Khamis, 18 Mac 2010

Anak-anak dan cerita semalam...






KAdang di sini, aku terlalu bercerita perihal Aimy. Tapi bukan bermakna aku lupa pada anak-anak yang lain. Malah segala perilaku, perkembangan dan perkara yang berlaku terhadap mereka.. berlegar di setiap penjuru benakku.

Adani sekarang makin bijak menyusun bicara, makin pandai mewarna dan mengira. Malah pandai juga membaca yang basic-basic. Bukan mengeja, tapi membaca dengan cara phonics dan mengingat words by words. Entahlah, cara orang sekarang begitu gamaknya. Apa pun, perangai merajuknya makin kuat. Tambah kalau ayahnya tak melayan.. muncung boleh disangkut hanger..! hahaha. Tapi kadang sesuatu yang memeranjatkan juga datang dari Adani ni. Dia kadang-kadang memang suka beri kejutan spontan yang kami tak sangka, terutama tentang nilai yang ada pada dirinya. Sampaikan kakaknya pun memujinya haha. Tapi Adani ni kadang dia tak bersungguh, agak malu dan malas sedikit. Iqranya pun lama nak bergerak helaian haha. Padahal bukan dia tak boleh, tapi dia tak fokus. Bila disuruh baca, merawang fikirannya dan matanya haha.

Alesha pula, semakin panjang akal. Semakin lasak, sampai kurus kering dibuatnya sedangkan makan dah berselera sekarang. Sudah tahu citarasa sendiri. Suka mencuba sesuatu yang baru. Tidak takut untuk mencuba. Tetapi adakala, menduga iman dan kesabaran kita. Kalau dulu dibulinya bibik, sekarang dah ok dan pandai hormat bibik. Dalam lasak dan akal panjang, mendengar juga kata walau sesekali dilanggarnya juga hehe. MAkin rajin membaca buku cerita. Makin rajin membuat hal sendiri. Cuma ku risau, mathematiknya nampak lemah pula jika berbanding sebelum-sebelum ini. Akibat banyak main dan menonton tv la ni, ditambah pula dengan guru tadikanya yang kurang bersungguh.. hmmm. Sampaikan buku kerja dan latihan murid pun dah lama tak bertanda.. huhu.

Pendaftaran sekolah rendah Alesha dah dibuat bulan April tahun lepas. Tapi dengar khabarnya tahun ini, pendaftaran online telah bermula. Aku jadi keliru, perlukah aku mendaftar juga di talian? Kemudian dengarnya ujian kemasukan ke sekolah integrasi seksyen 19 akan berlangsung bulan julai kelak. Hmm boleh ke lulus? Hendak bersekolah di sanakah dia?

Rabu minggu lepas, cik abang ajak berbuka puasa sebelum balik ke rumah. Selepas waktu pejabat, terus kami dating di sebelah pejabat aku hehe. Bagai zaman bercinta laa pula hehe.. Dah lama tak dating romantik-romantik haha. Sebelum ke kedai makan, singgah sana sini window shopping. Cik abg nak belikan baju tidur, tapi takde pula yang berkenan. Kalau ada pula, melampau pula harganya hahaha. Maka tiada apa yang singgah di tangan. Makan jer lah...kekeke. Benarnya banyak kejadian romantik sejak dua menjak ni. Entah kenapa hahaha.. Apa pun syukur Alhamdulillah Allah kurniakan mawaddah dalam rumahtangga ini... syukran...syukran...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku

Catatan Popular