Isnin, 31 Oktober 2011

Wah beraninya!

23 October 2011
Kali ni Aimy dengan ibu tidak lagi kena tinggal bila ayah bawa kakak-kakak ke kolam renang.. Yahoooo!











Ini mesti hasil ke swimming pool setiap minggu ketika di IMC. Kalau dulu, bawa masuk ke dalam kolam mesti sakan menangis ketakutan, Sekarang dia yang akan turun sendiri ke kolam macam turun dari katil saja layaknya haha. Cukup berani, tanpa dikiranya kolam itu dalam atau tidak, untuk dewasa atau kanak-kanak. Yerlah mana Aimy tahu semua tu kan hehe.. Sama naik dengan kakak Adaninya. Kakak Alesha pula yang menjadi gentar dengan kolam dalam haha.

Apa pun seronok melihat keyakinan yang telah ditanam pada Aimy... good girl Aimy and good job IMC..!

Rabu, 26 Oktober 2011

Bahasa Jerman

Sejak seminggu dua ni lain benar bunyi suara Aimy. Dia bercakap sendiri dengan bahasa jermannya seperti selalu. Tetapi kali ni lebih banyak bunyi, lembut bagai berborak dengan sopan, panjang bunyinya.. Macam bunyi kucing pun ada haha. Comel jer bunyinya..

Akal pun semakin panjang, memang dari dulu dia suka bermain yang bukan mainan dia. Tetapi kini dia sendiri mempelbagaikan cara dan kaedah sesuatu itu yang menjadikan amat kelakar hihi.

Berjalan memegang dinding bukan main laju. Tapu masih takut-takut bila dipegang hanya sebelah tangan.

Alhamdulillah amoknya semakin kurang di rumah. Di sekolah tak pasti pula. Tempohari patutnya dapat progress report dari Teacher Shyla.. Tapi belum sempat print kata teacher.

Esok nak bawa Aimy ke sesi terapi fisio dan cara kerja di hukm. Harapnya aimy bekerjasama.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Selasa, 25 Oktober 2011

Sara dan imbuhan

BerSara, PerSaraan atau dengan perkataan lain pencen. Hmm... Tapi pencen merupakan bahasa inggeris yang dimelayukan kan.

Hmm bercampur baur perasaan aku hari ni.. Sedih, sayu, kesian, pelik, yang kadang kala diiringi perasaan yang berlawanan. Tak tahu nak digambarkan.

14 tahun lebih berlalu.. Pertama kali aku melihatnya ketika dia menjadi salah seorang dari 3 panel yang meng-interview aku dulu. Setelah beberapa lama aku kenali dia, memang dia bukanlah insan yang digemari. Seorang yang terlalu tegas, serba tak kena, memang selamber menegur apa sahaja di khalayak, nampak terlalu beremosi. Banyaklah hal nya.

Nak jadi cerita, setelah 12 tahun lebih aku bekerja, tiba-tiba aku perlu berkerja di bawah seliaannya. Oleh kerana aku suka dengan tugas yang ditawarkan, dari awal telah aku letakkan suis positif walau aku tahu apa yang bakal aku hadapu dan macam-macam telah aku dengar.

Kini setelah 2 tahun 6 bulan berlalu.. Pelbagai kisah berlaku ketika aku di bawah seliaannya. Aku akui, aku bukanlah bagus sangat.. Aku punya masalah sendiri yang aku perlu imbangkan dengan kerja. Tapi kadang, tiada kefahaman darinya buatku. Semua serba tak kena. Ada saja salahku. Hal anak aku tersangkut paut. Apakan daya, bukan aku pinta anakku dilahirkan istimewa...

Dulu aku sering mengharap tekanan darinya berakhir segera. Mak pernah berpesan, berdoalah agar dia menjadi ketua yang baik, lembut hati, memahami dan bertimbangrasa. Alhamdulillah lama kelamaan aku boleh ikut rentaknya dan akhirnya dia juga mula berlembut dan lebih memahami. Walau masih ada perkara-perkara yang pastinya tetap tidak disenangi hihi.

Tapi hari ini, sedih pula melihatnya mula mengemas segala barangnya sejak pagi. Aku pelawa bawa dengan troli tak mahu pula dia. Hmm kenapa mesti dia bagaikan tidak redha untuk bersara. Hadiah dari kami pun diterima acuh tak acuh dari tangan boss besar.. Majlis perpisahan minggu lepas juga dibatalkan. Pengakhiran yang buat aku rasa seribu macam rasa. Kasihan, sedih, dan entah...

Tadi balik pun aku serba salah.. Nak salam ucap selamat.. Tapi dari pagi aku dengar dia akan ada di sekitar lagi minggu depan. Dia akan datang lagi. Hmm entahlah.. Apa pun aku berdoa dia lebih bahagia dengan apa yang akan dilakukannya selepas bersara ini. Moga makin murah rezekinya kerana dia memang seorang yang pemurah.. Aku hormat dia sebagai ketua aku dan kebih kepada orang tua yang lebih berpengalaman.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Selasa, 18 Oktober 2011

Keluarga besar si istimewa..




Berita Harian 18 Oktober 2001 mukasurat 18. Keratan akhbar ini ditulis oleh Ita ummi Alisya. Gambar pula dari suami Ina ibu Nabila. Wah ummi dan abi Alisya glam u gambar nama semua naik hihi. Apa pun bangga dengan anak-anak ini dan keseluruhan keluarga si isitimewa. IMC boleh! Tahun depan kasi kita menang lak tau haha.



Published with Blogger-droid v1.7.4

Ahad, 16 Oktober 2011

Sate Kebab - Linot jual tuh!

Aku takde idea nak cerita pasal diri sendiri dan keluarga atau sekeliling aku. Tapi di sini aku nak tolong sahabat yang pernah aku ceritakan di sini kematian suaminya setahun lalu akibat kanser pankreas. Bila aku kata "wah kawan aku dah jadi bissnesswomen!" Jawapnya.. " Ini adalah satu kebangkitan ibu tunggal hehe". Huhu syahdu aku beb!.. Walau aku juga punya dugaan, dugaan mu Not amat menyedihkan.. Patutlah tetiba dia reka semula id facebook yang telah dipadamnya hampir setahun dulu. Apa pun aku menyokong penuh usaha sahabatku ini. Namun belum berkesempatan membelinya. Nantilah tunggu aku bersua dengannya hujung bulan ni.

Jom cuba rasa sate kebab ni.. nampak dari gambar cukup boleh menitiskan air liur hahaha.



Sate kebab pertama di Malaysia! Rasai kenikmatan 3 perisa sate kebab - black pepper, beryani & pedas. Diperbuat daripada daging ayam & dijamin halal. Produk bumiputera (Akmal Food Industry). Hanya RM12.00 sepaket (20 batang). Harga istimewa ditawarkan bagi kuantiti borong. Sekali rasa mesti nak lagi. Pasti membuka selera anda...

Panduan memasak :-
1. Dipanaskan di atas non-stick pan
2. Dipanggang
3. Digoreng
4. Distim
5. Menggunakan microwave (grill) selama 6-7 minit

Boleh dihidang bersama nasi atau sungguh enak dimakan begitu saja...

* Untuk penghantaran, pesanan minimum = 5 paket.
* Penghantaran percuma sekitar kawasan Seri Kembangan, Bukit Jalil, Putrajaya, Cyberjaya, Cheras dan Selayang.
* Bagi kawasan lain, kos penghantaran sebanyak RM5.00 dikenakan.
* Penghantaran di luar kawasan Kuala Lumpur/Selangor tidak dilakukan setakat ini.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :-
Haslina (Linot) : 016-3445 992
Email
skfrostfutter@gmail.com
Phone

Khamis, 13 Oktober 2011

Betul ke?






Hmmm sejak dua menjak ni, asyik sakit sana sini. Paling ketara asyik pening/berdenyut kepala dan perut asyik pedih saja. Aduhai dah tua kut... penyakit dah mula kasi isyarat haha. Paling tak best, dah tak boleh makan pedas atau terlalu banyak rempah ratus yang panas/pedas...sure 'cerryberry' hihi. Kata doctor, gastrik dah kuat.. huhu.. Tu laa...tak jaga waktu makan aku ni.. hmmm.

Paling menakutkan bila cek tekanan darah, tinggi tu! 149/91... aikk tak pernah ni setinggi gini. Selalunya aku ni rendah tekanan adalah. Kurang darah merah aku ni. (Aku tak reti baca hal tekanan darah ni benarnya haha). Tempohari ada sekali masa aku baru balik hospital masa Aimy warded di HKL. Tapi masa tu tak tinggi mana. Dalam 139 tak salah yg atas, yg bawah lupa. Doctor kata cam haritu kut, penat, stress, dan paling utama KURANG TIDUR. Huhu memang la kurang tidur doktor... dah anak saya asyik terkejut dalam tidurnya. Boleh kata selang 10-30 minit.. Dah la ibunya mudah terjaga. Asyiklah terjaga. Kadang sampai susah nak tidur semula huhu. Siang mengantuk tahap tertinggi..sampai tersengguk ke meja kepala hahaha. Aimy ni dah jam 5-6 pagi baru nyenyak senyenyaknya. Sebelum tu... aduhaii asyik terkejut. Kadang jer dia akan ok sampai pagi, cuma terkejut sekali dua gitu. Aku tak pasti kenapa.. risau juga. Terbaca di facebook group Super Mum Angel tu, ada yang kata tersentak-sentak tu sejenis sawan. Tapi Aimy waktu tidur jer, waktu lain takde.. bukan sawan kut ek? WaAllhualam.

Tapi doktor siap bagi kad appoinment suruh datang semula hari ini untuk cek tekanan darah (aku ke klinik isnin lepas). Hai janganlah tinggi lagi, sebab memang aku belum cukup tidur..

Lagi satu, semakin lama semakin kerap dan teruk aku kena 'cramp'. Kalau dulu kaki sahaja, sekarang tangan, belikat dan pinggang pun leh cramp hahaha. Nampak benor kurang kalsium. Kena rajin semula minum susu ni. Dulu rajin minum susu segar yang beli dalam kotak tinggi atau botol tu. Tapi sejak naik harga dan banyak keperluan lain, dah mula culas meminumnya. Susu bancuh ada gak beli, omega, anlene.. tapi tak berapa rajin membancuh haha. Sudahnya doktor bagi pil kalsium. Jangan culas pula menelannya haha.

Alesha tengah minggu Peperiksaan Penggal Akhir sejak minggu lepas. Tak salah hari ni kertas terakhir. Harapnya dia berjaya mendapat yang terbaik dan peratusan meningkat...amin. Adani pun tengah menghadapi 'assessment' - peperiksaan tadika hehe. Harapnya Adani boleh kekalkan apa yang diperolehi pada semester pertama... aminnn. Eh sekolah Aimy pun ada assessment haha.. penilaian prestasi. Tapi tak sure Aimy terlibat ke tak..










Alhamdulillah cek BP kat klinik balik kerja semalam, 134/83. Syukur Alhamdulillah. Tu pun memang bagi aku cam tinggi lagi... sebab selalunya aku 120/80 jer.. Camne nak bagi cukup tidur ni.. Kata doktor, sebab cerry berry dan gastrik tu la buat BP aku naik. Betullah kata rakan sepejabat aku, kalau ada sakit berkaitan perut, memang potensi untuk BP naik amat mudah.


Semalam Aimy pun gi klinik sekali. Semua ubat dapat, complete set ! Mana tanya semua dah ada, demam, selsema, batuk, kahak.. cuma yang bagusnya..paru² dia CLEAR. Alhamdulillah. HUhu dah lama tak kena teruk gini.. kesian dia. Tapi memang tak berapa ok mood jadinya bila demam begini. Siang suhu tak tinggi sangat. Malam mula la mencanak. Tak boleh tidur aku dok lap Aimy dengan tuala basah. Tapi marah² dia. Dia pun tak nyenyak tidur lebih teruk dari biasa, sebab siap bangun duduk dan ngamok dan sambung tidur. Kesian Aimy.. dah la ibu tak cukup cuti, demam gini kena gak pergi sekolah huhu. Takpe dik, sok kita rest cecukup kat rumah ya..

Selasa, 11 Oktober 2011

Yeah Mari ikut Aimy Bersukan!



















Aku tak pandai benarnya nak susun gambar dalam blog ni, ketika upload mesti yang dulu jadi ke bawah dan yang akhir jadi teratas... Jadi pandai-pandailah bila melihat perjalaan majlis kena mula dari gambar bawah ke atas dan yang di bawah pun sama ya.. hahaha.

Sesampai kami ke dalam Gymnasium yang amat besar.. yang juga merupakan indoor small stadium.. Aimy terus disarungkan baju rasmi sukan. Oleh kerana Aimy kecik.. redha jer lah dapat baju besar saiz kanak-kanak/dewasa ...hahahhaa.. So cute.. cam selimut dik! hahaha

Arakiannya Aimy memang tak suka dipaksa untul melakukan sesuatu pepagi hari. Speaker yang mengalunkan muzik dan suara MC kuat sampai sakit telinga pulak tu. Memang menangis jer dia bila tiada yang dikenali berdekatan. Nak pada Teacher Shyla jer dia. Nampak kami lagi laa dia nak kan haha.. Sumbat ganja dia (susu) pun kejap² menangis.

Dia akan tersenyum ketawa bila bersama kami sahaja haha. Lihat dalam gambar ya.

Tapi yang bagusnya, dalam acara merangkak melalui kotak tu, dia berjaya lakukan. Tidak seperti waktu latihan kata Mrs Sunny hahaha. "Masa training, tak pernah dia mahu masuk kotak tu". Padahal kat rumah, kotak dan bakul la yang menjadi mainan kegemarannya...hehe. Aimy dapat tempat pertama tau dalam acara tu.. haha. Tapi menang atau tidak, hadiah sama kut semua yang masuk..hehe.

Aimy jer meraung menangis tak hingat, kawan-kawannya... Nabila dan Alisya.. menten cool beb! Paling cool Alisya laa.. tidur jer dia.. senang org nak bawa ke sana ke mari hahaha.. Krista menangis sesikit.. Tapi tak seteruk Aimy.. haha. Nampak Krista makin teguh berdiri dan berjalan dengan dipimpin satu tangan oleh sesiapa saja, dibanding aku bertemu pertama kali ketika mendaftarkan Aimy dulu.. wahh kagum.. subhanaAllah.. Dulu dipimpin saja dah menangis, di ajak bertatih lagi kuat tangisnya. Kata Mrs Sunny, dulu merekut jer badannya sepanjang hari.. sekarang boleh tegak dah.. SubhanaAllah!

Acara akhir, pemberian medal untuk semua yang terlibat. Masa ni Aimy tidur sudahhh haha. Penat menangis. Tapi tersedar bila Mrs Sunny kalungkan medal tu. Terus terjaga. Siap suka laks bila ayahnya dukung bersama medal yang diterima. Ayah suruh adik gigit medal tu! hahaha.

Grand juga majlis sukan yang dianjurkan oleh IMC ni.. Penaja hebat².. Teringat dulu Mrs Sunny cakap, ada sorang 'Dato' juga sponsor.. agaknya Dato yang datang hari tu kut hehe. Paling aku suka dapat minum MILO dari Van Milo... hahahhaa.. ngalah bebudak.. memang mak budak ni over sket bab air milo dari van ni. Mana taknya sedapnya lain macam hahaha. Sejak sekolah rendah memang ku tunggu van Milo haha.

Apa pun memang meriah. Seronok kami walau Aimy melalak menangis tak hingat hahaha. Hilang penat sesat mencari Gymnasium 2, Majlis Sukan Negara pepagi hahaha.. (cik abg aku la tu, tak nak dengar aku cakap suh terus sampai belakang.. huh! hahahhaa)

Kakak-kakak seronok bila dapat minum milo, dapat minum air twister/tropicana dan paling seronok bila dapat door gift (yg diberi masa balik) barangan alat tulis dari Twister..haha. Sabor jer la.. Kalau tak Alesha asyik tanya bila nak habis. Adani tak heran, dia tau nak rayau satu gymnasium. Pastu merata dia melompat dan berlari haha.

Sebelum ada yang bertanya, nak bagitahu.. Aimy tak pakai cermin mata sebab teacher dia lupa nak masukkan dalam bag sekolah dia Jumaat sebelumnya. Pagi Sabtu tu baru dapat tanya, Teacher Shyla pun tak perasan cermin mata aimy tiada dalam bag. Mungkin dalam kelas kut katanya.. hmm harapnya janganlah hilang huhu.

Tiba-tiba teringat ayat yang dikeluarkan Alesha semasa dalam gimnasium itu; "ramainya orang istimewa ya ibu".. ni antara ayat-ayat yang menunjukkan dia sebagai kakak sulung yang makin faham erti ISTIMEWA yang dimiliki adiknya. Banyak ayat-ayatnya sebelum ini dah mula menunjukkan dia amat mengerti maksud dan erti 'adik istimewa'. Terharu aku.. Allah berikan aku keluarga yang amat memahami.

Apa pun, aku memang melayan diri dan fikiran ketika dalam gimnasium itu Sabtu lalu. Melihat setiap anak dan individu yang bergelar istimewa - SubhanAllah begitu besar dan lengkap ciptaan Allah swt, melihat ibu bapa dan para guru, pelatih serta sukarelawan yang aktif ke sana sini membantu menjayakan majlis - begitu Allah berikan mereka kemulian hati dan sifat terpuji yang tidak semua miliki , melihat para jemputan yang juga merupakan penaja dan penyumbang kepada merealisasikan acara sukan yang disertai oleh 7 pusat latihan insan istimewa - ya Allah betapa diri kalian tidak berkira dengan harta benda yang kalian ada.. Kalian memiliki hati yang besar! Sesungguhnya satu kehidupan yang begitu luas boleh didapati dari satu dewan/gimnasium tersebut.. Betapa hebatnya kejadian Allah.. SubhanaAllah...!!


Published with Blogger-droid v1.7.4
video

Catatan Popular