Isnin, 16 Januari 2012

Panjang Akal!

Semakin lama semakin panjang akal Aimy ni.. Otaknya ligat berfikir kadang tu. Ada jer idea dia nak buat sesuatu yang kita tak sangka-sangka. Bulan lepas..aku sedang solat..dia tolong berkemas tepi aku memunggah barang-barangku yang aku tak sempat nak susun masuk dalam kotak dokumen. Tetiba dia pegang dan main bateri telefon bimbit aku yang lama. Aku tengok jer dia main..pantau agar dia tak masuk ke dalam mulut. Tapi tanpa ku duga, dia cari telefon ayahnya di atas katil dan cuma nak masukkan bateri telefon tu ke belakang telefon bimbit ayahnya. Bila cubaannya tak berjaya, dia minta ayahnya bukakan penutup belakang telefon tersebut..haha.. Bijakkk...bijak..Sekarang suka sangat dia menunggu aku solat. Kadang pandai dia tak kacau. Kadang agaknya tak sabar menunggu, dia mula mengacau. Diselak sejadah, diselak telekung aku ketika tahyat akhir, dan paling payah bila dia berbaring sambil merenung aku di atas sejadah..macamana aku nak sujud?? bertuah betul! haha.Adakala, dia bermain dengan bateri AA dan box kayu kecil yang sepatutnya diletakkan pensil. Dia masukkan semua bateri AA tersebut satu persatu dan keluarkan semula..kemudian tepuk tangan tanpa disuruh. Adakalanya, sibuk menyikat rambut walau tak kena sikat ke rambut. Sibuk berbedak.. Dicubanya letak ke kaki dan muka.. Kalau tak keluat bedak, mula dia bagi pada kita sambil menghulur kaki suruh disapu bedak. Begitu juga kalau melihat kita memotong kuku.. Sibuk dia juga menghulur kaki untik dipotong kuku hahaha.Sekarang kegemarannya buku. Tak lekang dengan buku. Terutama bila dalam perjalanan pergi dan balik sekolanya. Sampai lunyai dan terbahagi tiga buku dikerjakan bila geram haha. Tapi puas hatilah.. Dia memang asyik dan ralit dengan buku. Sambil mentelaah, mulalah keluar segala bunyi dari mulut munggilnya.. Kadang halus macam bunyi kucing haha..kadang kecoh macam menyanyi-nyanyi.Haa tu belum dengar lagu lagi.. Mula la pandai joget henjut-henjut dan tergerak kaki tangannya. Terbaru, dia goyang badannya ke kiri dan ke kanan cam kumpulan koir tu hahaha..comel jer rupa..(maaf ya puji anak sendiri haha).Kalau dulu, aku tanya "Siapa pandai angkat tangannn?!!!!" Siapa baik?..Siapa cantik? Siapa comot? Siapa mengada?... laju aimy angkat tangan. Asal sebut "Siapa"..dia dah angjat tangan dulu. Dulu angkat tangan sebelah...sekarang dua belah. Kini lagi advance, kami tanya dalam bahasa inggeris juga dia faham.. Laju angkat tangan.. Suka teacher dia mainkan dia bila dapat tahu hal tu.. Kalau nampak telefon aku, sama ada dia nak main fruit slice dan kid doodles, dia akan minta nak dengar youtube lagu twinkle twinkle little star hehe.Makan dan membuang air besar pun dah bagus. Sudah kurang sangat tersedak dan tercekik bila makan begitu juga dengan membuang air besar. Sejak 3-4 bulan ni alhamdulillah makin ok.Apa pun Aimy dah makin stabil berjalan dipimpin tangan sebelah.. Aku amat berharap sangat Aimy dapat berjalan dan bercakap tahun ini. Bercakap tu paling tidak 4-5 perkataan pun jadilah!!.. Kemudian pasti lebih pandai kan..hehe.Untuk harapan itulah, kami membawanya ke Pusat Terapi Sham di Jalan Sentul, KL pada 7 Januari lalu. Mencuba terapi dari pihak persendirian yang lebih fokus untuk dirinya. Pertama kali pergi dah dapat 6-7 kerja rumah. Menangis Aimy didera suruh buat itu ini hahaha.. Kelakar tengok dia mengamok dipaksa. Antara terapi yang diminta dicuba kepada Aimy oleh Dr Sham, antaranya :1. Terapi Ais.. Untuk menenangkan Aimy yang bila mengamok marah, sembelit dan geram suka menegangkan kakinya hehe.2. Terapi lampu dalam bilik gelap untuk penglihatannya3. Meningkat fokus/tumpuan4. Sensory untuk deria-derianya5. Keseimbangan - untuk hilangkan ketakutan dan membantunya mengimbang diri6. Menguat otot kaki- merangkak, memanjat, duduk cangkung bangun, dan sebagainya yang sesuai.7. Kad imbasan - terutama gambar ahli keluarga (ini memang sedang diusahakan atas permintaan sekolah aimy.. Jadi boleh buat sekali untuk di rumah hehe)Apa pun setakat ini semuanya dapat dibuat dengan sekejap-sekejap. Jadilah buat permulaan. Nak dapatkan kerjasama aimy bukan senang. Moodnya asyik bertukar. Kadang kita pula yang banyak komitmen lain terhadap anak-anak lain dan rumahtangga. Namun aku harus berusaha kuat untuk Aimy.. Aku tak boleh lagi berlengah dengan masa. Buat Aimy, masa perlu dikejar. Setiap masa perlu digunakan dengan sebaiknya.. Moga hajatku hendak melihat Aimy berjalan dan bertutur tahun ini dimakbul Allah swt. Ya Allah perkenanlah doaku dan permudahkan urusanku. Ko tetapkan imanku agar sentiasa mengingati dan tetap hati dalam beramal ibadat...aminn.
















Published with Blogger-droid v2.0.3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku

Catatan Popular