Pagi tadi awal pagi dah terjah klinik, sakit mata dari semalam huhu.
Tetiba reminder telefon aku berbunyi, peringatan aku untuk call PDK Shah Alam yang aku jumpa alamat dan nombor telefonnya dalam internet. Seperti yang pernah aku cerita, kami pernah mencari di mana lokasinya berdasarkan alamat yang ada. Tapi tak jumpa. Pelik tul.
Tadi nak hilangkan kemusykilan aku telefon PDK Mutiara Hatiku, Seksyen 19, Shah Alam. Katanya kena masuk simpang 3 depan SRAI. Dia dalam kawasan perumahan. Laaaa patutlah macam nak rak kami mecari tak jumpa haha. So dah dapat bayangkan di mana lokasi PDK tersebut.. Alhamdulillah.
Tapi malangnya PDK di Shah Alam ini tidak mengambil kanak-kanak di bawah usia 5 tahun. Mereka tiada ahli terapis dan kekurangan kakitangan untuk mengambil kanak-kanak kurang dari 5 tahun. Ikutkan memang JKM arahkan mereka kena ambil kata staff PDK yang menjawab panggilan telefon aku. Tapi mereka tak dapat melaksanakannya kerana masalah yang aku sebutkan tadi.
Alahai buntu pula kepala memikirkan hal persediaan persekolahan/perkembangan Aimy. Nak pergi ke swasta payah pula, bukan sahaja kos yang agak tinggi tapi semuanya agak jauh. Masa juga tiada. Ada tempat yang dikehendaki ibu bapa bersama, ada yang suruh ibu bapa tinggalkan anak.
Hmm macma mana pun rasanya kena tengok juga pusat intervasi awalan swasta di Seksyen 7 Shah Alam. Setakat mencuba tak rugi kan. Kalau ok, boleh pergi. Rasanya setakat kelas terapi dan intervasi awalan di hospital sahaja tidak mencukup.
Anak sulungku Alesha Sufia lahir melalui kaedah pembedahan(emergency)pada 01 April 2004 dengan berat 3.32kg. Adani Sufia merupakan anak keduaku, berjaya dilahirkan secara normal pada 13 September 2006 dengan berat yang amat mengejutkan iaitu 4.1kg. Si kecil Aimy Sufia dilahirkan pada 20 April 2009 secara normal dengan berat 3.1kg sahaja dan si kecil inilah 'special needs child' yang membuat lahirnya blog ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Itulah yang dinyatakan dalam surat rujukan dari Dr Koshy bertarikh 25 Ogos 2010 untuk Pusat Perkembangan Kanak-Kanak HUKM (CDC). Akhirnya ya...
-
Jumaat kelmarin, lunch hour ku luangkan masa di kedai buku Popular Summit USJ untuk mencari buku latihan Alesha dan Adani untuk mereka ulan...
-
Sabtu 31 Julai 2010 Kami bawak report MCUG dari Hospital Sunway ke DEMC (wah sudah 2 bulan berada dalam simpanan kami haha). Disamping itu, ...
-
Alhamdulillah diberi rezeki dan peluang dengan bermulanya tahun 2014 ini, bagi memulakan satu lagi jenis rawatan untuk Aimy. Stimulaterapi...
-
Sekian lama tak bawa anak-anak outing. Dek kerana kesiankan anak-anak, ku terima pelawaan Jiejah mengajak ke Bukit Cerakah Ahad 7 Feb 2010. ...
-
Allahu Akhbar!! (kalau cakap gini kat Aimy, sure dia cuba sedaya upaya letak tangan tepi kepala.. kadang jadi tepi pipi hahaha.. so cute) Sy...
-
18 May 2010, pagi lagi aku dah bawa Alesha jadi spy tengok Adani naik bas rombongan ke kilang coklat..haha. Entah di mana kilang yang mereka...
-
Rubella , commonly known as German measles, is a disease caused by the rubella virus. The name "rubella" is derived from t...
-
11.11.2010 Appoinment 8.30 pagi. Tapi Audiologist jam 9 baru nampak muka. Dah 9.15 baru panggil masuk bilik. Nak cek telinga, Aimy terus nan...
-
Antara gambar-gambar pada hari sabtu 17 Disember kelmarin. Kami turut serta memeriahkan Family Day syarikat tempat aku bekerja. Memang s...
salam kak..susahkan kak..bila dah dekat cam ni plak..ainie pun x dapat g PDK, padahal 15 minit jer dari rumah..nanti apa info akak syer yer..tq
BalasPadamsabarlah...teruskan usaha..pasti ada jalan..
BalasPadamkak, Nabila sekolah kat Tasputra Ampang. Pasal PDk tu..cuba akak gi sendiri tanya. Sebab klu tepon..mmg dorang tak layan. Lagi satu cuba tanya klu2 akak leh duduk skali masa sek. dok dalam 2-3 jam pun jadilah.sebab Nabila kat PDK pun dtg seminggu sekali je..setiap ari khamis. Pastu ina mmg ada skali ngan dia. tak tinggal pun.
BalasPadamcubalah tanya balik kak.. :)
Ina
BalasPadamakak dah tanya.. dia tak terima bawah 5 tahun. Nak buat camne ek?
Nuyin..
sory lupa nak panggil apa hehe.. terima kasih.. insyaAllah akan usaha lagi
Julaiha
tu laa.. dah dekat tak leh lak..
yg swasta akak tanya ada 2 kat shah alam.. depa kebanyakan terima toddlers yg dah 2 thn ke atas. Kadang rasa buang masa menunggu kan...huhu.
Tapi nasib laa Aimy punya perkembangan nampak dah banyak berbanding beberapa bulan lalu. Syukur Alhamdulillah.