masuk bilik. Nak cek telinga, Aimy terus nan...
-
Antara gambar-gambar pada hari sabtu 17 Disember kelmarin. Kami turut serta memeriahkan Family Day syarikat tempat aku bekerja. Memang s...
hahah..gigih aku g cokit senin tuh (benarnya ke KKL jaga exam..balik terus jenjalan cari NUR kat cikit)..terus belek² dulu baru beli. hahahah.
BalasPadam