Minggu lepas, tak salah aku hari Rabu/Khamis.. aku perasan lebam yang agak ketara di kaki Aimy.. di tepi betisnya. Kemudian ada pula lebam di muka.. semuanya lebih kurang sama.. macam 4 dot berwarna hitam kebiruan... Kesan jari jemari agaknya.. Entah apa kena di IMC tak tahu laa.. Aku bebel sesorang juga mula tu, pastu dah cik abang pun tak kata apa.. ia terbiar begitu jer hal tu. Aku cuma sapu minyak dan urut jer tempat lebam Aimy. Tak sakit agaknya, diam jer dia aku urut kawasan lebam tu. Tapi bila balik kampung, ayah aku tengok.. bising sikit orang tua tu. Dia suruh tanya kena apa cucunya.. huhu. Yerlah betul juga kata ayah, nampak kesan lebamnya macam kuat kena sesuatu. Aku selalu urut dengan minyak bila lepas mandi.. tapi sampai sekarang masih nampak samar-samar kesan lebam di kaki tu. Di muka cepat pula hilangnya.
Di kampung, memang aku asyik kena mengadap Aimy.. melayan kehendak dan karenah dia sampai tak boleh tolong mak buat apa pun. Cik abang pula sibuk tolong adik ipar aku mengecat rumah mak. Dah lawa tau rumah mak.. biru hijau gitu ! hahahaha.
Mungkin sebab dah bermanja 3 hari dengan aku, pagi Isnin tu Aimy memeluk erat aku tak nak masuk ke sekolah. Teacher Sharmu pujuk-pujuk, dia beralih dukungan akhirnya. Tapi bila Sharmu nak beri pada Shyla, dia nangis.. huhu. Selalu tu laju jer nak masuk sekolah hehe. Ku kuatkan diri bertanya pasal lebam tu, teacher Sharmu minta aku tanyakan sendiri pada teacher Aimy, iaitu Teacher Shyla.. Kata teacher Shyla.. dia pun tak perasan, mungkin terkena masa swimming atau masa fisioterapi. Takpelah.. aku ok jer, tak marah atau tak niat menegur pun.. Teacher Sharmu kata, bagus you tanya dia sendiri, lain kali dia lebih hati-hati buat fisio atau aktiviti untuk Aimy. So lega part tu...
Tapi bila balik petang tu, aku ambil Aimy.. dalam keadaan Aimy yang lenjun seluarnya... Aku tanya Yusma ('kakak'), daipers bocor ke? Dia kata tak.. Aimy main botol airnya. Aku pun ok laa.. terus bawa Aimy masuk kereta walau ada terbau hancing sedikit. Comotnya anak aku.. tapi senyumannyaaa... aduhaii meruntun hati yang gelisah haha. Sampai di rumah awal dek bulan puasa. Best jer rasa.. Indahnya dunia kalau hari-hari dapat balik awal begini hehe. Cium bau Aimy yang sungguh tak menyenangkan, aku segerakan bawa Aimy mandi. Ya Allahhh..!! ada yak!! Alahai berapa lama laa gamaknya dah yak ni.. harapnya baru laa.. Kalau tak melelas punggung Aimy nanti. Selesai mandi beriya aku perati punggung Aimy.. Alhamdulillah belum timbul ruam lampin. Esok pagi masa serahkan Aimy pada teacher Sharmu, aku maklumkan saja perkara tu. Teacher Sharmu kata, tak bagus gitu.. takut budak jadi demam selsema.. hmm nanti dia bagitahu teacher Shyla katanya. Aku ok jer.. cuma maklumkan, bukan niat marah atau apa.
Aku faham mereka bukan penjaga taska, mereka penjaga dan pendidik pusat latihan. Jadi aku yang kena lebih fikirkan alternatif untuk pastikan anak aku sihat dan sedikit terurus di situ. Aku tak harap mereka jaga bagai menatang minyak yang penuh, tapi cukup sekadar apa yang sepatutnya. Tambahan pula, sejak akhir-akhir ini aku rasa Aimy dah kurang makan semula. Risau juga kalau berat turun. Oleh itu, bukan sahaja aku CUBA pelbagaikan makanan yang aku bekalkan pada Aimy. aku dah beli daiper yang tahan lebih lama untuk pemakaian lebih 4 jam. Takut dia tak mahu nasi dan sup yang disediakan oleh sekolah, maka ada makanan lain yang boleh ditawarkan padanya.
Paling comel bila dia dah pandai menghayun tangan menepuk tangan.. Wah Aimy dah pandai tepuk tangan!! Siap ada 2 gaya pula tu menepuk tangan.. satu, tangan dihayun jauh dan tepuk .. satu lagi, tangan dirapatkan.. dan jejari saja yang menepuk...hahahaha sungguh comel.. Nampak dia dah lebih berkeyakinan, lebih ceria dan lebih banyak akal sejak bersekolah hehe.
Aimy juga dah pandai melontar bola dengan gaya dia. Kalau dulu, dia hanya boleh pegang bola.. dan cuba melontar, tapi apa yang terjadi hanya dia menjatuhkan bola saja. Tapi kini, lontaran itu telah ada sedikit, agak jauh juga sebagai permulaan.. walau kadang lontarannya ke belakang hahaha. Wah ibu bangga dik...! Sayang adik...!
Pagi tadi, cermin mata dia terjatuh ke bawah meja. Aku minta Aimy ambilkan dan berikan pada aku. Yezzzaaa... dia ambil dan berikan pada aku dengan senyumannya hahahha.. Sebelum ini, dia buat juga.. tapi dalam keadaan yang sedikit payah.. Syukur Alhamdulillah.
Di kampung, dia sibuk nak main bakul kain Opahnya. Bila kosong, sibuk dia minta masukkan dirinya ke dalam. Duduk di tepi bakul, dan bising mulutnya memanggil aku. Kadang dia tumbangkan bakul tersebut, tapi tak yakin untuk masuk sendiri. Tapi bila aku ajar minta dia tundukkan kepala dan masuk.. alhamdulillah dia buat dan ok sempurna.. ya Allah seronok tul tengok. Sudahnya dia lepak minum susu dalam tu, kemudian siap nak lakon semula lagi dan lagi. Kelakar bila Opah isikan bakul dengan kain yang baru diangkat dari ampaian, Aimy dengan begitu bersahaja menarik keluar semua kain dari dalam bakul.. dan tumbangkan bakul untuk dia bermain di dalam..hahha. Kalau dulu, dia mesti nak tolak dan terbalikkan bakul untuk mengeluarkan apa yang ada. Tapi kini dah lain cara dibuatnya.
Ada lagi sedikit sebanyak perkembangan yang jelas kelihatan akhir-akhir ini, tapi aku tak sempat nak ceritakan semua di sini.. Walau hanya sedikit dan mungkin pada orang lain perkembangan itu tiada makna pada mereka, tapi amat hebat dan sungguh bermakna pada aku sekeluarga.. Syukur sangat Aimy dapat belajar dan meneroka dirinya. Harapnya ia terus berkembang maju selepas ini.. Aminnn
Hmmm baju raya dan segala persiapan raya belum aku dan cik abang sediakan. Alahai kesiannya anak-anak. Bila agaknya masa yang ada untuk membeli semua persiapan raya. Kalau dulu aku sering membuat baju raya mereka sendiri, memotong dan menjahit sendiri.. Tapi kali ini, jangankan menjahit... membeli kain pun tak sempat hahaha.
Baru-baru ni kami dapat berita gembira, adik lelaki aku bakal menimang cahaya mata ke 2 tahun depan. Wah seronok bertambah anak saudara hehe. Moga adik iparku sihat dan kuat sepanjang mengandung. Dia kalau mengandung teruk sangat, asyik keluar masuk hospital dek kekurangan air dalam badan bila asyik muntah dan mabuk.
:: 3 gambar di atas semasa kami berjalan-jalan di Mid Valley mencari hadiah birthday ayahnya pada Sabtu 23 Julai yang lalu. Dah puas mencari hadiah tak ketemu, singgah sebentar menikmati aiskrim. Bukan main seronok Aimy menepuk tangan ketika itu hehe ::
:: Rambut dah panjang, serabai sangat.. nak pakai cermin mata pun susah - bakal dipotong ::
Bulan Ramadhan menjelma, aku begitu bersemangat. Entah kenapa.. hehe. Bulan puasa memang seronok, suasana yang tak akan dapat dirasa di bulan-bulan lain.. Seronok nak berpuasa dengan anak-anak, cumanya masa dengan mereka amat terhad. Nak pantau lebih-lebih hal puasa dan solat susah sedikit.
Alesha setakat ini alhamdulillah penuh puasa kecuali hari kedua. Hari kedua puasa, balik sekolah dia ke nursery. Di nursery asyik mengadu sakit kepala. Lama kelamaan, teachernya bagi air suruh berbuka. Padahal dah pukul 5 lebih ketika itu. Sayangnyaa dah puasa lebih separuh hari. Tapi nak buat macam mana, memang betul dia pening. Alesha ni memang suka pening kepala kalau hari panas. Species aku juga hehehe..
Adani pula, kunun ikut bersahur. Tapi bila disuruh puasa, dia kata tak larat. Tapi setakat ini, dia boleh la puasa separuh hari.. di tadika dia berpuasa, balik dari tadika, terus berbuka di nursery hahaha. Bijak... bijak.. Adani yang makin banyak cakap dan keletah, kadang begitu kelakar macam pak lawak pulak dia..haha. Riang ria menyanyi dan menari, sampai Aimy mengekor jer apa yang dilakukan. Kadang menggeletek kaki tangan adiknya gembira melihat gelagat kakak. Tapi si riang ria ni asyik diserang asthma sebulan ni.. huhu. Cian dia... Ni dah lebih seminggu tak ambil neb di klinik. Sebab dah lebih 3 minggu mengambil ubatan dari hospital KPJ Selangor.
:: Budak semput hehe.. ::
:: Kreatif gak Adani, pandai buat elmo hehe ::
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku