Rabu, 28 Oktober 2009

Aku rasa paling huduss...haha

Wahai kawan-kawan ku sekalian alam, ajarlah aku, tunjukkanlah aku, berikan tips dan panduan untuk memeriahkan lagi blogku yang kurasakan paling huduss ini hahaha. Takkan nak sehudus tuannya kekekke.

Tak pandai pula aku nak membega, membelek lebih-lebih. Sampaikan aku terjadi follower aku sendiri... apakehei!! haahahaha...Tu camne nak delete tu... kang orang kata syok sendiri jadi follower sendiri kakakka. Macam dah lama tak membelek komputer sebegini.. Dah lama tak menggunakan otak.. seronok juga kan. Tu yang kadang jadi blur walau template dah tersedia..

Haa tu anak-anak ku tengah melasak sambil tengok BELALANG! suruh tido takmo, nak tengok Belalang kat Astro Prima jejugak. Astro ni pun satu hal, gi siar mula jam 10 apa pasal.. dah laa cerita budak-budak... dah tentu depa nantikan. Taknak bagi tengok, kesian pula. Cerita ada kisah dan tauladan ni aku tak kisah mereka nak tengok walaupun malam. Kurangnya mereka tak melasak mengtongkang pecahkan rumah kekeke. Nak suruh belajar ajer pun, jemu mereka. Adiknya pula dah dibawa tido di atas, dalam bilik...sejak lepas maghrib tadi. Aimy dapat tido di tempat dia.. memang lama laa tido. Kami pula risau nak tinggal, sebab takut dia terjaga..dan kadang kala melasak hingga ke pinggir katil. Seriau huhu. Kubu bantal sentiasa. Minta cik abg pasangkan babycot, tak mahu pula dia. Menyemak katanya...gggrggrrrggr...

Alhamdulillah aimy nampak makin sihat dek selsema dan batuknya yang serba sedikit. Harap menjelang 8 November...semua penyakit tiada, dan dia sihat walafiat hendaknya...amin.

Tapi 2-3 hari ni aku asyik teringat pasal PERMATA HIJRAH... bukan Permata Yang Hilang tau! hahaha. Perubatan alternatif dari Kelantan. Terdapat produk yang dengarnya amat bagus untuk penyakit-penyakit mata yang serius. Adakah patut ku mencuba untuk aimy sebelum pembedahan? Atau...errr mencuba dulu sebelum teruskan pembedahan? Kalau gitu, sampai tangguhkan pembedahan?? Tapi bukan senang nak dapatkan appoinment pembedahan. Tambahan penyakit seperti aimy ini bukan boleh ditangguh-tangguh. Makin ditangguh, makin mudarat nanti. Ia bukan setakat melibatkan kerosakan mata, malah menghilangkan satu pancaindera yang maha berharga kurniaan Allah swt. Bukan kerana aku tidak sabar, tapi sememangnya fitrah sakitnya menuntut sedemikian.

Hmmm... mungkin aku dan cik abg dah ada keputusan sendiri, cuma terkadang...manusia biasa seperti kami... takut juga tindakan yang diambil bukan yang terbaik. Minta dijauhkan laa... harapnya segala keputusan kami untuk aimy, adalah yang terbaik dan dilorongkan Allah swt demi yang terbaik untuk aimy. Ibu ayah kena solat sunat ni dek... mohon Allah ringankan tulang temulang dan hati kami untuk tidak sombong dan malas memohon padaNYA...amin.

Tadi aku agak lewat sedikit sampai ke rumah. Dah maghrib pun masa aku sampai. Cik abg menyambut panggilan kawan lamanya...anak-anak dibiar bermain bersama. Ku lihat Alesha dan Adani sibuk mengikut aimy menghayun siku maju kehadapan...kekeke.. Cute melihat makin laju aimy menjulur... Cuma ku risaukan, takut ada yang terluka dan kotor habuk dan sebagainya menghinggap tangan dan mukanya... Itu paling penting untuk aimy... penjagaan persekitaran..! kata Dr Koshy yang kuat ketawa tu hehe.

Anak-anakku dan ayahnya dah nak naik atas tu.. Nak kena stop sekejap menaip, bagi laluan pada tugas seterusnya...hehe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku

Catatan Popular