Rabu, 20 Julai 2011

Hati Ibu..

Itulah hati ibu kan.. setakat mana pun dibiasakan positif dalam diri, tetap juga terlintas yang negatif dalam benak fikiran ini.

Hampir 3 minggu Aimy bersekolah di IMC. Kadang aku cuak juga, kadang aku rasa lega... Tapi sebenarnya aku terlintas negatif sebab tidak nampak apa yang aku hendak nampak. Bagaimana nak nampak kalau bukan masanya yang patut aku nampak? hahahaha.. cam bahasa apa ntah aku ni haha.

Aku lega dan gembira melihat Aimy sentiasa ceria bila aku sampai di sekolahnya. Tambahan dia bagai dah mengenal laluan ke sekolah setiap hari. Sebaik keretaku memasuki Jalan 4/6E, dia dah menegakkan badannya memegang tepi 'car seat'nya untuk memandang di mana sekolahnya. Tiba saja di depan pagar sekolah, dia dah memanjangkan lehernya merenung ke dalam sambil tersenyum. Aku yang menyegerakan diri keluar dari kereta untuk membawanya keluar dah tidak diendahkannya. Dia sibuk mencari muka-muka yang ingin dijumpainya. Nampak sahaja Teacher Shyla dan Teacher lagi sorang tu (apa ek nama teacher tu?? lupa daa haha) datang nak menjemputnya masuk, dah menggeletek kaki tangannya sambil tersengeh bongeh yang melampau hahaha. Laju tangannya dihayun melambai aku... Sejuk hati melihat dia gembira ke sekolah. Kalau aku sengaja menghulur tangan nak mengambilnya semula, dia buat tak tahu saja.. amboi! hahaha.

Jadi bilanya negatif itu datang? Si tolak datang bila petang hari ketika mengambilnya pulang. Kadang agak comot, kadang daiper tidak diganti. Ku lihat susu luak hanya 2 lubang, daiper luak hanya 2 keping dan baju kadang 1 kadang 2 helai saja diguna, sedangkan aku tahu mereka memandikan anak-anak setiap tengahari sekiranya anak tidak selesema. Nestum dan biskutnya, ada masa luak banyak ada masa tidak bersentuh. Tapi aku boleh saja berlebih kurang, ku terima saja semua itu dengan positif. Pasti ada sebab mengapa begitu. HArapnya aku boleh menerima sebab musabab itu sewajarnya.

Setakat ini yang aku maklumkan, minta.. (tidak menegur) tukarkan daiper dia sekerap mungkin, paling kurang 3-4 jam kerana Aimy memang cepat lenjun.. dan sejak dua menjak ni makin teruk ruam di kawasan daipernya. Terutama kalau dia asyik kena sembelit dan menahan buang air besar. Nampak juga usaha teachernya menyalin daiper, membersihkannya di petang hari dan menyalin baju bersih sebelum diserah padaku. Tapi petang tadi, Ya Allah comotnyaaa anak aku..! Masih ada saki baki makanan di keliling mulut dan pipi haha. Mana taknya, tengah makan beyak.. tak sempat nak basuh aku dah datang. Tunggu Aimy bersih punggung baru boleh balik hehe. Tapi muka masih comot. Tak mengapalah, balik karang lepas ku suapkan sedikit makanan, pasti kami mandikan Aimy. Baru lega tengok dia bersih wangi dan bersedia untuk tidur nyenyak di awal malam hehe.

Kelmarin aku tanyakan apa yang dimakan Aimy? (Walau aku dah diberitahu awal-awal lagi oleh principal) . Kata teachernya, dia selalu bagi nasi dengan sup ikan atau ayam. Kadang kala dicampurkannya nestum gandum Aimy ke dalam sup-sup tersebut. Menurutnya Aimy makan, berselera saja. Pemakanan begitu perlu untuk membantu dia membuat latihan kunyahan bagi memudahkan pertuturannya kelak. Lega dengar. Aku yakin itu benar kerana mangkuk Aimy yang aku bekalkan berbau sup ikan haha. Paling ketara, aku semakin tak larat nak dukung Aimy lama-lama. Semakin hantap!! Bertambah berapa kilo agaknya... Wahh bagus ni. Cumanya, harap Aimy meninggi lebih lagi untuk mengimbangkan berat dan ketinggian. Jangan obes cam ibu sudah haha. Jadi susu tidak luak, nestum dan biskut tak bersentuh tidak menjadi hal di hatiku lagi. Semuanya kerana dia dah mahu makan dengan teacher Shylanya. Legaaaa.... hehe

Paling aku lega, bila teachernya selalu memaklumkan aktiviti penting yang dibuatnya bersama Aimy setiap hari. Ada hari mereka mewarna, ada hari mereka berlatih berjalan, ada hari mereka bermain dan ada hari mereka mendengar muzik. Tadi kata teachernya, esok Aimy akan ke kolam renang untuk kelas renangnya. Sebelum ini Aimy belum pernah pergi dek selsema yang melanda.

Tadi petang, sementara Aimy dibersihkan punggung dek teacher Shyla.. aku melihat teacher seorang lagi sedang mengemaskini facebook mereka. Wah ada gambar Aimy (kebetulan baru terbaca coretan noina di blognya),, dengan tak malu aku minta hahahaha. Tak mengapa, nanti aku ambil dari fb mereka kataku. (Terpaksa speaking berterabur ok sebab teacher Shyla dan rakannya tak salah orang filipina, mereka kurang mengerti bila aku bercakap melayu hehe...speaking berterabur, bukan berhabuk ok! hahaha)

Dalam aku melihat gambar-gambar itu terpandang gambar Cik EMbun Alisya anak Ita sedang ikuti kelas swimming. Wah tak sabar pula aku nak tengok Aimy masuk kolam. Rasanya dia dah ok sikit, tak terlalu takut seperti dulu bila masuk kolam renang hehe.

Ini antara gambar dari kamera Teacher Shyla yang aku cilok dari fbnya. Harap boleh dijadikan kenangan walau gambarnya kurang jelas hehe. Nak tunggu ibu ayah ada bersama ketika Aimy mengikuti kelas, susah nampak gayanya.. hehe.






:: kaki posing awek ni, sempat lagi tayang gigi tengah belajar hehe ::









:: ni aktiviti di waktu pagi, ikut giliran.. Aimy & Nabila tak sure dah sudah ke belum tu hehe ::









:: cayanggggg Teacher Shyla! ::






:: Painting jom! As usual, senyum dulu...!! haha ::




Lega bukan melihat gambar-gambar itu. Sekurangnya, kita tahu apa yang Aimy buat. Tapi setakat mana dia fokus dan memberi kerjasama, belum sempat aku tanyakan lagi haha.



Teacher-teacher Aimy selalu maklumkan Aimy penceria hari mereka. Kalau penat, cari Aimy.. sure hilang letih melihat wajah dan keletah senyumannya kata mereka. Tak berhenti beramah mesra dengan semua orang, asyik ketawa, senyum dan bereaksi dengan usikan orang.. Kata Teacher Shyla, "she only cry, when 'kakak' kacau" haha. Kakak tu adalah pembantu sekolah yang berbangsa Indonesia-muslim. Memang riang ria orangnya, suka mengusik Aimy. Awalnya Aimy akan nangis nampak dia, dek suka sangat mengusik. Tapi sekarang asal nampak kakak, kuat dihayunnya tangan melambai kakak... dah suka kakak la tuh haha.



Apa pun aku cukup lega dan bersyukur, setidaknya aku tahu mereka sayang Aimy, Aimy tak menyusahkan dan membebankan mereka walau itu kerja mereka. Harapnya ia benar dan berterusan begitu. Lagi mudah Aimy memberi kerjasama sekiranya hubungan baik itu terus terjalin.



Penuh gambar Aimy dalam telefon Teacher Shyla dan Teacher seorang lagi tu. Suka sangat mereka, siap letak pula dalam personal fb mereka.. hehe.



Legaaa..... Syukur Alhamdulillah..

6 ulasan:

  1. amboiiiii manja nya aimy dgn teacher syila ,kemain pelok syium yer hahhhaaaa
    lega hati tgk aimy gembira dan dijaga di tempat yg sepatutnya ..

    BalasPadam
  2. suka hati tengok aimy yg ceria...biasa ler tu kak..mana ade yg perfect...lagi pun ramai budak yang perlu diorang monitor.... yang penting... kite nampak diorang jaga aimy dengan penuh kasih sayang..... ;-))

    BalasPadam
  3. comel je aimy tu... pagi tadi nabila tgh exercise, alisya baru sampai. aimy tgh syok minum susu! heheee...

    pernah tak aimy balik dgn tangan penuh warna? alisya pernah...tapi ita tak kesah, sebab ita tau mereka sedang belajar. ita lagi suka. hehee... aritu tgn alisya ade cebisan2 gam.. entah apelah kejaan mereka kat IMC.

    BalasPadam
  4. oh lambat ek Alisya hari ni.. sebut nama Alisya, cam sebut nama anak sendiri.. dah nama kakak Aimy pun Alesha.. ejaan jer lain hehhee.

    Ita, setakat ni ada sekali kut ada sisa warna di tangan dan di mangkuk nestum Aimy. Bab sisa warna tu saya pun takde hal.. tak kisah, sebab dia punya aktiviti. Saya suka, tanda dia buat sesuatu di luar kebiasaan di rumah hehe.

    Yang saya kata dia comot tu, selalunya cam sisa makanan di muka dia.. Biasanya di muka laa.. di tempat lain tidak. Kemudian semalam.. ada kesan calar di muka, tangan dan kaki.. Tak sure la kena apa.. Tapi tak teruk pun.. so ok la. Cumanya malam tadi Aimy tak selesa tidur... asyik terjaga nangis tolak² diapers dia. Miang gatal agaknya ruam di kawasan daiper tu.. kesian dia. Kami dah cuci dengan ubat hospital, dan sapukan krim.. Selalunya cepat ok. Tapi kalau tak jaga.. memang akan berulang dan teruk balik. Tu jer laa.. hehe. Dah biasa anak² duduk di nursery, takat terkurang lebih sket, insyaAllah takde hal..hehe.

    BalasPadam
  5. Dulu masa Nabila kat Tasputra pun dorang jarang tukaukan pampers. So bila kat IMC mmg dah tau dah patern org2 jaga anak2 ni..
    Ina pakaikan nabila mamy poko. So far Tak pernah kena ruam. Sebab mamy poko cepat serap air walaupun banyak dan tak lembab bila kencing banyak sgt. Tapi pakai mamy poko time kat sekolah jelah..time umah pakai pampers biasa je..hehe tak mampu kot tetiap masa pakai pampers mahal.
    Nabila pun nampak comot balik sekolah. hurm..dorang tak mandikan selalunya waktu tengahari. slalu lap2 je badan. Maybe Nabila tak kotor sgt time tengahari. tapi bila dah sampai petang..mak aiii.comot dan busuk..hehe..
    Bab makan pula..ina ada tadi yusma tadi..katanya Nabila makan sikit je..kadang2 susu luak 1 partition je. hurm..Nabila nih jenis kuat minum susu gak..tapi kat sekolah tak minum.risau gak kut2 dia haus sgt. tapi balik sekolah mmg Nabila banyak makan. Agaknya lapar lah tuh..org suap tak nak makan..huhu

    BalasPadam
  6. HAhaha.. kuat tul instinct kita.. TAdi tengah basuh pinggan lepas Aimy tidur.. terfikir nak beli Mamy poko khas utk Aimy gi skol. At least ok sket kalau berlama pakai pun kan. Dulu masa Aimy baby tak pernah ada ruam yg teruk tau.. Tapi sejak dia sembelit, air kencing kotor.. kalau tak jaga.. memang jadi ruam. Tapi ni teruk sangat tengok... biji2 besar merah ruamnya.. kesian tengok dia tergaru malam-malam. So confirm lepas ni saya kena belikan mamy poko utk Aimy di skol.. kekekeke. Betul tu, kat skol jer kut.. kat rumah atau lain-lain.. seperti biasa.. takat pet pet, huggies dan drypers yang dibeli masa harga murah jer hahaha.

    Kata teacher shyla, diaorang selalu mandikan waktu tengahari, kecuali selsema.. baru mereka lap-lap sahaja. Tapi mungkin petang tak mandi kut kan?? Kalau tak apsal comot sangat dan busyukkk hahahahaha. Kepala pun busyuk.. kadang kesian tgk Aimy asyik kena shampoo rambut hari-hari.. Dah laa rambut tu baru nak lebat balik selepas gugur tempohari. Kalau banding rambut dia masa baby, jauh beza dengan skrng huu.

    Yusma tu yang mana, yang mereka panggil 'kakak' tu ya? yang indon tu ek? Ha dia pun kata Aimy makan kuat, bukan saja Shyla dan teacher india tu..

    Aimy pun kuat minum susu, selalu dulu kat nursery dia.. paling tidak 4 portion kosong. Ini kadang 1 portion jer kosong.. paling kerap 2 la. Nasib la pagi-pagi memang dia minum susu dari rumah sampai dalam kereta sepanjang perjalanan ke skol.

    Aimy pun balik skol, kasi makan.. banyak dia makan. Cuma 2 hari ni jer tak berapa selera dia. Nak benda ringan ringan macam roti dan biskut jer. Kalau tak tu, licin mangkuk hehe.

    TAdi tanya gak kakak, kenapa banyak kesan calar pada tangan, kaki dan muka aimy? Dia tak pasti.. Masa tu Shyla tak keluar.. Aimy ni lasak, takut dia merata pergi la sampai bercalar. Tapi takut gak ada yang cubit ke apa hehehe.

    BalasPadam

Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku

Catatan Popular