Isnin, 26 Oktober 2009

From Madinah with Nur Kasih...




















































Kalau semalam dapat sms reply dari ayahanda yang menyatakan mereka sihat, beraktiviti sunat dan ziarah serta bebas. Di samping 'asyik' makan buah at-tin dan makanan yang sedap-sedap... Hari ini kedengaran suara ayah di corong telefon bimbit (ada ke corong? kekeke).

Tengahari tadi ayah call. Masa dia call tu aku tengok no pelik, aku tak angkat sementelah aku tengah sibuk di talian telefon ofis. Kali ke 2, baru ku angkat... mulanya ku dengar perlahan suara ayah...suspen kut takut orang lain yang menjawab. Selepas confirm aku, kuat kembali suaranya hahaha... Macam kat Malaysia jer bunyinya... dunia sudah moden... Berjuta batu dan kilometer pun...bagaikan berbual di sebelah sahaja... hehe.

Dua kali kalian terputus, kerana ayah gunakan kad i-Talk Telekom. Ada had mengikut harga kad. Ayah dah pesan, nanti terputus dia akan call semula. Memang ayah call semula. Kalau aku call ke telefon bimbitnya, kredit dia akan berkurangan juga... bukan sahaja aku yang membayar bil. Tu rugi katanya.

Macam-macam kisah dari Madinah yang ku dengar. Ayah seronok di sana. Solat wajib dan sunat di Masjid An Nabawi. Berdoa di cucur Raudah, tempat yang dikatakan paling makbul kiranya berdoa. Makan makanan yang sedap-sedap. Pelbagai barang dijumpa dan dibeli, terutama ubatan seperti habatus saudah, buah hawa, akar fatimah dan sebagainya yang mana memang hobinya untuk memiliki di samping untuk diberi pada anak cucu bagi mengubati segala penyakit yang ada. Diceritakan juga keadaan di sana yang semakin ramai yang tiba berbanding ketika mereka baru sampai di sana jumaat lepas. Dah mula berebut kata ayah.

Kutanyakan khabar mak, makcik dan adik. Ayah kata semua sihat. Makcik dah mula bershopping sakan hahaha. Dah kaki shopping...hehe. Sementelah pula dia cuti tak boleh beribadah. Sampaikan dilonggokkan segala barang di keliling bag dan minta ayah susunatur ke dalam bag semula haha. Mak pula belum ada aktiviti sampingan shopping, padahal kaki juga tu hehe. Dia sibuk beribadah jer. Tapi paling kelakar adik laa... sakan membalun makanan... cam semua sedap bagi dia...dan asyik makan kekeke.

Mereka akan mula berihram pada jumaat ini tak salah.. dan akan berangkat ke Mekah. Nasib juga makcik cuti awal, insyaAllah sempat dan boleh menyempurnakan ibadah haji dan umrah nanti tanpa gangguan 'cuti' lagi... hehe.

Ayah dah doakan aimy dan anak cucu masa di Raudah...insyaAllah moga Allah makbulkan semua...amin.

Malam, ayah call lagi. Nak bercakap dengan cucunya pula hehe. Alesha yang berborak dengan atok. Siap tanya atok macam-macam. Tapi dalam masa yang sama, sibuk nak tolong ayah memaku rak tuala kayu... berbelah bagi dia hehe. Padahal, asal nampak 'ala' jemaah haji di kaca televisyen, dah pasti diterka ATOK dan OPAH katanya...kadang sibuk kata Mak Tok dan cik Amree hehe. Padahal entah siapalah di kaca tv itu hehe. Tapi tak lama bercakap, mungkin ayah call anak cucu lain pula..maklumlah anak ramai hehe.

Apa pun, moga ayah, mak, makcik dan adik sihat walafiat dan dapat mengerjakan dan menyempurnakan ibadah dengan khusyuk dan tawaduk...insyaAllah...aminn

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku

Catatan Popular