3 hari aku aman tidak mendengar suara yang menjengkelkan di pejabat. 3 hari aku bagaikan tenang menghadapi tugas harian walau banyak sungguh tugasan menerjah. 3 hari juga aku bagaikan orang yang terlampau sibuk dek memangku tugas rakan setugas yang baru saja bersalin malam selasa lepas. Kelam kabut, lupa, tak sempat nak buat semua ada. Aduhai.. 3 orang punya kerja beb!
Tapi bila ku terpandang ayat yang ku salin dari borang appraisal tempohari.. rasa meluap dan membuak rasa panas dada ku.. Sedih.. Keciwa... Tensi semua ada. Anak aku ada dalam wad hospital, aku datang juga kerja demi dia, segala kerja yang bukan dalam job scope aku.. kerja dia.. aku buat dan tolong semua tanpa fikir yang negatif, aku bersabar saja karenah dia selama ini.. ku pendamkan saja.. Tapi ini balasan dia??? Huh sungguh kejam dan tidak bertimbangrasa lagaknya. Tak ku sangka, sampai hati dia!! Bayangkan di samping borang KRA/KPI, dan 'Competency Form'.. ada dikepilkan bersama 5-6 helai lagi kertas bertulisan tangan. Selain itu ada juga salinan yang telah dicetak dari sistem cuti. Ada juga salinan dari sistem latihan dan sebagainya.
Paling menjengkelkan, bab tulisan tangan tersebut.. Dari bulan April hingga Disember ada... setiap bulan tak tertinggal.. yerlah dikira sejak aku masuk bawah dia. Di bawah setiap bulan ada Bilangan Hari Bekerja, Bilangan Bercuti, Bilangan Cuti Sakit, etc.. Sampaikan aku balik awal jam 4.15 petang dek arwah bapa mertuaku meninggal pun dimasukkan juga. Pentingkah itu dalam appraisal?? Astaghfirullah... Bukan kerja aku disibukkan, segala cuti yang disibukkan. Bengang sungguh aku.. Ni nak nyanyi lagu Akim nih! hahaha. Aku ada cuti, cuti tu hak aku! Aku bukan ambil cuti atas urusan yang entah apa-apa.
Aku bercuti atas urusan anak aku sakit dan ditahan di wad hospital. Salahkah ia?? Kenapa perlu dinilai?? Salahkah aku menjaga anak di wad? Berdosakah?? Kenapa perlu dipersoalkan?? Aku penuh yakin segala kerja aku siap. Segala yang diinginkan terlaksana. Cuma ada satu report yang pada ketika itu aku tak sempat buat kerana belum masanya. Report tersebut perlu dikeluarkan pada 1-3hb setiap bulan. Tapi dah nak terjadi anak aku warded sejak hujung bulan.. dan lama pula ditahan higga seminggu.. bagaimana perlu aku perlu bertindak?? Tidak boleh ke ada budi bicara dan timbangrasa sebagai seorang manusia dan insan bernama IBU?? Malah staff lama dia sudi menolong aku. Tapi kenapa perlu dibisingkan dan dicanang serta dipalu memburukkan aku sekian alam? Tidakkah itu memalukan diri sendiri bila mengaibkan staff sendiri?
Ada saja sekarang yang hendak ditegurnya. Semua serba tak kena, semua salah dan tak betul. BENGANG!.. Aku baru di situ, walau telah lama bekerja. Bidang sekarang seluruhnya berbeza dengan segala kerja yang pernah ku lakukan sebelum ini. Aku tiada pengalaman, tiada pula pengetahuan. Tapi aku kira aku begitu bersungguh dan bersemangat dengan tugasan baru kerana minat. Bersungguh aku belajar dan akhirnya dapat menguasai sistem tersebut, malah kerja-kerja lain di jabatan baru itu. Benda baru, sudah tentu perlu bimbingan dan tunjukajar dari supervisor. Tapi itu pun dipersoalkan. Salahkah minta tunjukajar atau diajar dek supervisor? Dah tu apa guna jadi supervisor? Nak taichi kerja jer ke??
Macam hendak pula aku kirakan cuti yang lagi kerap dia ambil tahun lepas dek urusan ubahsuai rumahnya. Saban minggu dia bercuti. Kadang jam 11.30 pagi dah hilang sampai ke pukul 3 petang. Kadang pergi klinik dan masuk ke pejabat jam 11 pagi. KAdang siap pergi berubat dan berurut tradisional dan masuk kerja jam 12 tengahari.. Apakah itu?? Awal tahun ini.. aku terpaksa bawa Aimy ke klinik di pagi hari. Orang pula ramai di klinik, lambat sikit jadinya aku sampai di pejabat. Tapi takde lambat mana.. paling lewat 45 minit.. Selalunya kalau aku ke klinik pun.. hanya lewat 5-10 minit aku dah sampai ke pejabat. Tapi ada saja yang tak kena, sibuk mulut riuh berkicau pagi-pagi sibukkan kelewatan aku. Tapi minggu lepas, dia ada appoinment dengan doktor pagi BOLEH PULA??? Kenapa buat hari kerja? Kenapa tak ambil cuti?? Paling aku bengang, boleh pula dia masuk jam 12.10 tengahari?? Ketam pun lagi baik tau!! Dah laa tu, ni yang dia cuti direct 3 hari boleh pula? PAdahal sesaja cuti.. takde kepentingan selain melawat anak yang berkerja di perantauan.. hmm. Anak dia jer penting? Anak aku??
Dikatakan cuti-cuti yang aku terpaksa ambil 2 bulan sekali itu boleh menjatuhkan prestasi kerja aku. Kununnya terlalu banyak masa/tumpuan hal/masalah berkaitan keluarga. Heii... tolonglah.. Bukan tiap-tiap bulan aku bercuti. Cuti pula sebab anak WARDED! bukan cuti pergi vacation, pergi melancong dan berseronok-seronok. Sampaikan kami sekeluarga berkampung di hospital.. Seronok ke percutian kami tu?? Kalau aku tak jaga keluarga aku, siapa yang nak jaga keluarga aku. Boss dia, malah big boss kami pun amat memahami, malah tidak pernah menegur atau berkata selain SIMPATI keadaan anak aku, kenapa dia nak kecoh macam dunia nak khiamat?? Cuti yang diambil pula, bukan saja cuti tahunan.. tetapi juga cuti ehsan. Aku berhak bukan. Aku layak untuk semua cuti yang aku ambil.
Kerana dia sampai aku runsing hendak bercuti. Kerana dia sampai aku bertangguh bawa anak ke klinik. Kerana dia, sampai aku merayu doktor agar tidak menahan anakku di wad dan dirawat di rumah dahulu. Kerana dia, kami serba salah dalam segala keputusan dan tindakan berkaitan anak, keluarga dan cuti. Kerana dia, aku STRESS!. Kerana dia, sering aku balik lewat menyiapkan kerja takut tak dijangka aku perlu bercuti dek anak yang sakit. Kerana dia, aku takut hendak SMS dan memberitahu hal berkaitan emergency. Memang kerana dia, aku RIMAS..!!
Huh kalau nak luahkan, banyak lagi nak diceritakan.. Tapi cukuplah perkara ini buat aku stress setiap hari. Nasiblah aku suka dan enjoy dengan kerja, kerana bidang sekarang aku minat. Cuma malang dapat boss seperti dia.. Hmm dugaan utk aku agaknya. Memperlihatkan aku kepada suatu cermin yang memperingatkan aku tentang kehidupan dan sifat dan sikap yang perlu ada dalam berkuminikasi dengan baik..
Aku ada adukan perkara ini dengan Boss atas sket. Dia kata patut aku tulis di borang tersebut, "Saya tidak diadili sengan sewajarnya". Tapi rakan sejabatan dan aku terus cakap.. "huh mati kami kalu tulis begitu, dia jenis berdendam dan mengungkit. Jenuh 2 tahun lagi masa nak kami tempuhi...Lagi sakan dia jadi radar kami nanti" hahahaha... aduhai.. Apa nak buat.. Telan jer laa... huhu.
Beralih cerita.
Khamis lepas kami ke DEMC lagi. Aimy masih demam. Dr Koshy tunjukkan sekeping kertas yang merupakan result culture test urine tempohari. Urine aimy masih ada bakteria dan satu lagi entah apa aku sendiri tak faham. Kemudian ditunjuk pula senarai antibiotik yang sensitif atau tidak kepada Aimy. Kiranya sensitif, antibiotik tersebut sesuai utk Aimy. Sekiranya respon, bermakna tidak sesuai. Entah lah aku pun antara faham dengan tidak hahaha. Doktor kata, apa pun.. sembelit Aimy perlu diatasi kalau hendak urine infection itu hilang. Dr Koshy suruh bagi Aimy ubat lembutkan najis tu 3 kali sehari dan naikkan dos sedikit. Diberi juga antibiotik untuk rawatan urine tersebut.
Sabtu pula, selepas cik abg pulang dari kerja.. Kami bersiap ke AQUARIA KLCC. Sementelah syarikat cik abg bekerja memberi tiket murah kepada staff, kami pergi buat kali ke 3 ke Aquaria KLCC. Kali ni beramai, bibik pun ikut, adik ipar, biras, anak mereka.. dan yang paling penting Aimy pun kami nekad bawak. Ikutkan memang dia demam pagi tu, suhu 38+C. Tapi biasalah, demam pagi.. waktu lain sihat jer. Jadi tawakal jer laa bawa dia berjalan. MAsa mula masuk Aquaria dia ok, riang ria.. Tapi dek terlalu lama menunggu 'feeding time Piranha' dok kawasan setempat, lama-lama dia mula meresah. Aku berjalan dulu juga akhirnya, dengan cahaya suram, nyaman dek pengahwa dingin, dia asyik menguap.. Aku penuh percaya Aimy nak tidur. Dimasukkan ke dalam stroller dia menangis. Diangkat diam pula. Tapi meresah semacam. Hmmm.. sure dia nak tilam dan tempat tidur dia.. aduhai laa anak. Akhirnya memang asyik merengek sepanjang dalam Aquaria. Terutama bila cubaan tidurkan dia di dalam stroller. Pandai dah marah, siap menjerit tuh! hahahha
Selepas bosan di Aquaria, masuk pedestrian tunnel ke KLCC. Cari makan dulu. Tak tau nak makan apa, cik abg belanja semua KFC. Selesai makan dan solat, keluarlah kami melihat air pancut dan bergambar di luar KLCC. Beransur pula ke taman permainan, melayan karenah anak-anak yang asyik nak bermain dan berlari. Dah mahjrib, terus ke rumah adik ipar. Lewat malam baru balik ke rumah.
Ahad, hari lepaks sedunia.. sakit dan lenguh kaki semua dek dah lama tak berjalan jauh haha.
Rabu 17 Mac 2010. Sekali lagi kami ke DEMC. Ada appoinment lagi dengan paed Aimy. Ramai pula hari ni. Penat menunggu, tambahan pula Aimy tak reti diam pula kali ini. Dr Koshy risau sangat pasal buah pinggang Aimy kalau terusan kencing kotor. Takut kuman/bacteria/virus tersebut merosakkan buah pinggang dalam jangkamasa panjang.. Nauzubillah. Ikutkan nampak dia sihat, dengan tiada selsema dan batuk sejak duduk di rumah.. Syukur sangat. Tapi kenapa masih demam? Dah 2 bulan 6 hari dah dia demam. Dalam tempoh tersebut cuma 6 hari dia sihat, iaitu selepas keluar hospital bulan lepas ketika cuti Tahun Baru Cina tempohari. Oleh itu, esok petang kami kena bawa Aimy ke hospital bersama semua keperluan. Aimy kena masuk wad esok petang. By hook or by crook, demamnya perlu dihilangkan. Rawatan berterusan dan pemantauan rapi amat perlu. Jadi memang nak tak nak, terpaksa masuk wad. Bila kena masuk wad, perkara pertama yang terlintas.. hal kerja dan boss. Kemudian hal kewangan.. Aduhai, sungguh banyak dugaan untuk kami kebelakangan ini. Sungguh aku perlu bersabar dan berusaha sungguh-sungguh demi amanah Allah ini. Pekakkan saja telinga dengan mulut dari hati yang suka prasangka itu. Lebihkan usaha muhasabah dan memperbaiki diri dan kelaurga.
Apa pun, ku amat berharap.. dan bermohon padaMU Ya ALLAH... sihatkanlah anakku Aimy Sufia.. berikanlah ia kesihatan yang baik, berilah dia kesempurnaan untuk terus menjalani kehidupan di landasanMU yang penuh warna dan simpang di dunia dan akhirat kelak.. Permudahkanlah urusan kami, murahkanlah rezeki kami. Amin amin... Ya rabbal Alamin...
Apa pun, aku gembira Aimy dah mencapai berat 8.25kg kekekke. Syukur Alhamdulillah.
Anak sulungku Alesha Sufia lahir melalui kaedah pembedahan(emergency)pada 01 April 2004 dengan berat 3.32kg. Adani Sufia merupakan anak keduaku, berjaya dilahirkan secara normal pada 13 September 2006 dengan berat yang amat mengejutkan iaitu 4.1kg. Si kecil Aimy Sufia dilahirkan pada 20 April 2009 secara normal dengan berat 3.1kg sahaja dan si kecil inilah 'special needs child' yang membuat lahirnya blog ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Itulah yang dinyatakan dalam surat rujukan dari Dr Koshy bertarikh 25 Ogos 2010 untuk Pusat Perkembangan Kanak-Kanak HUKM (CDC). Akhirnya ya...
-
Jumaat kelmarin, lunch hour ku luangkan masa di kedai buku Popular Summit USJ untuk mencari buku latihan Alesha dan Adani untuk mereka ulan...
-
Sabtu 31 Julai 2010 Kami bawak report MCUG dari Hospital Sunway ke DEMC (wah sudah 2 bulan berada dalam simpanan kami haha). Disamping itu, ...
-
Alhamdulillah diberi rezeki dan peluang dengan bermulanya tahun 2014 ini, bagi memulakan satu lagi jenis rawatan untuk Aimy. Stimulaterapi...
-
Sekian lama tak bawa anak-anak outing. Dek kerana kesiankan anak-anak, ku terima pelawaan Jiejah mengajak ke Bukit Cerakah Ahad 7 Feb 2010. ...
-
Allahu Akhbar!! (kalau cakap gini kat Aimy, sure dia cuba sedaya upaya letak tangan tepi kepala.. kadang jadi tepi pipi hahaha.. so cute) Sy...
-
18 May 2010, pagi lagi aku dah bawa Alesha jadi spy tengok Adani naik bas rombongan ke kilang coklat..haha. Entah di mana kilang yang mereka...
-
Rubella , commonly known as German measles, is a disease caused by the rubella virus. The name "rubella" is derived from t...
-
11.11.2010 Appoinment 8.30 pagi. Tapi Audiologist jam 9 baru nampak muka. Dah 9.15 baru panggil masuk bilik. Nak cek telinga, Aimy terus nan...
-
Antara gambar-gambar pada hari sabtu 17 Disember kelmarin. Kami turut serta memeriahkan Family Day syarikat tempat aku bekerja. Memang s...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku