Macam dah lama biarkan blog ni kosong... aikk takkan baru buka dah terbiar kekkeke...
Sibuk sikit kebelakangan ni, macam-macam yang perlu diuruskan. Anak-anak, parents, kerja, urusan hospital, itu ini... apa pun alhamdulillah semunya dipermudahkan Allah.
20 Oktober 2009, genap Aimy Sufia 6 bulan.. kejap masa berlalu...Cepat pula rasa babyku ini beralih umurnya, sampai aku terlupa dia perlu diperkenalkan dengan bubur haha. Haritu testing nestum...tak berapa mau dia. Tadi pun bagi makan nestum, lebih banyak sket makan dari haritu. Pagi sok try buat bubur laks. Entah kenapa risau pulak nak bagi makan pd dia, sebab sejak dua menjak ni.. dia rajin ngamok nak yak...cam sembelit.. Najisnya kesat walau tak keras sangat macam kakaknya masa baby dulu.
Hmm... dah boleh buat buku ASD dah anak aku ni kan... dah cukup 6 bulan. Duit dia dari lahir tak simpan2. Duit kakak-kakaknya lagi laa, dari raya tahun lepas tak disimpan.. Asyik laa ada hal buat tak jadi ke bank..hehe.
Awal pagi selasa 20 Oktober itu kami dah menyesakkan diri di dalam kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur. Sampai 30minit lewat dari masa yang sepatutnya. Nasib tiada apa yang salah datang lewat sedikit. Sampai sahaja di Klinik Pakar Mata di HKL... kelihatan ramai umat manusia.. Pergi ke kaunter mengambil nombor, bagi surat rujukan dari DEMC yang telah dicatat appoiment oleh doktor mata HKL semasa pergi pertama kali tempohari. Diberi pula 'nombor khas' - itu yang tercatit di slip nombor giliran tersebut (sebab baby) dan menerima sedikit penerangan tentang perlu ke mana, dan apa perlu kubuat selepas itu. Letak surat tersebut atas tray merah di kaunter yg dimaksudkan, duduk dulu sementara menunggu giliran.
Tengah duduk dan berborak dengan orang yang menegur beramah mesra, aimy batuk kuat sampai kuar kahak ala muntah...alahai, segan kat orang...sebab jatuh ke lantai. Cik abg laks takde masa tu, pergi ambil wallet yang tertinggal dalam kereta (ke ayah gi lepas gian...ggggrrrrr!) Sibuk adani suh lap adik... Lepas lap sket kat lantai tu ngan tisu.. terus bawa aimy keluar. Lap dia, dan tepuk belakang bagi batuknya reda... Tengah dok kalut gitu, nombor laks dipanggil.. Bergegas aku heret 2 anak ke kaunter (Alesha gi tadika). Urusan pendaftaran dulu rupanya... pembantu di kaunter buatkan buku appoinment, buka fail...dan dimintanya RM50, Rm30 utk pendaftaran dan bayaran apa ntah lagi RM20 tu. Dah settle, dia suruh pergi ke bilik 14.. Berpusing masuk ruang lain bersebelahan, mencari bilik 14. Siap ada sistem mencari bilik...sila ikut line berwarna di lantai sebagai 'mapping' penunjuk arah jalan ke bilik tersebut. Setiap line berwarna berbeza...tertampal di lantai terus menuju ke bilik2 sepatutnya. Terpaksa menunggu lagi...belum tiba giliran. Asyik bertukar tangan dukungan jer aimy. Tak bawa stroller sebab rasa menggangu orang lain yang terlampau ramai.. dan cik abg memang takmo guna walau ada dlm bonet kereta sementelah aimy cepat rimas di dlm stroller... Di sini bermacam kisah, bermacam manusia ku lihat... kasihannya melihat kanak-kanak dan bayi yang diberi pelbagai dugaan berkenaan mata... hanya Allah yang Maha Mengetahui ujianNYA. Aku hanya mampu bersimpati, malah belajar lebih bersyukur bila melihat orang lain lagi hebat dugaanNYA.. Ya Allah pemberianMU penuh hikmah.
Apabila nama Aimy dipanggil, kami masuk dan dilayan oleh seorang doktor perempuan. Tapi aku tak sempat mengingat namanya. Manis cantik orangnya. Layanan pun cukup bagus. Adani sibuk nak main mainan yang disediakan untuk menarik perhatian/mata pesakit kanak-kanak yang datang. Doktor guna dulu permainan itu utk melihat respon mata aimy, sebelum diberi pada adani. Doktor ukur diameter mata hitam aimy, pastu ntah apa lagi dibuatnya dengan pembaris yang telah sedia berlubang-lubang mengikut ukuran yang siap tertulis. Kemudian diguna alat yang berlampu untuk scan mata aimy.. Setelah 3-4 test dibuat, doktor perempuan tu memberitahu, memang anak mata aimy agak besar dari ukuran normal. Tapi mereka perlu titiskan sesuatu ubat mata untuk memeriksa pembesaran anak mata tersebut. Apa pun, katanya dia perlu bertanya doktor pakar dahulu. Tak lama sangat laa doktor perempuan itu pergi sebelum kembali pada kami di ruang pemeriksaan dan menyatakan dia dibenarkan menitiskan ubat di mata aimy. Selepas dititis di setiap mata, dia kata nanti mereka akan panggil semula dalam 5 minit. Tapi sekejap tul 5 minit berlalu... Aimy dipanggil semula. Dititis lagi ubat tersebut selepas ntah apa diukur doktor. Kemudian katanya, tunggu lagi 20minit, kami akan panggil semula.
Sementara menunggu 20minit, aku bawa adani mencari cafe untuk membeli sesuatu utk makan dan minum. Jumpa kantin berdekatan. Tapi macam-macam pula berlaku, dengan adani yang suka buat hal sendiri, kejap2 ralit dia tengok itu ini sampai jenuh aku memanggil bila dia tak ikut aku.. dengan beli teh, teh tumpah...siap terkena sandwich telur yang ku beli.. dengan jambu potong yang tidak dipotong kecil dek penjual...susah nak makan. Last aku berhenti satu tempat, aku habiskan teh tersebut...sebab tension asyik meleleh.. Sampai kat klinik mata, tgk cik abg dah menunggu di luar kawasan bilik 14. Tanya apa citer? tengah cik abg dok citer, plastik jambu adani bocor...habis meleleh air jambu tu yang dah bercampur asam ke bag aimy dan aku... alahai naik tension aku...apakehei asyik ada yg tumpah jer ni..! Terus ajak adani keluar...suruh dia habiskan makan jambu tu sementara aku mengelap bag dan segala yang terkena dgn air jambu tu.
Masuk balik... sambung citer. Cik abg kata tengah tunggu result. Sama ada rabun jauh sahaja atau ada gloucoma. Rabun aimy teruk, terutama sebelah kiri..500 powernya!! Sebelah kanan 100.. alahai ciannyaa anakku... Kalau dia tak ada gloucoma sekali pun, dia tetap kena pakai cermin mata. Kalau tak pakai, nanti dia akan menggunakan mata kanan sahaja dan mata kiri akan menjadi malas.. kerana ia berlaku sejak lahir.. ia akan terbiasa begitu. Jadi perkara itu perlu dielakkan. Menunggu lagi... Nama Aimy dipanggil. Disuruh tunggu di dalam. Berdepan dengan bilik Ketua Jabatan Pakar Mata. Dr Joseph namanya. Kat sini lama sungguh menunggu. Lagi jemu dibuatnya..tambah aimy meragam nak tidur dan menyusu berkali-kali. Bila dah tertido, kejap dah terjaga. Di sini juga ramai beramah mesra, berkongsi cerita ... mereka berkenan melihat aimy yang comel macam anak kacukan kata mereka... comel ke? hehe.. Alhamdulillah... Apa pun segala puji dan cerita, tidak menghilangkan debaran di hati... apakah keputusan pemeriksaan mata aimy ini? Aku sampai dah berapa kali bertukar tempat duduk.
Nama Aimy dipanggil (akhirnya! alhamdulillah). Aku membawa Aimy dan bag-bag, sementara cik abg membawa adani yang dah terlentuk tidur. Masuk ke dalam bilik Dr. Joseph. Dia sedang melihat maklumat di dalam fail tatkala aku melabuhkan sendiri punggungku di kerusi tepi meja doktor tanpa dipelawa. Seorang pembantu doktor yang menyuruhku duduk bila dilihatnya aku bangun semula. Mulanya, entah apa doktor bercakap... jenuh aku pasang telinga. Begitu perlahan nada suaranya. Nasib aku dapat tangkap mana yang perlu. Dia menceritakan keadaan gloucoma.. dan apa yang ada pada Aimy. Katanya Aimy rabun sekian-sekian..dan perlu ada pembedahan. Bila dia tengok aimy dan matanya... makin tak clear betul apa dia citer. Macam bercakap pada diri sendiri, memang agaknya. Aku jer yang nyibuk pasang telinga haha. Tapi tak habis cerita, dia macam stop. Macam berfikir dan bersandar dan menyuruh pembantunya memanggil seorang lagi doktor. Seorang doktor perempuan datang. (ku kira dia juga pakar dan senior seperti Dr Joseph). Dr Joseph menceritakan pasal aimy, dan bincang tentang pembedahan... apa yang dia cadangkan perlu dibuat dalam prosedur pembedahan, bila nak booking Bilik Bedah dan sebagainya. Yang Aimy pula makin hebat meresah dan mengamok ...menangis serba tak kena. Aku semakin tak faham apa mereka berdua bincangkan. aku suruh cik abang dengar... dah dia terror lagi english kan hahaha.
Aku susukan aimy, terus sakan aimy menyusu...hai lapar laa pulak.. Baru nyusu tadi hehe..nasib buat lagi spare. Terus aku sambung mendengar perbualan dua doktor pakar mata kanak-kanak di depan ku itu. Dah hampir selesai pun mereka.. Siap doktor pompuan tu memandang dan bertanya sket tentang aimy pada kami sebelum berlalu pergi dan bercakap sesuatu kepada pembantu doktor yang ada bersama. Laju betul aimy menghabiskan susu. Ingatkan akan tertido.. rupanya terus segar dan senyum sengeh dia nak berdiri haha. Dirikan sambil pandangkan ke doktor...cam surprise Dr Joseph yang baru terpandangkan aimy..haha. Entah apa dia sebut pasal 'cute' si aimy (sebab aku terganggu bila aimy melasak di atas riba)...yang aku tertangkap dia kata nak pinjam aimy seminggu boleh? hahahha. Mana boleh doktor...kekeke. Kemudian dia terus terangkan semula.. seperti yang telah aku tahu dari Dr Aida (Pakar Mata Umum di DEMC) juga.. Dia kata Aimy ada simptom gloucoma. Rabunnya yg tinggi, matanya berair, dia silau terhadap cahaya yang terang dan mata hitamnya besar. Katanya, memang ada juga baby dan budak-budak yang bermata hitam besar macam aimy, tapi mereka tiada simptom yang dia sebutkan tadi, jadi anak aku tidaklah seperti mereka. Jadi Aimy perlukan bantuan perubatan. Secara mudahnya, gloucoma ini berlaku dalam biji mata.. ada satu saluran air yg akan membawa air mata masuk dan keluar dari dalam biji mata. Apabila saluran mata tersebut hanya membenarkan air masuk dan tidak keluar kerana tertutup di hujung pintu saluran, air akan semakin banyak di dalam bij mata dan akan menghasilkan tekanan. Tekanan ini amat merbahaya sekiranya ia menjejaskan saraf optik mata yang begitu halus. Oleh itu, rawatan perlu dilakukan untuk menurunkan semula paras tekanan dalam biji mata tersebut, atau air mata tersebut dapat dibenarkan keluar dengan membuka hujung saluran yang tertutup. Kata doktor, Aimy dikira menghidap 'Primary Congenital Gloucoma'.
KAdar tekanan dalam mata dan benarkan saluran tersebut tertutup hanya dapat diketahui dengan proses pembedahan dan pemeriksaan yang mendalam di dalam bilik pembedahan. Oleh itu mata Aimy perlu dibedah. Ya Allah sunggu besar dugaanmu untuk anakku... Moga KAU ringankanlah dugaan ini, dan permudahkan segala urusan agar mata anakku dapat dipulihkan...Amin..
Aku tanya, jadi...dah confirmlah ya anak saya ada gloucoma? Jawab dr Joseph, 50% YES!. Tapi kalau dilihat dari simptom yang ada... memang this baby ada glucoma. Kita akan dapat another 50% confirmation after operation. However, the operation have 80% potensi kejayaan penyakit ini dapat dipulihkan. Macam-macam kondisi yang ada kata doktor. Ada yang sekali sahaja kita bedah, jumpa saluran yang tertutup dan dapat dibuka serta tidak tertutup lagi lama selepas operation dilakukan. Ada juga yang kita tak nampak saluran yang tertutup itu, ada juga yang terpaksa ada pembedahan seterusnya apabila saluran yang dibuka tertutup kembali. Apa pun, cermin mata akan dipakaikan selepas pembedahan. Berapa lama pemakaian bergantung pada penurunan taraf rabun pesakit selepas pembedahan dilakukan. Cermin mata khas akan diberi (kena bayar laa).. kanta boleh dibuat di mana-mana kedai cermin mata. Setelah penerangan dan menjawab pertanyaan kami.. doktor cadangkan pembedahan perlu dilakukan segera kerana kes Aimy dianggap agak lewat sedikit. Sepatutnya ia terus dilakukan tak berapa lama setelah dia lahir. Kerana sepatutnya penyakit ini dah dikesan selepas dilahirkan. Ikutkan doktor nak lakukan dalam minggu ini, tapi dek senarai menunggu pembedahan yang penuh... dengan pelbagai kes... Kami cuma dapat menyelit pada 9hb Nov 2009. Itu pun dah melangkau pesakit-[esakit yang tidak serius dan tidak perlu pembedahan segera. Dan itulah tarikh paling awal yang kami boleh dapat. Aimy perlu daftar masuk wad pada 8.30pagi 8 November (birthday ibu dek...huhu)..dan akan dibedah pada 9 November.
Adalah sedikit lagi yang kami tanya, tentang berapa lama masa diambil untuk dibedah, bius macam mana dll... sebelum kami keluar dari bilik doktor. Pembantu doktor mengiring kami keluar, dan menyerahkan surat arahan kemasukan wad pada kami serta buku appoinment. Dia menerangkan sedikit tentang apa yang perlu dibuat, di mana harus mendaftar dan apa perlu dibuat sekiranya anakku ada selsema yang teruk dan tidak jadi operation. (Doktor kata kalau ada selsema teruk, pembedahan terpaksa ditangguhkan. Tapi jangan tunggu sampai mereka yang call...kami perlu call dan selalu inform dan tanya tentang aimy.. kerana penyakit ini bukan boleh ditangguh-tangguh). Kami perlu bekerjasama dgn pihak hospital kerana mereka terlalu ramai pesakit. Dr. Joseph kata, kita saling membantu...kerana di sini begitu ramai pesakit. Kita perlu jadi kawan, kerana penyakit ini akan membuatkan kami akan sering berjumpa dan akan terus berjumpa sepanjang hayat anakku dan kami. Mungkin kami akan masih berjumpa walau 25 tahun lagi...kecuali saya dah diganti dengan doktor lain kata Dr Joseph hehe. Penyakit gloucoma, sama seperti diabetis...sekali ada....follow up sepanjang hayat.. begitu juga dengan treatment dan ubatan...
Walau berita ini amat berat... Tapi di satu sudut, aku berasa lega kerna telah kutahu apa perlu ku lakukan, apa yang aku perlu hadapi, apa yang perlu aku redha... Tapi hanya Allah juga yang paling memahami isi hati ini... hati seorang ibu... pasti sedih memikirkan pelbagai penyakit dan dugaan timbul satu demi satu pada baby kecilku ini... kasihannya Aimy... Tapi aku pasti, anakku kuat dan istimewa orangnya...pasti diberkati Allah hidupnya seperti maksud namanya... insyaAllah... Moga segalanya berjalan lancar nanti...
Kita minta atok, opah, mak tok dan cik amree doakan adik di Mekah ya dik... Moga adik sihat walafiat dan dipulihkan dari segala penyakit yang ada... Aminnn..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku