Isnin, 19 Oktober 2009

Blur...bingung..

Dari pagi aku ala blur + tak larat. Tak sihat gamaknya...dari malam semalam badan sakit-sakit, macam nak demam panas. Dengan tekak rasa bengkak, nak telan air liur pun susah. Pinggang, pinggul, lutut, betis dan paha paling menyengat sengalnya... tak menahan. Siap seram sejuk menggigil. Jadi apa keje pun, aku buat dlm keadaan blur.. tak leh fokus... Sampai boss aku bagi aku 'panadol muscle/joint pain'... alhamdulillah...banyakkkk lega.. Terima kasih boss! hehe...

Aku ni entah kenapa tadi kat ofis risaukan Aimy... Mungkin sbb dia macam tak sihat dan pagi2 dah mengamok nangis jer dia. Tak sabar nak balik, tapi dah sampai opis pun lewat... ngan nak bawa 'pot luck' jamuan raya division lagi, ngan bawa kek sesaja bagi nursery lagi, ngan bag-bag anak yg macam-macam perlu diisi di pagi isnin. (Tengah malam baru sampai dari kg, tak larat sangat..badan dah mula rasa tak sedap...siap menggigil. Tu tau nak baring jer.) Kelam kabut segalanya.. Paling kelam kabut.. bila aimy tak berhenti nangis, aku pulak cari kunci keta tak jumpa. Rupanya ada dlm kereta, tapi kereta locked! Boleh gitu? Bertuah tul dia... Dgn tension aku cari kunci spare, naik semula ke atas. Aduss...mana tak jadi lambat! Mungkin juga aku risau, bila tgk cikgu nursery letak jer dia atas toto, di mana separuh badan atas toto..separuh lagi atas lantai marble sesambil alesha tepuk-tepuk adiknya memujuk agar tidak nangis. Susah hati selagi mereka tak bawak aimy naik ke atas ke bilik bayi.

Di ofis, boss aku paksa belajar crystal report... yg aku rasa...tak perlu kalau sekadar buat report macam aku ni...Walau mungkin memudahkan...tapi entah laa... Hmmm tak tau nak cakap. Mungkin juga ada baiknya... aku pun tak tau. Bila aku nak smepat belajar ni... keje lain pun banyak...

Rupanya sabtu lepas persandingan kawan satu group di department dulu... ntah nape terkecik laks hati aku kerna tak dijemput secara rasminya... huhu. Padahal, kalau dijemput pun...dah tentu aku tak dapat memeriahkan majlisnya sementelah aku ada kenduri di kampung..hehe.

Aku tengah mengatur jadual ni.. aku nak cuti ke tak khamis ni, bila aku nak pergi tukar duit rial, bila aku nak tukar saiz kasut makcik dan alesha... Bila aku nak cari supplement dan lelain barang. Duit yg semakin kurang ;agi... hehe... aduhai...terlalu banyak perkara berlaku tahun ni... membuatkan sepanjang tahun ini penuh dengan kelam kabut hehehehe.

Lagi satu aku teringat pasal zakat simpanan ASB, nak kena kira berapa yg perlu dibayar... malasnya....ishh tak leh malas...benda wajib tu... zakat.. huhu hehehe

Kemudian aku teringat roadtax dan insurans kereta yang perlu disediakan hujung tahun ini... duit lagi..huhu. Ditambah pula dengan 2 orang anak hendak masuk tadika... banyak tu kena sedia duit. Poning den! Moga murahlah rezeki untuk selesaikan semua.

Ni sekarang aku risau, notebook aku ni dah 2 kali buat hal tak boleh masuk... Jenuh reboot bagai.. Tapi alhamdulillah akhirnya boleh masuk juga. ada virus kut ni...aduhai...risau.

Paling pasti, aku teramat benci rokok...! haram weii....jangan hisap! elise... tolong sket cari fatwa mufti bab rokok ni kekekkee....

Esok 20 Oktober jam 8.00 pagi ada appoinment dengan pakar mata kanak-kanak untuk aimy. Risau gak ni... entah apa akan dilakukan dan bagaimana pula dengan result nanti...risaunyaa aku... bab anak ni mula aku sayu... luluh hati melihat wajah mulusnya... huhu. Esok nampaknya sesubuh hari dah perlu bersiap keluar rumah. Kena sampai HKL sebelum 8.00 pagi. Doakan semua ok, dan aimy tiada segala penyakit yang dikhuatiri ada ya... aminnn... Moga Allah memakbulkan doa kita...aminnnnn

Eczema aku kembali beb... dah mula gatal kembali... yerlah jep yang ku ambil hanya tahan 1 bulan biasanya. Jadi dah seharusnya aku gatal-gatal sekarang dek masa yang telah lebih sebulan.. Aku dah naik bosan fikirkan dan layankan fasal eczema ni... hmmm

Baru aku teringat, appoinment dengan doktor gigi tempohari aku tak pergi...! Mana taknya, aku sekeluarga menuju ke Selayang untuk melihat kambing aqiqah Aimy sebaik balik kerja. Tapi sempat juga suruh anak-anak pergi mengaji sebentar sementara menunggu ayahnya balik. Hai entah bila pula aku nak berjumpa dentist ni... Kalau tak guna, rugi weii... aku ada peruntukan RM500/famili setahun... cik abg ada Rm300/famili setahun.!! Boleh claim, jadi amatlah rugi jika tak menggunakannya.. Skrng dah oktober... tak lama tempoh yang ada untuk menghabiskan peruntukan... hmmm.. Tapi appoinment ngan dentist ni bukan senang nak buat...huhu.

Oklah, hampir pukul 12... aku pun dah mengantuk. Esok nak bangun awal bersiap ke HKL. Jadi perlu tido agar boleh segar bangun hehe.

1 ulasan:

Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku

Catatan Popular