Sabtu, 24 September 2011

Tersepit!

Semalam sampai depan day care Aimy, terdengar suara tangisannya. Ingatkan mengamok baru bangun tido atau nak ditukar baju.. Rupanya teacher Shyla memberitahu, Aimy baru sahaja tersepit pintu! Adus sakitnya! Ditunjuknya jari Aimy yang tersepit. Adus dah jadi darah beku di dalam kuku. Dengan bengkak kemerahan.

Nasib sebaik aku dokong, terus diam. Teacher bancuhkan susu suam untuknya.. Masuk kereta terus layan susu dan akhirnya tertidur sepanjang perjalanan balik. Kesian Aimy. Nak buat camne, dia suka main pintu. Tapi tak pernah tersepit pun sebelum ni walau dia memang suka nak tutup pintu. Dia pandai selalunya jaga jari agar tak tersepit hehe. Dah nak terkena la tu.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Jumaat, 23 September 2011

Aimy bersukan?

Haha cam tak percaya jer kan hihihi. Rabu lepas balik dari kelas terapi OT di hukm, kami terus menghantar Aimy ke sekolahnya seperti biasa. Tapi kali ni awal sikit disebabkan cuma ada 1 sahaja sesi terapi. Jadi dalam jam 10.25 pagi dah sampai di depan sekolah. Ada sebuah kereta baru berlalu dari depan pagar sekolah.

3 kali locemg ditekan, tiada jawapan. Aik pelik.. Tak ada orang ke? Sekali kereta yang berlalu tadi berhenti, baik hati perempuan cina tersebut memaklumkan yang mereka semua tiada. Dia nak hantar anak dia pun tak boleh.. Pagar kunci tapi pintu dalam tak kunci. Dia suruh anak dia masuk ke dalam tadi rupanya melalui pagar kecil yang tak berkunci. Katanya sampai ke atas tiada orang. Hmmm ke mana pergi? Terus perempuan cina itu berlalu.

Eh macamana ni? Mana pula nak tinggal Aimy dah aku tak ambil cuti. Tak puas hati tak tahu apa berlaku.. Aku call sekolah. Memang tak berangkat. Aku call pula Mrs Sunny.. dijawab. Dia bergurau kata IMC tutup haha..sabor jer la. Rupanya mereka ada di taman permainan untuk berlatih sukan.

Sesampai kami di taman permainan yang dimaksudkan, ku lihat mereka sedang bwrlatih. Ada yang menyorong stroller aimy.. Di dalamnya Alisya. Pastu berpatah balik ari hujung ke tempat asal. Oh itu ke acara yang teacher shyla maksudkan haritu agaknya. Patutlah mereka memerlukan stroller tambahan. Teacher Sharmu yang menyambut Aimy dengan gurauan bahasa tamilnya hihihi. Aimy suka begitu. Bagus Aimy belajar banyak bahasa hehe.

Disebabkan Aimy menangis nak mengikut kami, bersegera kami tinggalkan dia masuk ke kereta. Dari dalam kereta aku nampak Aimy pula masuk dalam stroller. Diberi Aimy memegang bendera, dan stroller mula disorong. Hehw kelakar jer tengok sebab Aimy gigit ke apa ntah bendera tu sampai jatuh. Mrs Sunny berikan semula bendera tersebut.

Tak sempat melihat lama dah cik abang mula berlalu dari situ. Memang aku perlu bersegera, kerana aku perlu cepat sampai ke pejabat.

Macam tak sabar menunggu 8 Oktober, hari sukan Aimy..;-)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Selasa, 20 September 2011

Adani's 5th birthday










Adani paling excited dengan birthday. Asyik bertanya sepanjang tahun. Akhirnya 13 September datang dan berlalu. Dah besar anak manja yang suka merajuk ni hehe.

Kami blur nak beli hadiah apa buat dia. Asyik buku, mainan, baju etc.. Tapi beli juga tshirt barbie untuk dia. Murah jer hehe. Akhirnya aku belikan whiteboard sederhana besar beserta set marker pen, duster, magnet button, dan buku latihan untuk Adani. Boleh dimanfaatkan bersama kakak dan adiknya hehe. Mereka ni memang suka melukis dan menulis. Apapun Adani suka dan happy dengan pilihanku.

Disertakan pula dengan kad birthday comel..wah berbunga hatinya. Tersenyum malu kegembiraan..kikiki.

Hari ni genap Aimy 2 tahun 5 bulan..

Published with Blogger-droid v1.7.4

Isnin, 19 September 2011

Home Call Services.

Flyers ini aku dapati ada dalam peti surat rumahku. Dulu beriya mencari, tapi bila kita dah punyai..ada pula info menyinggah masuk hingga ke peti surat haha.

Nampak menarik. Terus ku teringat pernah ke Jalan Kristal juga di Seksyen 7 Shah Alam tu. Tapi alamat berlainan sedikit. Masa tu aku tinjau sebuah pusat EIP milik muslim dan bumiputera. Testimoni yang aku dengar dan baca cukup bagus. Memang berhajat juga nak masukkan Aimy ke sana dulu. Tapi apakan daya, tangan tak sampai. Yurannya hampir 1k sebulan..huhu takut nak berputih tulang menyediakan yuran sebanyak itu. Dengan keperluan anak-anak.lain lagi.

Tapi yang ini home service.. Hmm kena ada kawasan yang sesuai kat rumah kut kan. Berapalah agaknya yurannya. Esok jerlah aku cuba sms..hehe.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Jumaat, 16 September 2011

Murah pun boleh

Kami beli mainan ni dari sebelum raya lagi di sebuah kedai mainan dalam bangunan Tesco Sitiawan. Tapi terlupa nak keluarkan dari kereta untuk diberi pada Aimy. Aku beli yang paling kecik kerana itu yang termurah. Mula aku terpandanh yang besar, kulihat harga.. Wah mahal juga. Raya perlu banyak duit, tak boleh membazir benda yang tak perlu. Tetapi disebabkan memang aku berhajat nak mencari mainan membina tower ini dek terbaca tips di blog watie baby genius bagi membina motorskil dan minda. Jadi bagai dicita ulam pucuk mendatanglah kan haha.

Nasib dalam aku merenung mainan itu..boleh terpandang yang kecil dan kecil lagi hingga harga yang aku rasakan kalau aimy campak buang pun aku tak ralat sangat haha. Dari harga yang besar tak salah lebih R50-60.. yang kecil sekali cuma RM3.90 haha. Murah bukan. Malah amat sesuai dengan tangan Aimy yang kecil. Lagi pula Aimy bermasalah motorhalus bukan motorkasar.

Mainan ini Aimy mula main di rumah bila kamk dah pulang ke rumah kami sendiri. Kiranya setelah seminggu lebih baru Aimy menerimanya haha. Tapi kagum aku jadinya..dari cubaan pertama dan kedua yang gagal..dalam cubaan ketiga dia terus berjaya buat mengikut arahan dan cara yang betul. Kalau dulu..sesilap ditonggeng, digigit, dicampak atau diketuk-ketuk saja mainan sebegitu. Dulu mainan sebegini memang ada di rumah. Pernahku belikan untuk alesha dulu. Tapi entah ke mana disimpan dek ayahnya. Memang jadi tak boleh main si anak bila ayah menyimpan segalanya dalam store haha. Tak mahu bersepah punya pasal! Sabar jerlah kan haha. Tu yang bila nak beli takut membazir sangat. Jadi carilah yang murah-murah asalkan ada hasilnya.

Alhamdulillah syukur memang nampak perkembangan Aimy makin laju. Dengan emosinya dah pelbagai. Faham apa kita perkatakan tu dah lama.. Tapi interaksi dari dia tu yang dah bertambah gaya haha. Syukur alhamdulillah.

Dalam video tersebut, memang tak kelihatan dia berjaya memasukkan semua. Bukan kerana apa, dia lebih berminat dengan kamera/handphone aku ketika mengambil gambar dia. Mana tak hilang fokus dengan apa sedang dilakukan haha. Nak tengok dia berjaya masukkan semua kena tiada kamera dan mood yang segar. Ni dia dah mengantuk aku ajak main sambil belajar lagi..gitulah gayanya hahaha.

Sekarang Aimy kuat merengek dan menangis jenis meraung.. Mengamok! Bingit telinga dengar. Risau juga tengok. Kenapa boleh bertukar sikap. Belajar dari orang ke.. Hmmm.. Entahlah. Harapnya selepas ini dia back to normal. Memang lain macam dia selepas balik raya. Tidur dan rehat tak cukup agaknya. Jalan jauh, travel, waktu tidur yang dah jadi terlewat, timing lari la tu hehe. jenuh gak nak balik asal. Harapnya begitu sajalah. Takde benda atau sakit yang mengganggu..amin.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Rabu, 14 September 2011

Sunyi bila..

.. Alesha tiada di rumah. Sejak jumaat malam sabtu Alesha dah ke rumah wan-nya di Jinjang. Kemudian kelmarin, Mak Ndah nya pula bawa bermalam di Gombak. Happy la dia ramai melayan dan banyak aktiviti. Ni semalam dah kembali ke rumah.wan-nya.

Adani dalam seronok tiada siapa usik dan kacau aktiviti dia, tapi dia tetap rimdu kakaknya. Aimy pun tahu rindu kakak, excited bila nama kakak disebut. Takpe jumaat ni kita pergi ambil kakak ok.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Isnin, 12 September 2011

testing from...






E

Testing.. From phone. Macam tak nmpak apa aku taip. Keypad kejap muncul kejap hilang. Belum pandai guna benarnya haha.

Cerita persediaan raya, membeli belah di KL, USJ, Kapar, Sitiawan. Membeli belah di luar jangkauan kawasan jadi menyeronokkan. Tambah di luar kebiasaan masa. Nasib masa terhad. Jika tidak dah tentu makin seronok. Ini jadikan pilihan tak banyak dan terlalu "last minute" haha.

Apa pun hari raya tahun ini amat membahagiakan. Ramai berkumpul di kampung. Bergambar penuh ceria, menziarah sanak saudara seadanya. Yang tiada, sayu dikenang. Al Fatihah buat mereka. Paling ceria, anak-anak, berpakaian serba baru dari kepala ke kaki. Cantik berseri :-)

Pelbagai menu menjadi juadah hidangan. Kuah lodeh bersama nasi impit dan sambal bilis, kuah kacang, lemang, ketupat palas, rendang rusa, kuih muih pelbagai jenis..itu raya pertama. Malamnya pula nasi arab mak masak bersama dalca, ikan talapia bakar, daging rusa panggang.. Wow sodap! Raya kedua, selain nasi dan lauk pauk, adik pula memasak bihun sup soto. Pulun aku dek begedil Ida buat memang sedap hehe. Raya ke 3 dah mula berkemas untuk beraya pula di rumah mertua di Jinjang.

Apa yang menyeronokkan, anak-anak gembira dan ceria di kampung. Seronok melihat mereka gembira :-)

Setelah kami pulang dari Jinjang, petang sabtu raya ke 5, sebaik sampai di rumah aku mendapat berita sepupuku kematian suami. Amat mengejutkan.. Tiada menderita sakit mahupun kemalangan, tetiba sahaja sesak nafas selepas balik dari kenduri tengahari sabtu tu. Mak aku menyampaikan melalui SMS, macam tak percaya aku. Terus menelefon mak bertanya apa berlaku. Aduhai kesiannya sepupuku.. Itulah yang dinamakan ajal kan?! Datang tak mengira waktu, usia dan keadaan. Anak mereka 4 orang, kecil-kecil lagi. Baru berusia menmangkau 39 tahun.. Aduh sedih benar rasanya.. :'( Al Fatihah buat arwah Asri.. Moga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong dalam para mukmin yang dikasihi Allah SWT.. Amin.

Ahad... hari terakhir cuti, sempat bawa kakak-kakak ke panggung menonton THE SMURFS hehe.. best!

Catatan Popular