Hari Jumaat patutnya hari yg menenangkan, hari yg ceria, tapi menjadi hari yang PANAZZZZ utk aku.. Sekali lagi BENGANG giler ngan B***!! Huh tak terkata.. rasa nak meluap dan tak tahan nak tersembur marah.. Huh apa masalah dia ek?? Nak cari salah aku jer.. ?? Dia takde keje ke asyik nak memerhati orang??? Kalau cakap yang betul takpe, ni main tuduh-tuduh jer.. Pastu cam dia baik sangat.. macam orang lain tak tahu kau suka merayap berborak mengumpat merata, asyik surfing internet dari pagi sampai petang, isu seharian pasal satu tu jer laa.. takde kaitan pun ngan kerja...sampai muak orang dengar, mengulau entah ke mana, datang lewat dia takpe, asyik prasangka kat orang.. asyik busuk hati kat orang.. Kunun alim benar.. rajin ngaji rajin solat sunat.. tapi asyik buat orang jadi musuh, asyik mengaibkan dan memalukan orang, maki hamun orang tak kira tempat.. bagus ke tu?? astagfirullah... Istighfarr lahh banyak2...
Paling aku bengang, aku sampai opis pg tadi.. ada bintik-bintik air bewarna kuning atas meja dan kertas2 berkaitan kerja aku yg terletak atas meja. Mula aku fikir air apa laa ...dah laa bewarna kuning.. CUAK aku.. Aku amik tisu.. aku lap. Ingat setempat jer.. sekali merata weii..!! Abis kertas-kerta dan buku aku ada bintik-bintik kuning!! Air apa ni?? Teringat cleaner... ingat nak tanya dia. Sekali tak sempat nak tanya, aku terfikir... aku teringat Air Musoffa... astagfirullah.. takde keje ke nak sembur kat meja aku?? Sembur meja dia udah laa.. tempat dia udah ler.. Nape sampai nak libatkan orang?? GILERRR laa...SAKIT EMOSI dia ni!!... Kerja menyembur dia memang dah aku perasan lama.. rutin pepegi bila sampai opis.. kununnya halau syaitan iblis..hmmm. Pernah aku lihat dia sembur merata..sampai ke laluan dan mesin photostat haha. Tapi tak sangka aku pagi tadi dia sembur tempat aku??!!!! Apa salah aku?? Aku ada ke usik dia?? Aku ada ke melawan dia selama ni?? Aku ada ke TAK BUAT apa yang dia suruh selama ni?? Aku ada ke buat jahat ngan dia?? Tolong laaa... jangan masuk campur lagi hidup aku.. Nasib laa ko B*** aku... kalau ko cuma rakan sekerja biasa.. huh.. memang aku sembur balik ke segala kertas berkaitan kerja atas meja ko.. !! BENGANGGGGG!!!
Dah laa aku dah siapkan kerja yang dia nak, dia tambah lagi benda yg tak sepatutnya.. nak buat apa kalau dah tau tak perlu??? Tak ke kerja ngong tu?? Membuang masa aku dan masa dia nak pilih.. pelik aku manusia yang suka buat kerja berulang2 ni.. Buang masa.. kunun HEBAT sangat laa tu?? JAngan lupa ya.. Allah Maha Mengetahui... Allah lebih berkuasa... bukan dia>>!!!%%%$$$
Sampai lewat aku balik rumah dan solat asar dek kerana dia.. hmmm. Apa pun, balik rumah aku ceria bila nampak Aimy dah mula aktif kembali. Merah-merah di muka dan badan pun beransur hilang.. tangan ada sesikit, kaki pun ada sesikit.. Syukur Alhamdulillah. Tapi yang buat cuak.. dia MASIH DEMAM! Aduhai.. huhu. Esok nak kena gi DEMC lagi, nak cek urine lagi.. Doktor nak buat treatment hal infection tuh.. Tapi terpaksa stop sebab keluar Rubella atau German Measles tu. Harapnya sihat laa adik lepas ni kan dik.. Semoga Allah memakbulkan doa kita.. Amin
Haa bercakap pasal German Measles... pagi tadi ada google jap kat opis (haa sebab ni laa aku kena tegur garang.. kunun masuk friendster hahahha).. Sekejap jer pun, dah opismate aku yg bhgian Medical Benefits bagitahu German Measles ni bahaya utk ibu mengandung dan baby bawah 6 bulan. So aku cuak beb..!! PAstu adik aku laks tanya, apa tuh German Measles?? Tak tahan rasa hati.. nak gak surf la tuh gak sesambil habiskan kerja yg ada sikit lagi jer nak selesai. Laaa RUBELLA ke German Measles ni?? Patutlah bahaya untuk ibu yang mengandung.. Aku tau pasal RUBELLA tapi tak tahu pasal German Measles... padahal sama jer.. hahahha. Ada satu lagi nama lain.. 3 Days Measles. Kerana ia keluar biasanya dalam masa 3 hari jer.. hehe.
Anak sulungku Alesha Sufia lahir melalui kaedah pembedahan(emergency)pada 01 April 2004 dengan berat 3.32kg. Adani Sufia merupakan anak keduaku, berjaya dilahirkan secara normal pada 13 September 2006 dengan berat yang amat mengejutkan iaitu 4.1kg. Si kecil Aimy Sufia dilahirkan pada 20 April 2009 secara normal dengan berat 3.1kg sahaja dan si kecil inilah 'special needs child' yang membuat lahirnya blog ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Itulah yang dinyatakan dalam surat rujukan dari Dr Koshy bertarikh 25 Ogos 2010 untuk Pusat Perkembangan Kanak-Kanak HUKM (CDC). Akhirnya ya...
-
Jumaat kelmarin, lunch hour ku luangkan masa di kedai buku Popular Summit USJ untuk mencari buku latihan Alesha dan Adani untuk mereka ulan...
-
Sabtu 31 Julai 2010 Kami bawak report MCUG dari Hospital Sunway ke DEMC (wah sudah 2 bulan berada dalam simpanan kami haha). Disamping itu, ...
-
Alhamdulillah diberi rezeki dan peluang dengan bermulanya tahun 2014 ini, bagi memulakan satu lagi jenis rawatan untuk Aimy. Stimulaterapi...
-
Sekian lama tak bawa anak-anak outing. Dek kerana kesiankan anak-anak, ku terima pelawaan Jiejah mengajak ke Bukit Cerakah Ahad 7 Feb 2010. ...
-
Allahu Akhbar!! (kalau cakap gini kat Aimy, sure dia cuba sedaya upaya letak tangan tepi kepala.. kadang jadi tepi pipi hahaha.. so cute) Sy...
-
18 May 2010, pagi lagi aku dah bawa Alesha jadi spy tengok Adani naik bas rombongan ke kilang coklat..haha. Entah di mana kilang yang mereka...
-
Rubella , commonly known as German measles, is a disease caused by the rubella virus. The name "rubella" is derived from t...
-
11.11.2010 Appoinment 8.30 pagi. Tapi Audiologist jam 9 baru nampak muka. Dah 9.15 baru panggil masuk bilik. Nak cek telinga, Aimy terus nan...
-
Antara gambar-gambar pada hari sabtu 17 Disember kelmarin. Kami turut serta memeriahkan Family Day syarikat tempat aku bekerja. Memang s...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku