Rabu, 28 Oktober 2009

Aku rasa paling huduss...haha

Wahai kawan-kawan ku sekalian alam, ajarlah aku, tunjukkanlah aku, berikan tips dan panduan untuk memeriahkan lagi blogku yang kurasakan paling huduss ini hahaha. Takkan nak sehudus tuannya kekekke.

Tak pandai pula aku nak membega, membelek lebih-lebih. Sampaikan aku terjadi follower aku sendiri... apakehei!! haahahaha...Tu camne nak delete tu... kang orang kata syok sendiri jadi follower sendiri kakakka. Macam dah lama tak membelek komputer sebegini.. Dah lama tak menggunakan otak.. seronok juga kan. Tu yang kadang jadi blur walau template dah tersedia..

Haa tu anak-anak ku tengah melasak sambil tengok BELALANG! suruh tido takmo, nak tengok Belalang kat Astro Prima jejugak. Astro ni pun satu hal, gi siar mula jam 10 apa pasal.. dah laa cerita budak-budak... dah tentu depa nantikan. Taknak bagi tengok, kesian pula. Cerita ada kisah dan tauladan ni aku tak kisah mereka nak tengok walaupun malam. Kurangnya mereka tak melasak mengtongkang pecahkan rumah kekeke. Nak suruh belajar ajer pun, jemu mereka. Adiknya pula dah dibawa tido di atas, dalam bilik...sejak lepas maghrib tadi. Aimy dapat tido di tempat dia.. memang lama laa tido. Kami pula risau nak tinggal, sebab takut dia terjaga..dan kadang kala melasak hingga ke pinggir katil. Seriau huhu. Kubu bantal sentiasa. Minta cik abg pasangkan babycot, tak mahu pula dia. Menyemak katanya...gggrggrrrggr...

Alhamdulillah aimy nampak makin sihat dek selsema dan batuknya yang serba sedikit. Harap menjelang 8 November...semua penyakit tiada, dan dia sihat walafiat hendaknya...amin.

Tapi 2-3 hari ni aku asyik teringat pasal PERMATA HIJRAH... bukan Permata Yang Hilang tau! hahaha. Perubatan alternatif dari Kelantan. Terdapat produk yang dengarnya amat bagus untuk penyakit-penyakit mata yang serius. Adakah patut ku mencuba untuk aimy sebelum pembedahan? Atau...errr mencuba dulu sebelum teruskan pembedahan? Kalau gitu, sampai tangguhkan pembedahan?? Tapi bukan senang nak dapatkan appoinment pembedahan. Tambahan penyakit seperti aimy ini bukan boleh ditangguh-tangguh. Makin ditangguh, makin mudarat nanti. Ia bukan setakat melibatkan kerosakan mata, malah menghilangkan satu pancaindera yang maha berharga kurniaan Allah swt. Bukan kerana aku tidak sabar, tapi sememangnya fitrah sakitnya menuntut sedemikian.

Hmmm... mungkin aku dan cik abg dah ada keputusan sendiri, cuma terkadang...manusia biasa seperti kami... takut juga tindakan yang diambil bukan yang terbaik. Minta dijauhkan laa... harapnya segala keputusan kami untuk aimy, adalah yang terbaik dan dilorongkan Allah swt demi yang terbaik untuk aimy. Ibu ayah kena solat sunat ni dek... mohon Allah ringankan tulang temulang dan hati kami untuk tidak sombong dan malas memohon padaNYA...amin.

Tadi aku agak lewat sedikit sampai ke rumah. Dah maghrib pun masa aku sampai. Cik abg menyambut panggilan kawan lamanya...anak-anak dibiar bermain bersama. Ku lihat Alesha dan Adani sibuk mengikut aimy menghayun siku maju kehadapan...kekeke.. Cute melihat makin laju aimy menjulur... Cuma ku risaukan, takut ada yang terluka dan kotor habuk dan sebagainya menghinggap tangan dan mukanya... Itu paling penting untuk aimy... penjagaan persekitaran..! kata Dr Koshy yang kuat ketawa tu hehe.

Anak-anakku dan ayahnya dah nak naik atas tu.. Nak kena stop sekejap menaip, bagi laluan pada tugas seterusnya...hehe.

hmmm...

Tadi lepas balik kerja, amik anak-anak...terus ke DEMC. Appoinment aimy dgn paedtrician. Tak ramai menunggu... ok laa cepat juga. Bincang pasal result scan jantung. Bincang pasal lain-lain pancaindera yang perlu diberi perhatian dan rangsangan. Persediaan untuk pembedahan mata... disediakan ubatan utk pastikan aimy tidak selsema pada hari pembedahan. Nasib laa Dr Koshy pernah menjadi doktor bius, so dia begitu memahami apa yg perlu bg bersedia sblom pembedahan.

Aimy baru dapat jep imunisasi utk 5 bulan. Sedangkan dia telah berumur 6 bulan 1 minggu hehe.. Takpelah dek lambat sket cucuk... nak buat macam mana dah tempohari adik tak sihat jer... Harapnya dia tak demam dan bengkak di paha selepas cucuk.

Kata doktor, selepas pembedahan... kita akan cek telinga dia pula... alahai aimy...cian aimy...
Tadi siap doktor test tarik tangan dia dan angkat sampai berdiri. Doktor test pergerakan mata dan pendengaran dia sebelum dicucuk hehe...last sibuk kakak-kakaknya mengikut bunyikan mainan tunjuk kat adiknya sampai Dr Koshy cakap...haa satu team datang pom pom baby hahaha...

Selasa, 27 Oktober 2009

FATWA MENGHARAMKAN ROKOK

http://www.prn2.usm.my/mainsite/bulletin/1999/penawa27.html

Bilangan 27, Julai 1999
Buletin Umum PUSAT RACUN NEGARA, USM
ISSN 1394-5238

Malaysia perlu contohi Amiriah Arab BersatuUAE beri fatwa merokok haram
Dubai 16 Jun - Kementerian Kehakiman dan Hal Ehwal Islam Amiriah Arab Bersatu (UAE) mengeluarkan fatwa bahawa merokok adalah haram.
Para imam umumnya menyatakan sokongan terhadap fatwa ini menerusi khutbah Jumaat,
Mereka mengemukakan dalil syarie serta bukti perubatan dan saintifik yang menunujukkan merokok adalah punca bagi sekurang-kurangnya 25 janis penyakit yang boleh menyebabkan maut, sebagai contoh penyakit kanser.
Imam menyebut firman dan hadis sebagai bukti kukuh bahawa merokok dilarang oleh syarak. Ia termasuk dalam perbuatan yang dibenci Allah.
Ini berdasarkan hakikat bahawa apa jua yang membawa kerosakan kepada diri dan harta dan kepada masyarakat dianggap maksiat oleh itu temasuk dalam perkara-perkara dilarang dalam Islam. - lina- Bernama.

Isnin, 26 Oktober 2009

Boy Cut!



Haa hari sabtu lepas terpaksa cantas rambut aimy yang dah semakin panjang dan serabut. Tapi takkan nak botakkan sekali lagi dan cukur seperti dulu... Tak larat laks kami nak ngadap. Jadi gilir2 potong pendek rambut si kecik. Alhamdulillah senang jer, cuma aimy yang tak reti diam dan cepat rimas pabila rambutnya dah memiangkan badan.. sementelah dah dikunyah rambut yang ada ketika dia menghisap ibu jari... jadi cukuplah potongan yang dibuat.

Tak tau nak kata camne... nampak comel, tapi macam boboy laa hahaha... Apa pun nampak kemas, dia tak rimas asyik nak menarik rambut dan menggosok belakang telinga...dan yang pasti TIDAK SERABAI kekekke...

Ini rupa aimy terkini!

eh aimy dah pandai ngesot ke depan laa hehe.. Sibuk kakak² ngikut meniru...dah macam askar anak²ku kekeke.

From Madinah with Nur Kasih...




















































Kalau semalam dapat sms reply dari ayahanda yang menyatakan mereka sihat, beraktiviti sunat dan ziarah serta bebas. Di samping 'asyik' makan buah at-tin dan makanan yang sedap-sedap... Hari ini kedengaran suara ayah di corong telefon bimbit (ada ke corong? kekeke).

Tengahari tadi ayah call. Masa dia call tu aku tengok no pelik, aku tak angkat sementelah aku tengah sibuk di talian telefon ofis. Kali ke 2, baru ku angkat... mulanya ku dengar perlahan suara ayah...suspen kut takut orang lain yang menjawab. Selepas confirm aku, kuat kembali suaranya hahaha... Macam kat Malaysia jer bunyinya... dunia sudah moden... Berjuta batu dan kilometer pun...bagaikan berbual di sebelah sahaja... hehe.

Dua kali kalian terputus, kerana ayah gunakan kad i-Talk Telekom. Ada had mengikut harga kad. Ayah dah pesan, nanti terputus dia akan call semula. Memang ayah call semula. Kalau aku call ke telefon bimbitnya, kredit dia akan berkurangan juga... bukan sahaja aku yang membayar bil. Tu rugi katanya.

Macam-macam kisah dari Madinah yang ku dengar. Ayah seronok di sana. Solat wajib dan sunat di Masjid An Nabawi. Berdoa di cucur Raudah, tempat yang dikatakan paling makbul kiranya berdoa. Makan makanan yang sedap-sedap. Pelbagai barang dijumpa dan dibeli, terutama ubatan seperti habatus saudah, buah hawa, akar fatimah dan sebagainya yang mana memang hobinya untuk memiliki di samping untuk diberi pada anak cucu bagi mengubati segala penyakit yang ada. Diceritakan juga keadaan di sana yang semakin ramai yang tiba berbanding ketika mereka baru sampai di sana jumaat lepas. Dah mula berebut kata ayah.

Kutanyakan khabar mak, makcik dan adik. Ayah kata semua sihat. Makcik dah mula bershopping sakan hahaha. Dah kaki shopping...hehe. Sementelah pula dia cuti tak boleh beribadah. Sampaikan dilonggokkan segala barang di keliling bag dan minta ayah susunatur ke dalam bag semula haha. Mak pula belum ada aktiviti sampingan shopping, padahal kaki juga tu hehe. Dia sibuk beribadah jer. Tapi paling kelakar adik laa... sakan membalun makanan... cam semua sedap bagi dia...dan asyik makan kekeke.

Mereka akan mula berihram pada jumaat ini tak salah.. dan akan berangkat ke Mekah. Nasib juga makcik cuti awal, insyaAllah sempat dan boleh menyempurnakan ibadah haji dan umrah nanti tanpa gangguan 'cuti' lagi... hehe.

Ayah dah doakan aimy dan anak cucu masa di Raudah...insyaAllah moga Allah makbulkan semua...amin.

Malam, ayah call lagi. Nak bercakap dengan cucunya pula hehe. Alesha yang berborak dengan atok. Siap tanya atok macam-macam. Tapi dalam masa yang sama, sibuk nak tolong ayah memaku rak tuala kayu... berbelah bagi dia hehe. Padahal, asal nampak 'ala' jemaah haji di kaca televisyen, dah pasti diterka ATOK dan OPAH katanya...kadang sibuk kata Mak Tok dan cik Amree hehe. Padahal entah siapalah di kaca tv itu hehe. Tapi tak lama bercakap, mungkin ayah call anak cucu lain pula..maklumlah anak ramai hehe.

Apa pun, moga ayah, mak, makcik dan adik sihat walafiat dan dapat mengerjakan dan menyempurnakan ibadah dengan khusyuk dan tawaduk...insyaAllah...aminn

Ahad, 25 Oktober 2009

Dari kerana mata...yang mempunyai kuasa


Wah terngiang di sudut benakku lagu lama ini berkumandang... hehe. Banyak kisah kan bila sebut pasal mata ini. Begitu juga dengan anakku aimy.

Di hari yang sama kami pergi appoinment di HKL, 20 Okt 2009. Petangnya kami ke DEMC pula. Atas sebab aimy macam menunjukkan hendak batuk semula, dan ditambah pula dengan selsema. Sementelah juga inhaler ventolinnya kehabisan. Bila bab kesihatan aimy, terpaksa terus ke specialist.

Sampai di DEMC belum lagi jam 7 petang.. lama gak menunggu nak jumpa paed. Walau takde laa ramai sangat, tapi sebab doktor stop kejap naik ke ward ke mana ntah..jadi lama la.. Ramai juga yang sabar menunggu, solat segala di situ. Jam 8 lebih juga baru dapat berjumpa paedtrician Aimy. Tika berjumpa Dr Koshy, selepas bercakap pasal sakit biasa aimy dan allergic kat telinga dia yg dia garu sampai berdarah..dan lelain. Kumudian kami khabarkan hasil kami bawa aimy pergi HKL. Angguk-angguk dia, "memang ada kan penyakit itu.." hmmm. Terus tetiba dia remind kami tentang yang dia cakap pasal keluarbiasaan aimy, pasal segalanya laa.. terutama pd urat darah di dahi dan mungkin hidung, urat yg timbul bebetul di bawah lapisan kulit tu... kira urat salur darah utama ke arteri jantung lebih kurang la... Doktor takuti ada sesuatu pada jantung pula. Jadi dia minta sangat kami consider untuk bawa aimy check di mana-mana hospital pakar yang ada pakar jantung kanak-kanak sebelum membawa aimy menghadapi pembedahan mata di HKL. Jadi Dr. Koshy hendak bg surat, dan bertanya memana panel hospital yang boleh untuk kami pergi. Di DEMC tiada. Dia tanya bolehkah kami pergi ke Pantai Medical di Bangsar atau di Kelang..? Aku takut hospital tersebut bukan panel opis aku atau cik abang. Aku tanya paling dekat, SMC ada tak doktor? SALAM ke? Doktor kata SMC ada... Ok terus dia catatkan dalam fail Aimy untuk buatkan appoinment dgn doktor di SMC/KPJ Selangor bagi membolehkan cek jantung baby sebelum lakukan operation mata tu... aduhaiiiiii satu lagi sebab nak gi hospital... banyaknya hospital nak dikunjungi.... Kalau ada masalah, susah nak operate mata. Janganlah....harap jantung dia ok... tersangat sihat dan kuat... ya Allah permudahkan lah...berikanlah kesihatan yg paling baik dan sempurna pada anak ku Aimy Sufia....aminnnn. Kalau ada masalah jantung, dah terpaksa settle hal jantung dulu baru mata. HArapnya tiada masalah... ya Allah makbulkanlah doa kami....Aminnn.

Dah laa Dr Joseph HKL tu kata...benarnya macam lambat sket kut kami pergi bawa check doktor mata dia tu. Tapi dah aimy pun asyik kuar masuk ho spital ngan jaundice laa, pneumonia laa, asthma laa... pastu tak sure dah takde sape nak confirmkan dan ingatkan. Paed Dr Roliza yg rawat aimy kat DEMC sblm ni ada cakap benda yg sama bila dia rasakan kelainan pada mata aimy, tapi takde pun bebetul tolong buatkan appoinment dengan pakar mata di DEMC (part timer - Dr Aida, pakar mata umum). Sekali bila digerakkan hati untuk menerima pelawaan Dr Koshy untuk mengambil alih kes aimy ketika Aimy hendak masuk wad kali ke 2 di DEMC, dan Dr Koshy pun perasan kelainan di mata aimy (sebenarnya macam-macam lagi yang dia perasan dan sedar tentang aimy)... terus dia serius dan bebetul buatkan appoinment dengan Dr Aida. Ni dia yg akan buatkan appoinment dengan pakar kardio kanak2 di SMC laks.. utk check jantung Aimy. Entah kenapa terasa macam doktor Zul kut yg dimaksudkan Dr Koshy pakar kardio kanak2 di SMC tu. Sebab setahuku dia yang paling senior dan banyak kepakaran di situ. Dalam gugu gaga erra tu di hujung setiap siri ada muka dia. Dulu ada siri bayi dan johnson & johnson pun ada muka dia. Dulu pernah jadi paed Alesha semasa alesha warded dek demam berpanjangan. Masa aku kursus prenatal dulu pun dia yang bagi talk tentang baby, SID, urutan baby dan sebagainya. Siap tolong promote cd urutan bayi J&J tu hehe. aku beli jer...masa tu RM15 hehe. Tapi dah popular, ramai sangat pesakit...mahal sket kut servis dia, sebab tengok pesakit dia ada masa tertentu yang ramai.... Masa aimy tak sihat tempohari, tak teringat hendak pergi kat dia.. sbb tak puas hati ngan doktor paedtrician aimy yang pantau aimy dair lahir kat SMC tu sebelum ini... tu yg tukar DEMC...Tambahan lagi doktor klinik panel yang kami pergi sebelum dirujuk ke hospital, dia yang beriya suggest kami ke DEMC untuk dapatkan khidmat paedtrician yang bagus utk Aimy...follow jer lah pandangan doktor...mungkin itu yang terbaik ....amin

Kata Dr Koshy, mungkin minggu depan baru dapat appoinment tu. Bergantung pada jadual doktor di SMC.

Dari hari selasa aku tak cukup tido ni...kepenatan pun ya. Balik dari DEMC malam rabu tu, kami singgah Uptown Shah Alam untuk menukar saiz kasut makcikku dan Alesha. Walau tak lama, tapi lewat juga tido bila dah balik tu... Dengan melipat kain sikit, makan lagi dan sebagainya. Rabu malam khamis ayah, mak, makcik, amree, ida dan zamin dah sampai. Sibuk sediakan dinner mereka sesambil menyambung melipat kain yang bertimbun. Borak-borak, lewat juga tido.

Khamis aku terpaksa amik cuti. Sibuk dengan orang datang umah jumpa mak ayah lagi, adik beradikku datang lagi...Dah aku tuan umah, sure laa sibuk kan haha. Malam tu masak spaghetti dan nasi goreng jer utk tetamu yg datang last minute jumpa mak ayah. Licin lincau... Ada laks kakak dan pakcik bawa makanan tambahan, alhamdulillah memang banyak makanan. Aku suh depa habiskan semua, sebab nanti aku takkan terhabis makan.Alhamdulillah Ayah, mak, makcik dan adik bongsu kami selamat berangkat ke Madinah 3.30pagi 23 Okt kelmarin...Kami keluar rumah menghantar mereka jam 2.15am lbh kurang gitu...Sebelum keluar, sempat ayah baca apa ntah (aku memang tak arif bab haji haha) sesama dan pastu doa selamat dan adikku azan. Adik aku laks buat kelakar, ada ke dia qamat! hahaha..Kena ulang balik, azan bebetul pulak hihi. Masa ni aku dah rasa sayu semacam. Sampai Kelana Jaya dlm 2.20++am agaknya.. Macam 5minit+ jer dah sampai haha. Bukan laju pun. 5 keta kami konvoi. Ramai dah daftar diri, cuma keluarga kami jer belum. Jadi aku dan kakak dan anak² temankan mereka pergi daftar...syok laa sebab tak perlu beratur panjang, hanya kami di situ kekkeke.. Sengaja pergi lambat sebab malas bersesak hehe. TH memberi pesanan di sms dan panggilan agar bakal jemaah pergi 2 jam sebelum naik bas. Naik bas 3.30am. Tapi kami ni buat nohe jer kekkeke. Fikir gitu sebab memula nak bawa gak aimy, sekali tak sampai ati laks nak bawa aimy. Last aimy dok umah dengan ayahnya.. Kemudian memang ramai yang menyarankan tak perlu pergi awal... Sementelah rumah dekat, dan kita dah tahu rutin TH..hehe.. Sudah beberapa kali kan hantar org pergi haji hehe. Alhamdulillah laa semua berjalan lancar.. Sedih dan hiba bila time salam²... Tak pernah laks kami berpeluk sakan begitu... satu nikmat yang tak terhingga...terasa mengalir kasih sayang yang tidak berbelah bagi yg selama ini tak dirasai... Harap mereka selamat sampai dan dapat menyempurnakan ibadah haji dgn penuh kusyuk dan selamat pulang dengan mambawa haji yang mabruk. Aminnn... Sempat ambil beberapa gambar. Rasa banyak yang hendak diluakan pada ayah dan mak, tapi tak terluah. Ayah pula siap tinggalkan senarai hartanya dan mewasiatkan sama rata sekiranya ia meninggal di sana. Ya Allah panjangkanlah umur ayahku serta ibu-ibuku dan adikku. Aminn...

Tapi yang kelakar...takde jer tuannya...kereta ayah dan makcik buat hal.. tu yang pagi Jumaat aku datang lambat ke pejabat...kerana kereta aku kena block ngan kereta mereka yg ada masalah bateri hehe. Tetapi yang peliknya kereta ayah bateri baru...ntah apa silap tak tahu la... Selepas balik KJ semalam, adik ipar aku yang bawa. sampai depan rumahku, dia termati enjin. Bila cuba dihidupkan semula terus tak boleh hehe. Banyak kali dicuba tetap tak boleh. Nasib tak halang kereta dan rumah orang lain. Kami ni pepagi ingat kereta ayah tak boleh dihidupkan, kami kejut adik ipar untuk sorong kereta tu ke hadapan sedikit bagi membolehkan kereta ku keluar. Tapi dapat pula enjin kereta dihidupkan hahahha. Adalah tu kereta tu merajuk dengan pemanduan adik ipar hahaha...Ayahku kan biasanya membelai sakan keretanya haha. Tapi, nak jadi cerita, nak alih kereta makcik, kereta dia pula tak boleh hidup! Kata adik ipar memang nampak baterinya kong. Dry cell laks tu. Tanya adik..katanya mama macam tak pernah tukar bateri. Disuruhnya tanya ayah.. ishh takkan nak call ayah sebab bateri kereta. Kang susah hati orang tua tu. Hendak tak nak, aku pakat ngan adik ipar utk beli bateri...share sorang separuh kekeke. Nanti lagi teruk kalau dibiar kereta tak berbateri. Jadi cuma tukar bateri kereta makcik... Bapok mahal bateri kat kawasan umah aku..!! RM180 yg biasa tu! uishh cekik darah. Tapi dah terpaksa... adik ipar dah tawar pun tak dapat kurang lagi...so beli jer la...Share ngan dia bayor haha...dah takdo pitih dah..kekeke.

Haaa satu lagi nak citer.. Khamis tengah tidokan aimy dlm 11 pagi tu... cik abg call dari ofis dia.. Dia kata Dr Koshy call dia, dah siap surat dan dah buatkan appoinment dengan Datuk Dr Zulkifli Ismail petang tu juga jam 3. (Betul tekaan aku Dr Zul yg pakar cardio kanak², sbb macam pernah nampak bab kardio ni ditulis pada bawah namanya di depan pintu bilik di kliniknya dlm SMC...tapi masa tu aku macam blur apa laa lagi satu paedetric consultant yg tertulis kat pintu Dr Zul tu hehe. Tak faham terms, benarnya terlupa bab nama terms...apdahal tau pasal kardio haha. Bila dah kena gini, baru pasan...cardiologyst tu jantung hahahhahaha...poyo tul aku!.). Aik cepat laks Dr Koshy buatkan appoinment, katanya next week..hehe. Cik abg aku kalut ngan keje laa tu, leh dia kata...ok ke nak gi?? eh dah Dr Koshy tu beriya buatkan appoinment... kita ikut jer laa. Lagi cepat lagi bagus.. Terpaksa laa...dah itu kut masa Dr Zul free agaknya. Last memang gi gak. Dlm 1.35pm gitu kami keluar selepas cik abg sampai di rumah dari opis dan DEMC (amik surat dari Dr Koshy). Kami kena pergi klinik panel ofis aku dulu utk dptkan refer letter ke KPJ Selangor berdasarkan refer letter dari DEMC. dah itu prosedur ofis aku.

Masa di klinik, doktor Azizah tu memang dah kenal, dah selalu gi situ...dan dia dah ingat kami.. Jadi aku sorang jer masuk...cik abg, aimy dan adani dok dlm keta...hujan pun. Alesha saja tak bawa sbb dia baru lepas melukakan adiknya hehe. Dlm bilik doktor tak pasal aku menitis air mata...aduss malu laks haha. Dah dia tanya apa kisah, nak bg faham apa perlu dia buatkan. Tapi dia tau dah sesikit sebelum tu. PAstu jadi borak sket laa haha.. Anak dia pun ada masalah mata..lagi laa rare deases..cian kan. Dan dia pun kata, masa 1st time nampak aimy, dia pun nampak features aimy ada lainnya. Best dapat doktor yg gini..suka kongsi ilmu dan pengalaman. So senang jer dapat surat, terus gi SMC/KPJ Sgor.

Sampai sana settle pasal GL dulu, belum kul 3 lagi masa ni...dok jap, nurse panggil timbang aimy.. pastu dia ajak ikut gi bilik auto scan echo kardio...lebih kurang gitu laa...tak reti aku...dan tak ingat terms depa haha. Rupanya Dr Zul dah ada kat dlm bilik Auto Scan...dia tgh buat auto scan kat budak lain.. Sampai giliran kami, ok jer aimy...sakan mengekek gelak bila doktor tekan² perut dia..dada dia...geli gamaknya.. tersengeh² jer ngan doktor.. siap kuar suara menegur. ngagah...ramah tamah sungguh. Pastu lampu dipadam.. start buat scan. Aimy cam pelik bila lampu dipadam haha. Cam scan baby dlm perut gayanya ada skrin bagai ...cuma dia scan jantung la... Mesinnya gabak besor..Tapi alat scan kat baby kecik jer...memang sesuai utk bebudak laa.. Sampai adani cakap..."ada baby ke dlm perut adik ibu?" wakakkakaka...aduhai...tak pasal doktor yg serius tu pun ketawa haha. Dr Zul seperti biasa, slow motion, lembut jer...dan serius sket... cakap sebutir² dan susah nak dgr dia cakap banyak hehe. So kami ni macam nak rak menanti penerangan kut dia nak bagi sesambil scan tu...takde pun hehe. Tapi kami tgk laa gambar kat skrin tu... masa yg nampak injap kembang kuncup tu aku suspen...alamak lubang apa laks tu...pastu ada lagi laks tu... uishh aku risau giler bila tgk gitu...terus teringat adik ku dulu. Lama gak dia scan... memang detail laa... Tapi kami tak tau apa... so tengok jer laa...pastu dia ada printkan gambar...sebijik cam kita scan baby dlm perut tu hehe. Masa nak hujung² aimy nangis...nak tido kut... doktor kata, haa dah jemu dah ya hehe. Yerlah dah gelap gitu, tentu aimy nak tido.. siap dia dah mengiring dah haha. Tak lama dah settle... doktor kata "hmm NORMAL ya.. insyaAllah bolehlah proceed dgn operation tu". SYUKUR ALHAMDULILLAH. Dia buatkan report... pastu dia tunjuk apa dia tulis... suh bgtau Dr Koshy.. dan dia kata assistant dia akan taipkan. So kami turun dan tunggu report dapat. Lama gak tunggu sbb takde yg nak menaip report hehe. Kul 3.50 dah sampai umah..

Jadi kami sekarang menunggu masa untuk bawa Aimy ke HKL. Tapi aimy ni sejak 3-4 hari ni batuk dan selsema... Ya Allah berikanlah kesihatan yang baik pada anakku Aimy Sufia agar dia boleh dipulihkan matanya pula. Aminnn.....

Jumaat semalam, aku terpaksa bgtau boss ku perihal mata Aimy. Dgn tujuan agar dia membenarkan aku cuti pada masa yang akan tiba nanti. Tapi lain pula cerita, sibuk dia suruh aku hold dulu pembedahan dan ikhtiar perubatan Islam dan alternatif. Sedangkan aku rasa, tak salah digandingkan keduanya..perubatan moden dan Islamic. Sementelah perkara ini tidak boleh ditangguh, nanti memburukkan keadaan mata anakku. Terus mati mood aku bila dia macam mendesak agar aku bersabar dan cuba dulu perubatan Islam sampai baik. Ya Allah Kau tunjukkanlah jalan terbaik padaku, permudahkanlah urusanku demi kesihatan anakku..Aminn.. Nak kena cepat-cepat buat hajat dan isthikarah ni. Aku masih bercuti nak buat hajat pula.. esok lusa mungkin dah boleh...insyaAllah.

Sabtu, 24 Oktober 2009

Bila genap 6 bulan...



Macam dah lama biarkan blog ni kosong... aikk takkan baru buka dah terbiar kekkeke...






Sibuk sikit kebelakangan ni, macam-macam yang perlu diuruskan. Anak-anak, parents, kerja, urusan hospital, itu ini... apa pun alhamdulillah semunya dipermudahkan Allah.






20 Oktober 2009, genap Aimy Sufia 6 bulan.. kejap masa berlalu...Cepat pula rasa babyku ini beralih umurnya, sampai aku terlupa dia perlu diperkenalkan dengan bubur haha. Haritu testing nestum...tak berapa mau dia. Tadi pun bagi makan nestum, lebih banyak sket makan dari haritu. Pagi sok try buat bubur laks. Entah kenapa risau pulak nak bagi makan pd dia, sebab sejak dua menjak ni.. dia rajin ngamok nak yak...cam sembelit.. Najisnya kesat walau tak keras sangat macam kakaknya masa baby dulu.






Hmm... dah boleh buat buku ASD dah anak aku ni kan... dah cukup 6 bulan. Duit dia dari lahir tak simpan2. Duit kakak-kakaknya lagi laa, dari raya tahun lepas tak disimpan.. Asyik laa ada hal buat tak jadi ke bank..hehe.






Awal pagi selasa 20 Oktober itu kami dah menyesakkan diri di dalam kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur. Sampai 30minit lewat dari masa yang sepatutnya. Nasib tiada apa yang salah datang lewat sedikit. Sampai sahaja di Klinik Pakar Mata di HKL... kelihatan ramai umat manusia.. Pergi ke kaunter mengambil nombor, bagi surat rujukan dari DEMC yang telah dicatat appoiment oleh doktor mata HKL semasa pergi pertama kali tempohari. Diberi pula 'nombor khas' - itu yang tercatit di slip nombor giliran tersebut (sebab baby) dan menerima sedikit penerangan tentang perlu ke mana, dan apa perlu kubuat selepas itu. Letak surat tersebut atas tray merah di kaunter yg dimaksudkan, duduk dulu sementara menunggu giliran.



Tengah duduk dan berborak dengan orang yang menegur beramah mesra, aimy batuk kuat sampai kuar kahak ala muntah...alahai, segan kat orang...sebab jatuh ke lantai. Cik abg laks takde masa tu, pergi ambil wallet yang tertinggal dalam kereta (ke ayah gi lepas gian...ggggrrrrr!) Sibuk adani suh lap adik... Lepas lap sket kat lantai tu ngan tisu.. terus bawa aimy keluar. Lap dia, dan tepuk belakang bagi batuknya reda... Tengah dok kalut gitu, nombor laks dipanggil.. Bergegas aku heret 2 anak ke kaunter (Alesha gi tadika). Urusan pendaftaran dulu rupanya... pembantu di kaunter buatkan buku appoinment, buka fail...dan dimintanya RM50, Rm30 utk pendaftaran dan bayaran apa ntah lagi RM20 tu. Dah settle, dia suruh pergi ke bilik 14.. Berpusing masuk ruang lain bersebelahan, mencari bilik 14. Siap ada sistem mencari bilik...sila ikut line berwarna di lantai sebagai 'mapping' penunjuk arah jalan ke bilik tersebut. Setiap line berwarna berbeza...tertampal di lantai terus menuju ke bilik2 sepatutnya. Terpaksa menunggu lagi...belum tiba giliran. Asyik bertukar tangan dukungan jer aimy. Tak bawa stroller sebab rasa menggangu orang lain yang terlampau ramai.. dan cik abg memang takmo guna walau ada dlm bonet kereta sementelah aimy cepat rimas di dlm stroller... Di sini bermacam kisah, bermacam manusia ku lihat... kasihannya melihat kanak-kanak dan bayi yang diberi pelbagai dugaan berkenaan mata... hanya Allah yang Maha Mengetahui ujianNYA. Aku hanya mampu bersimpati, malah belajar lebih bersyukur bila melihat orang lain lagi hebat dugaanNYA.. Ya Allah pemberianMU penuh hikmah.




Apabila nama Aimy dipanggil, kami masuk dan dilayan oleh seorang doktor perempuan. Tapi aku tak sempat mengingat namanya. Manis cantik orangnya. Layanan pun cukup bagus. Adani sibuk nak main mainan yang disediakan untuk menarik perhatian/mata pesakit kanak-kanak yang datang. Doktor guna dulu permainan itu utk melihat respon mata aimy, sebelum diberi pada adani. Doktor ukur diameter mata hitam aimy, pastu ntah apa lagi dibuatnya dengan pembaris yang telah sedia berlubang-lubang mengikut ukuran yang siap tertulis. Kemudian diguna alat yang berlampu untuk scan mata aimy.. Setelah 3-4 test dibuat, doktor perempuan tu memberitahu, memang anak mata aimy agak besar dari ukuran normal. Tapi mereka perlu titiskan sesuatu ubat mata untuk memeriksa pembesaran anak mata tersebut. Apa pun, katanya dia perlu bertanya doktor pakar dahulu. Tak lama sangat laa doktor perempuan itu pergi sebelum kembali pada kami di ruang pemeriksaan dan menyatakan dia dibenarkan menitiskan ubat di mata aimy. Selepas dititis di setiap mata, dia kata nanti mereka akan panggil semula dalam 5 minit. Tapi sekejap tul 5 minit berlalu... Aimy dipanggil semula. Dititis lagi ubat tersebut selepas ntah apa diukur doktor. Kemudian katanya, tunggu lagi 20minit, kami akan panggil semula.




Sementara menunggu 20minit, aku bawa adani mencari cafe untuk membeli sesuatu utk makan dan minum. Jumpa kantin berdekatan. Tapi macam-macam pula berlaku, dengan adani yang suka buat hal sendiri, kejap2 ralit dia tengok itu ini sampai jenuh aku memanggil bila dia tak ikut aku.. dengan beli teh, teh tumpah...siap terkena sandwich telur yang ku beli.. dengan jambu potong yang tidak dipotong kecil dek penjual...susah nak makan. Last aku berhenti satu tempat, aku habiskan teh tersebut...sebab tension asyik meleleh.. Sampai kat klinik mata, tgk cik abg dah menunggu di luar kawasan bilik 14. Tanya apa citer? tengah cik abg dok citer, plastik jambu adani bocor...habis meleleh air jambu tu yang dah bercampur asam ke bag aimy dan aku... alahai naik tension aku...apakehei asyik ada yg tumpah jer ni..! Terus ajak adani keluar...suruh dia habiskan makan jambu tu sementara aku mengelap bag dan segala yang terkena dgn air jambu tu.




Masuk balik... sambung citer. Cik abg kata tengah tunggu result. Sama ada rabun jauh sahaja atau ada gloucoma. Rabun aimy teruk, terutama sebelah kiri..500 powernya!! Sebelah kanan 100.. alahai ciannyaa anakku... Kalau dia tak ada gloucoma sekali pun, dia tetap kena pakai cermin mata. Kalau tak pakai, nanti dia akan menggunakan mata kanan sahaja dan mata kiri akan menjadi malas.. kerana ia berlaku sejak lahir.. ia akan terbiasa begitu. Jadi perkara itu perlu dielakkan. Menunggu lagi... Nama Aimy dipanggil. Disuruh tunggu di dalam. Berdepan dengan bilik Ketua Jabatan Pakar Mata. Dr Joseph namanya. Kat sini lama sungguh menunggu. Lagi jemu dibuatnya..tambah aimy meragam nak tidur dan menyusu berkali-kali. Bila dah tertido, kejap dah terjaga. Di sini juga ramai beramah mesra, berkongsi cerita ... mereka berkenan melihat aimy yang comel macam anak kacukan kata mereka... comel ke? hehe.. Alhamdulillah... Apa pun segala puji dan cerita, tidak menghilangkan debaran di hati... apakah keputusan pemeriksaan mata aimy ini? Aku sampai dah berapa kali bertukar tempat duduk.




Nama Aimy dipanggil (akhirnya! alhamdulillah). Aku membawa Aimy dan bag-bag, sementara cik abg membawa adani yang dah terlentuk tidur. Masuk ke dalam bilik Dr. Joseph. Dia sedang melihat maklumat di dalam fail tatkala aku melabuhkan sendiri punggungku di kerusi tepi meja doktor tanpa dipelawa. Seorang pembantu doktor yang menyuruhku duduk bila dilihatnya aku bangun semula. Mulanya, entah apa doktor bercakap... jenuh aku pasang telinga. Begitu perlahan nada suaranya. Nasib aku dapat tangkap mana yang perlu. Dia menceritakan keadaan gloucoma.. dan apa yang ada pada Aimy. Katanya Aimy rabun sekian-sekian..dan perlu ada pembedahan. Bila dia tengok aimy dan matanya... makin tak clear betul apa dia citer. Macam bercakap pada diri sendiri, memang agaknya. Aku jer yang nyibuk pasang telinga haha. Tapi tak habis cerita, dia macam stop. Macam berfikir dan bersandar dan menyuruh pembantunya memanggil seorang lagi doktor. Seorang doktor perempuan datang. (ku kira dia juga pakar dan senior seperti Dr Joseph). Dr Joseph menceritakan pasal aimy, dan bincang tentang pembedahan... apa yang dia cadangkan perlu dibuat dalam prosedur pembedahan, bila nak booking Bilik Bedah dan sebagainya. Yang Aimy pula makin hebat meresah dan mengamok ...menangis serba tak kena. Aku semakin tak faham apa mereka berdua bincangkan. aku suruh cik abang dengar... dah dia terror lagi english kan hahaha.




Aku susukan aimy, terus sakan aimy menyusu...hai lapar laa pulak.. Baru nyusu tadi hehe..nasib buat lagi spare. Terus aku sambung mendengar perbualan dua doktor pakar mata kanak-kanak di depan ku itu. Dah hampir selesai pun mereka.. Siap doktor pompuan tu memandang dan bertanya sket tentang aimy pada kami sebelum berlalu pergi dan bercakap sesuatu kepada pembantu doktor yang ada bersama. Laju betul aimy menghabiskan susu. Ingatkan akan tertido.. rupanya terus segar dan senyum sengeh dia nak berdiri haha. Dirikan sambil pandangkan ke doktor...cam surprise Dr Joseph yang baru terpandangkan aimy..haha. Entah apa dia sebut pasal 'cute' si aimy (sebab aku terganggu bila aimy melasak di atas riba)...yang aku tertangkap dia kata nak pinjam aimy seminggu boleh? hahahha. Mana boleh doktor...kekeke. Kemudian dia terus terangkan semula.. seperti yang telah aku tahu dari Dr Aida (Pakar Mata Umum di DEMC) juga.. Dia kata Aimy ada simptom gloucoma. Rabunnya yg tinggi, matanya berair, dia silau terhadap cahaya yang terang dan mata hitamnya besar. Katanya, memang ada juga baby dan budak-budak yang bermata hitam besar macam aimy, tapi mereka tiada simptom yang dia sebutkan tadi, jadi anak aku tidaklah seperti mereka. Jadi Aimy perlukan bantuan perubatan. Secara mudahnya, gloucoma ini berlaku dalam biji mata.. ada satu saluran air yg akan membawa air mata masuk dan keluar dari dalam biji mata. Apabila saluran mata tersebut hanya membenarkan air masuk dan tidak keluar kerana tertutup di hujung pintu saluran, air akan semakin banyak di dalam bij mata dan akan menghasilkan tekanan. Tekanan ini amat merbahaya sekiranya ia menjejaskan saraf optik mata yang begitu halus. Oleh itu, rawatan perlu dilakukan untuk menurunkan semula paras tekanan dalam biji mata tersebut, atau air mata tersebut dapat dibenarkan keluar dengan membuka hujung saluran yang tertutup. Kata doktor, Aimy dikira menghidap 'Primary Congenital Gloucoma'.




KAdar tekanan dalam mata dan benarkan saluran tersebut tertutup hanya dapat diketahui dengan proses pembedahan dan pemeriksaan yang mendalam di dalam bilik pembedahan. Oleh itu mata Aimy perlu dibedah. Ya Allah sunggu besar dugaanmu untuk anakku... Moga KAU ringankanlah dugaan ini, dan permudahkan segala urusan agar mata anakku dapat dipulihkan...Amin..




Aku tanya, jadi...dah confirmlah ya anak saya ada gloucoma? Jawab dr Joseph, 50% YES!. Tapi kalau dilihat dari simptom yang ada... memang this baby ada glucoma. Kita akan dapat another 50% confirmation after operation. However, the operation have 80% potensi kejayaan penyakit ini dapat dipulihkan. Macam-macam kondisi yang ada kata doktor. Ada yang sekali sahaja kita bedah, jumpa saluran yang tertutup dan dapat dibuka serta tidak tertutup lagi lama selepas operation dilakukan. Ada juga yang kita tak nampak saluran yang tertutup itu, ada juga yang terpaksa ada pembedahan seterusnya apabila saluran yang dibuka tertutup kembali. Apa pun, cermin mata akan dipakaikan selepas pembedahan. Berapa lama pemakaian bergantung pada penurunan taraf rabun pesakit selepas pembedahan dilakukan. Cermin mata khas akan diberi (kena bayar laa).. kanta boleh dibuat di mana-mana kedai cermin mata. Setelah penerangan dan menjawab pertanyaan kami.. doktor cadangkan pembedahan perlu dilakukan segera kerana kes Aimy dianggap agak lewat sedikit. Sepatutnya ia terus dilakukan tak berapa lama setelah dia lahir. Kerana sepatutnya penyakit ini dah dikesan selepas dilahirkan. Ikutkan doktor nak lakukan dalam minggu ini, tapi dek senarai menunggu pembedahan yang penuh... dengan pelbagai kes... Kami cuma dapat menyelit pada 9hb Nov 2009. Itu pun dah melangkau pesakit-[esakit yang tidak serius dan tidak perlu pembedahan segera. Dan itulah tarikh paling awal yang kami boleh dapat. Aimy perlu daftar masuk wad pada 8.30pagi 8 November (birthday ibu dek...huhu)..dan akan dibedah pada 9 November.




Adalah sedikit lagi yang kami tanya, tentang berapa lama masa diambil untuk dibedah, bius macam mana dll... sebelum kami keluar dari bilik doktor. Pembantu doktor mengiring kami keluar, dan menyerahkan surat arahan kemasukan wad pada kami serta buku appoinment. Dia menerangkan sedikit tentang apa yang perlu dibuat, di mana harus mendaftar dan apa perlu dibuat sekiranya anakku ada selsema yang teruk dan tidak jadi operation. (Doktor kata kalau ada selsema teruk, pembedahan terpaksa ditangguhkan. Tapi jangan tunggu sampai mereka yang call...kami perlu call dan selalu inform dan tanya tentang aimy.. kerana penyakit ini bukan boleh ditangguh-tangguh). Kami perlu bekerjasama dgn pihak hospital kerana mereka terlalu ramai pesakit. Dr. Joseph kata, kita saling membantu...kerana di sini begitu ramai pesakit. Kita perlu jadi kawan, kerana penyakit ini akan membuatkan kami akan sering berjumpa dan akan terus berjumpa sepanjang hayat anakku dan kami. Mungkin kami akan masih berjumpa walau 25 tahun lagi...kecuali saya dah diganti dengan doktor lain kata Dr Joseph hehe. Penyakit gloucoma, sama seperti diabetis...sekali ada....follow up sepanjang hayat.. begitu juga dengan treatment dan ubatan...




Walau berita ini amat berat... Tapi di satu sudut, aku berasa lega kerna telah kutahu apa perlu ku lakukan, apa yang aku perlu hadapi, apa yang perlu aku redha... Tapi hanya Allah juga yang paling memahami isi hati ini... hati seorang ibu... pasti sedih memikirkan pelbagai penyakit dan dugaan timbul satu demi satu pada baby kecilku ini... kasihannya Aimy... Tapi aku pasti, anakku kuat dan istimewa orangnya...pasti diberkati Allah hidupnya seperti maksud namanya... insyaAllah... Moga segalanya berjalan lancar nanti...




Kita minta atok, opah, mak tok dan cik amree doakan adik di Mekah ya dik... Moga adik sihat walafiat dan dipulihkan dari segala penyakit yang ada... Aminnn..


Selasa, 20 Oktober 2009

Primary Congenital Glaucoma

Aku hanya ingin berkongsi maklumat tentang penyakit anak aku dan untuk aku sendiri mengingat apa yang didefinasikan dek PCG tersebut.

"Primary Congenital GlaucomaPrimary congenital glaucoma is a disease that affects the eyes of a newborn child. To know more about the congenital disorder, read on...""

Primary congenital glaucoma is a type of glaucoma that occurs when the drainage channels of the eyes of an infant are not properly developed. As the name suggests, primary congenital glaucoma is present at the time of the birth of a child. Usually, it get detected just after birth or within the first year of birth.


Causes of Primary Congenital Glaucoma

The drainage channels present in our eyes are responsible for draining out a fluid known as aqueous humor, from inside our eyes. When these channels are not well-developed, then they cannot function normally. As a result, the fluid that is being produced in the eyes will not be able to flow out. Due to accumulation of the fluid, a high pressure is built up within the eye which is called intraocular pressure (IOP). In normal eyes, the eye pressure lies between 10-21 millimeters of mercury or mm Hg. When the eye pressure goes above the 21 mm Hg mark, it is considered as high. Due to greater pressure, the optic nerve may get affected so badly that it can lead to impaired vision or sometimes blindness.

Childhood glaucoma often show various other congenital abnormalities like tumor, inflammation, etc. But congenital glaucoma is different, as it can happen without any reason. Sometimes, this eye disorder is inherited. In most of the cases, it has been observed that primary congenital glaucoma affects both the eyes.


Symptoms of Primary Congenital Glaucoma

:There are mainly three major symptoms that have been observed in infants, which indicate the possibility of congenital glaucoma. They are:

Epiphora - A lot of tears come out of eyes continuously.
Photophobia - Excessive sensitivity towards light.
Blepharospasm - Tendency to squeeze the eyelids very frequently.

In case, any one or more of these above-mentioned symptoms are noticed in an infant, an ophthalmologist should be consulted without any delay. It could be possible that the child suffers from congenital glaucoma.


Diagnosis of Primary Congenital Glaucoma

Ophthalmologists use a method called Tonometry, to measure the eye pressure. It is essential because rise in IOP is, usually, caused due to glaucoma. The doctor also checks the size and color of the cornea. Diameter of the cornea in a newborn should not measure more than 10.5 mm. If the size is more than 12mm, then there is possibility of glaucoma. In primary congenital glaucoma, the size of the cornea often changes because of the increase in eye pressure. It also ,often, looks quite hazy. If the case is severe, then the cornea may look very cloudy.


Treatment of Primary Congenital Glaucoma

The treatment of congenital glaucoma should start as early as possible, to prevent loss of vision. To treat primary glaucoma, mostly surgery is needed. The fluid trapped inside the eye should be drained out by the means of surgery; thereby, lowering the eye pressure. There are two common methods of surgery, Goniotomy and Trabeculotomy. In both the types, the drainage channels are probed to provide passage to the fluid and allow it to flow out. The only difference in the two methods is that latter can be done on both clear and cloudy corneas, but former can be performed only if the cornea is clear. The success rate of both the methods is nearly eighty percent.

Any kind of self-care is not effective for primary congenital glaucoma, nor can any measure be taken to prevent this disease. Treatment at an early stage is the only way to secure the vision of the child.

By Bidisha MukherjeePublished: 5/20/2009

Ads by Google
Malaysia Premier Eye Care
FullyQualified Subspecialty Trained Ophthalmologists and Eye Surgeonswww.isecmalaysia.com

Isnin, 19 Oktober 2009

Blur...bingung..

Dari pagi aku ala blur + tak larat. Tak sihat gamaknya...dari malam semalam badan sakit-sakit, macam nak demam panas. Dengan tekak rasa bengkak, nak telan air liur pun susah. Pinggang, pinggul, lutut, betis dan paha paling menyengat sengalnya... tak menahan. Siap seram sejuk menggigil. Jadi apa keje pun, aku buat dlm keadaan blur.. tak leh fokus... Sampai boss aku bagi aku 'panadol muscle/joint pain'... alhamdulillah...banyakkkk lega.. Terima kasih boss! hehe...

Aku ni entah kenapa tadi kat ofis risaukan Aimy... Mungkin sbb dia macam tak sihat dan pagi2 dah mengamok nangis jer dia. Tak sabar nak balik, tapi dah sampai opis pun lewat... ngan nak bawa 'pot luck' jamuan raya division lagi, ngan bawa kek sesaja bagi nursery lagi, ngan bag-bag anak yg macam-macam perlu diisi di pagi isnin. (Tengah malam baru sampai dari kg, tak larat sangat..badan dah mula rasa tak sedap...siap menggigil. Tu tau nak baring jer.) Kelam kabut segalanya.. Paling kelam kabut.. bila aimy tak berhenti nangis, aku pulak cari kunci keta tak jumpa. Rupanya ada dlm kereta, tapi kereta locked! Boleh gitu? Bertuah tul dia... Dgn tension aku cari kunci spare, naik semula ke atas. Aduss...mana tak jadi lambat! Mungkin juga aku risau, bila tgk cikgu nursery letak jer dia atas toto, di mana separuh badan atas toto..separuh lagi atas lantai marble sesambil alesha tepuk-tepuk adiknya memujuk agar tidak nangis. Susah hati selagi mereka tak bawak aimy naik ke atas ke bilik bayi.

Di ofis, boss aku paksa belajar crystal report... yg aku rasa...tak perlu kalau sekadar buat report macam aku ni...Walau mungkin memudahkan...tapi entah laa... Hmmm tak tau nak cakap. Mungkin juga ada baiknya... aku pun tak tau. Bila aku nak smepat belajar ni... keje lain pun banyak...

Rupanya sabtu lepas persandingan kawan satu group di department dulu... ntah nape terkecik laks hati aku kerna tak dijemput secara rasminya... huhu. Padahal, kalau dijemput pun...dah tentu aku tak dapat memeriahkan majlisnya sementelah aku ada kenduri di kampung..hehe.

Aku tengah mengatur jadual ni.. aku nak cuti ke tak khamis ni, bila aku nak pergi tukar duit rial, bila aku nak tukar saiz kasut makcik dan alesha... Bila aku nak cari supplement dan lelain barang. Duit yg semakin kurang ;agi... hehe... aduhai...terlalu banyak perkara berlaku tahun ni... membuatkan sepanjang tahun ini penuh dengan kelam kabut hehehehe.

Lagi satu aku teringat pasal zakat simpanan ASB, nak kena kira berapa yg perlu dibayar... malasnya....ishh tak leh malas...benda wajib tu... zakat.. huhu hehehe

Kemudian aku teringat roadtax dan insurans kereta yang perlu disediakan hujung tahun ini... duit lagi..huhu. Ditambah pula dengan 2 orang anak hendak masuk tadika... banyak tu kena sedia duit. Poning den! Moga murahlah rezeki untuk selesaikan semua.

Ni sekarang aku risau, notebook aku ni dah 2 kali buat hal tak boleh masuk... Jenuh reboot bagai.. Tapi alhamdulillah akhirnya boleh masuk juga. ada virus kut ni...aduhai...risau.

Paling pasti, aku teramat benci rokok...! haram weii....jangan hisap! elise... tolong sket cari fatwa mufti bab rokok ni kekekkee....

Esok 20 Oktober jam 8.00 pagi ada appoinment dengan pakar mata kanak-kanak untuk aimy. Risau gak ni... entah apa akan dilakukan dan bagaimana pula dengan result nanti...risaunyaa aku... bab anak ni mula aku sayu... luluh hati melihat wajah mulusnya... huhu. Esok nampaknya sesubuh hari dah perlu bersiap keluar rumah. Kena sampai HKL sebelum 8.00 pagi. Doakan semua ok, dan aimy tiada segala penyakit yang dikhuatiri ada ya... aminnn... Moga Allah memakbulkan doa kita...aminnnnn

Eczema aku kembali beb... dah mula gatal kembali... yerlah jep yang ku ambil hanya tahan 1 bulan biasanya. Jadi dah seharusnya aku gatal-gatal sekarang dek masa yang telah lebih sebulan.. Aku dah naik bosan fikirkan dan layankan fasal eczema ni... hmmm

Baru aku teringat, appoinment dengan doktor gigi tempohari aku tak pergi...! Mana taknya, aku sekeluarga menuju ke Selayang untuk melihat kambing aqiqah Aimy sebaik balik kerja. Tapi sempat juga suruh anak-anak pergi mengaji sebentar sementara menunggu ayahnya balik. Hai entah bila pula aku nak berjumpa dentist ni... Kalau tak guna, rugi weii... aku ada peruntukan RM500/famili setahun... cik abg ada Rm300/famili setahun.!! Boleh claim, jadi amatlah rugi jika tak menggunakannya.. Skrng dah oktober... tak lama tempoh yang ada untuk menghabiskan peruntukan... hmmm.. Tapi appoinment ngan dentist ni bukan senang nak buat...huhu.

Oklah, hampir pukul 12... aku pun dah mengantuk. Esok nak bangun awal bersiap ke HKL. Jadi perlu tido agar boleh segar bangun hehe.

Ahad, 18 Oktober 2009

23 Oktober bakal menjelma







Dari pagi kami dah keluarkan semua bag-bag jemaah haji. Sesi mengemas dan memastikan barang-barang haji ayahanda, bonda-bonda, dan adinda lengkap semuanya. Baru selesai 2 bag. Banyak betul barangan yang dibawa, tapi semua serba sedikit. Barang dipilih yang perlu dibawa dan ditinggalkan. Banyak sungguh barangan dari tabung haji dan sponsor yang mereka perolehi. Aku dan kakak sibuk mengambil tugas menulis nama di kad besar bag-bag tersebut....kekeke. Seronok berebut haha.


Separuh jalan, semua berhenti sarapan. Tadi sarapan nasi goreng yang mak masak...kegemaran semua nasi goreng mak hehe.


Apa pun semoga keluarga selamat pergi dan pulang serta mendapat haji yang mabruk...amin.

Jumaat, 16 Oktober 2009

Mencari tempat untukku patukkan jari..hehe

Salam.

Benarnya aku was-was nak guna blog ni sebagai port jari-jemariku... Tapi telah ku cuba multiply, facebook, photopages, forum...macam-macam lagi laa... masih ada yg belum puas...Mungkin kerna aku tiada masa nak mengadap beriya. Tambahan sebelum ini mana ada jalur yang lebar tempat bertemu janji di rumahku ini hehe.

Namun, niatku tiada lain... hanya untuk membebaskan jemariku yang selama ini ku sekat-sekat. Tapi mana boleh bebas 100%.. pasti ada sekatannya hehe.

Keadaan tersengguk paling nyata kini. Oleh itu, berundur seketika diriku dari sarang lembaran ini.

Salam.

Anak-anak kita menari?


Rentak manakah yang hendak diikut? Di manakah lantai tarinya? Bijakkah mengatur langkah? Akan jatuhkah mereka...atau sekadar tersadung kaki sendiri? Siapakah yang akan terus tunjuk ajar? Fahamkah mereka menggayakannya? Ku risau semua itu...

Tapi risau saja usahanya sedikit payah juga. Usaha perlu berterusan dan tetap, displin paling utama. Suamiku juga. Kena motivasikan ibu dan ayah mereka dulu baru anak-anak akan galak menari gemalai di lantai yang indah..


Apa pun ku pohon ke hadratMU Ya ALLAH... teguhkanlah iman kami, murahkanlah rezeki kami, berikan kami hidayah dan petunjuk dalam mendidik dan memelihara amanahMU... Semoga mereka menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.. amin.



Wah intro... over tak? haha. Anak-anakku sedang tidur...semuanya sibuk nak tidur dengan ibu di atas katil yang sempit ini. Ayahnya belum pulang.. entah apa laa lagi yang tak siap di pejabatnya itu... entah bila nak selesai mereka berkemas hasil majlis petang tadi. Dah 2 malam begini... Kelam kabut juga aku ngan anak2, dah terbiasa ada yang bantu hehe. Esok perancangannya awal pagi dah nak balik kampung. Tapi kalau gini gayanya, takkan seawal pagi dapat bertolak... Aku pun takde mood nak menyiapkan bag. Penat sangat rasanya. Tapi kejap jer bag-bag tu akan siap..hehe. Tak sabar nak balik kampung.. :)


Catatan Popular