Isnin, 22 Ogos 2011

Meningkat!

Dah 10 hari catatan aku ni bertapa dalam Draft. Sibuk ajer aku ni, entah apa yang disebukkan. Tiada masa nak menyambung cerita hehe.

Ku publish juga walau belum upload gambar videonya hehe



Rabu 10 Ogos lepas Aimy ada appoinment di HUKM untuk speech therapy dan CDC (Child Development Centre). Kebetulan Adani batuk teruk pagi tu, dia merayu pada aku untuk tidak ke tadika, nak duduk nursery jer katanya.. dia tak larat. Memang nampak gayanya macam nak kena attack asthma lagi, dengan leher yang menjadi pendek, dengan batuk yang amat kerap. Tapi selepas diberi ubat, nampak lebih mudah untuk dia bernafas dan kurang kedengaran batuknya. Jadi Adani pun mengikut kami ke HUKM.

Dalam bilik speech, Aimy diganggu konsentrasi oleh kakaknya.. Sibuk dia nak join kakaknya main. Sabor jer la.. Puas pesan dengan Adani, jangan bising atau ganggu adik, tapi biasalahkan.. budak-budak.. sekejap jer ok. Pastu buat lagi.

Masa menunggu di CDC terlalu lama, sampai Aimy bosan dan meragam. Kata appoinment kul 11 pagi.. tapi 11.45 baru dipanggil.. tu pun dibuat survey perkembangan Aimy dulu. Apa pun syukur alhamdulillah, dari pengiraan yang nurse tu buat, perkembangan Aimy bagus.. sekarang perkembangan dirinya tiada lagi yang di bawah 1 tahun. Semuanya telah meningkat.. hampir jugalah dengan umurnya.. dalam 1 tahun 8 bulan gitu paling maksima dan minima umur 1 tahun. Alhamdulillah.. Selesai di interview untuk survey tersebut, kami kembali menunggu untuk berjumpa doktor. Tunggu dalam 20 minit tak salah, baru dipanggil. Doktor gembira dengan perkembangan Aimy.. dia soal macam-macam. Dia tanya dah pergi ke EIP Centre yang dia cadangkan, bagitahu laa masalah yg kami hadapi masa mencari. Tapi tak mengapa, Aimy dah pergi IMC... so katanya bagus! tak kisah laa swasta ke kerajaan ke.. asalkan Aimy diberi didikan integrasi awalan.

Seronok dan bersyukur dengan kenyataan doktor. Harapnya Aimy boleh berkembang maju kelak.

19 Ogos, sekali lagi ke HUKM. Kali ni terapi Cara kerja dan Fisio pula. Wah kali ni memang aku bangga dan syok abis bila Aimy menunjukkan memang dia BOLEH BUAT!! Siap amik video aku haha.. Walau pakai henpon aku yang dah agak nak king kong tu, tapi jadilah buat kenangan. Nanti aku try upload dalam entri ni.. Syukur Alhamdulillah..

Kerap pula bila ada appointment Aimy, Adani ikut sekali sementelah dia pun ada appoinment dengan pakar kanak² di KPJ Selangor. Semua berkaitan masalah asthma-nya.. huhu. 19 Ogos tu juga dengan keadaan aku keacunan makanan.. aku pergi merata haha. Jumpa Datuk Dr Zul yang suka senyum manis tu amat menenangkan hati..hehe. Hmm nampak gayanya kali ini Adani perlukan Aero Chamber inhaler seperti Aimy juga.. huhu. Alahai.. cian dia. Tapi tu laa, kadang tetiba saja ia menjadi. Kena serang. Tu yang payah. Asyik nak ke klinik, dapatkan nebuelizer. .. huhu. Apa pun harapnya Adani cepat ok, dan tak akan berulang pada masa akan datang. Teringat masa aku baya dia dulu.. memang sama la lebih kurang sakitnya huhu.



video video

Isnin, 8 Ogos 2011

Bunyi kebetulan?

Semalam, Aimy lasak tak hingat... Dalam dia dok main-main dengan aku, digomolnya aku, naik atas badan dan perut dan henjut-henjut.. Sekali keluar perkataan-perkataan baru dari mulutnya.. Dia macam tiru apa aku cakap.. sayang - ayang.. ibu - ibeuww (sebelum ni pernah gak dia sebut.. tapi cam tak jelas.. ke perasaan aku jer haha).. Sebelum ini yang jelas dari mulut dia aiyah-ayah dan a'ak - kakak jer.. ayah tu pun kadang lain sket bunyinya hehe.


Entah laa.. perasaan aku jer atau kebetulan sama bunyi atau benar-benar dia membunyikan. Dia sebut ayah pun jelas sangat semalam... hihi...



Tapi Aimy memang suka meniru sekarang, aku menongkat dagu, dia pun sama.. (kiut jer hehe), aku buat flying kiss dia buat, aku zikir dia goyang badan ala orang berzikir hehe, kakak menari, dia pun goyong badan kepala bagai... segalanya ditiru. Pastu asyik suruh orang layan dia, paling bising mulut kalau kakak tak nak main bola dengan dia. Malam tadi lambat dia tidur dek 'asyik' main dengan Adani. Kakak Alesha yang tengah study nak exam minggu ni pun tergoda sama. Sabor jer laa.. Tapi entah kenapa dari pagi semalam dia asyik membuang. Bukan beriya pun.. sikit-sikit macam air jer.. Ceret ke? Tak pasti pula.. tapi kerap betul menukar daiper bila petang dan malam. Bila dah tak larat nak layan lagi, dan basuh yak dia lagi.. aku bancuhkan air glukos.. ajak dia dan kakak-kakaknya tidur. Tapi kakak-kakak tidur, dia mula jer kunun senyap tidur.. tak lama dia mula aksi menonggeng la, menghempas badan la, menghenjut perut ibu laa.. suka benar buat stunt atas katil.. ya Allah memang kelakar kadang tu. Tapi lama-lama, dah tak larat nak layan.. Kami semua buat tak tahu sampai masing-masing tertidur..haha.



Apa pun aku memang penat melayan Aimy di mana saja.. lasak betul dia. Bertambah lasak dan makin banyak akal! hehe. Dalam kereta paling bahaya, tambah ler kalau kami ramai-ramai, dia tak nak duduk dalam car seat.. aduhai.

Ha aku nak tempek akal budak sorang ni yang teramat suka main bakul tak kira kecil atau besar. Ada yang digigit, ada yang diketuk-ketuk, ada yang ditonggengkan, ada yang dia ingin masuk ke dalam haha.. Dimulai aksi-aksi di kampung, berkenan benar dengan kerusi atoknya hehe.




















































Jumaat, 5 Ogos 2011

Redupnyaaa wajah itu...

Semalam entah kenapa masa mengambil Aimy di sekolahnya, aku terpandang saja wajahnya.. rasa redupnyaa wajah anakku.. Sejuknyaaaa.... hati memandang.. huhu. COmel! haha perasan ibunya..

Tapi dia pun macam ada sesuatu, sebaik aku masuk ke dalam kereta selepas meletakkan dia dalam car seat-nya.. Aku terpandang dia diam merenungku.. lama.. Renungannya membuat aku juga terdiam dan kembali menatap wajah mulus anakku itu... Entah kenapa macam ada perasaan halus datang.. entah apa perasaan itu. Lantas aku bertanyakan Aimy, "kenapa dik?... adik ok tak sekolah??" Dia senyum bagai tersentak dari lamunan.. Huhu takkan anak sekecil ini dah pandai mengelamun dan berfikir jauh? haha...

Apa pun, semalam Aimy sungguh comel.. Lupa laks nak menangkap gambarnya.. hehe..

Khamis, 4 Ogos 2011

Tak puas hati.. tapi positif pleasee....






Sejak Khamis lepas Aimy batuk-batuk kahaknya berdarah.. cuak aku melihatnya. Pergi ke klinik, doktor cuma bekalkan antibiotik bersama ubat batuk, demam dan lain-lain. Hari ni, demamnya yang dah reda kembali semula, batuk masih ada, walau dah tak berdarah tapi makin kerap pula, terutama bila hari sejuk. Tapi Aimy tetap aktif seperti biasa. Bawa pula balik kampung Jumaat lepas, bukan main seronok dia. Demam aimy menjangkiti aku dan adani khamis-jumaat lepas. Sampai teruk flu aku, terpaksa ambil MC. Alhamdulillah dapat ubat, cepat baik selsema. Aimy dan Adani sahaja yang masih makan ubat.


Minggu lepas, tak salah aku hari Rabu/Khamis.. aku perasan lebam yang agak ketara di kaki Aimy.. di tepi betisnya. Kemudian ada pula lebam di muka.. semuanya lebih kurang sama.. macam 4 dot berwarna hitam kebiruan... Kesan jari jemari agaknya.. Entah apa kena di IMC tak tahu laa.. Aku bebel sesorang juga mula tu, pastu dah cik abang pun tak kata apa.. ia terbiar begitu jer hal tu. Aku cuma sapu minyak dan urut jer tempat lebam Aimy. Tak sakit agaknya, diam jer dia aku urut kawasan lebam tu. Tapi bila balik kampung, ayah aku tengok.. bising sikit orang tua tu. Dia suruh tanya kena apa cucunya.. huhu. Yerlah betul juga kata ayah, nampak kesan lebamnya macam kuat kena sesuatu. Aku selalu urut dengan minyak bila lepas mandi.. tapi sampai sekarang masih nampak samar-samar kesan lebam di kaki tu. Di muka cepat pula hilangnya.


Di kampung, memang aku asyik kena mengadap Aimy.. melayan kehendak dan karenah dia sampai tak boleh tolong mak buat apa pun. Cik abang pula sibuk tolong adik ipar aku mengecat rumah mak. Dah lawa tau rumah mak.. biru hijau gitu ! hahahaha.


Mungkin sebab dah bermanja 3 hari dengan aku, pagi Isnin tu Aimy memeluk erat aku tak nak masuk ke sekolah. Teacher Sharmu pujuk-pujuk, dia beralih dukungan akhirnya. Tapi bila Sharmu nak beri pada Shyla, dia nangis.. huhu. Selalu tu laju jer nak masuk sekolah hehe. Ku kuatkan diri bertanya pasal lebam tu, teacher Sharmu minta aku tanyakan sendiri pada teacher Aimy, iaitu Teacher Shyla.. Kata teacher Shyla.. dia pun tak perasan, mungkin terkena masa swimming atau masa fisioterapi. Takpelah.. aku ok jer, tak marah atau tak niat menegur pun.. Teacher Sharmu kata, bagus you tanya dia sendiri, lain kali dia lebih hati-hati buat fisio atau aktiviti untuk Aimy. So lega part tu...


Tapi bila balik petang tu, aku ambil Aimy.. dalam keadaan Aimy yang lenjun seluarnya... Aku tanya Yusma ('kakak'), daipers bocor ke? Dia kata tak.. Aimy main botol airnya. Aku pun ok laa.. terus bawa Aimy masuk kereta walau ada terbau hancing sedikit. Comotnya anak aku.. tapi senyumannyaaa... aduhaii meruntun hati yang gelisah haha. Sampai di rumah awal dek bulan puasa. Best jer rasa.. Indahnya dunia kalau hari-hari dapat balik awal begini hehe. Cium bau Aimy yang sungguh tak menyenangkan, aku segerakan bawa Aimy mandi. Ya Allahhh..!! ada yak!! Alahai berapa lama laa gamaknya dah yak ni.. harapnya baru laa.. Kalau tak melelas punggung Aimy nanti. Selesai mandi beriya aku perati punggung Aimy.. Alhamdulillah belum timbul ruam lampin. Esok pagi masa serahkan Aimy pada teacher Sharmu, aku maklumkan saja perkara tu. Teacher Sharmu kata, tak bagus gitu.. takut budak jadi demam selsema.. hmm nanti dia bagitahu teacher Shyla katanya. Aku ok jer.. cuma maklumkan, bukan niat marah atau apa.


Aku faham mereka bukan penjaga taska, mereka penjaga dan pendidik pusat latihan. Jadi aku yang kena lebih fikirkan alternatif untuk pastikan anak aku sihat dan sedikit terurus di situ. Aku tak harap mereka jaga bagai menatang minyak yang penuh, tapi cukup sekadar apa yang sepatutnya. Tambahan pula, sejak akhir-akhir ini aku rasa Aimy dah kurang makan semula. Risau juga kalau berat turun. Oleh itu, bukan sahaja aku CUBA pelbagaikan makanan yang aku bekalkan pada Aimy. aku dah beli daiper yang tahan lebih lama untuk pemakaian lebih 4 jam. Takut dia tak mahu nasi dan sup yang disediakan oleh sekolah, maka ada makanan lain yang boleh ditawarkan padanya.




Itu hal penjagaan, hal perkembangan pula.. aku amat bersyukur dengan perkembangan Aimy dalam sebulan dia berada di IMC tersebut. Alhamdulillah Aimy dah mula rajin untuk 'bertatih', tak kira sama ada kami membantunya atau dengan push car yang ada di rumah. Kakak Alesha-nya rajin melayan. Seronok kakak melihat adik dah nak berlatih berjalan. Itulah kakak yang begitu amik berat hal adik hehe. Aku ada juga mencuba memegang tangannya sebelah dan biarkan dia mengimbang diri dan bertatih... Alhamdulillah dah boleh sikit-sikit.. huhu indahnya nikmat Allah. Kemudian dah laju meniti dari dinding ke perabot dan ke perabot lain.. siap dah mahir bila di bahagian sudut perabot.. tak macam dulu, terlampau berhati-hati bila di sudut perabot hehe.


Paling comel bila dia dah pandai menghayun tangan menepuk tangan.. Wah Aimy dah pandai tepuk tangan!! Siap ada 2 gaya pula tu menepuk tangan.. satu, tangan dihayun jauh dan tepuk .. satu lagi, tangan dirapatkan.. dan jejari saja yang menepuk...hahahaha sungguh comel.. Nampak dia dah lebih berkeyakinan, lebih ceria dan lebih banyak akal sejak bersekolah hehe.


Aimy juga dah pandai melontar bola dengan gaya dia. Kalau dulu, dia hanya boleh pegang bola.. dan cuba melontar, tapi apa yang terjadi hanya dia menjatuhkan bola saja. Tapi kini, lontaran itu telah ada sedikit, agak jauh juga sebagai permulaan.. walau kadang lontarannya ke belakang hahaha. Wah ibu bangga dik...! Sayang adik...!


Pagi tadi, cermin mata dia terjatuh ke bawah meja. Aku minta Aimy ambilkan dan berikan pada aku. Yezzzaaa... dia ambil dan berikan pada aku dengan senyumannya hahahha.. Sebelum ini, dia buat juga.. tapi dalam keadaan yang sedikit payah.. Syukur Alhamdulillah.


Di kampung, dia sibuk nak main bakul kain Opahnya. Bila kosong, sibuk dia minta masukkan dirinya ke dalam. Duduk di tepi bakul, dan bising mulutnya memanggil aku. Kadang dia tumbangkan bakul tersebut, tapi tak yakin untuk masuk sendiri. Tapi bila aku ajar minta dia tundukkan kepala dan masuk.. alhamdulillah dia buat dan ok sempurna.. ya Allah seronok tul tengok. Sudahnya dia lepak minum susu dalam tu, kemudian siap nak lakon semula lagi dan lagi. Kelakar bila Opah isikan bakul dengan kain yang baru diangkat dari ampaian, Aimy dengan begitu bersahaja menarik keluar semua kain dari dalam bakul.. dan tumbangkan bakul untuk dia bermain di dalam..hahha. Kalau dulu, dia mesti nak tolak dan terbalikkan bakul untuk mengeluarkan apa yang ada. Tapi kini dah lain cara dibuatnya.


Ada lagi sedikit sebanyak perkembangan yang jelas kelihatan akhir-akhir ini, tapi aku tak sempat nak ceritakan semua di sini.. Walau hanya sedikit dan mungkin pada orang lain perkembangan itu tiada makna pada mereka, tapi amat hebat dan sungguh bermakna pada aku sekeluarga.. Syukur sangat Aimy dapat belajar dan meneroka dirinya. Harapnya ia terus berkembang maju selepas ini.. Aminnn

Hmmm baju raya dan segala persiapan raya belum aku dan cik abang sediakan. Alahai kesiannya anak-anak. Bila agaknya masa yang ada untuk membeli semua persiapan raya. Kalau dulu aku sering membuat baju raya mereka sendiri, memotong dan menjahit sendiri.. Tapi kali ini, jangankan menjahit... membeli kain pun tak sempat hahaha.


Baru-baru ni kami dapat berita gembira, adik lelaki aku bakal menimang cahaya mata ke 2 tahun depan. Wah seronok bertambah anak saudara hehe. Moga adik iparku sihat dan kuat sepanjang mengandung. Dia kalau mengandung teruk sangat, asyik keluar masuk hospital dek kekurangan air dalam badan bila asyik muntah dan mabuk.







:: 3 gambar di atas semasa kami berjalan-jalan di Mid Valley mencari hadiah birthday ayahnya pada Sabtu 23 Julai yang lalu. Dah puas mencari hadiah tak ketemu, singgah sebentar menikmati aiskrim. Bukan main seronok Aimy menepuk tangan ketika itu hehe ::





:: Rambut dah panjang, serabai sangat.. nak pakai cermin mata pun susah - bakal dipotong ::




Bulan Ramadhan menjelma, aku begitu bersemangat. Entah kenapa.. hehe. Bulan puasa memang seronok, suasana yang tak akan dapat dirasa di bulan-bulan lain.. Seronok nak berpuasa dengan anak-anak, cumanya masa dengan mereka amat terhad. Nak pantau lebih-lebih hal puasa dan solat susah sedikit.



Alesha setakat ini alhamdulillah penuh puasa kecuali hari kedua. Hari kedua puasa, balik sekolah dia ke nursery. Di nursery asyik mengadu sakit kepala. Lama kelamaan, teachernya bagi air suruh berbuka. Padahal dah pukul 5 lebih ketika itu. Sayangnyaa dah puasa lebih separuh hari. Tapi nak buat macam mana, memang betul dia pening. Alesha ni memang suka pening kepala kalau hari panas. Species aku juga hehehe..



Adani pula, kunun ikut bersahur. Tapi bila disuruh puasa, dia kata tak larat. Tapi setakat ini, dia boleh la puasa separuh hari.. di tadika dia berpuasa, balik dari tadika, terus berbuka di nursery hahaha. Bijak... bijak.. Adani yang makin banyak cakap dan keletah, kadang begitu kelakar macam pak lawak pulak dia..haha. Riang ria menyanyi dan menari, sampai Aimy mengekor jer apa yang dilakukan. Kadang menggeletek kaki tangan adiknya gembira melihat gelagat kakak. Tapi si riang ria ni asyik diserang asthma sebulan ni.. huhu. Cian dia... Ni dah lebih seminggu tak ambil neb di klinik. Sebab dah lebih 3 minggu mengambil ubatan dari hospital KPJ Selangor.






:: Budak semput hehe.. ::







:: Kreatif gak Adani, pandai buat elmo hehe ::

Catatan Popular