Published with Blogger-droid v2.0.2
Anak sulungku Alesha Sufia lahir melalui kaedah pembedahan(emergency)pada 01 April 2004 dengan berat 3.32kg. Adani Sufia merupakan anak keduaku, berjaya dilahirkan secara normal pada 13 September 2006 dengan berat yang amat mengejutkan iaitu 4.1kg. Si kecil Aimy Sufia dilahirkan pada 20 April 2009 secara normal dengan berat 3.1kg sahaja dan si kecil inilah 'special needs child' yang membuat lahirnya blog ini.
Sabtu, 7 Januari 2012
Kembali ke sekolah
Inilah antara situasi di pagi hari pertama dan kedua persekolahan 2012. Alesha dah mula masuk Tahun 2. Nama kelasnya 2 Mahabbah. Kalau dulu kelasnya di tingkat bawah..kali ni perlu naik 2 tingkat. Huhu..dengan bag yang berat nanti.. Pasti penat sangat! Apa pun harap Alesha boleh terus maju dalam pelajarannya dan personalitinya juga. Amin..
Adani pula kali ini berpindah ke Little Caliph atau KHalifah Cerdik Kindergarten. Agak jauh sikit dari rumah tapi masih dalam area taman perumahan kami, cuma fasa berbeza.
Seperti biasa Adani penuh keyakinan dan tak sabar ke sekolah. Awal bangunnya seiring dengan kakak. Semangat betul nak ke sekolah. Sudahnya dia ikut aku menghantar Alesha ke sekolah..hehe. Tidak dapat berlama di sekolah Alesha.. Tahu kelasnya di mana, hantar masuk kelas dan ambil gambar 2-3 keping dah babai hehe. Turun ke bawah menjengah Adam anak Jiejah yang baru masuk Tahun 1. Tahun 1 pun telah berpindah ke tingkat 2. Maka bersesak la koridor balkoni dengan ibu baoa yang menunggu. Dulu di bawah tidak ketara kerana luas sikit koridornya.
Selepas skodeng dan borak seketika, aku dan adani turun. Singgah sekejap ke kedai buku melihat kemungkinan ada stok buku Alesha yang asyik tak cukup sejak 27 Dis lalu. Alhamdulillah nampak gayanya dah banyak ada kecuali Buku Kerja Rampaian Bahasa Inggeris sahaja. Nak beli terus tak dapat. Ramai sangat yang beratur menunggu giliran. Aku harus balik dan menghantar Adani dan Aimy ke sekolah juga.
Sampai di rumah, cik abang baru nak memandikan Aimy. Setelah semua siap, kami ke nursery transit Alesha dulu. Membayar yuran bulan 12 yang Alesha dan Adani datang cuma 3 hari. Huhu mahal juga kena bayar.. cuma kurang 25% jer dari biasa. Huhu.. Hmm nak buat camne kan.. Tak terkata.. Tak mengapalah..masih ada rezeki untuk membayar.
Selesai di nursery alesha, kami terus ke.Little Caliph menghantar Adani. Adani terus masuk dan sibuk dengan kawan-kawan. Ibu nak ambil gambar pun dah tak heran haha. Nasib dah salam cium. Tu sebabnya hari ke 2 baru aku dapat gambarnya. Tambahan pula hari pertama 04 Jan 2012 jatuh hari rabu.. Hari Rabu di Little CAliph adalah hari aktiviti luar/sukan, itu yang hari pertama Adani pakai sports wear. Ceria jer dia.. Takde muka cuak takut hehe.
Aimy pula hari pertamanya pada 3 Jan. Semua rindu padanya hingga lebam pipi kena cubitan geram entah siapa..hehe.
Lega sikit bila anak-anak dah beraekolah dan rutin berjalan seperti biasa. Kalau tidak risau juga nak meninggalkan mereka di rumah seperti yang kami buat pada 3 Januari lalu. Terpaksa tinggalkan mereka sebab tiada penyelesaian siapa boleh menjaga Alesha dan Adani. Kami pula tak boleh cuti. Alhamdulillah semuanya selamat dan mereka pun berkelakuan amat baik bila tinggal berdua. Moga Allah sentiasa lindungi anak-anakku sentiasa..amin
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Itulah yang dinyatakan dalam surat rujukan dari Dr Koshy bertarikh 25 Ogos 2010 untuk Pusat Perkembangan Kanak-Kanak HUKM (CDC). Akhirnya ya...
-
Jumaat kelmarin, lunch hour ku luangkan masa di kedai buku Popular Summit USJ untuk mencari buku latihan Alesha dan Adani untuk mereka ulan...
-
Sabtu 31 Julai 2010 Kami bawak report MCUG dari Hospital Sunway ke DEMC (wah sudah 2 bulan berada dalam simpanan kami haha). Disamping itu, ...
-
Alhamdulillah diberi rezeki dan peluang dengan bermulanya tahun 2014 ini, bagi memulakan satu lagi jenis rawatan untuk Aimy. Stimulaterapi...
-
Sekian lama tak bawa anak-anak outing. Dek kerana kesiankan anak-anak, ku terima pelawaan Jiejah mengajak ke Bukit Cerakah Ahad 7 Feb 2010. ...
-
Allahu Akhbar!! (kalau cakap gini kat Aimy, sure dia cuba sedaya upaya letak tangan tepi kepala.. kadang jadi tepi pipi hahaha.. so cute) Sy...
-
18 May 2010, pagi lagi aku dah bawa Alesha jadi spy tengok Adani naik bas rombongan ke kilang coklat..haha. Entah di mana kilang yang mereka...
-
Rubella , commonly known as German measles, is a disease caused by the rubella virus. The name "rubella" is derived from t...
-
11.11.2010 Appoinment 8.30 pagi. Tapi Audiologist jam 9 baru nampak muka. Dah 9.15 baru panggil masuk bilik. Nak cek telinga, Aimy terus nan...
-
Antara gambar-gambar pada hari sabtu 17 Disember kelmarin. Kami turut serta memeriahkan Family Day syarikat tempat aku bekerja. Memang s...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku