Selasa, 20 Disember 2011

Beransur kuat

Alhamdulillah minggu ni tangan aku dah tak rasa longlai atau longgar tulang bila dibiar bebas tak berbalut haha. Dah makin kuat rasa walau masih sakit, sengal dan bisa. Hari Khamis 22 Dis akan berjumpa doktor semula dan akan dixtray insyaAllah nak tengok dah cantum elok ke belum. Berdebar sedikit haha. Isnin 19 Dis..Alesha naik Quran. Alhamdulillah syukur. Gembira aku. Ustaz dia memang tegas dan teliti orangnya. Jadi bukan senang nak lepas satu mukasurat atau ayat demi ayat. Tu yang lama menghadap iqra' hehe. Apa pun syukur Alhamdulillah. Terfikir lak aku, ada kena buat apa-apa ke khatam iqra? tak kut kan hahahhaa Minggu ini memang minggu yang sibuk. Isnin 19 Dis.. Ke sekolah Alesha mengambil surat pekeliling hal yuran dan buku. Kemudian ke RHB Bank di Taipan atas urusan pinjaman rumah. Kami dapat surat depa.nak lanjutkan tempoh pinjaman kami dan tetapkan ansuran kerana blr naik kut. Tapi kami tak setuju, kami nak juga tempoh pinjaman seperti yang dah dipersetujui dulu. Malangnya tiada pegawai bertugas, keluar dengan hampa. Sudahnya bawa Alesha dan Adani menonton wayang. Menuju Sunway Pyramid dalam hujan semata untuk ke TGV Cinemas. Ada tiket hadiah dari Nuffnang kan..rugi kalau tak guna. Anak-anak memang nak sangat tengok Alvin The Chipmunks tu. Sekali lagi tak bernasib baik, sampai saja tiket untuk jam 2.30 petang 'sold out'. Nk tak nak ambil juga tiket jam 4.30 dah anak-anak nak juga tengok. Cerita lain lagi lambat. Jenuh menunggu. Sempat kami berlegar cuci mata...makan Ireland Potato yang sedap hehe. Balik terus mengambil Aimy. Seronok sangat Aimy tengok kakak-kakak juga ada dalam kereta mengambilnya pulang. Indah juga perasaan ini.. Banyak masa mengadap anak-anak. Cumanya aku tak pandai merajinkan diri bila terlalu banyak masa hahaha. Tangan pun tak ok, jadi segala yang dihajati tak dapat dilakukan. Sudahnya asyik membaca, menonton, melayar internet, melayan alesha dan adani beraktiviti dan berborak. Kalau mereka bergaduh aku yang stress! haha. Selasa, lagi sekali ke bank. Tapi kali ni ke RHB Giant Shah Alam. Blur pula pegawai di situ tentang apa borang yang perlu diberi. Sudahnya jadi lama menunggu..sedangkan cuma nak tandatanan sahaja borang tu huhu. Pegawai yang boleh menguruskan juga tiada, maka kami cuma menurunkan tandatangan dan selebihnya mereka akan telefon. Tapi sampai hari ni tak mendapat panggilan. Balik dari bank bosan tak tahu nak buat apa, sudahnya jalan dengan anak-anak tanpa tujuan selepas menghantar ayah mereka semula ke pejabat. Mula ke Fisrt Mall Subang... Huhu bosan tiada apa yang menarik. Kemudian ke Subang Parade. Banyak yang menarik, duit jer terpaksa menolak hahahaha. Maka tengok sahajalah ya. Nak jadi cerita, teringin aiskrim McD. Lepas beli, macam ada yang memanggil namaku 2 kali. Aku toleh cam kenal orang ini. Ya Allah kawan lama aku laa!! Norazlinda Mahamud! Dia lah jiran yang merangkap sorang-sorangnya kawan aku di kawasan rumah dan dia juga kawan sekolah aku masa tingkatan 4-5. Seronok berborak selepas hampir 22 tahun tak jumpa. Masing-masing dah mengembang ok hahaha. Pelbagai citer keluar. Dia memang datang berjalan dari Alor Setar membawa anak-anak bercuti. Kami terpaksa berhenti borak bila masing-masing perlu bergerak ke tempat lain. Gembira aku hari tu..hehe.
Published with Blogger-droid v2.0.2

Isnin, 19 Disember 2011

Family Day @ Laman Nur Bestari, Ulu Yam



Antara gambar-gambar pada hari sabtu 17 Disember kelmarin. Kami turut serta memeriahkan Family Day syarikat tempat aku bekerja. Memang seronok sangat.. Pelbagai aktiviti, pelbagai makanan, pelbagai lucky draw, pelbagai permainan, ada kemudahan berehat dan berjumpa semua rakan sekerja yang dah lama tak jumpa sebab syarikat kami ni banyak 'sites office' hehe.

Cik abang sama naik ngan anak-anak beraktiviti. Aku jer lebih pada menjaga Aimy dan berbual haha. Maklumlah tangan baru nak sihat..kang melasak ada pula yang bersimen tangan lagi haha.

Nak letak video cik abg naik flying fox.. Besar sangat kut..tak lepas hehe

Published with Blogger-droid v2.0.2

Jumaat, 9 Disember 2011

Bila...

BOSAN melanda diri pagi tadi...dengan tv tak boleh ditonton dek astro yang pantang dengan hujan jadi sakit, nak surfing dah abis jemu, nak menjahit tapi malas pula nak potong kain denan gunting rongak, nak membaca..kang sure ngantuk dek makan ubat.. Sudahnya bila.cik abang sms tanya dah minum pagi ke.belum dan tanya hal anak-anak.. Aku tesus cakap bosan dok umah. Gelak cik abang.. Katanya kalau nak pergi mana-mana.. Biar dia hantar lunch hour.

Maka laju aku fikirkan destinasi paling dekat yang mudah nak sampai dalam setengah jam. Public Library! kat bangunan baru tak pernah aku dan anak-anak berkunjung. Dengarnya begitu canggih dan bertaraf dunia. Ada theater 6D.. Ada gimnasium ada pusat kreatif, ada macam-macam lagilah hehe.

Terus cik abang suruh aku bersiap jam 1 dia balik ambil kami. Wah tak sempat aku nak makan tengahari dari tapauan yang dibelinya pagi tadi. Sempat jamah kuih muih sahaja dengan satu mug milo untuk makan ubat. Terus mandi dan bersiap kerana waktu itu jam dan hampir menjangkau 12 tengahari.

Tepat jam 1.15 cik abang sampai. Kunci pintu segala terus keluar. Rupanya bangunan baru Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor terletak dalam kawasan Kelab Golf Selangor. Memang kena masuk ke dalam mengikut arah club house dan akhirnya akan berjumpa betul-betul di depan kelab golf tersebut.

Memang besar tersergam indah bangunannya.. Dilatari dengan sedikit kawasan ala hutan yang cukup nyaman. Sejuk jer suasana sekeliling tambah masih hujan rintik-rintik masa kami sampai. Di belakang bangunan pula tasik besar yang pemandangnya cukup menenangkan.

Alesha dan Adani cukup seronok ke sana. Kami terus masuk ke bahagian kanak-kanak atau Pusat Kreatif. Tapi memang la budak lasak berdua ni, sekejap sahaja mereka duduk diam membaca buku, kemudian mula menggigit jari aku melihat mereka terloncat, tergolek, terkekek ketawa sepuas hati mereka. Sabor jerlah..anak sapa latu hehe. Apa pun aku gembira mereka enjoy! haha

Sempat aku ke Giant membeli sippy cip anak-anak dan paling best dapat gak makan kuih siput dan candy kelapa kegemaran aku hehe..Syukur alhamdulillah.

Published with Blogger-droid v2.0.1

Selasa, 6 Disember 2011

Semuanya kerana anak..

Rabu minggu lepas aku terpaksa memandu dengan tangan yang patah. Nasiblah power stering.. Tidaklah teruk aku nak memulas. Cik abang terpaksa ke Mentakab pagi Rabu 30 Nov. Kalau dah ke Pahang, masakan boleh balik dengan segera?! Aimy pula selepas 6 hari bercuti, ayahnya mahukan dia ke sekolah. Takut dah lama sangat dibiar tanpa terapi. Jadi ayahnyalah menghantar seawal 7.30pagi membawa kereta.

Bila jadi hal dia terpaksa mengikut bosnya ke Mentakab, jam 5 cik abang dah call risaukan tak dapat balik awal dan mengambil Aimy. Dia minta aku meminta tolong jiran, aduhai segan pula rasanya. Kereta kami ada di pejabat berserta kuncinya. Sementelah mereka pergi dengan kereta bosnya. Terpaksa mencari idea agar kereta tersebut dapat dihantar padaku. Oleh itu, terpaksa menyusahkan Kak Tim rakan pejabat cik abang huhu...cian Kak Tim. Patutnya cik abang perlu maklumkan pada bossnya dia tidak dapat pergi. Dah la keadaan aku begini, dengan di rumah tiada apa makanan. Kasihan anak-anak lapar. Bagaimana aku nak masak dan mengangkat itu ini dengan tangan sebelah? Akhirnya domino yang kami panggil menghantar makanan.

Alhamdulillah aku berjaya juga membawa Aimy balik. Esoknya Aimy dijaga aku dan Alesha. Baru aku perasan Aimy tak perlu ke sekolah dek sekolahnya bercuti seminggu. Hanya daycare dibuka. Maka sakan bermanja dan melasak.memanjangkan akalnya di rumah dak tecit tuh haha. Seronok bila melihat sendiri Aimy mahu membuat pelbagai aktiviti seharian hingga tak mahu tidur. Sekejap dia bermain bola dengan kakaknya, sekejap disorongnya 'push car'nya..sekejap buat gimnastik, sekejap.berjalan merata memegang dinding dan perabot, sekejap menyorong kerusi makan dan kerusi belajar kakaknya ke sana ke mari.. Aktif sungguh!! Paling seronok melihat dia makan dan makan. Pantang nampak makanan semua nak dan semua masuk! Sedap belaka semuanya haha. Dah bulat anak ibu bila kemaruk makan. Nasiblah kakak-kakaknya rajin juga melayan dan membantu menjaganya..kalau tidak payah juga aku dengan tangan yang sakit. Itu pun Ahad lepas tangan aku yang patah ni cuba menahan kepala Aimy dari terlentang jatuh.. Tapi gagal menahan kerana tangan tu bagai ditarik kepala Aimy menjadikan sakitnya macam baru patah tempohari huhu. Sakitnya!! Janganlah dah nak baik jadi balik huhu.

Kacau juga jiwa bila tidak biasa menjadi kidal. Nak mandi susah, nak pakai baju susah, nak makan susah..segalanya susah. Inilah rasanya bila Allah tarik nikmat anggota badan kan..SubhanaAllah.. Sungguh Agong Maha Suci Allah.

Siang tadi Aimy kembali ke sekolah. Ayahnya menghantar dan mengambil pulang. Tahu kalut ayahnya tak tahu alamat daycare haha. Ha tulah selama ni berharap pada ibu sahaja hihihi. Apa pun memang rindu pada Aimy.. Alesha dan Adani pula lewat bangun..sunyi aku di pagi hari hehe.

Malam kami berempat main Monopoly Angry Birds yang baru dibeli sabtu lalu. Lama tak main bersama-sama sekeluarga dek sibuk dengan pelbagai hal. Seronok! Tapi aku kalah!!! hahaha.. Pandai pula Alesha dan Adani main.. Sakan! Letih juga bermain monopoly ni.. Dulu kami ada set yang biasa, entah mana cik abanh simpan dalam stor. Saidina pun ada. Anak-anak dah besar pandai membaca dan mengira ni memang patut digalakkan bermain sambil belajar.sebegitu.

Apa pun memang seronok kalau ada aktiviti bersama.

Aku tak sabar nak membuang balutan simen ini. Rimas dan gatal.. Cepatlah baik wahai tangan. Harapnya 10hn ni cek di KPJ Selangor, semuanya dah kembali asal..aminnn. Doakan ya..;-) .

Published with Blogger-droid v2.0.1

Isnin, 5 Disember 2011

Seronok dan Sengal II




Ada sebab mengapa cik abg merangkul bahuku... Bukan sahaja pasal melihat gambar xtray tanganku..tetapi dia kantoi satu perkara..haha. Dia rasa baru kantoi, padahal dari perjalanan ke JB aku dah perasan hahaha.

Ingat dah lama menunggu, akan bakal lama menunggu lagi. Aku menyambung semula mengunyah roti sesambil menyuap Aimy yang masih tak berhenti makan walau kadangkala merengek kebosanan. Baru menghabiskan sekeping roti, aku nampak dari dalam bilik kecemasan itu ada seorang doktor berjalan keluar. Aku dah jangka dia akan memanggilku memandangkan dia seorang doktor yang masih berpakaian bilik pembedahan. (kan aku disuruh tunggu pakar orthopedic kerana beliau dalam OT). Memang benar jangkaan ku..sambil bangun aku memasukkan baki roti yang masih si tanganku ke dalam mulut. Menjadi bahan gurauan doktor pula "wah boleh sumbat makanan ni macam tak sakit jer!" hahahhaa memang tak sakit doktor kalau tak disentuh hehe.

Doktor tanya aku dah tengok ke gambar x-tray? Aku sambil angguk jawab "dah". Ayat intro dia "ini merupakan patah kali ke 2 ya Puan?" Ha? terkejut aku mendengar kenyataan itu. Aku tanya semula.. "Ye ke doktor?". Doktor mengiyakan sambil menunjukkan tulang tapak tangan ke 5 yang lain sedikit bentuknya berbanding yang lain. Aik bila ya patah? Katanya "dari bentuk yang ditunjukkan, patah ni zaman tok kaduk puan, jangan risau..yang tu dah ok. Hari ni kita tengok yang patah ni pula". Katanya lagi "patah begini saya akan simen separuh untuk memastikan tulang tersebut tidak bergerak apabila puan menggerakkan tangan. Kaedah tersebut dipanggil low profile. Kita akan buat sekejap lagi, puan boleh duduk di situ". Aku tanya, "tadi MO cakap kena ikat wire bagai, tak perlu ke doktor?". Doktor jawab "tak perlu, lainlah awak nak saya proses korek tangan awak" hahahhaa. Memang kelakar dan mesra alam betul Dr Tan ni. Cakap melayu fasih sungguh, MO cakap dalam bahasa inggeris, dia jawab tetap dengan bahasa Malaysia.. Hebat!

Aku ingat lama lagi kena tunggu, melewa aku nak duduk di kerusi yang dimaksudkan, sekali dia sesambil laju menyediakan peralatan..sambil sibuk suruh aku duduk. Macam-macam omelannya.. Kelakar! haha. Dia kata kalau simen low profile, dia buat sendiri dan disesuaikan dengan tangan pesakit. Kalau ready made punya, ia besar dan kadang tak sesuai dengan tangan pesakit. Berat pula tu.

Bateri telefon bimbit aku dah hampir habis pula bila cik abang nak ambil video.bagaimana tangan aku disimenkan. Jadi kenangan dalam ingatan sahajalah bila melihat Dr. Tan menggunting kapas, dan sesuatu macam kain kasa/jaring.. Pastu dilapis keduanya...dibasahkan dan dilekatkan pada tangan aku.. Ditekap dan ditekan mengikut bentuk tangan aku yang didirikan atas meja bagai nak karate hehe. Kemudian dibalut dengan kain balutan. Selesai.. Best rasa sebab terasa panas jer kat simen tu.

Menunggu lagi, kali ini menunggu dokumen dari doktor untuk ku bawa ke KPJ Selangor. Aku dah maklumkan pada.Dr Tan, aku bukan orang sini dan cuma bercuti sesambil menghadiri kenduri anak sepupu. Dia kata dia boleh rujuk aku kepada kawan dia, Dr Ip di KPJ Selangor. Dia akan berikan surat rujukan, filem xtray, report dan MC 2 minggu untuk aku. Wah lamanya MC! Mula aku cuak bila fikir hal kerja yang makin banyak huhu.

Lama juga aku menunggu dokumen tersebut.. Seorang nurse kemudiannya datang bertanyakan hal pembayaran. Aku dah minta nurse lelaki yang mendaftarkan aku tadi fax refer letter ke pejabat aku.. Rupanya ia tidak dilakukan. Tak lama, nurse perempuan tersebut memberikan aku slip untuk ubatan, dan slip untuk dibawa ke bahagian bayaran.

Terpaksa aku pula yang menelefon pejabatku untuk dapatkan GL-surat jaminan tersebut sementara staff di situ memfaksimil surat rujukan doktor klinik. Huhu dah selesai boleh balik, kena tunggu lagi dan lagi. Alhamdulillah GL dah dapat, aku pergi ambil ubat dan ke bilik kecemasan semula untuk dapatkan rekod dan laporan doktor berserta MC. Lega! walau asyik menunggu dan menunggu.. Kesian mak ayah dan anak-anakku yang kebosanan menunggu di hospital. Terus kami balik ke hotel. Jam pun dah 6 lebih.. Sekali lagi makan pun tapau macam malam sebelum. Plan nak keluar makan dan jalan-jalan menikmati pemandangan malam JB terpaksa dibatalkan.

Namun rezeki tetap ada, kawan dari Kelab Isteriku - Azlin atau Taska datang membawa cheesetart yang sedap dan banyak sungguh!!! Wah bestnya!! Terima.kasih banyak Lin!! Seronok bila ada.yang sanggup datang nak berjumpa aku walau susah payah. Siap bawa buah tangan tu! Terharu ok! Hihi. Kebetulan kakak aku dan keluarganya check in malam itu..maka meriah sedikit malam tu. Anak-anak sibuk mengekor sepupu-sepupunya ke sana ke mari. Sempat mereka ke rumah adik ipar kakak aku. Tidur ku nyenyak malam itu bila tangan gak berdenyut lagi...syukur alhamdulillah.

Pagi esoknya awal kami bersiap kerana waktu check-out Tune Hotel adalah pada jam 10 pagi. Awal sungguh kan!! huh.. Tapi bagus gak, awal sikit kami keluar san.boleh berjalan ke tempat lain pula. Sempat aku membuat aduan hal lantai licin dan tanya berkenaan tuntutan insuran akibat tangan patah tu, sementelah memang aku membayar harga insurans menginap di hotel tersebut. Tapi macam mereka tanak layan sangat, kununnya kena bagitahu sebaik terjadi. Ada saksi dari staf mereka dan sebagainya.. Dah kita ingat tak ada apa yang serius, takkan sikit-sikit pun nak report! Hmm dasar nak kaut untung jer mereka ni. Aku menunggu borang untuk diisi. Mereka tiada beri apa pun melainkan kununnya akan maklumkan pada management dan tunggu apa kata management. Aku berikan juga laporan radiologist dan doktor untuk rujukan mereka. Akan aku susul dari subang nanti.

Abang ipar kami bawa kami minum pagi merangkap makan tengahari di sebuah restoran berdekatan di seberang jalan. Kemudian kami singgah semula di Danga BAy hanya untuk bergambar hihi. Kemudian singgah pula di Melaka sekitar Menara Taming Sari. Ingat nak gak merasa naik menara berpusing tu. Tapi ramainyaaaaa orang beratur. Adani nak sangat naik. Sempat kami minum air kelapa pandan yang sedap sebelum buat keputusan. Kakak aku pernah naik, dia malas nak naik lagi sementelah bayaran tiketnya agak mahal. Dewasa RM20, kanak-kanak RM10.. kalau 2 dewasa dan 3 kanak-kanak dah RM70! padahal naiknya kejap jer dan menunggunya punya berkurun. Sudahnya aku bagi budak-budak naik motor bateri tu jer la. RM3 sorang, tapi macam lebih 30 minit mereka enjoy berpusing sana sini hehe. Aimy mengamok nak tidur, ayahnya bawa ke kereta. Jadi aku dan kedua ibu bapa serta kakak dan abang ipar aku sahaja yang melayan anak-anak.

Dalam perjalanan ke kereta, alesha menyatakan hasrat nak merasa naik beca. Ayah aku sibuk suruh bawa anak-anak naik. Aku pun bawa Alesha dan Adani naik beca. Tak jauh dan tak sampai satu pusingan pun, aku suruh hantar ke di mana kereta kami diletakkan. Seronok mereka..gelak ayahnya dan melambai dari dalam.kereta bila nampak anak-anak melambai dari beca haha. Puas hati!

Perjalanan diteruskan hingga sampai di rumahku jam 7.50 malam. Leganyaaa.. Hone sweet home.. Kenangan betul, bawa balik buah tangan yang bersimen hahahaha.

Lepas ni nak bercuti di mana pula sementelah duit aku masih ada dalam akaun Tune Hotel.. ;-)




Published with Blogger-droid v2.0.1

Catatan Popular