Selasa, 31 Januari 2012

Pengurusan Masa vs Semangat!

























Cemburunya dengan ibu bapa istimewa lain.. Bagusnya sampai malam beraktiviti untuk anak-anak. Siap berjadual seluruhnya. Aku ni asyik kepenatan dan lesu badan. Dah tua gamaknya.. Tenaga tak seperti dulu. Mudah letih.


Aku amat risaukan tak dapat melakukan homework untuk Aimy. Terutama homework dari Sham's Therapy. Kakak-kakaknya juga perlu diberi perhatian, tetutama hal pelajaran dan aktiviti mereka. Hal rumahtangga lagi, nak kemas rumah, nak lipat kain, nak basuh pinggan, nak mop lantai, nak masak...semuanya buat aku kembali stress sejak dua menjak ni. Tambah bila Aimy dah pandai memunggah dan meyelerakkan barang dengan jayanya..sungguh aku dan cik abang penat! Masa yang terluang banyak hal rumah kena buat. Urusan lain terpaksa hold bila serabut tengok keadaan rumah. Tapi hal anak-anak mana boleh ditangguh!! Mereka akan terus membesar! Itu yang buat aku sangat tertekan. Belum lagi workload yang makin bertambah dan bertambah di pejabat. Aduhaii.. Aku kena buat jadual agaknya. Selama ni ikut mana sempat jer.


Tapi kadang memang tak terikut apa yang dirancang. Aimy kalau sekolah.. Awal malam dah mengantuk. Tak sempat nak beraktiviti. Bila balik dari pejabat jer..kelam kabut mengejar nak ambil anak-anak di 3 tempat berlainan sebelum jam 7. Lebih jam 7, kewangan akan terjejas. Sampai rumah bukan boleh rest.. banyak benda dirancang nak buat utk anak2.. belum untuk suami dan rumahtangga. Tapi kadang tak jadi itu ini bila banyak sangat yang tetiba perlu dibuat terlebih dahulu.

Contohnya, balik kerja terus bagi makan aimy dan mandikan dia.. Dah mandi, tak sempat pakaikan daiper..dia dah laju bergerak ke pintu dengan berbogel. Kakaknya nak angkat, dia dah terkencing depan pintu...adoiii dah kena basuh semula badannya dan mengelap kencing. Baru nak duduk... Aimy dah mula menangis-nangis memberikan signal mengantuk.. Sedangkan kita dah plan nak lipat kain sebentar, nak basuh botol susu dan buatkan susu anak-anak, nak buat sedikit aktiviti untuk Aimy dan pastikan kakak-kakaknya membaca buku dan buat latihan...tapi apakan daya. Sekuat hati Aimy menangis..selagi mahu dikuatkan suara selagi kita tidak berikan susunya dan tidurkan. Tetapi, tidak sempat buatkan susu dah muntah selambak dia atas badan aku ketika dia merengek menangis meragas aku. Dah la balik tadi pun bau muntah pada dia dan bag sekolahnya...hmm. Selsema dah takde..demam dah kebah.. Kenapa boleh muntah? Mungkin batuk ada sesikit tu buat dia muntah bila kuat sangat menangis sampai terbatuk. Terpaksa mandikan balik. Nasib ada kakaknya boleh diharap... Sementara aku mengelap muntahnya yang paling banyak setakat ini rasanya... Aku bawa dia ke bilik air, tanggalkan baju, hilangkan muntah di badan dan minta kakaknya sambung mandikan adik sementara aku nak menguruskan playmat dan kawasan yang kena muntah yang amat banyak itu. Pandai kakaknya memandikan semula aimy dan kemudiannya berkejaran pakaikan daiper dan baju adiknya. Aku terpaksa PERCAYA dan YAKIN dengan Alesha untuk aku tak kelam kabut nak buat semua serentak. Sebab Aimy cepat, pantas, ligat dan lasak... Takut dia kembali ke kawasan kena muntah dah terkena muntah semula. Bau muntah memang aku tak tahan!!


Terpaksa biarkan aimy merengek sekejap sebab tak tahan bau muntah di baju sendiri. Aku minta Alesha berikan aimy air masak sementara aku bersegera mandi. Usai mandi, aku turun. Ingat Aimy dah segar. Aku baru nak ambil wuduk dia dah menangis kembali. Biarkan dulu. Dah solat maghrib, bancuh susu aimy dan kakak-kakak.. Pastikan kakak-kakak ok pergi mengaji, aku naik atas tidurkan aimy. Dalam pada dia mengantuk sangat, boleh dia terjaga balik. Tak boleh nak tinggal. Sempat aku jenguk kakak-kakak yang balik mengaji, tanya hal sekolah dan pastikan mereka dah siap homework.. Kembali pada aimy yg terjaga..sudahnya aku tertidur dengan Aimy. Kesian kakak-kakak layan aktiviti sendiri sampai ayah mereka balik. Entah pukul berapa cik abg balik dr outstation tidak pasti. Sedar-sedar cik abang dah masuk bilik nak tidur. Aku bagun dek haus sangat. Solat isya dulu dah tadi tertidur awal dengan Aimy sebelum isya. Nak melipat kain dah sakit2 badan nak duduk.


Bestnya jadi seperti rakan kelab supermum - Afidah Ayob.... boleh buat apa saja untuk anak-anak sepanjang hari.. boleh ke sana ke mari bawa aiman tanpa masalah cuti, travel merata tanpa masalah kewangan, boleh membeli apa sahaja keperluan dan alatan untuk aktiviti aiman tanpa perlu fikir dua kali walau harganya mahal bagiku. Tetap boleh bawa Aiman ke terapi dari utara ke Kuala Lumpur tanpa ada hal-hal mendatang yang lain... Kagum sangat! Betapa Allah permudahkan jalan dan rezeki kalian. Tumpang gembira untuk Ju.


Apa pun, memang dia surirumah boleh buat semua itu sebaiknya dengan banyak masa yang ada. Tapi kalau aku jadi surirumah, belum tentu aku boleh jadi seaktif dia. Betul-betul bersemangat dan tak kenal erti letih. Aku ni duduk rumah, lagi lesu nak tidur jer haha.. Kewangan pun terhad untuk kami perbanyakkan membawa aimy ke sana ke mari untuk membetulkan apa yang berlainan pada Aimy..huhu.. Kadang rasa tertekan sangat dengan keadaan. Tapi kalau aku yang tak bersemangat, bagaimana cik abang aku dan anak-anak nak mengikut kan? Tapi suami Afidah juga amat hebat. Amat rajin, berkebolehan dan perihatin terhadap anak-anak sendiri. Semangat untuk Aiman amat kuat pada diri mereka. Sungguh buat aku teramat kagum!!


Maka aku perlu berubah untuk lebih fokus dan lebih bersemangat tanpa membuang masa dengan perkara sia-sia. Perlu ada jadual dan checklist yang jelas terpampang apa yang perlh dibuat. Tidak lagi hanya di telefon checklist itu dibuat. Bukan aku tak buat dan tak bersemangat sebelum ini. Tapi adakalanya aku hilang fokus, terdorong dengan perkara-perkara yang tiba-tiba berlaku dan perlu diselesaikan segera. Acapkali begitu..sudahnya banyak benda tak terbuat dan tertangguh. Tiada alasan lagi!!


Aku perlu lebih usaha dan lebih berdoa pada yang Esa... Moga Allah permudahkan urusan dan perancangan aku...dan murahkan rezeki aku sekeluarga... aminn


Aku nak letak juga sedikit antara gambar yang sempat diambil ketika event get together syarikat tempat cik abang bekerja.. ;-)

Rabu, 18 Januari 2012

Durian dating

Ya Allah kenapa tiba-tiba aku menyukai durian? Pelik betul..haha. Dalam bulan lepas tetiba aku teringin nak makan.. Dapat lak tu rezeki durian baru luruh masa balik ke kampung di Kuala Pilah haha..memang rezeki. Tapi aku belum layan banyak-banyak..paling banyak 2-3 ulas jer.Kelmarin cik abang dapat durian dari kawan pejabatnya. Sempat aku makan seulas. Paling best Adani..sakan dia makan dengan ayahnya.. Bersungguh! Alesha tak heran pun.. Agaknya dia macam aku tak suka dan tak minat makan durian dari kecil lagi..hehe.Jumaat lepas aku terpaksa cuti. Banyak urusan perlu diselesaikan segera. Hal JPJ, hal rumah dan bank.. Tu pun ada yang tak sempat kerana kami perlu menggunakan tiket tgv cinema yang aku dapat dari Nuffnang sebelum tarikhnya tamat pada 15 Januari. Maka berdatinglah aku dengan cik abang menonton wayang. Bila keputusan last minute begini, tak plan...baru perasan di panggung tiada cerita yang menarik. Tambahan kami mahukan tayangan paling awal iaitu dalam jam 11++ pagi. Sudahnya kami tonton 'Awakening'. Cerita best juga, kisah seram. Tapi plot cerita agak lambat.. Kami pula tak cukup tidur malam sebelum, tang hujung-hujung ada tersengguk kami hahaha. Masa meronda menunggu masa tayangan, aku terjumpa orang jual durian RAJA Kunyit.. Mak aii kuning gilerr! Paling terkejut tengok harganya...berapa ulas jer harga RM49.90!!! aduss..baik tak makan kalau aku hahhahaa.Apa pun alhamdulillah semua urusan dipermudahkan Allah.. Macam pertama kali je aku menjejakkan kaki ke JPJ Padang Jawa. Sebenarnya tak ada masalah pun dengan pengesahan kad pengenalan aku yang disahkan pesuruhjaya sumpah. Semua aku tanyakan apa yang staff di kaunter jpj Sitiawan katakan tidak boleh.. Huhu boleh sahaja selesai ikutkan..sabor jer la. Memang sengaja menyusahkan orang jer mereka tu..pelik! Nasib pergi dengan cik abang.. Mudah sikit seorang cari parking dan seorang beratur. Walau ramai, sekejap sahaja aku dah selesai urusanku. Mudah dan cepat..Cuma hal bank dan rumah tak boleh nak selesai lagi jumaat lepas. Minggu bila la pula nak selesaikan agaknya..huhu





















Published with Blogger-droid v2.0.3

Isnin, 16 Januari 2012

Pandai Kakak Adani ajar adik

Published with Blogger-droid v2.0.3

Panjang Akal!

Semakin lama semakin panjang akal Aimy ni.. Otaknya ligat berfikir kadang tu. Ada jer idea dia nak buat sesuatu yang kita tak sangka-sangka. Bulan lepas..aku sedang solat..dia tolong berkemas tepi aku memunggah barang-barangku yang aku tak sempat nak susun masuk dalam kotak dokumen. Tetiba dia pegang dan main bateri telefon bimbit aku yang lama. Aku tengok jer dia main..pantau agar dia tak masuk ke dalam mulut. Tapi tanpa ku duga, dia cari telefon ayahnya di atas katil dan cuma nak masukkan bateri telefon tu ke belakang telefon bimbit ayahnya. Bila cubaannya tak berjaya, dia minta ayahnya bukakan penutup belakang telefon tersebut..haha.. Bijakkk...bijak..Sekarang suka sangat dia menunggu aku solat. Kadang pandai dia tak kacau. Kadang agaknya tak sabar menunggu, dia mula mengacau. Diselak sejadah, diselak telekung aku ketika tahyat akhir, dan paling payah bila dia berbaring sambil merenung aku di atas sejadah..macamana aku nak sujud?? bertuah betul! haha.Adakala, dia bermain dengan bateri AA dan box kayu kecil yang sepatutnya diletakkan pensil. Dia masukkan semua bateri AA tersebut satu persatu dan keluarkan semula..kemudian tepuk tangan tanpa disuruh. Adakalanya, sibuk menyikat rambut walau tak kena sikat ke rambut. Sibuk berbedak.. Dicubanya letak ke kaki dan muka.. Kalau tak keluat bedak, mula dia bagi pada kita sambil menghulur kaki suruh disapu bedak. Begitu juga kalau melihat kita memotong kuku.. Sibuk dia juga menghulur kaki untik dipotong kuku hahaha.Sekarang kegemarannya buku. Tak lekang dengan buku. Terutama bila dalam perjalanan pergi dan balik sekolanya. Sampai lunyai dan terbahagi tiga buku dikerjakan bila geram haha. Tapi puas hatilah.. Dia memang asyik dan ralit dengan buku. Sambil mentelaah, mulalah keluar segala bunyi dari mulut munggilnya.. Kadang halus macam bunyi kucing haha..kadang kecoh macam menyanyi-nyanyi.Haa tu belum dengar lagu lagi.. Mula la pandai joget henjut-henjut dan tergerak kaki tangannya. Terbaru, dia goyang badannya ke kiri dan ke kanan cam kumpulan koir tu hahaha..comel jer rupa..(maaf ya puji anak sendiri haha).Kalau dulu, aku tanya "Siapa pandai angkat tangannn?!!!!" Siapa baik?..Siapa cantik? Siapa comot? Siapa mengada?... laju aimy angkat tangan. Asal sebut "Siapa"..dia dah angjat tangan dulu. Dulu angkat tangan sebelah...sekarang dua belah. Kini lagi advance, kami tanya dalam bahasa inggeris juga dia faham.. Laju angkat tangan.. Suka teacher dia mainkan dia bila dapat tahu hal tu.. Kalau nampak telefon aku, sama ada dia nak main fruit slice dan kid doodles, dia akan minta nak dengar youtube lagu twinkle twinkle little star hehe.Makan dan membuang air besar pun dah bagus. Sudah kurang sangat tersedak dan tercekik bila makan begitu juga dengan membuang air besar. Sejak 3-4 bulan ni alhamdulillah makin ok.Apa pun Aimy dah makin stabil berjalan dipimpin tangan sebelah.. Aku amat berharap sangat Aimy dapat berjalan dan bercakap tahun ini. Bercakap tu paling tidak 4-5 perkataan pun jadilah!!.. Kemudian pasti lebih pandai kan..hehe.Untuk harapan itulah, kami membawanya ke Pusat Terapi Sham di Jalan Sentul, KL pada 7 Januari lalu. Mencuba terapi dari pihak persendirian yang lebih fokus untuk dirinya. Pertama kali pergi dah dapat 6-7 kerja rumah. Menangis Aimy didera suruh buat itu ini hahaha.. Kelakar tengok dia mengamok dipaksa. Antara terapi yang diminta dicuba kepada Aimy oleh Dr Sham, antaranya :1. Terapi Ais.. Untuk menenangkan Aimy yang bila mengamok marah, sembelit dan geram suka menegangkan kakinya hehe.2. Terapi lampu dalam bilik gelap untuk penglihatannya3. Meningkat fokus/tumpuan4. Sensory untuk deria-derianya5. Keseimbangan - untuk hilangkan ketakutan dan membantunya mengimbang diri6. Menguat otot kaki- merangkak, memanjat, duduk cangkung bangun, dan sebagainya yang sesuai.7. Kad imbasan - terutama gambar ahli keluarga (ini memang sedang diusahakan atas permintaan sekolah aimy.. Jadi boleh buat sekali untuk di rumah hehe)Apa pun setakat ini semuanya dapat dibuat dengan sekejap-sekejap. Jadilah buat permulaan. Nak dapatkan kerjasama aimy bukan senang. Moodnya asyik bertukar. Kadang kita pula yang banyak komitmen lain terhadap anak-anak lain dan rumahtangga. Namun aku harus berusaha kuat untuk Aimy.. Aku tak boleh lagi berlengah dengan masa. Buat Aimy, masa perlu dikejar. Setiap masa perlu digunakan dengan sebaiknya.. Moga hajatku hendak melihat Aimy berjalan dan bertutur tahun ini dimakbul Allah swt. Ya Allah perkenanlah doaku dan permudahkan urusanku. Ko tetapkan imanku agar sentiasa mengingati dan tetap hati dalam beramal ibadat...aminn.
















Published with Blogger-droid v2.0.3

Sabtu, 7 Januari 2012

Kembali ke sekolah

Inilah antara situasi di pagi hari pertama dan kedua persekolahan 2012. Alesha dah mula masuk Tahun 2. Nama kelasnya 2 Mahabbah. Kalau dulu kelasnya di tingkat bawah..kali ni perlu naik 2 tingkat. Huhu..dengan bag yang berat nanti.. Pasti penat sangat! Apa pun harap Alesha boleh terus maju dalam pelajarannya dan personalitinya juga. Amin.. Adani pula kali ini berpindah ke Little Caliph atau KHalifah Cerdik Kindergarten. Agak jauh sikit dari rumah tapi masih dalam area taman perumahan kami, cuma fasa berbeza. Seperti biasa Adani penuh keyakinan dan tak sabar ke sekolah. Awal bangunnya seiring dengan kakak. Semangat betul nak ke sekolah. Sudahnya dia ikut aku menghantar Alesha ke sekolah..hehe. Tidak dapat berlama di sekolah Alesha.. Tahu kelasnya di mana, hantar masuk kelas dan ambil gambar 2-3 keping dah babai hehe. Turun ke bawah menjengah Adam anak Jiejah yang baru masuk Tahun 1. Tahun 1 pun telah berpindah ke tingkat 2. Maka bersesak la koridor balkoni dengan ibu baoa yang menunggu. Dulu di bawah tidak ketara kerana luas sikit koridornya. Selepas skodeng dan borak seketika, aku dan adani turun. Singgah sekejap ke kedai buku melihat kemungkinan ada stok buku Alesha yang asyik tak cukup sejak 27 Dis lalu. Alhamdulillah nampak gayanya dah banyak ada kecuali Buku Kerja Rampaian Bahasa Inggeris sahaja. Nak beli terus tak dapat. Ramai sangat yang beratur menunggu giliran. Aku harus balik dan menghantar Adani dan Aimy ke sekolah juga. Sampai di rumah, cik abang baru nak memandikan Aimy. Setelah semua siap, kami ke nursery transit Alesha dulu. Membayar yuran bulan 12 yang Alesha dan Adani datang cuma 3 hari. Huhu mahal juga kena bayar.. cuma kurang 25% jer dari biasa. Huhu.. Hmm nak buat camne kan.. Tak terkata.. Tak mengapalah..masih ada rezeki untuk membayar. Selesai di nursery alesha, kami terus ke.Little Caliph menghantar Adani. Adani terus masuk dan sibuk dengan kawan-kawan. Ibu nak ambil gambar pun dah tak heran haha. Nasib dah salam cium. Tu sebabnya hari ke 2 baru aku dapat gambarnya. Tambahan pula hari pertama 04 Jan 2012 jatuh hari rabu.. Hari Rabu di Little CAliph adalah hari aktiviti luar/sukan, itu yang hari pertama Adani pakai sports wear. Ceria jer dia.. Takde muka cuak takut hehe. Aimy pula hari pertamanya pada 3 Jan. Semua rindu padanya hingga lebam pipi kena cubitan geram entah siapa..hehe. Lega sikit bila anak-anak dah beraekolah dan rutin berjalan seperti biasa. Kalau tidak risau juga nak meninggalkan mereka di rumah seperti yang kami buat pada 3 Januari lalu. Terpaksa tinggalkan mereka sebab tiada penyelesaian siapa boleh menjaga Alesha dan Adani. Kami pula tak boleh cuti. Alhamdulillah semuanya selamat dan mereka pun berkelakuan amat baik bila tinggal berdua. Moga Allah sentiasa lindungi anak-anakku sentiasa..amin
Published with Blogger-droid v2.0.2

Selasa, 3 Januari 2012

FISH Test

http://www.mheresearchfoundation.org/FISH_testing.html Untuk yang ingin mengetahui apa itu Fish Test..boleh rujuk link di atas. Ada definasi dan gambarannya sekali. 23 Disember lepas Aimy punyai temujanji klinik genetik HUKM fi bawah Prof Zarina. Malangnya baru sekali kami bersua dengan profesor..iaitu ketika pertama kali. Selepas itu asyiklah doktor yang tak tahu namanya hehe. Tapi doktor kali ini lebih banyak soal jawabnya dan lebih memuaskan hati kami. Kami dimaklumkan tentang keputusan ujian Fish terhadap darah dan kromosom Aimy. Alhamdulillah ianya NEGATIVE! Ini bermakna, keberlainan pada Aimy yang klinikalnya dikatakan menghidap Sindrom Rubinstein Taybi tidak dapat disahkan dengan ujian kromosom yang dibuat secara lebih mendalam dari yang pertama dulu. Maka ianya bukan dari genetik atau keturunan.. Ia tetiba terjadi sahaja. Tapi tidak bermakna Aimy tidak mempunyai sindrom tersebut. Aimy masih mempunyainya.. Cumanya mungkin ia tak kuat dan tak jelas pada kromosom. Ujian kromosom ni pelbagai jenis. Dari yang asas hinggalah pelbagai peringkat. Ujian terperinci pula banyak jenisnya. Ada yang sukar dilakukan ada yang agak mudah. ADa yang bertahun baru dapat keputusan.. Apa pun aku bersyukur dengan berita ini. Sehingga aku tanyakan hal akan terjadi lagikah sekiranya aku mengandung lagi? Kemungkinan itu sama cam orang lain kata doktor. Ia tak lebih pada aku..sama jer macam orang lain yang tidak punyai anak seperti Aimy. Seronok juga berbual hal genetik dengan doktor muda itu. Dia pula bukan sahaja bertanyakan hal perkembangan Aimy, malah dia juga memeriksa segala keberlainan Aimy secara fizikalnya sambil-sambil menanyakan apa yang aku tahu tanda-tanda yang ada pada Aimy. "Ibu mesti lebih tahu dari saya ni" kata doktor hehe. Aimy bagus haritu, dia tak menangis sangat dan bekerjasama dengan doktor apabila diperiksa. Kalau tak tu, diusik doktor dah menangis nak rak haha. Apa pun aku amat berharap apa yang Aimy hidapi adalah 'Mild' sahaja agar segalanya boleh dipulihkan menjadi lebih sempirna dan sihat...amin..amin ya rabbal alamin.. Moga tahun 2012 ini menambah kebolehan Aimy untuk berjalan dan bertutur dengan lebih sempurna... aminnn..
Published with Blogger-droid v2.0.2

Isnin, 2 Januari 2012

Berlalu sudah..

Dari hari ke hari nak masukkan cerita aku di sini.. Tapi tiada masa nak mengadap komputer mahupun blogger droid di telefon. Banyak hal, dah ada masa..mengantuk pula dek makan ubat eczema. Sampai tak boleh berfikir selagi tak lelap sebentar hehe. Cakap pasal eczema..semakin teruk eczema dan resdung aku. Membuatkan aku terpaksa ke pakar kulit Dr Md Noh di Jln TAR, KL 22 Disember lepas. Selain 3 jenis ubat makan dan 3 jenis ubat sapu dan seketul sabun, aku ditampalkan skin patch test dibelakang badan untuk melihat apa yang aku alah atau alegik. Kena dibiar tak boleh dibuka atau kena air sampai aku ke sana semula pada pagi sabtu 24 Disember. Ya Allah Tuhan saja yang tahu betapa gatal merenyamnya..nak jer ko buka dan garu sepuasnya. Tu pun aku dah tonyoh sikit-sikit manja2 gitu haha. Lega bila dah dibuka.. Memang sampai payah pula nak hilang kesan yang allergic tu pula. Ada 3 benda aku alergik.. Tak boleh pakai kiranya. Ketika di JTAR..nak gak rasa melihat jualan di sana yang tengah Jualan Murah. Tapi apakan daya tiada peruntukkan untu itu. Cuci mata sajalah ya hehe. Pada 22 Disember itu juga tangan aku di xtray kembali di KPJ Selangor. Alesha juga terpaksa dirujuk ke pakar bila dah 3 minggu lebih entah apa naik atas kulit badannya melata dari badan ke kanki dan tangan. Pelik sangat..macam panau kurap tapi bukan. Ia jadi begitu sebaik kami balik dari Johor Bahru. Jadi agak kalut aku di hospital bila ada 2 temujanji. Tambahan pula awal pagi aku yang kena menghantar Aimy ke sekolah sementelah cik abang selepas subuh dah ke Kuantan. Selepas tangan aku di xtray..kebetulan nombor giliran untuk Alesha dah terlepas satu. Nasib sekejap jer tunggu dah dapat jumpa doktor. Alesha diberi ubat makan dan sapu. Doktor kata macam panau..tapi pelik sikit. Mungkin antibodi dia tak kuat buatkan benda tu merebak cepat dan melata..hmm entah la. Sempat aku dan anak-anak ke cafe hospital dulu sebelum jumpa doktor otopedik aku sementelah beliau dalam OT. Lapar sungguh nampaknya Adani.. Dia yang mahukan bihun sup. Aku cuak takut dia tak makan dan banyak tak habis. Mula Alesha nak nasi goreng la, roti canai lah..tapi semua tiada. Bila aku minta dia berkongsi dengan Adani dia taknak mulanya. Lain makanan dia tak gemar. Jadi aku terpaksa memaksa dia berkongsi dengan Adani. Sudahnya tak cukup ko! hahaha.. Tau pun suka dan sedap.. Tapi bila dah minum milo dah taknak dah.. Nasib tak order lagi. Aku pula suka sangat dapat apa yang aku terbayang sejak seminggu..kuih gertas ok! haha..alhamdulillah puas makan aku beli 4 keping hehe. Tulang tangan aku yang patah ranting tu masih nampak patahnya.. Macam tak berapa ada perubahan..huhu. Bila jumpa doktor, doktor kata baru 60%++ bercantum di tengah..tulang tumbuh katanya. Yang tepi belum lagi. Masih perlu berhati-hati dalam 3 bulan ni. Makan masa nak tumbuh tulang...mungkin setahun juga baru bercantum semuanya. Doktor nak beri MC lagi sampai 28 Disember. Aku tak magu..cukuplah sampai 23 Disember tu. Balik sekolah 23 Disember, Aimy bawa pulang hasil aktiviti 'fine motor'nya.. Sungguh cantik! Alhamdulillah banyak aktiviti Aimy..patut dia suka ke sekolah hehe. Semasa ke HUKM untuk terapi OT, fisio, speech dan genetik, Aimy menunjukkan dia dah berkembang maju walau kadang tidak mahu bekerjasama. Aimy dah mula bagai mengenal warna. Dia tahu menerima arahan untuk masukkan bola merah ke lubang merah, bola biru ke lubang biru dan bola kuning ke lubang kuning. Aimy memang asyik kalau dapat buku kertad span tebalnya.. Bila hari-hari ditunjuk dan dibagitahu..dia bagaikan tahu yang mana ostrich dan yang mana pen. Tak pasti adakah ia realiti atau kebetulan. Apa pun syukur alhamdulillah. Ahad-Isnin cuti Krismas..tanpa plan kami balik ke KUala Pilah kampung arwah pak mertuaku. Memang dari raya kami nak ke sana ziarah kubur arwah. Tapi asyik ada hal hingga hujung tahun baru tercapai. Seronok balik ke sana, dari tak plan bermalam jadi bermalam. Puas makan rambutan, manggis dan durian hehe. Abg ipar dan anaknya pula berkongsi hari lahir. Sorang anak sedara rajin buatkan kek batik untuk dipotong mereka..meriah jadinya hehe. Minggu terakhir disember sekolah Aimy tutup. Kebetulan mak datang ke sini, dari rumah adik ke rumah kakak, akhirnya mak ke rumah kami membantu menjaga aimy dan kakak-kakaknya. Seronok sakan anak-anak bila OPah di rumah. Bila Opah nak balik Sabtu 31 Disember..semua monyok hehe. Aimy pun tahu mengada bila ada opah hehe. Abang ipar menghantar mak balik kampung sementelah mereka nak balik kampung dan jalan-jalan ke Pangkor. Cuti tahun baru kami mengemas rumah. Cik abang menyusun atur kembali bilik anak dara kami. Membersihkan segala habuk sementelah mereka alergik kan. Aku pula mengemas semua almari baju yang dah dipunggah dek anak-anak dan susunatur baju yang dah salah letak dek cik abang dan opah mereka. Sempat juga merendam tudung sekolah Alesha. Baju sekolahnya dah selesai direndam dan disental semula dek opah mereka. Hilang pula sehelai tudung Alesha. Buku-buku tulis dan 2 buah buku rampaian sahaja yang dapat aku beli dari kedai buku sekolah Alesha pada hari selasa minggu lepas. Lambat betul kedai buku sekolah dibuka tahun ni. Dah buka pula banyak buku tiada. Asyik kena tunggu. Hari-hari telefon sekolah tanya hal buku, bosan tul. Hari JUmaat aku terjah jer..tutup bula kedai buku sekolah tu. Sabar jer lah kan. Malam tadi baru ada kesempaan menulis nama pada buku- buku yang ada. Ada sikit pembalut lebihan ahun lepas. Buat apa yang ada dulu. Hari ni nak cuba ke kedai buku mana-mana cari buku yang belum ada dan pembalutnya sekali. Hari.ni juga nak iron baju sekolah anak-anak. Esok Aimy dah mula sekolah. Alesha dan Adani akan mula sekolah 4 Januari. Cepatnya 2011 berlalu.. Berlalu denan mood sedih untukku. Ex-boss aku meninggal pada 28 Disember lalu. Bos yang paling bagus yang pernah aku jumpa. Tiada jurang antara bos dan anak buah. Dia seorang bos yang sangat baik. Sangat berkebolehan. Sangat ceria dan mengambil berat. Perginya sebutir bintang buat syarikat tempat aku bekerja. Kasihan pada isterinya yang juga ex-boss aku. Mereka memang kerja bersama sejak mula lagi. Pasangan yang boleh saling bekerjasa secara profesional di pejabat. Mereka memang orang yang hebat dan baik. Sedih aku.. :(. Malam tahun baru orang sambut di merata tempat, aku di rumah menonton OMbak Rindu.. Memang tak teringat pun hal tahun baru..hehe. Sedar-sedar masa nak tidurkan Aimy yang baru nak tidur, terdengar berdas mercun dipasang. Eh tahun baru laa.. Hehe. Selamat tinggal 2011.. Selamat Datang 2012. Moga bertambah rezeki dalam pelbagai aspek untuk aku, suami dan anak-anak terutamanya.. Moga Aimy boleh berjalan dan bercakap tahun ni. Moga Alesha dan Adani terus sihat dan teus berjaya dalam pendidikan dan pelajaran mereka. Moga aku dan suami juga semakin dikuatkan iman dan taqwa terhadap Allah swt..merasa nikmat beribadah dan ditetapkan hati dalam Islam dan tidak diterbalikkan gelap hati dan akal ini jauh dari agamaMu Ya Allah..aminnnnn ya rabbal alamin...

Published with Blogger-droid v2.0.2

Catatan Popular