Jumaat 26 Nov 2010, lagi 10 minit pukul 8 baru kami keluar dari rumah menuju HKL. Lambat dek Adani nak ikut juga. Yerlah dia sorang kat rumah ngan bibik, kesian pula dia. Sampai HKL jam 9.10pg.. alahai lambat sangat2 dah.. Nasib tiada masalah selain menunggu giliran yang agak lama.. 1.5 jam baru nombor dipanggil untuk pendaftaran dan beratur pula untuk optometri dan peaditrician. Hai memang membosankan bila menunggu terlalu lama. Tapi aku tetap sabar.. cik abg agak mengeluh sedikit. Yerlah bukan senang nak bergilir dukung Aimy yang aktif dalam dukungan.. Melayan karenah Adani lagi.
Kami dipanggil masuk untuk optometri dulu. Lama mata Aimy diacu dengan pelbagai alat.. Memang susah nak dapatkan result sebab Aimy tak reti diam. Kadang sampai menangis dia bila dipaksa diam. Aduhai.. Tapi ada sesuatu perkhabaran yang tak menarik dari hasil pemeriksaan awal. Kami diminta jumpa doktor pakar mata dulu sebelum mereka di optometri meneruskan pemeriksaan. Menunggu sebentar di bahagian paeditrician.. Doktor Norazah pula memeriksa Aimy. Dia periksa dengan jari dia saja atas kelopak mata aimy.. dan dia kata OK pada pegawai di bahagian optometri tadi. Tak salah dia baru saja melakukan pemeriksaan secara manual ke atas tekanan saraf mata Aimy. Bila dia periksa kata OK, tengok rekod sebelum pun OK.. jadi pegawai perubatan di optometri memasukkan ubat cecair untuk membesarkan kornea (tak salah laa) mata Aimy untuk memudahkan mereka jelas melihat ke dalam mata Aimy. Selang 5 minit, ubat cecair lain pula dimasukkan ke dalam mata Aimy. Kami disuruh membiarnya selama 30 minit sebelum diperiksa semula. Maknanya jam 12.15thghari baru cek semula. Ya Allah lambatnya, selalu waktu ni kami dah mula keluar dari HKL.
Sempat Aimy tidur dalam 30 minit tu, memang dia dah mengantuk sangat! Adani pula mengajak ayanhnya cari air dan biskut. Lega sekejap bila Aimy tidak melasak dalam pegangan...hehe
Tepat 12.15 masuk kembali ke dalam bilik 14-Optometri. Aimy diperiksa sekali lagi dek pegawai optometri tadi. Lupa pula aku namanya. Kemudian dia takut apa yang dia tengok tu salah, dia panggil senior/rakan sekerjanya untuk double confirm. Memang ada peningkatan yang banyak pada kerabunan Aimy. Lama sungguh mereka ulang pemeriksaan dan jenuh juga mengumpan Aimy dengan macam-macam. Memang susah kali ni dia nak betul-betul beri kerjasama. Dah besar kut. Yang peliknya, kata mereka berdua.. ada perubahan pada mata Aimy sekiranya betul dari depan dan dari belah tepi ... tahap kerabunannya berubah-ubah. Musykil jadi mereka. Cam susah katanya nak pastikan. Tapi akhirnya mereka berdua buat keputusan memang ada kenaikan yang tinggi pada kerabunan mata Aimy. Jadi mereka minta kami bertemu semula dengan Dr Norazah. Ikutkan awal tadi, kami dah tak perlu jumpa. Sebab Dr Norazah telah selesai memeriksa secara manual mata Aimy. Doktor perlu periksa semula kerana mereka khuatir peningkatan rabun yang tinggi tersebut ada kaitan dengan gluocoma. Mereka ada juga berbual sesama sendiri yang aku denagr pasal keberangkalian Aimy tak kerap pakai cermin mata. Kata sorang lagi, kalau tanggal sekejap-sekejap ok. Hmm perkara tersebut dah berulang kali aku pesan pada bibik. Dulu dia yang kerap nak tanggalkan cermin mata Aimy, kernaa kesian tengok Aimy rimas. Sampai satu hari tu, panjang ceramah aku pasal Aimy perlu pakai cermin mata sentiasa sebolehnya, untuk bantu mata dia pulih etc. Depan mak aku laks tu. Nasib depan mak aku, bibik tak akan menjawab. Kalau takde orang lain, sure dia menjawab hehe.
Menunggu semula doktor di bahagian paedetric agak lama juga. Bila dah dapat jumpa, macam-macam pula diperiksa. Tak puas hati, doktor ajak masuk bilik laser untuk lihat saraf mata Aimy. Aimy dibedung dengan selimut dan dipegang kuat oleh aku dan doktor. Bersungguh Aimy menangis, ketakutan benarnya. Bilik tersebut digelapkan pula. Hanya alat di kepala doktor saja yang menyala. Macam head lamp pula aku tengok hehe. ALhamdulillah prosidurnya tak lama. Tapi sudah cukup untuk membuat Aimy dah terbatuk-batuk akibat menangis sekuat hati. Aku dah risau dia akan muntah. Awal aku dah bawa ke sinki. Tapi tak muntah pula dia. Sekali keluar bilik tersebut, melambak keluar muntahnya.. Aduhai terkejut aku, terus tadah muntah dia dengan bajunya sendiri. Nak elak kena kasut orang lain dan kena orang. Cik abang pula dah mengekor doktor. Nasib ada Adani yang mundar mandir dari ke depan ke belakang. Aku suruh dia segera panggil ayahnya. Banyak Aimy muntah.. baju aku pun kena. Terpaksa bersihkan AImy di bilik air staff di situ, cik abang yg bersihkan dia sementelah aku bersihkan baju aku sendiri. Kemudian lapkan Aimy terus pakaikan baju.
Bersegera kami jumpa doktor kembali. Diganggu pula dengan kehadiran 2 pesakit lain yang bertanyakan tentang ubat mereka. Doktor kata, Aimy terpaksa masuk wad untuk diperiksa tekanan saraf matanya di OT seperti tahun lepas. (Perkara yang paling aku nak elakkan huhu). Katanya tahap kerabunan aimy meningkat banyak.. Kanan dari 100 jadi 500, dan kiri dari 500 jadi 700. Jadi untuk memastikan ada tekanan yang menjadikan tahap kerabunan yang tinggi dan menjadikan glucoma, prosedur tersebut perlu diikuti. Aduhai.. risau tak berkesudahan aku nih.. hmmm. Dugaan untuk aku... Ya Allah jangan biarkan aku alpa..
Kami diberi satu borang/surat arahan masuk wad pada 30 Januari 2011 untuk menyediakan Aimy masuk OT pada 31 Januari 2011. Hmm macam-macam melintas di benakku.
Jam 1.30 baru selesai.
Petang kami menunggu pula Alesha balik bersama Atoknya hehe. RINDU pada Alesha.
Sabtu 27 Nov 2010 awal kami dah bersiap untuk keluar membeli barang keperluan yang telah kehabisan dan paling utama mencari kelengkapan persekolah Alesha yang akan memasuki darjah 1 tahun hadapan. Begitu excited membeli baju sekolah, tudung, kasut dan stoking Alesha.. Alhamdulillah, dengan RM100++ kami dapat macam-macam. Ingatkan 200-300 tak cukup.. Syukur Alhamdulillah. Beli seadanya.. hehe. Cuba dulu yang harga murah, kalau tak OK baru carilain hehe.
Lepas itu baru ke Tesco mencari barang keperluan. Tengahari makan di luar. Saja sesekali makan di luar sekeluarga, kerana sejak ada Aimy, kami jarang sangat makan luar..hehe. Balik rumah, aku yang excited belek dan mencubakan Alesha dengan pakaian lengkap untuk ke sekolah haha. Comel dan nampak besar bila Alesha dah lengkap berpakaian sekolah... alahaii comel anak ibu hehe. Dah besar dah! Syukur Alhamdulillah.. Nanti belajar pandai-pandai ya Alesha...
Aku mencadangkan nak tukar tadika Adani ke seksyen 23. Tapi cik abang tak setuju. Jauh dan takut banyak masalah nanti. Hmm rasanya insyaAllah Adani kekal di Krista hingga 6 tahun. Ingat kalau cik abang bersetuju melihat tadika baru untuk Adani, kami nak berpusing lagi mencari PDK yang tak jumpa tempohari. tapi hajat tak kesampaian pula. Tu laa payahnya kalau kita keluar dengan dia. Sesat, tak jumpa... tak nak cuba sampai jumpa.. Cepat dah boring dan penat drive hmm. Baik aku gerak sorang-sorang, aku cuba cari sampai jumpa. InsyaAllah.
Tak ada apa gamabr hendak dimasukkan kali ni. Sudah masa untuk tidur hehe..
Anak sulungku Alesha Sufia lahir melalui kaedah pembedahan(emergency)pada 01 April 2004 dengan berat 3.32kg. Adani Sufia merupakan anak keduaku, berjaya dilahirkan secara normal pada 13 September 2006 dengan berat yang amat mengejutkan iaitu 4.1kg. Si kecil Aimy Sufia dilahirkan pada 20 April 2009 secara normal dengan berat 3.1kg sahaja dan si kecil inilah 'special needs child' yang membuat lahirnya blog ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Itulah yang dinyatakan dalam surat rujukan dari Dr Koshy bertarikh 25 Ogos 2010 untuk Pusat Perkembangan Kanak-Kanak HUKM (CDC). Akhirnya ya...
-
Jumaat kelmarin, lunch hour ku luangkan masa di kedai buku Popular Summit USJ untuk mencari buku latihan Alesha dan Adani untuk mereka ulan...
-
Sabtu 31 Julai 2010 Kami bawak report MCUG dari Hospital Sunway ke DEMC (wah sudah 2 bulan berada dalam simpanan kami haha). Disamping itu, ...
-
Alhamdulillah diberi rezeki dan peluang dengan bermulanya tahun 2014 ini, bagi memulakan satu lagi jenis rawatan untuk Aimy. Stimulaterapi...
-
Sekian lama tak bawa anak-anak outing. Dek kerana kesiankan anak-anak, ku terima pelawaan Jiejah mengajak ke Bukit Cerakah Ahad 7 Feb 2010. ...
-
Allahu Akhbar!! (kalau cakap gini kat Aimy, sure dia cuba sedaya upaya letak tangan tepi kepala.. kadang jadi tepi pipi hahaha.. so cute) Sy...
-
18 May 2010, pagi lagi aku dah bawa Alesha jadi spy tengok Adani naik bas rombongan ke kilang coklat..haha. Entah di mana kilang yang mereka...
-
Rubella , commonly known as German measles, is a disease caused by the rubella virus. The name "rubella" is derived from t...
-
11.11.2010 Appoinment 8.30 pagi. Tapi Audiologist jam 9 baru nampak muka. Dah 9.15 baru panggil masuk bilik. Nak cek telinga, Aimy terus nan...
-
Antara gambar-gambar pada hari sabtu 17 Disember kelmarin. Kami turut serta memeriahkan Family Day syarikat tempat aku bekerja. Memang s...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku