Rabu, 6 Julai 2011

2 bulan tak menulis ?





(Setelah 2 bulan berlalu... aku menyambung apa yang aku taip pada bulan May lalu.. hehe)

Memang lama tak menjengah ke sini. Tak tahu apa cerita kawan-kawan di blog, di forum atau di mana saja. Hanya sempat menjenguk fb.. itu pun amat terhad masa yang terluang. Kekangan
waktu dan kesibukan asyik mengejar aku sekarang. Pelbagai cerita nak dikongsi, tapi apakan
daya.. masa tida untuk ke sini. Meluah rasa merungkai bicara.

Hmm bila lama tak menulis, mula la tak tahu dari mana nak bermula hehe. Ok la..oleh kerana blog ini berkisar kehidupan aku dan anak-anak.. Aku teruja juga nak bercerita tentang mereka
dan dunia mereka.

Alesha, walau asyik mengadu sakit kepala di sekolah dan mengantuk pabila petang menjelma di sekolah, Alhamdulillah keputusan Peperiksaan Penilaian Penggal 1-nya agak bagus juga.
Keseluruhan subjek Alesha memperolehi A, tapi kali ni tiada yang 100 macam Ujian Prestasi
dalam awal tahun yang lalu. Tempohari dia mendapat nombor 16/34 dengan peratusan 95% tak
salah. Tapi exam kali ni.. nampak gaya ada yg turun ada yg naik.. aduhaii.. tak tau nak cakap.
Suruh baca buku, dia selak dan baca sekali.. dah tak nak baca. Itu pun jenuh paksa huhu. Bila ditanya boleh buat tak? Jawapannya "SENANG JER IBU...!" amboi!! sekali dapat markah 88% jer BM dia kali ni, banding 98% ketika ujian.. mana aku tak bengang hahaha. English dan lain-lain makin meningkat. Ada juga yang lebih kurang sama. Tapi dia cakap, paling susah Bahasa Arab..
aku pun takut melihat kertas ujian Arab dia yang lalu.. huhu.. Kalau aku mahu gagal gamaknya haha. Yerlah aku tak belajar arab masa sekolah, masa ITM belajar 'Basic Arabic Conversation' sahaja. Dia dapat A tuh!. Kali ni bab mata pelajaran KSRA meningkat dengan jayanya..
Alhamdulillah... Sebenarnya aku sendiri terkagum dengan dia.. rupanya pandai dia baca tulisan jawi! haha.. Soalan kertas agama - Tauhid, Feqah, Jawi, Bahasa Arab ...semua dalam tulisan jawi.
Tanya dia masa Ujian dulu, cikgu bacakan ke soalan utk Alesha? Dia jawab, ada bacakan ada tak.. Tanya lebih-lebih.. dia jawab merepek... geram aku hahaha. Rupanya dia pandai baca jawi lorr.. ya Allah sampai perkembangan dia pun aku tak perasan.. Aduhai. Sesungguhnya betapa aku rasa aku abaikan dia dek kekalutan waktu..huhu. Kesian kakak..

Namun lebih kurang sama keseluruhan peratusan, 94.4%. Syukur Alhamdulillah.. Pandai juga ya
anak aku kekekeke.. Tapi tu la, bila dilihat pada nombor kedudukan dalam darjah dan kelas.. aduhai... banyaknyaaaaaa hahahha. Dalam darjah 1 Taubat dari 34 orang, kakak dapat nombor 24, dalam keseluruhan kelas Tahun 1 Alesha dapat nombor 75...perghhh banyak gilerr tuh..!!
Nombor-nombor itu membayangkan betapa cerdik pandainya budak-budak zaman sekarang. Hmm kagum aku!!.. hehe. Apa pun harapnya, Alesha Sufia lebih rajin dan melipatgandakan usahanya selepas ini. Suka dia bila aku luangkan masa sedikit selepas mengambil 'report card'
tersebut, pergi bersarapan di kedai berdua dengannya sementalah masih awal dan kami belum sempat bersarapan. (Cikgu benarkan membawa Alesha pulang selepas urusan selesai). Sengaja aku katakan, ibu nak belanja Alesha makan sebab Alesha dapat semua A, Alesha nak makan apa? Laju dia menjawab.."Roti Canai!!" dah agak dah hahaha...Sesambil tu bergantang laa nasihat aku sesambil berbual cerita dia dan kawan-kawannya. Roti canai biasa dan milo suam
dikatakannya amat sedap dek gembira dengan 'masa' yang aku luangkan bersama dan suasana yang dikatakan 'hadiah' untuk dia. Aku pun rasa tenang bila berdua dengan dia begitu. Sejuk
sedikit hati dan tenang nak bercakap. Kalau tidak tu, asyik nak panas hati dengan keletahnya yang ada saja nak menaikkan darah haha. Ditambah pula dengan adik-adiknya yang juga menuntut perhatian.



Apa pun aku sangat bersyukur.. anak aku masih boleh dapat semua A sedangkan, seksa nak mintanya bersedia untuk peperiksaan. Diminta ulangkaji apa yang dibelajar, jenuh jadi ibu tarzan aku ni haha. Tapi mana ada gaya budak 7 tahun nak menelaah sendirian.. pasti jadi cerita lain nanti. Yang bertambah aku geram, dia ada peel baru.. melukis la dia, menulis yang tiada kaitan dengan pelajaran la dia, buat patung dari kertas la dia tengah aku sesambil melayan adiknya sesambil meneman dia menelaah. Aduhai mencabar kesabaran sungguh. Dulu ikut juga
bila disuruh-suruh. Sekarang ikut tu ikut, tapi jadi ke lain. Tapi teringat dulu mak aku, mana suruh aku buat ulangkaji masa darjah 1 hahahaha. Zaman sekarang, nak tak nak, terpaksa pantau pelajaran anak dari kecil lagi. Zaman berubah.. huhu. Tapi soalan-soalan exam dia
memang laa kagum aku dibuatnya..! Zaman aku dulu darjah 1 baru nak kenal ABC, darjah 2 baru nak tolak tambah dalam Ilmu Hisab. Budak-budak sekarang, darjah 1 dah macam soalan darjah 6 - tingkatan 1 pun ada, mana la ibu bapa tak gabra dan 'over' haha.. huhu. Tapi salah ibu juga, dah kurang sangat masa nak meneman Alesha menelaah. Kesian kakak.. maafkan ibu kakak.. Ibu akan terus mencuba meluangkan masa sama rata.. insyaAllah ya kakak.



Itu bab prestasi pelajaran. Bab perangai pula, hmm sedikit membimbangkan aku bila cikgunya sendiri menyatakan kegusarannya melihat anak aku amat rapat dengan seorang kawannya.
Tidak salah terlalu rapat, tapi bila ada hasil-hasil yang sedikit negatif.. cikgunya menegurlah. Sebenarnya aku sendiri tahu, dan aku sendiri dari awal dah menasihati kerana aku terperasan perangai seorang kawan rapatnya itu tidak berapa aku berkenan. Alesha juga selalu bercerita.
Aku selalu nasihati dia. Tapi kalau dah 1 kelas, 1 van, 1 kawasan perumah... payah sikit. Takkan kita nak suruh mereka bermusuh. Tapi memang budak itu suka mengikut Alesha dan memaksa Alesha mengikut apa dia buat. Dia menjadikan Alesha tak fokus semasa cikgu mengajar kerana kawannya sering mengajak dia bertukar mesej, berborak, bertukar lukisan di kertas kecil, tak
mendengar apa yang cikgu sedang mengajar dan sebagainya. Sedangkan pada awalnya Alesha tak begitu. Di tadika dulu pun Alesha tak begitu.. (aku memang intai anak aku tau, selagi mana
leh intai haha). Bila asyik diajak, dipengaruh.. Alesha pasti berubah. Aku tak kata anak aku baik sangat, dia juga aktif dan sedikit nakal. Tapi ada hadnya. Kalau dulu dalam kelas dia amat fokus,
pantang cikgu ajukan soalan, laju mengangkat tangan. Tapi sekarang, asyik dengan aktiviti di
bawah meja.. huhu sungguh tidak menyenangkan. Tambahan pula aku juga sebenarnya tak senang dengan sikap-sikap lain kawannya itu, suka 'paw'duit belanja dan bekalan pagi Alesha. Suka paksa ikut ke mana dia pergi, tak ikut ditamparnya, dicubit pipi Alesha sampai berparut besar kesan luka.. aduhai. Paling aku tak berkenan, kali pertama datang rumah kami.. dia berkeras dan siap menjawab bila aku suruh pulang ke rumah bila hari hampir maghrib. Aduhai, nasib anak orang.. Pujuk cara baik tak jalan, sudahnya aku buat muka garang dan nada yang
amat tegas. Tu pun marah-marah dan merampus dia sambil berjalan keluar dari rumah kami. Aduhai anak, harapnya berubahlah engkau.

Apa pun, nampak gaya Alesha menerima nasihat kami. Pada aku pemilihan kawan dan sahabat memang amat penting pada anak-anak yang sedang membesar dan para remaja. Harapnya tiadalah yang tidak sedap hati ada selepas ini. Harapnya kakak pandai memilih mana yanh putih dan mana yang hitam. Kita kena kawan semua orang untuk mengenal hitam putih kehidupan,
tapi untuk rapat.. carilah insan-insan yang positif agar kita lebih positif dan berjaya. InsyaAllah... aminn.

Adani pula asyik diserang asthma/lelah sejak dua menjak ni..Baru-baru ni dah hilang la juga dek
musim panas. Tapi bila sejuk, hujan-hujan.. diserangg kembali. Terutamanya malam hari ketika tidur. Siang ok pula tu.. Tapi bila pergi ke hospital, terus baik.. boleh? hahaha.. Mana taknya g KPJ Sgr balik dengan tangan kosong ayahnya, dah pakar kanak-kanak kata ok. Tapi malam, aku yang seriau, cuak melihat dia tak boleh bernafas...huhu. Kadang-kala, aku bagi jer inhaler adik dia, kadang berkesan, kadang hanya boleh bertahan untuk sejam dua. Ada sekali tu tak berkesan langsung, tengah malam aku sesorang dokong adani masuk kereta keluar rumah cari
klinik 24 jam.. huhu. Ayahnya kerja balik lewat, sampai jer ayahnya di rumah terus aku keluar. Nak keluar awal, Aimy dan Alesha yang dah tidur susah nak dikejut dan diangkat. Hmm orang yang tak rasa macam mana rasa putus nyawa dan susah bernafas - asthma, memang tak akan
faham apa yang orang menghidap asthma lalui. Ramai orang memandang enteng penyakit ini,
tapi ketahuilah.. asthma ni jangan memain...boleh membawa maut kalau dibiar dan tidak dikawal.. huhu nauzubillah. Cuma yang bagusnya, Adani dah mula agak senang sedikit nak makan ubat berbanding dulu. Tambah kalau dia sendiri rasa tak selesa hehe. Kesian Adani.. nak buat macam mana nak.. dah ada keturunan...hehe.

Bercakap pasal pelajaran pula. Si busyuk masham yang dah hampir 5 tahun ni begitu
bersemangat dan tak sabar nak menghadapi 'assessment'/peperiksaan dek asyik dengar dan
tengok kakak jer yang ada 'exam' haha. Kelakar pula rasanya. Siap tak perlu tanya, tak perlu kita suruh study... dia yang tanya, "Adani nak baca apa ni ibu? Adani tak tahulah 'exam' tu macam mana?" hahahaha. Tapi bila tiba harinya.. 'exam' yang berlangsung seminggu (5 hari sekolah), asal balik jer.. tak sempat nak tanya dia dulu bagitahu.. "ibu, 'exam' Adani senang jer....!!" hahaha.. amboiii yakin habis ya haha. Itulah perubahan Adani sejak dua menjak ni..
banyak berceloteh, dan apa yang dikeluarkan kadang kelakar dan bijak bunyinya. Tapi ada
masanya sangat berbisa.. kekekeke. Memang kena ditegur juga hadnya.

Sabtu lepas, hari melihat 'report card' di tadika Adani. Wah memang tak sangka!!! Adani dapat nombor 1 tuh!! hahahaha.. SYUKUR ALHAMDULILLAH.. ya Allah tak sangka sungguh..! hehe.. Siap tersenyum simpul malu-malu bila Teachernya suruh tengok sendiri nombor yang dia dapat.. haha. Ada 6 subjek tak salah, semua dapat 100% kecuali 1 sahaja 94%. Wah makin
meningkat prestasi Adani rasanya. Kata teachernya, bukan sahaja prestasinya meningkat, tapi dah makin banyak bercakap sampai kena denda berdiri atas kerusi hahaha. Aduhai, ada saja keturunan banyak bercakap ni ya hahahaha. Tapi hal anti sosial dan pasif bila orang memukul dia, masih ada walau tak seperti dulu. Dia dah mula nak berkawan, beraktiviti bersama..
cumanya dia masih tak melawan apabila kawannya memukul/mencubitnya. Teachernya suruh balas balik pun dia tak lakukan apa-apa, teachernya pula yang geram kata teachernya haha.
Takpelah Adani, just be yourself.. Memang ibu tak ajar membalas perbuatan kawan hehe.
Tapi sifat kepimpinan, kekreatifan, menjelajah, dan yakin diri .. adani tak dapat A seperti kakaknya dulu.. memang dia begitu.. hehe. Sifat-sifat lain yang diterapkan banyak juga A. Alhamdulillah, tu pun dah banyak berubah. Hmm tak setiap anak sama.. Perbezaan itulah menceriakan dan mengindahkan kehidupanku...Alhamdulillah.

Kegemaran Adani sekarang selain membuat patung telur, dia suka menonton tv cerita seram selain kartun-kartunnya. Kadalang lewat dia tidur melayan cerita hantu. Tapi yang bagusnya, bila dikejut pagi tak susah. Nak disuruh mandi pun dah tak susah. Cumanya kena gesa mandi
jangan lama hehe. Bersiap pun lama sebab terkhayal dengan benda lain. Kadang dia yang jadi penglipurlara bercerita hal cerita yang ditonton kepada kakaknya yang sering tertidur awal atau telah dikerah tidur awal hehe.

Ahad ni ada 'sports day' tadika Adani di Desa Waterpark. Dah bayar untuk kami yang lain
mengikutnya. Harapnya Aimy ok laa. Nak cuba dedahkan Aimy dengan air ni.. hehe.

Cerita kakak-kakak sudah, Aimy la pula. Sejak duduk nursery, baru sihat walafiat 4-5 hari, pergi semula nursery 3 hari,dah selesema semula.. Sampai buat aku terfikir nak cari pembantu
semula jer huhu. Semua benda aku nak buat malam-malam hari bila hari siang bekerja.
Penatnyaa Tuhan saja yang tahu.. huhu.. Dengan Alesha sibuk dengan 'exam' (sampai 2 minggu tempohari), dengan Adani yang kerap asthma dan selalu ada homework, dengan Aimy yang sering menuntut perhatian dan memang perlu diberi latihan terapi di rumah. Rumah pula dah jadi tongkang pecah bila banyak benda aku tak mampu dan tidak sempat buat sendirian pabila cik abang asyik kerja siang malam dan weekend.. huhu.. tolongggggg.... Aku jadi terlalu penat,
dah berapa kali kena serang migrain. Rutin nak pantau anak-anak yang tidak sihat, nak bersih rumah, kerja-kerja rumah dan pastinya kerja pejabat yang banyak, sampai turun 4kg berat badan aku!(ada bagusnya juga kan? hahahaha.. itulah hikmah dariNYA.. Alhamdulillah).



Apa pun, Alhamdulillah tiba hari nak masuk wad HKL pada 12-13 Jun yang lepas.. Aimy sihat. Syukur sangat. Ini adalah mengganti kemasukan yang tidak jadi pada April tempohari. Alhamdulillah Allah permudahkan dan beri kesihatan yg amat baik utk Aimy menjalani
pemeriksaan di bilik bedah HKL. Keputusannya, tiada lagi peningkatan mendadak pada power, saiz dan tekanan saraf mata Aimy (walau tekanan normal). Cumanya, power mata dan saiz mata masih sama. Tekanan macam sedikit turun atau sama. Alhamdulillah ia tak menjadi lebih teruk.. syukur sangat. Mungkin hasil usaha perubatan cara Islam juga kut.. walAllahualam.. kita berusaha.. Allah memakbulkan doaku. Moga matanya boleh beransur baik selepas ini.. amin.












Kelas-kelas terapi fisio, pertuturan dan cara kerja masih Aimy ikuti di HUKM walau kadang lama menunggu temujanji. Kadang 2 kali sebulan untuk satu-satu jenis terapi, kadang hanya sekali sebulan sahaja. Nak buat macam mana kan, kena beraturlah sementelah ramai berkunjung ke HUKM atas tujuan yang sama dan kena ikut masa ahli terapi. Paling aku rasa seronok, banyak maklumat, tips dan lebih berkesan ketika di Unit Cara Kerja. Di Unit Fisio dan Pertuturan, macam sama sahaja yang diterima setiap kali. Mungkin juga disebabkan Aimy juga susah sedikit nak bekerjasama di kedua-dua sesi terapi tersebut.. hmm entahlah. Susah hati juga bila melihat kurang kemajuan dalam perkembangan Aimy. Pusat EIP di Seksyen 13 Shah Alam tu, tiada pula telefon semula aku untuk menetapkan sesi temujanji seperti yang mereka janjikan. Aku masih tak jemu mencari dan terus mencari pusat EIP untuk Aimy. Kalau tak dapat hantar hari-hari, dapat pergi 'weekend' untuk beberapa jam pun jadilah. Kena usaha lebih ni terus mencari. Susah hati sangat aku memikirkan masa hadapan Aimy.. takkan nak berterusan begini?? Di mana kesudahannya?? Sampai bila nak boleh luangkan masa sendiri betul-betul mengajar Aimy sedangkan aku tak lekang dengan kesibukan. Pagi kelam kabut ke pejabat, petang kelam kabut balik ke rumah. Memang sakit dan bisa-bisa sangat rasanya tempohari. Terutama selepas keluar dari HKL. Nak pergi berurut tiada masa langsung! Susah nak plan segala bila cik abang sibuk kerja siang malam dan hujung minggu sejak beberapa bulan yang lalu. Ada ubahsuai pejabatnya. Dah habis, hal latihan pula. Seminggu ni laa baru nak bernafas sedikit bila dia balik rumah seperti biasa dan ada di hujung minggu. Aduhai.. kalau tak semuanya terpaksa lakukan seorang diri.. huhu.

22 Julai ada temujanji dengan Dr Zarina - Pakar Genetik HUKM untuk kali ke 2. Alahai aku belum hantar gambar yang dipinta. Mereka juga macam terlupa janji mereka untuk mengambil semula darah sebelum temujanji berikutnya. Nampaknya aku kena segerakan mengemail gambar bagi mereka teringat untuk memanggil Aimy untuk ujian kromosom secara lebih mendalam.

Aimy juga masih meneruskan berubat secara ISlam sekali sebulan di rumah seorang ustaz di Seksyen 19. Kami dah rasa mudah berurusan dengan ustaz tersebut. Ustaz pun kata Aimy mempunyai masalah saraf. Alhamdulillah la, nampak juga perubahan Aimy. Dah mula aktif dan riang ria. Lebih sihat dan segar nampaknya.. Matanya pun stabil. Alhamdulillah usaha kami diberkatiNYA..

Sejak Aimy mencapai umur 2 tahun, Aimy makin susah nak bekerjasama dalam sesi terapi kalau tidak kena gaya dan mood dia. Di rumah pun begitu.. aduhai.. Tak tahu bagaimana harus kami lakukan hmm... Ahli terapi minta kami lebih kerap merangsang ('stimulate') di rumah sementelah dia tidak bekerjasama semasa temujanji. Susah hati bila nampak sangat kurang peningkatan dalam 3-4 bulan ni.. huhu. Aimy dan Alesha biasanya hendak tidur awal. Aku pula pukul 7 baru sampai di rumah. Kadang cuba juga luang masa, dapat 10 minit pun jadilah buat senaman atau terapi ringkas untuk Aimy. Tapi itu la,bukan senang.. huhu.


21 Mei lalu pergi berehat di Port Dickson dengan keluarga adik ipar. Saja sewa Ilham Resort di PD kerana aku boleh dapat harga staf. Jadi laa berehat 2 hari 1 malam di PD, buat lari dan merehatkan minda sekejap dari kekalutan. Plan hendak pergi dengan keluarga belah akua. Sudahnya semua tak boleh. Apa pun memang seronok berehat-rehat walau tiada sangat aktiviti hehe. Nanti aku letakkan gambar.

Ok dah pukul 4 lebih dinihari. Kena tidur ni. Tak boleh teruskan walau belum mengantuk dan amat bersemangat dan menulis. Maklumlah dah tertidur awal juga la tadi.. hehe. Apa pun aku terpaksa tidur.

Jumpa lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku

Catatan Popular