Selasa, 26 Julai 2011

Cerita minggu lepas

Jumaat lepas ke Klinik Genetik HUKM. Sampai awal dari sepatutnya, ingatkan bolehlah cepat habis. Tapi dari 8.40 pagi sampai jam 11.10 baru dapat jumpa doktor. Tu pun kami terkejut sebab bukan Dr Zarina yang kami jumpa. Ntah apa nama doktor tak tahu la.. Katanya Dr Zarina pergi conference. Doktor muda tersebut cuma bertanyakan perkembangan Aimy, apa boleh apa tak boleh, sembelit masih ke tidak, dan gitu-gitu jer.. Katanya, mereka tak dapat lagi nak buat kata putus cara bagaimana nak buat pemeriksaan darah yang dulu dinyatakan. (Dulu ada 2 cara dimaklumkan pada kami). Jadi pemeriksaan lain juga jadi tertangguh. Aku tanyakan juga, bila nak cek MRI? Dia kata belum tahu lagi. Nasiblah tak lama dalam bilik doktor. Aimy dah bosan dan nak mengamok jer. Tak lama, sekejap jer. Dia pun kata nanti dia bagi ubat sembelit untuk Aimy yang macam pernah dapat dulu. Luctulose tak salah nama ubatnya.. Duraphlac nama lainnya. Aduhai, tunggu punya berjam, sudahnya takde apa sangat yang menarik untuk kami. Ikutkan kami paling excited untuk ke klinik genetik tersebut memandangkan banyak info tentang Aimy boleh kami perolehi. Kalau ya pun Dr Zarina ke conference, tunda la temujanji tu. Takdelah kami buang masa huhu.

Selesai mengambil ubat, terus berkejar ke USJ untuk menghantar Aimy ke sekolah dulu. Jam lagi 15 minit nak menghampiri pukul 12 tengahari. Hai sempat ke nak ke KPJ Selangor ni? Jumaat pula tu, kang doktor dah gi solat jumaat laks. Adani dah tak sabar nak jumpa doktor dia... Datuk Dr Zulkifli hehe.. Alhamdulillah doktor ada, dan tak lama kami menunggu. Doktor pun tiada pesakit menunggu, beliau buat lawatan wad sebelum kami sampai. Adani semakin bagus paru-parunya. Jadi doktor cuma menambah ubat, terutama Singulare dan Subtamol Ventolin Syrup. Dia minta teruskan singulare selama 3 bulan.. Selesai ambil ubat terus balik. Sempat membelanja cik abang makan tengahari bersama Adani dan Alesha sempena birthday cik abang jumaat lepas sebelum dia bergegas ke masjid hehe.

Ha bercakap pasal birthday cik abang ni, aku memang dah jadi blur nak beli hadiah apa untuk birthdaynya. Malah cik abang pun blur nak hadiah apa hahaha. Penat sabtu lepas kami meronda Mid Valley.. tapi tiada yang menarik untuk dijadikan hadiah hehe. Dah la dari pagi aku penat mengemas dan membersih rumah, cik abang pula gotong royong di surau.. Lagi penat bila Aimy tak reti diam asyik bertukar dukungan kami. Cik abang aku memang selalu malas nak bawa stroller. Hmm lepas ni tak boleh gitu dah, aku nak cari stroller murah-murah yang mudah dilipat atau dibawa. Aimy dah besar, tak larat dah nak dukung ke hulu hilir. Dia pun bukannya reti diam dalam dukungan, lasak! Kemuncaknya bila dia mengantuk, aduhai.. merengek mengamok jer dia serba tak kena. Sudahnya aku terpaksa duduk di suatu ruang menidurkan dia dalam JJ Mid Valley sementara cik abang bawa anak-anak ke toilet dan bayarkan barang-barang anak yang aku beli.

Sempat menjengah Maybank Treats Fair. Ramainya orang!! Sekejap sahaja kami masuk, dah keluar... tak sanggup pula nak menengok apa pun dalam ramai begitu. Sudahnya aku cuma redeem point yang aku ada untuk baucar Baskin Robbins jer. Memenuhi permintaan anak yang nak aiskrim dan aku sendiri yang tak puas merasa masa kami makan di Genting Highlands 2-3 minggu yang lepas.. hehe. Dapat baucar untuk Quart. Katanya ada 10-12 skop di dalam. Hmm tak tahu sangat aku pasal aiskrim mahal ni. Jadi ikut gerak hati jer pilih yang mana hehe. Sebelum balik, sempat kami anak beranak menikmati aiskrim mahal dengan penuh keasyikan...hmmm yummmyyyyy!!! Banyak rupanya dalam satu Quart tu... hhahahaha. Memang jenuh menghabiskan. Aku dengan Alesha paling terror makan. Adani dan cik abang tak banyak mana.. Aimy pun suka.. sakan tergedik kaki tangan dapat makan aiskrim haha. Tapi takut dia batuk, so suap sesikit jer hehehe. Apa pun memang puas sungguh! Sampai ke titisan terakhir aku jilat walau dah tak mampu nak menjamahnya hahaha..

Aku ni asyik lupa nak tempek gambar kami ke Port Dickson berehat-rehat di hotel semalam, ke Genting Highlands sesaja berjalan separuh hari dan Sports Day tadika Adani di Desa Waterpark . Nanti-nantilah. Tapi hasil dari ke kolam di hotel tersebutlah Aimy dari takut nak masuk kolam, takut dan gayat yang membawa amokan.. kini dah kurang sangat. Malah dia yang minta nak masuk haha.

Ok sambung kerja.. hihi

2 ulasan:

  1. esok anak akak ada temu janji dgn pakar genetik kat PPUM Prof Thong Meow Keong...banyak yg nak di tanya ,mudah2an dapat la membantu kita dalam menjaga anak2 istimewa ni kan....

    BalasPadam
  2. Kak Zai,
    nanti kongsi ya apa info yg dapat. PPUM best tak pakar genetiknya? Kerap tak appoinment?

    BalasPadam

Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku

Catatan Popular