Published with Blogger-droid v2.0.3
Anak sulungku Alesha Sufia lahir melalui kaedah pembedahan (emergency)pada 01 April 2004 dengan berat 3.32kg. Adani Sufia merupakan anak keduaku, berjaya dilahirkan secara normal pada 13 September 2006 dengan berat yang amat mengejutkan iaitu 4.1kg. Si kecil Aimy Sufia dilahirkan pada 20 April 2009 secara normal dengan berat 3.1kg sahaja dan si kecil inilah 'special needs child' yang membuat lahirnya blog ini.
Rabu, 18 Januari 2012
Durian dating
Ya Allah kenapa tiba-tiba aku menyukai durian? Pelik betul..haha. Dalam bulan lepas tetiba aku teringin nak makan.. Dapat lak tu rezeki durian baru luruh masa balik ke kampung di Kuala Pilah haha..memang rezeki. Tapi aku belum layan banyak-banyak..paling banyak 2-3 ulas jer.
Kelmarin cik abang dapat durian dari kawan pejabatnya. Sempat aku makan seulas. Paling best Adani..sakan dia makan dengan ayahnya.. Bersungguh! Alesha tak heran pun.. Agaknya dia macam aku tak suka dan tak minat makan durian dari kecil lagi..hehe.
Jumaat lepas aku terpaksa cuti. Banyak urusan perlu diselesaikan segera. Hal JPJ, hal rumah dan bank.. Tu pun ada yang tak sempat kerana kami perlu menggunakan tiket tgv cinema yang aku dapat dari Nuffnang sebelum tarikhnya tamat pada 15 Januari. Maka berdatinglah aku dengan cik abang menonton wayang. Bila keputusan last minute begini, tak plan...baru perasan di panggung tiada cerita yang menarik. Tambahan kami mahukan tayangan paling awal iaitu dalam jam 11++ pagi. Sudahnya kami tonton 'Awakening'. Cerita best juga, kisah seram. Tapi plot cerita agak lambat.. Kami pula tak cukup tidur malam sebelum, tang hujung-hujung ada tersengguk kami hahaha.
Masa meronda menunggu masa tayangan, aku terjumpa orang jual durian RAJA Kunyit.. Mak aii kuning gilerr! Paling terkejut tengok harganya...berapa ulas jer harga RM49.90!!! aduss..baik tak makan kalau aku hahhahaa.
Apa pun alhamdulillah semua urusan dipermudahkan Allah.. Macam pertama kali je aku menjejakkan kaki ke JPJ Padang Jawa. Sebenarnya tak ada masalah pun dengan pengesahan kad pengenalan aku yang disahkan pesuruhjaya sumpah. Semua aku tanyakan apa yang staff di kaunter jpj Sitiawan katakan tidak boleh.. Huhu boleh sahaja selesai ikutkan..sabor jer la. Memang sengaja menyusahkan orang jer mereka tu..pelik! Nasib pergi dengan cik abang.. Mudah sikit seorang cari parking dan seorang beratur. Walau ramai, sekejap sahaja aku dah selesai urusanku. Mudah dan cepat..
Cuma hal bank dan rumah tak boleh nak selesai lagi jumaat lepas. Minggu bila la pula nak selesaikan agaknya..huhu
| Reactions: |
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Sekian lama tak bawa anak-anak outing. Dek kerana kesiankan anak-anak, ku terima pelawaan Jiejah mengajak ke Bukit Cerakah Aha...
-
Itulah yang dinyatakan dalam surat rujukan dari Dr Koshy bertarikh 25 Ogos 2010 untuk Pusat Perkembangan Kanak-Kanak HUKM (CDC). Akhirnya ...
-
Rentak manakah yang hendak diikut? Di manakah lantai tarinya? Bijakkah mengatur langkah? Akan jatuhkah mereka...atau sekadar tersadung kaki...
-
Rubella , commonly known as German measles, is a disease caused by the rubella virus. The name "rubella" is derived from the Latin, ...
-
18 May 2010, pagi lagi aku dah bawa Alesha jadi spy tengok Adani naik bas rombongan ke kilang coklat..haha. Entah di mana kilang yang mere...
-
Sabtu 31 Julai 2010 Kami bawak report MCUG dari Hospital Sunway ke DEMC (wah sudah 2 bulan berada dalam simpanan kami haha). Disam...
-
Alhamdulillah... lega rasanya dah banyak yang yang telah dapat diadakan dan dipersiapkan untuk Alesha Sufia ke sekolah rendah tahun hadap...
-
Allahu Akhbar!! (kalau cakap gini kat Aimy, sure dia cuba sedaya upaya letak tangan tepi kepala.. kadang jadi tepi pipi hahaha.. so cute) ...
-
Itulah hati ibu kan.. setakat mana pun dibiasakan positif dalam diri, tetap juga terlintas yang negatif dalam benak fikiran ini. Hampir 3 m...











0 comments:
Catat Ulasan
Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku