Jumaat, 16 Oktober 2009

Anak-anak kita menari?


Rentak manakah yang hendak diikut? Di manakah lantai tarinya? Bijakkah mengatur langkah? Akan jatuhkah mereka...atau sekadar tersadung kaki sendiri? Siapakah yang akan terus tunjuk ajar? Fahamkah mereka menggayakannya? Ku risau semua itu...

Tapi risau saja usahanya sedikit payah juga. Usaha perlu berterusan dan tetap, displin paling utama. Suamiku juga. Kena motivasikan ibu dan ayah mereka dulu baru anak-anak akan galak menari gemalai di lantai yang indah..


Apa pun ku pohon ke hadratMU Ya ALLAH... teguhkanlah iman kami, murahkanlah rezeki kami, berikan kami hidayah dan petunjuk dalam mendidik dan memelihara amanahMU... Semoga mereka menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.. amin.



Wah intro... over tak? haha. Anak-anakku sedang tidur...semuanya sibuk nak tidur dengan ibu di atas katil yang sempit ini. Ayahnya belum pulang.. entah apa laa lagi yang tak siap di pejabatnya itu... entah bila nak selesai mereka berkemas hasil majlis petang tadi. Dah 2 malam begini... Kelam kabut juga aku ngan anak2, dah terbiasa ada yang bantu hehe. Esok perancangannya awal pagi dah nak balik kampung. Tapi kalau gini gayanya, takkan seawal pagi dapat bertolak... Aku pun takde mood nak menyiapkan bag. Penat sangat rasanya. Tapi kejap jer bag-bag tu akan siap..hehe. Tak sabar nak balik kampung.. :)


2 ulasan:

  1. teringat masa kecik dulu, tidur ngan mak atas katil... dah besar2 pulak malu nak tido dekat ngan mak...


    kadang2 nak curi aircond hentam jugak.. hahahahaha

    BalasPadam
  2. hahaha... aircond punya pasal ya fikar hehe

    BalasPadam

Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku

Catatan Popular