Anak sulungku Alesha Sufia lahir melalui kaedah pembedahan(emergency)pada 01 April 2004 dengan berat 3.32kg. Adani Sufia merupakan anak keduaku, berjaya dilahirkan secara normal pada 13 September 2006 dengan berat yang amat mengejutkan iaitu 4.1kg. Si kecil Aimy Sufia dilahirkan pada 20 April 2009 secara normal dengan berat 3.1kg sahaja dan si kecil inilah 'special needs child' yang membuat lahirnya blog ini.
Khamis, 28 Julai 2011
Rabu, 27 Julai 2011
Testing again!
Penat taw aku taip hal perkembangan Aimy lewat petang semalam.. sebelum balik.. Laju idea datang nak menaip.. tu terus buat. Sekali bila click publish.. google cracked ke apa ntah error dia.. ni tadi try tekan published pun sama gak..
ni nak try lagi...
oh rupanya nampak jer aku dah login tapi tak login, tapi ya Allah penatnyaaaa.... taip panjang² hilang... huhu
ni nak try lagi...
oh rupanya nampak jer aku dah login tapi tak login, tapi ya Allah penatnyaaaa.... taip panjang² hilang... huhu
Selasa, 26 Julai 2011
Cerita minggu lepas
Jumaat lepas ke Klinik Genetik HUKM. Sampai awal dari sepatutnya, ingatkan bolehlah cepat habis. Tapi dari 8.40 pagi sampai jam 11.10 baru dapat jumpa doktor. Tu pun kami terkejut sebab bukan Dr Zarina yang kami jumpa. Ntah apa nama doktor tak tahu la.. Katanya Dr Zarina pergi conference. Doktor muda tersebut cuma bertanyakan perkembangan Aimy, apa boleh apa tak boleh, sembelit masih ke tidak, dan gitu-gitu jer.. Katanya, mereka tak dapat lagi nak buat kata putus cara bagaimana nak buat pemeriksaan darah yang dulu dinyatakan. (Dulu ada 2 cara dimaklumkan pada kami). Jadi pemeriksaan lain juga jadi tertangguh. Aku tanyakan juga, bila nak cek MRI? Dia kata belum tahu lagi. Nasiblah tak lama dalam bilik doktor. Aimy dah bosan dan nak mengamok jer. Tak lama, sekejap jer. Dia pun kata nanti dia bagi ubat sembelit untuk Aimy yang macam pernah dapat dulu. Luctulose tak salah nama ubatnya.. Duraphlac nama lainnya. Aduhai, tunggu punya berjam, sudahnya takde apa sangat yang menarik untuk kami. Ikutkan kami paling excited untuk ke klinik genetik tersebut memandangkan banyak info tentang Aimy boleh kami perolehi. Kalau ya pun Dr Zarina ke conference, tunda la temujanji tu. Takdelah kami buang masa huhu.
Selesai mengambil ubat, terus berkejar ke USJ untuk menghantar Aimy ke sekolah dulu. Jam lagi 15 minit nak menghampiri pukul 12 tengahari. Hai sempat ke nak ke KPJ Selangor ni? Jumaat pula tu, kang doktor dah gi solat jumaat laks. Adani dah tak sabar nak jumpa doktor dia... Datuk Dr Zulkifli hehe.. Alhamdulillah doktor ada, dan tak lama kami menunggu. Doktor pun tiada pesakit menunggu, beliau buat lawatan wad sebelum kami sampai. Adani semakin bagus paru-parunya. Jadi doktor cuma menambah ubat, terutama Singulare dan Subtamol Ventolin Syrup. Dia minta teruskan singulare selama 3 bulan.. Selesai ambil ubat terus balik. Sempat membelanja cik abang makan tengahari bersama Adani dan Alesha sempena birthday cik abang jumaat lepas sebelum dia bergegas ke masjid hehe.
Ha bercakap pasal birthday cik abang ni, aku memang dah jadi blur nak beli hadiah apa untuk birthdaynya. Malah cik abang pun blur nak hadiah apa hahaha. Penat sabtu lepas kami meronda Mid Valley.. tapi tiada yang menarik untuk dijadikan hadiah hehe. Dah la dari pagi aku penat mengemas dan membersih rumah, cik abang pula gotong royong di surau.. Lagi penat bila Aimy tak reti diam asyik bertukar dukungan kami. Cik abang aku memang selalu malas nak bawa stroller. Hmm lepas ni tak boleh gitu dah, aku nak cari stroller murah-murah yang mudah dilipat atau dibawa. Aimy dah besar, tak larat dah nak dukung ke hulu hilir. Dia pun bukannya reti diam dalam dukungan, lasak! Kemuncaknya bila dia mengantuk, aduhai.. merengek mengamok jer dia serba tak kena. Sudahnya aku terpaksa duduk di suatu ruang menidurkan dia dalam JJ Mid Valley sementara cik abang bawa anak-anak ke toilet dan bayarkan barang-barang anak yang aku beli.
Sempat menjengah Maybank Treats Fair. Ramainya orang!! Sekejap sahaja kami masuk, dah keluar... tak sanggup pula nak menengok apa pun dalam ramai begitu. Sudahnya aku cuma redeem point yang aku ada untuk baucar Baskin Robbins jer. Memenuhi permintaan anak yang nak aiskrim dan aku sendiri yang tak puas merasa masa kami makan di Genting Highlands 2-3 minggu yang lepas.. hehe. Dapat baucar untuk Quart. Katanya ada 10-12 skop di dalam. Hmm tak tahu sangat aku pasal aiskrim mahal ni. Jadi ikut gerak hati jer pilih yang mana hehe. Sebelum balik, sempat kami anak beranak menikmati aiskrim mahal dengan penuh keasyikan...hmmm yummmyyyyy!!! Banyak rupanya dalam satu Quart tu... hhahahaha. Memang jenuh menghabiskan. Aku dengan Alesha paling terror makan. Adani dan cik abang tak banyak mana.. Aimy pun suka.. sakan tergedik kaki tangan dapat makan aiskrim haha. Tapi takut dia batuk, so suap sesikit jer hehehe. Apa pun memang puas sungguh! Sampai ke titisan terakhir aku jilat walau dah tak mampu nak menjamahnya hahaha..
Aku ni asyik lupa nak tempek gambar kami ke Port Dickson berehat-rehat di hotel semalam, ke Genting Highlands sesaja berjalan separuh hari dan Sports Day tadika Adani di Desa Waterpark . Nanti-nantilah. Tapi hasil dari ke kolam di hotel tersebutlah Aimy dari takut nak masuk kolam, takut dan gayat yang membawa amokan.. kini dah kurang sangat. Malah dia yang minta nak masuk haha.
Ok sambung kerja.. hihi
Selesai mengambil ubat, terus berkejar ke USJ untuk menghantar Aimy ke sekolah dulu. Jam lagi 15 minit nak menghampiri pukul 12 tengahari. Hai sempat ke nak ke KPJ Selangor ni? Jumaat pula tu, kang doktor dah gi solat jumaat laks. Adani dah tak sabar nak jumpa doktor dia... Datuk Dr Zulkifli hehe.. Alhamdulillah doktor ada, dan tak lama kami menunggu. Doktor pun tiada pesakit menunggu, beliau buat lawatan wad sebelum kami sampai. Adani semakin bagus paru-parunya. Jadi doktor cuma menambah ubat, terutama Singulare dan Subtamol Ventolin Syrup. Dia minta teruskan singulare selama 3 bulan.. Selesai ambil ubat terus balik. Sempat membelanja cik abang makan tengahari bersama Adani dan Alesha sempena birthday cik abang jumaat lepas sebelum dia bergegas ke masjid hehe.
Ha bercakap pasal birthday cik abang ni, aku memang dah jadi blur nak beli hadiah apa untuk birthdaynya. Malah cik abang pun blur nak hadiah apa hahaha. Penat sabtu lepas kami meronda Mid Valley.. tapi tiada yang menarik untuk dijadikan hadiah hehe. Dah la dari pagi aku penat mengemas dan membersih rumah, cik abang pula gotong royong di surau.. Lagi penat bila Aimy tak reti diam asyik bertukar dukungan kami. Cik abang aku memang selalu malas nak bawa stroller. Hmm lepas ni tak boleh gitu dah, aku nak cari stroller murah-murah yang mudah dilipat atau dibawa. Aimy dah besar, tak larat dah nak dukung ke hulu hilir. Dia pun bukannya reti diam dalam dukungan, lasak! Kemuncaknya bila dia mengantuk, aduhai.. merengek mengamok jer dia serba tak kena. Sudahnya aku terpaksa duduk di suatu ruang menidurkan dia dalam JJ Mid Valley sementara cik abang bawa anak-anak ke toilet dan bayarkan barang-barang anak yang aku beli.
Sempat menjengah Maybank Treats Fair. Ramainya orang!! Sekejap sahaja kami masuk, dah keluar... tak sanggup pula nak menengok apa pun dalam ramai begitu. Sudahnya aku cuma redeem point yang aku ada untuk baucar Baskin Robbins jer. Memenuhi permintaan anak yang nak aiskrim dan aku sendiri yang tak puas merasa masa kami makan di Genting Highlands 2-3 minggu yang lepas.. hehe. Dapat baucar untuk Quart. Katanya ada 10-12 skop di dalam. Hmm tak tahu sangat aku pasal aiskrim mahal ni. Jadi ikut gerak hati jer pilih yang mana hehe. Sebelum balik, sempat kami anak beranak menikmati aiskrim mahal dengan penuh keasyikan...hmmm yummmyyyyy!!! Banyak rupanya dalam satu Quart tu... hhahahaha. Memang jenuh menghabiskan. Aku dengan Alesha paling terror makan. Adani dan cik abang tak banyak mana.. Aimy pun suka.. sakan tergedik kaki tangan dapat makan aiskrim haha. Tapi takut dia batuk, so suap sesikit jer hehehe. Apa pun memang puas sungguh! Sampai ke titisan terakhir aku jilat walau dah tak mampu nak menjamahnya hahaha..
Aku ni asyik lupa nak tempek gambar kami ke Port Dickson berehat-rehat di hotel semalam, ke Genting Highlands sesaja berjalan separuh hari dan Sports Day tadika Adani di Desa Waterpark . Nanti-nantilah. Tapi hasil dari ke kolam di hotel tersebutlah Aimy dari takut nak masuk kolam, takut dan gayat yang membawa amokan.. kini dah kurang sangat. Malah dia yang minta nak masuk haha.
Ok sambung kerja.. hihi
Rabu, 20 Julai 2011
Nangis la pulak!
Hari ni awal sikit ambil Aimy (tak awal pun, awal lagi minggu-minggu sebelum hehe). Sampai di sekolahnya, ingatkan akan diperlihatkan dengan keriangan seperti biasa. Tapi sebaik aku turun kereta dah dengar dia menangis semahunya. Ku tinjau pandangan ke dalam sekolah, tak nampak Aimy dalam strollernya. Aik kat mana dia? Suara jer kedengaran.
Sekali muncul 'kakak' mendukung Aimy yang ala mengamok. Huhu sungguh pelik.. Setelah pagar dibuka, aku pergi mendapatkannya.. Nasib laa selepas 5 saat reda tangisannya. Tapi seperti serba tak kena. Rasanya teachernya tengah makan. Tanya pada 'kakak', mana teacher Shyla.. "ada" katanya. Kenapa dia nangis? "Entah, dia tak nak dekat saya heehehe". Dia ok tak tadi pergi kelas swimming? tanyaku lagi. OK, happy jer dia.. Semua happy! Tak lama kemudian Shyla keluar dari tepi sekolah.. teacher filipino seorang lagi pun keluar. Sibuk dia menceritakan keadaan Aimy di kolam renang. "I take her picture, wait", seraya masuk kembali ke dalam. Aku menunggu sambil mendukung Aimy dengan ditemani seorang yang aku kira student tapi umurnya mungkin dah 20an. Beriya pula Aimy nak didukung dek wanita tadi. (Sorry tak tahu nama). Merengek tak tentu arah jer dia.
Wah banyak gambar Aimy diambil, dari naik van sampai laa sesi kelas renangnya di Kolam Renang 3K. Oh di sana rupanya.. Kata teacher tersebut, ada juga parents yang datang melihat anak-anak mereka. Hmm menarik ni, boleh satu hari nanti aku intip haha. Katanya kelas renang bermula jam 9 pagi. Instructor mereka dari 3K sendiri sambil dibantu oleh teacher-teacher IMC. Kata teacher tersebut, nanti dia upload ke dalam fb Teacher Shyla. Tak sabar aku nak copy dan save haha. Aku dah pesan, aku nak gambar Aimy ketika melakukan aktiviti. Nak buat kenangan dan nak diisi ke dalam blog hehe. Tak boleh berlama aku melihat gambar, Aimy kembali resah dan mengamok semula. Masuk kereta pun nangis dan tak ceria seperti selalu. Siap dia nak keluar semula dari kereta. Aikk kenapa ek??
Dalam kereta, aku cuba ubah perhatian dia.. Tanya aktiviti dia hari ni. Betul ke Aimy pergi swimming? Best tak?? Sambil memandu, sambil bertanya dan beraksi ala dia berenang dan menyelam.. akhirnya terbit ketawa Aimy. Lega rasanya.. Selepas mengambil kakak-kakaknya di nursery, terus pulang ke rumah. Cik abang seperti biasa.. lambat lagi dan lagi.. huhu. Jadi serba tak kena aku bila Aimy asyik merengek. Diam dia bila melihat kakak-kakaknya menjamah roti dan biskut. Bila disuap teramat suka. Habis biskut, bising mulutnya marah haha. Makan roti kaya pula... abis sekeping ! Macam tak akan mahu makan nestum dah malam ni. Aku biar dia minum air masak kejap sesambil menonton 'Dewa Cinta' hehe. Tak lama Aimy merengek balik. Aduhai.. aku confirm dia nak susu dan nak TIDUR!
Mandikan, buatkan susu.. memang terus tidur!! Aduhai.. penat sangat la tuh. Tapi asyik terjaga-jaga mengigau dan menangis sekejap-sekejap. Hmm dah 2 malam begitu. Entah kenapa. Tapi bila dibawa naik ke bilik selepas jam 9 malam, aku rasakan badannya panas! Alahai demam pula ke Aimy?? Terus cari thermometer dan ubat demam. Confirm Aimy demam, 38.2C.. alahai patutlah merengek berganda hari ni dari sekolah lagi. Biasanya kalau mengantuk pun, dah sampai rumah baru merengek. Ni dari sekolah dah melalak.. huhu.
Harapnya Aimy cepat sihat, boleh pergi sekolah esok. Esok ibu ada training di Bangsar la pulak. Harap Aimy ok esok ke sekolah. Janganlah makin teruk demamnya.. huhu.
Eh lupa nak cakap, hari ni nampak Aimy bersih dan kemas jer. Hmm macam tahu-tahu jer teacher ni haha. Tapi tadi masa mandikan dia, banyaknya bintik merah di punggung dan kemaluannya.. alahai cian Aimy. Takut jadi teruk lagi jer. Tu pun aku control dengan ubat yang ada.. hmmm camne ek? Nak kena jumpa doktor ni. Esok lepas balik training, boleh la singgah klinik.. insyaAllah.. jangan aku lupa sudah huhu.
Aku macam nak cuba semula bagi Aimy buah betik untuk melawaskan pembuangannya. Tapi takut juga akan jadi asthma macam pernah berlaku dulu. Risau tengok dia yang memang sembelit dan susah nak membuang. Asyik terpaksa dibantu dengan ubatan...huhu sungguh takut tidak sihat usus nanti. Nak tukar lagi susu, entahlah.. dah rasa tak larat nak cuba lagi hal susu. Ni pun aku dah selang seli susu Dugro 123 ngan Sustagen Junior. Risau takut dia tak cukup zat..hehe. Kemudian, yogurt pun kerap aku bagi selain dengan air susu kultur... Nak bagi usus dia boleh keluarkan sendiri toksid yang ada.. Aduhai..
Beralih pada cerita Alesha. Isnin baru ni di sekolah Alesha diberi 2 suntikan imunisasi. 1 diberi suntikan di sebelah tangan kanan, dan satu lagi di kira. Kesian Alesha mengadu ianya berdenyut-denyut. Bertambah kesian, bila kesan lebam yang bengkak hasil gigitan Adani hanya berjarak 1cm dari tempat suntikan, berganda la sakit bengkak lebam tu. Timbul jer. Tak sempat ibu nak tuam.. Sempat bagi Alesha makan ubat demam dan selsema jer.
Adani pula, buat pertama kali aku begitu marah dengannya, begitu serius dan tegas lagak gaya dan suara aku terhadapnya. Kesian pula, setelah berulang kali dia tanyakan jenis soalan yang sama walau telah berulang kali juga diajar bagaimana untuk mencari jawapan, dia masih tak yakin dengan diri dan asyik minta aku tengokkan betul atau tidak... Lama-lama ibu yang tengah kesibukan dan kekalutan melakukan pelbagai kerja rumah dan uruskan AImy, menjadi amarah yang kuat sangat untuk dia. Alahai, maafkan ibu ek.. Penat rasanya asyik mengurus anak dan rumahtangga seorang diri sebaik balik dari pejabat. Dah tiada masa untuk berehat lagi... Cik abang pula, asyik lambat dan lambat, asyik ada jer kerja di pejabatnya yang perlu disiap hingga jam 10-11 malam.... dah la kerap juga kerja di hujung minggu. Tapi tu la, tak kurus gak aku.. hahaha. Tapi turun gak tau berat aku, seciput jer la kikikiki.
Aduhai, Aimy terjaga menangis lagi.. entah apa yang tak kena. BEransur dulu..
Hati Ibu..
Itulah hati ibu kan.. setakat mana pun dibiasakan positif dalam diri, tetap juga terlintas yang negatif dalam benak fikiran ini.
Hampir 3 minggu Aimy bersekolah di IMC. Kadang aku cuak juga, kadang aku rasa lega... Tapi sebenarnya aku terlintas negatif sebab tidak nampak apa yang aku hendak nampak. Bagaimana nak nampak kalau bukan masanya yang patut aku nampak? hahahaha.. cam bahasa apa ntah aku ni haha.
Aku lega dan gembira melihat Aimy sentiasa ceria bila aku sampai di sekolahnya. Tambahan dia bagai dah mengenal laluan ke sekolah setiap hari. Sebaik keretaku memasuki Jalan 4/6E, dia dah menegakkan badannya memegang tepi 'car seat'nya untuk memandang di mana sekolahnya. Tiba saja di depan pagar sekolah, dia dah memanjangkan lehernya merenung ke dalam sambil tersenyum. Aku yang menyegerakan diri keluar dari kereta untuk membawanya keluar dah tidak diendahkannya. Dia sibuk mencari muka-muka yang ingin dijumpainya. Nampak sahaja Teacher Shyla dan Teacher lagi sorang tu (apa ek nama teacher tu?? lupa daa haha) datang nak menjemputnya masuk, dah menggeletek kaki tangannya sambil tersengeh bongeh yang melampau hahaha. Laju tangannya dihayun melambai aku... Sejuk hati melihat dia gembira ke sekolah. Kalau aku sengaja menghulur tangan nak mengambilnya semula, dia buat tak tahu saja.. amboi! hahaha.
Jadi bilanya negatif itu datang? Si tolak datang bila petang hari ketika mengambilnya pulang. Kadang agak comot, kadang daiper tidak diganti. Ku lihat susu luak hanya 2 lubang, daiper luak hanya 2 keping dan baju kadang 1 kadang 2 helai saja diguna, sedangkan aku tahu mereka memandikan anak-anak setiap tengahari sekiranya anak tidak selesema. Nestum dan biskutnya, ada masa luak banyak ada masa tidak bersentuh. Tapi aku boleh saja berlebih kurang, ku terima saja semua itu dengan positif. Pasti ada sebab mengapa begitu. HArapnya aku boleh menerima sebab musabab itu sewajarnya.
Setakat ini yang aku maklumkan, minta.. (tidak menegur) tukarkan daiper dia sekerap mungkin, paling kurang 3-4 jam kerana Aimy memang cepat lenjun.. dan sejak dua menjak ni makin teruk ruam di kawasan daipernya. Terutama kalau dia asyik kena sembelit dan menahan buang air besar. Nampak juga usaha teachernya menyalin daiper, membersihkannya di petang hari dan menyalin baju bersih sebelum diserah padaku. Tapi petang tadi, Ya Allah comotnyaaa anak aku..! Masih ada saki baki makanan di keliling mulut dan pipi haha. Mana taknya, tengah makan beyak.. tak sempat nak basuh aku dah datang. Tunggu Aimy bersih punggung baru boleh balik hehe. Tapi muka masih comot. Tak mengapalah, balik karang lepas ku suapkan sedikit makanan, pasti kami mandikan Aimy. Baru lega tengok dia bersih wangi dan bersedia untuk tidur nyenyak di awal malam hehe.
Kelmarin aku tanyakan apa yang dimakan Aimy? (Walau aku dah diberitahu awal-awal lagi oleh principal) . Kata teachernya, dia selalu bagi nasi dengan sup ikan atau ayam. Kadang kala dicampurkannya nestum gandum Aimy ke dalam sup-sup tersebut. Menurutnya Aimy makan, berselera saja. Pemakanan begitu perlu untuk membantu dia membuat latihan kunyahan bagi memudahkan pertuturannya kelak. Lega dengar. Aku yakin itu benar kerana mangkuk Aimy yang aku bekalkan berbau sup ikan haha. Paling ketara, aku semakin tak larat nak dukung Aimy lama-lama. Semakin hantap!! Bertambah berapa kilo agaknya... Wahh bagus ni. Cumanya, harap Aimy meninggi lebih lagi untuk mengimbangkan berat dan ketinggian. Jangan obes cam ibu sudah haha. Jadi susu tidak luak, nestum dan biskut tak bersentuh tidak menjadi hal di hatiku lagi. Semuanya kerana dia dah mahu makan dengan teacher Shylanya. Legaaaa.... hehe
Paling aku lega, bila teachernya selalu memaklumkan aktiviti penting yang dibuatnya bersama Aimy setiap hari. Ada hari mereka mewarna, ada hari mereka berlatih berjalan, ada hari mereka bermain dan ada hari mereka mendengar muzik. Tadi kata teachernya, esok Aimy akan ke kolam renang untuk kelas renangnya. Sebelum ini Aimy belum pernah pergi dek selsema yang melanda.
Tadi petang, sementara Aimy dibersihkan punggung dek teacher Shyla.. aku melihat teacher seorang lagi sedang mengemaskini facebook mereka. Wah ada gambar Aimy (kebetulan baru terbaca coretan noina di blognya),, dengan tak malu aku minta hahahaha. Tak mengapa, nanti aku ambil dari fb mereka kataku. (Terpaksa speaking berterabur ok sebab teacher Shyla dan rakannya tak salah orang filipina, mereka kurang mengerti bila aku bercakap melayu hehe...speaking berterabur, bukan berhabuk ok! hahaha)
Dalam aku melihat gambar-gambar itu terpandang gambar Cik EMbun Alisya anak Ita sedang ikuti kelas swimming. Wah tak sabar pula aku nak tengok Aimy masuk kolam. Rasanya dia dah ok sikit, tak terlalu takut seperti dulu bila masuk kolam renang hehe.
Ini antara gambar dari kamera Teacher Shyla yang aku cilok dari fbnya. Harap boleh dijadikan kenangan walau gambarnya kurang jelas hehe. Nak tunggu ibu ayah ada bersama ketika Aimy mengikuti kelas, susah nampak gayanya.. hehe.
:: kaki posing awek ni, sempat lagi tayang gigi tengah belajar hehe ::
:: ni aktiviti di waktu pagi, ikut giliran.. Aimy & Nabila tak sure dah sudah ke belum tu hehe ::
:: cayanggggg Teacher Shyla! ::
:: Painting jom! As usual, senyum dulu...!! haha ::
Lega bukan melihat gambar-gambar itu. Sekurangnya, kita tahu apa yang Aimy buat. Tapi setakat mana dia fokus dan memberi kerjasama, belum sempat aku tanyakan lagi haha.
Teacher-teacher Aimy selalu maklumkan Aimy penceria hari mereka. Kalau penat, cari Aimy.. sure hilang letih melihat wajah dan keletah senyumannya kata mereka. Tak berhenti beramah mesra dengan semua orang, asyik ketawa, senyum dan bereaksi dengan usikan orang.. Kata Teacher Shyla, "she only cry, when 'kakak' kacau" haha. Kakak tu adalah pembantu sekolah yang berbangsa Indonesia-muslim. Memang riang ria orangnya, suka mengusik Aimy. Awalnya Aimy akan nangis nampak dia, dek suka sangat mengusik. Tapi sekarang asal nampak kakak, kuat dihayunnya tangan melambai kakak... dah suka kakak la tuh haha.
Apa pun aku cukup lega dan bersyukur, setidaknya aku tahu mereka sayang Aimy, Aimy tak menyusahkan dan membebankan mereka walau itu kerja mereka. Harapnya ia benar dan berterusan begitu. Lagi mudah Aimy memberi kerjasama sekiranya hubungan baik itu terus terjalin.
Penuh gambar Aimy dalam telefon Teacher Shyla dan Teacher seorang lagi tu. Suka sangat mereka, siap letak pula dalam personal fb mereka.. hehe.
Legaaa..... Syukur Alhamdulillah..
Isnin, 11 Julai 2011
Ya Aimy ke sekolah!
Allahu Akhbar!! (kalau cakap gini kat Aimy, sure dia cuba sedaya upaya letak tangan tepi kepala.. kadang jadi tepi pipi hahaha.. so cute)
Syukurr Alhamdulillah ... amat bersyukur kepada Allah swt kerana sering memakbulkan doaku walau aku sering diuji.. Ya Allah gembira sangat, sampaikan aku tak sabar menanti pagi dan tibanya petang untuk ke sekolah baru Aimy.
IMC Training Centre for Special Needs atau dalam bahasa Melayunya Pusat Jagaan dan Latihan Insan Istimewa yang terletak di USJ 4, pernah ku jumpa ketika aku melayari internet untuk mencari maklumat dan lokasi pusat-pusat latihan sebegitu rupa. Tak salah, ketika itu penat aku mencari alamat dan nombor telefon tapi tiada... Namun apabila aku tahu pemiliknya bukan muslim, fikir banyak juga aku. Tetapi hajat hendak meninjau tetap ada. Tapi entahlah, macam-macam hal dan akhirnya terbiar hal nak ke USJ 4.. Sedangkan dekat jugalah dengan pejabat aku. Tapi itu lah, aku ni isteri setia (hahaha) nak juga dengan suami ke mana saja hehe.. Senang buat keputusan kalau dia ada bersama. Ni kadang, dah tinjau.. terhenti pula tak boleh buat keputusan selagi belum ada keputusan bersama. Jadi kisah menunggu cik abang yang jadi lama tu sementelah dia asyik kena kerja haha. Tapi benarnya, masa memang tiada untuk kami ke sana. Bila dah tiada kerja dan rancangan, Aimy pula tak sihat.. sudahnya begitulah hehe.
Apa pun, kisah Nabila anak tersayang Noina (Ina) yang diluahkan di dalam fb buatkan hajatku menjadi kenyataan. Secara langsung memang kena berterima kasih pada Ina dan Nabila dan secara tidak langsungnya Alisya dan Ita hehe. Tidak menyabar aku hendak mendapatkan maklumat, alamat dan nombor telefon daripada Ina.. Bila dah ada yang pergi dan bersekolah di situ, keyakinan dan semangat tu jadi lebih haha. Dengan rasa malu tetapi nak juga tahu, siap ajak Ina 'chat' haha.. Sudahnya aku menelefonnya. Seronok pertama kali berbual dengan Ina.. (tak jadi malu aku hahaha). Ramah dia.. Rupanya Ita juga menghantar Alisya ke tempat yang sama.. sesungguhnya memang kau tak tahu kerana telah lama aku tidak membaca mana-mana blog rakan senasib sejak bibik tiada. Jadual harian aku penuh, tiada masa lagi untuk melayari internet malam-malam. Rutin hidupku bagai berkejar pagi hari 'punch card' di pejabat dan berkejar di lewat petang punch card pula di rumah. Kadang sebaik selesai saja apa harus dan wajib kulakukan, maka automatik mata mula layu hehehe. (Tapi andainya aku terbaca kisah Alisya ke sekolah, mungkin lagi awal aku menghantar Aimy ke IMC.. mungkin hehe.)
Setelah dapat nombor telefon Mrs Sunny dari Ina, terus aku call di petang Jumaat nan indah pada 1 Julai 2011 itu. Nasibku amat baik, Mrs Sunny yang menjawab. Senang aku nak bertanya. Tapi jadi tak berapa jelas kedengaran bila telefon bagai bergaung. Apa pun kata Mrs Sunny, sebenarnya mereka telah mempunyai ramai kanak-kanak yang dijaga. Tapi dia tidak pandai berkata 'NO' (dia speaking cakap melayu sesikit jer.. so aku translate ok hehe). Mrs Sunny bertanyakan apa masalah anak aku, setakat ini ke mana aku bawa, berapa umur dan sebagainya. Akhirnya dia meminta aku bawa Aimy ke IMC keesokkan harinya (Sabtu 2 Julai 2011). Dia nak lihat keadaan Aimy. Dia minta maaf awal-awal, kalau keadaan Aimy perlu banyak bantuan, asyik menangis.. dia takut tak cukup kakitangan nak menjaga anakku. Aku penuh yakin memberi jaminan yang Aimy seorang anak yang ceria, dan keadaannya tidak teruk serta mudah diuruskan (wah confidentnya aku!! apa nak buat.. aku nak juga peluang untuk Aimy bersekolah! haha). Setelah temujanji dibuat pada jam 10-10.30 pagi esok, alamat diperolehi.. aku berterima kasih tak terhingga kepada Mrs Sunny. Bunyi suara begitu serius dan agak berumur, mula aku membayangkan guru yang garang haha. Setelah pasti baru ku maklumkan pada cik abang kekekke..
Tak sabar rasanya menunggu pagi. Sebenarnya, penuh jadual hari Sabtu kali ini. Daripada hendak ke Tadika Adani melihat 'report card' kemudian ke IMC meninjau sekolah Aimy menghadapi sesi ala interview dan plan terakhir untuk hari sabtu itu, kami hendak pusing-pusing Genting Highlands..!! Semuanya semoga menceriakan hari kami.. aminn. (Alhamdulillah memang semuanya berjalan lancar dan murah rezeki kami.. Sungguh bahagia rasa hehe)
Alhamdulillah setelah puas hati melihat keputusan 'assessment' Adani di tadika.. dengan markah amat cemerlang dan dia memperolehi nombor 1, kami bergegas ke IMC. Kami dah terlewat 20 minit, nasib Mrs Sunny pun tiada di pejabat, keluar sebentar. Maka kami menunggu penuh setia. Kami diberi sehelai risalah berkenaan IMC untuk dibaca. Lama juga aku menunggu hehe. Cik abang dan anak-anak melihat keliling, sedangkan aku setia di dalam bilik pejabat Mrs Sunny. Bila Mrs Sunny sampai dengan gaya ranggi ringkasnya, memang bolehku agak itu pasti dia.. Wah muda lagi orangnya, lawa pula tu.. ! haha.. Bayanganku dari suaranya jauh menyimpang! haahhaa. Perbualan kami memang susah nak fokus, banyak gangguan... sama-sama faham. Sekejap gangguan dari Aimy dan anak-anakku, sekejap dari anak-anak yang tengah bertuisyen, sekejap dia perlu masuk campur dalam urusan anak-anak yang ada.. memang lama jadinya baru nak habis cerita haha.
SYUKUR ALHAMDULILLAH.. Mrs Sunny suka melihat Aimy.. Dia kata Aimy tidak teruk, cumanya masalah perkembangan lambat sahaja, kalau dia boleh berjalan..semuanya akan beransur OK (aminn). Aimy ceria, menarik hati.. dan pasti jadi tumpuan dekat sini katanya sementelah Aimy yang paling kecil (tak salah pendengaran aku laa haha). Begitu mesra dan ceria dia bercakap.. Akhirnya katanya dia menerima Aimy.. syukurrr Alhamdulillahhhh.. Sibuk dia picit-picit dan nak gigit Aimy.. geram katanya.. Dia memang suka baby. Katanya, jangan marah kalau ada lebam kesan gigit.. hahaha. Dah laa pantang ditegur Aimy ni, mula laa buat goyang kepala la, buat muka pelik-pelik dan lucu la.. apa lagi, mengekek gelak Mrs Sunny melayannya. Aku diberi penerangan tentang aktiviti pembelajaran di situ, kalendar sekolah, kaedah pembelajaran, menu seharian, guru-guru yang ada dan sebagainya. Persoalan yang menggusarkan pun telah kutanyakan. Sementelah Mrs Sunny 'vegetarian' mereka tidak membawa apa-apa yang tidak halal masuk ke dalam sekolah. Malah mereka mempunyai pembekal khas muslim yang datang menghantar bekalan bahan mentah. Kata Mrs Sunny, Aimy akan dicuba diberi makan nasi. (Aku terangkan yang Aimy tidak gemar bubur nasi dan mengalami sembelit yang teruk. ) Sebab umurnya dah memang sepatutnya makan nasi. Tapi itulah, kena hati-hati kerana dia mudah tersedak.
Antara aktiviti yang dijalankan selain fisioterapi, sensori, terapi pertuturan dan semua yang asas untuk anak istimewa, mereka juga mempunyai kelas renang, kelas yoga, kelas ginseng dan sebagainya. Akhir sekali baru Mrs Sunny bercerita berkisar tentang yuran dan segala bayaran yang diperlukan. Syukur Alhamdulillah sekali lagi, tak berapa jelas mengapa Mrs Sunny hanya mengambil bayaran untuk kelas (bulan Julai), pendaftaran, deposit dan yuran alat tulis (untuk 6 bulan sahaja). Yuran jagaan harian atau 'daycare' katanya dia tidak perlu lagi. (Budak-budak baya Aimy, termasuk Alisya dan Nabila.. dikatergorikan dalam satu kumpulan. Setakat ini ada 5 orang tak salah. Semuanya dia tak ambil yuran 'daycare'.) Katanya, tunggulah mereka besar kut baru I ambil yuran tu... hahaha. Katanya mereka masih kecil. Apa yang dapat ku fikirkan, mungkin dia takut budak baya Aimy ni tidak lama fokus dan berkerjasama.. dan mungkin layan tidur saja. Adakah sebab itu dia tak sampai hati nak ambil duit 'day care'.. hmm mungkin.. hehe. Apa pun aku siap tanya, boleh tak I dapat diskaun bila you decided nak ambil yuran day care nanti?? haha. SUREEE boleh!! katanya hahahha
Apa pun aku cukup bersyukur hari ini.. gembira tak terhingga.. Apa yang aku cari selama ini dah tercapai untuk Aimy. Paling penting hajatku nak melihat Aimy mula sekolah paling lewat bermula umur 2 tahun tercapai! SYUKUR ALHAMDULILLAH.. Paling menyenangkan hati, ia boleh dikatakan dekat dengan rumah dan dekat juga dengan pejabat aku untuk aku berulang alik (sekitar 15-20 minit dari rumah ke IMC dan 15-17 minit IMC ke pejabat). Ditambah lagi dengan ada pula jalan USJ Heights sebagai 'short cut' untuk Aimy tidak berlama dalam kereta hingga menjadi bosan.. Syukur Alhamdulillah..!!! Syukran JazakaAllah..!! Petang ahad (selepas ke Genting Highlands, kami ke OU mencari buku Adani dan hadiah kecil untuk dia. Kemudian bermalam di rumah MIL. Petang Ahad balik dari jinjang, kami survey jalan yang perlu ku lalui untuk menghantar Aimy setiap pagi dan petang. Survey jalan USJ Heights la apa lagi hehe)
Maka bermulalah sesi persekolahan Aimy pada 4 Julai 2011. Dengan secara rasminya aku maklumkan pada teacher taskanya yang Aimy telah dapat sekolah untuknya. Di bawah ini antara gambar-gambar yang sempat aku ambil pada minggu lepas, dan semalam (11 Julai 2011). Ketika itu mereka tengah adakan sesi regangan otot untuk anak-anak mengikut kesesuaian setiap kanak-kanak. Muzik dipasangkan, suasana tenang, duduk di tepi laman. Adakala Aimy diajak bertatih ke sana ke mari atas rumput, batu dan berkasut. Kaki dan badan mereka juga akan diurut ketika itu. Itu sahaja yang sempat ku lihat haha.
Hari pertama Aimy berjalan dengan lancar. Dari rumah ke sekolah Aimy cukup baik dan ceria. Sampai di sekolah, tercengang juga dia melihat ramai mengerumuni dia. Happy saja wajahnya. Tak lama aku menunggunya, tinggalkan pelbagai pesanan terutama pasal ubatan, terus aku bergerak ke pejabat. Jalan ke pejabat pun dari hari ke hari aku tinjau untuk cari jalan tersingkat dan paling baik untuk laluan aku seharian. Asyik bertukar setiap hari sehinggalah aku rasa bodohnya aku selama ni berpusing jauh!! hahahhaha. Itu setelah aku jumpa semua jalan yang memudahkan dan mempercepatkan aku sampai dan balik dari pejabat mengambil Aimy di sekolah. Ya Allah tepi jalan besar sahaja rupanya.. kekeke.
Pada hari pertama, oleh kerana aku sibuk di pejabat, walau hati agak risau juga.. Aku tak sempat call IMC. Tapi itulah, tak ku sangka bila Mrs Sunny menelefon aku. Memaklumkan semua apa Aimy buat.. hahaha. Dia yang bersemangat lebih melihat gelagat Aimy. Katanya semua kakitangannya tak jadi kerja seronok melayan keletah Aimy yang banyak akal... suka buat memek muka dan goyang-goyang kepala hehe. Kelakar sungguh katanya. Gelak saja mereka. "Your daughter so adorable.." hihihihi. Katanya lagi, aku tak perlu risau kerana dia good girl. Nasi pun dia makan! ...wah Alhamdulillah.. Kalau kat rumah makan la juga sesikit, kemudian sembur atau tersedak huhu. Rekod buat Aimy, sebaik sampai di rumah.. dia hanya bermain seketika... dan kemudian dah merengek mengantuk. Selepas azan maghrib, dia terlelap sendiri di atas tilamnya di depan tv haha. Begitulah Aimy sepanjang minggu, paling lewat jam 8.30 pasti dah mahu tidur. Penat kut di sekolah hehe.
Hari ke 2, Aimy bangun pagi dengan selsema yang teruk dan sedikit demam. Alahai tetiba jer..!! Mula la aku tak sedap hati, mana taknya... ubat selsema Aimy dah kehabisan.. yang ada hanya ubat demam. Setelah aku hantar Aimy, banyak benda yang melintas benakku. Tak jadi aku meneruskan perjalanan ke pejabat. Aku terpusing-pusing sekitar rumah kedai depan IMC.. Terfikir pula nak cari ubat untuk selsema Aimy. Syukur alhamdulillah, apa yang aku terniat dimakbulkan Allah. Ada klinik panel di situ dan aku hanya nak minta ubat selsema sahaja. Tapi oleh kerana prosidur klinik yang memerlukan pesakit dibawa bersama untuk pertama kali, aku terpaksa mengambil Aimy. Letak kereta depan klinik. Berjalan kaki ke IMC untuk meminta Aimy dari jagaan teachernya. Memang dia sedang ceria mendengar muzik di laman IMC.. Sekejap sahaja janjiku. Tapi akhirnya jadi lama juga. Lambat nak dapatkan ubat. Apa pun memang teruk selsemanya kata doktor.. Setelah selesai di klinik, hantar Aimy semula ke sekolahnya. Legaa sedikit hatiku bila tahu dia ada ubat bersama. Apa pun syukur Alhamdulillah, selsema Aimy sekejap dah ok .. kalau tidak likat bewarna hijau.. huhu.. (Tapi selsemanya berulang jumaat 8 julai pula).
Semasa balik pada hari ke 2, terserempak dengan Ina dan Nabila. Wah pertama kali aku melihat mereka secara 'life' hehehhe. Selalu tengok gambar dalam blog sahaja hehe. Kecik jer Ina tu, dalam blog nampak tinggi hehe. Syukur bertambah sahabat dan kawan.. Pagi tadi (Isnin) juga nampak Nabila. Alisya tidak pula kelihatan pula, tak pernah terserempak lagi dengan Ita mahupun Alisya. Aimy yang didukung teachernya, sibuk menolak badan ke arah Nabila. Dia nak sayang nabila. Suka tengok keadaan itu, aku masuk ke dalam kereta mengambil telefon. Nak mengambil gambar pula rasa bila melihat gelagat Aimy. Aimy dan Nabila duduk bersebelahan hehe. Mereka didudukkan di atas stroller/prem untuk menggalakkan mereka cuba berdikari dan tidak mengharap mereka didukung untuk bergerak ke sana ke mari.
Pada hari kedua, aku diminta Mrs Sunny untuk membawa kasut bertapak berat untuk menggalakkan Aimy berjalan. Tapak berat itu membolehkan Aimy menjatuhkan kakinya ke bawah. Oleh kerana kasut Aimy dah tidak muat dan kami pula tidak sempat lagi nak belikan yang baru, kami cuma pakaikan Aimy foot cover atau stoking sahaja. Tapi bila hari ke 3 pun masih ditanya tentang kasut, segan pula rasa. Maka malam itu juga kami mencari kasut Aimy di sekitar Seksyen 18.. hahaha. Aimy dah tertidur pun kami angkat masuk kereta. Kalau tak bawa dia susah pula, maklumlah Aimy kan ada 6 toes. Syukur lagi sekali apabila rezeki Aimy sentiasa murah. Ada sales dan diskaun 50% untuk kasut Aimy.. syukur dapat yang murah, maklumlah ibu dah berhabis bayar yuran sekolah Aimy..terover budget pula bila semua dibayar tunai sabtu lalu.. hehe.
Sebelum ini, aku risau Aimy tidak mahu berlama duduk di dalam 'car seat'nya. Tapi syukur, setakat ini...aku dipermudahkan Allah.. Aimy ok sahaja duduk dengan dilayan susu/air masak sesambil dia melihat ke luar tingkap hehe. Jalan USJ Heights pun lancar dan tiada kesesakan. Ia memudahkan aku untuk mengatur jadual pergi dan balik kerja aku.
Dalam seminggu Aimy ke sekolah, nampak perubahan juga. Dia dah mula mahu berlatih tatih (dipegang sambil berjalan). Kalau dulu 2-3 langkah dah duduk.. Tapi kali ni kalau kami buat di rumah, dia boleh mengikut bertatih sehingga 6-8 langkah .. wow satu perubahan yang hebat kan.. syukur Alhamdulillah. Walau perubahan itu hanya sekelumit sahaja tapi amat besar makna pada kami.. alhamdulillah.
Allah itu Maha Mengetahui.. sesungguhnya inilah hikmah di sebalik bibik balik indon dan tak balik lagi.. Sebenarnya dari awal tahun telah ku fikirkan, tahun ini aku berazam nak dapatkan juga sekolah untuk Aimy. Kalau bibik dah tak nak kerja bila Aimy dah sekolah, aku berbesar hati untuk benarkan dia berhenti haha. Tapi masalahnya, aku tak tahu bila Aimy akan mula bersekolah. Ketika kami pertama kali meninjau ke PDK dulu, bibik masih ada.. Masa itu kami merancang, bibik yang akan selalu meneman Aimy di PDK sementelah kami susah hendak mendapatkan cuti. Jadi kami memang harap bibik setia berkerja dengan kami. Tapi itulah, sebaik kami balik dari PDK Klang, bibik minta nak balik sekejap untuk kahwinkan anak perempuannya.. Sudahnya hajat kami membawa Aimy ke PDK Klang tertangguh apabila bibik pulang ke Indon 2 minggu selepas kami berkunjung ke PDK Klang. Masa itu kami berhati walang, dengan bibik yg bagai lari, dengan Aimy nak dijaga siapa dan sering sakit, dengan kesiankan mak menjaga Aimy sementara..Aduhai serabut kepala masa itu.. huhu
Sekarang ini, kalau bibik masih ada, teruk juga kewangan, manakan nak bayar gaji bibik, nak tanggung keperluan bibik di samping nak bayar yuran sekolah Aimy. Alhamdulillah laa tak perlu nak susah hati fikir perasaan orang, tak perlu kasihan dan sebagainya. Lemah aku bab tu haha.
Alhamdulillah juga tak jadi ke PDK Klang. Jadual aku akan jadi bertambah ketat dan tergesa-gesa untuk ke Klang pada pagi dan tengahari. Pasti risau dan susah hati aku. Sempat ke nak cilok amik dari PDK tengahari?? Jauh dari pejabat.. huhu... Pasti banyak masalah akan timbul. Kos berulang alik lagi... huhu... sekarang aku bersyukur sangat dengan apa Allah anugerahkan dan rencanakan buatku... Syukurrr Alhamdulillahhhh....
Selain itu, aku juga rasa antara lain hikmahnya, Aimy bagaikan berlatih apabila mula berkunjung ke nursery/taska semula setelah 1 tahun 2 bulan dijaga bibik. Iaitu sejak berumur 8 bulan lebih hingga umurnya 1 tahun 10 bulan. Sebelum tu memang pernah pergi nursery pun hehe. Ada sekali menangis sepanjang 3 hari di nursery, waktu itu bibik lari haha. Tu yang kami cuak juga bila kena hantar nursery semula pada bulan Mac lalu. Apa pun, sempat juga lebih kurang 4 bulan Aimy di nursery sebelum masuk IMC. Mula masuk nursery dulu memang teruk juga menangis, nasib hari pertama sahaja dan tak lama menangisnya. Kemudian sekejap-sekejap sahaja menangis selama 3 hari, terutama ketika baru sampai di nursery. Kemudian dah ok sangat, senyum jer pagi-pagi dan petang. Siap tak nak balik nak main kadang tu. Jadi bila pergi ke IMC, Aimy bagai pergi nurserynya. Senyum sengih jer bila sampai. Tapi masa hari pertama, ada juga dia menangis kejap kata teachernya. Sekali sahaja, dalam 10 minit... kemudian terus ok. Mungkin mereka pandai ambil hati dia. Alhamdulillah. Selain itu, hasil dari pergi nursery juga aimy mula membiasakan diri menggunakan 'car seat'. Ianya menjadi 'training' untuk Aimy sebelum masuk dan perlu berjalan jauh ke IMC... haha.. Kalau dulu, jangankan masuk car seat, masuk stroller pun sekuat hati dia meraung, merembes air mata hahaha. Sekarang bukan sahaja mahu duduk dalam car seat, di IMC sentiasa didudukkan di dalam stroller hehe. Perancangan Allah cukup indah bukan?? SubhanaAllah...!! KAU MAHA MENGETAHUI...
Alamak dah lewat sangat.. aku perlu tidur.. dah 4 pagi laa haha.
;)
Rabu, 6 Julai 2011
2 bulan tak menulis ?
(Setelah 2 bulan berlalu... aku menyambung apa yang aku taip pada bulan May lalu.. hehe)
Memang lama tak menjengah ke sini. Tak tahu apa cerita kawan-kawan di blog, di forum atau di mana saja. Hanya sempat menjenguk fb.. itu pun amat terhad masa yang terluang. Kekangan
waktu dan kesibukan asyik mengejar aku sekarang. Pelbagai cerita nak dikongsi, tapi apakan
daya.. masa tida untuk ke sini. Meluah rasa merungkai bicara.
Hmm bila lama tak menulis, mula la tak tahu dari mana nak bermula hehe. Ok la..oleh kerana blog ini berkisar kehidupan aku dan anak-anak.. Aku teruja juga nak bercerita tentang mereka
dan dunia mereka.
Alesha, walau asyik mengadu sakit kepala di sekolah dan mengantuk pabila petang menjelma di sekolah, Alhamdulillah keputusan Peperiksaan Penilaian Penggal 1-nya agak bagus juga.
Keseluruhan subjek Alesha memperolehi A, tapi kali ni tiada yang 100 macam Ujian Prestasi
dalam awal tahun yang lalu. Tempohari dia mendapat nombor 16/34 dengan peratusan 95% tak
salah. Tapi exam kali ni.. nampak gaya ada yg turun ada yg naik.. aduhaii.. tak tau nak cakap.
Suruh baca buku, dia selak dan baca sekali.. dah tak nak baca. Itu pun jenuh paksa huhu. Bila ditanya boleh buat tak? Jawapannya "SENANG JER IBU...!" amboi!! sekali dapat markah 88% jer BM dia kali ni, banding 98% ketika ujian.. mana aku tak bengang hahaha. English dan lain-lain makin meningkat. Ada juga yang lebih kurang sama. Tapi dia cakap, paling susah Bahasa Arab..
aku pun takut melihat kertas ujian Arab dia yang lalu.. huhu.. Kalau aku mahu gagal gamaknya haha. Yerlah aku tak belajar arab masa sekolah, masa ITM belajar 'Basic Arabic Conversation' sahaja. Dia dapat A tuh!. Kali ni bab mata pelajaran KSRA meningkat dengan jayanya..
Alhamdulillah... Sebenarnya aku sendiri terkagum dengan dia.. rupanya pandai dia baca tulisan jawi! haha.. Soalan kertas agama - Tauhid, Feqah, Jawi, Bahasa Arab ...semua dalam tulisan jawi.
Tanya dia masa Ujian dulu, cikgu bacakan ke soalan utk Alesha? Dia jawab, ada bacakan ada tak.. Tanya lebih-lebih.. dia jawab merepek... geram aku hahaha. Rupanya dia pandai baca jawi lorr.. ya Allah sampai perkembangan dia pun aku tak perasan.. Aduhai. Sesungguhnya betapa aku rasa aku abaikan dia dek kekalutan waktu..huhu. Kesian kakak..
Namun lebih kurang sama keseluruhan peratusan, 94.4%. Syukur Alhamdulillah.. Pandai juga ya
anak aku kekekeke.. Tapi tu la, bila dilihat pada nombor kedudukan dalam darjah dan kelas.. aduhai... banyaknyaaaaaa hahahha. Dalam darjah 1 Taubat dari 34 orang, kakak dapat nombor 24, dalam keseluruhan kelas Tahun 1 Alesha dapat nombor 75...perghhh banyak gilerr tuh..!!
Nombor-nombor itu membayangkan betapa cerdik pandainya budak-budak zaman sekarang. Hmm kagum aku!!.. hehe. Apa pun harapnya, Alesha Sufia lebih rajin dan melipatgandakan usahanya selepas ini. Suka dia bila aku luangkan masa sedikit selepas mengambil 'report card'
tersebut, pergi bersarapan di kedai berdua dengannya sementalah masih awal dan kami belum sempat bersarapan. (Cikgu benarkan membawa Alesha pulang selepas urusan selesai). Sengaja aku katakan, ibu nak belanja Alesha makan sebab Alesha dapat semua A, Alesha nak makan apa? Laju dia menjawab.."Roti Canai!!" dah agak dah hahaha...Sesambil tu bergantang laa nasihat aku sesambil berbual cerita dia dan kawan-kawannya. Roti canai biasa dan milo suam
dikatakannya amat sedap dek gembira dengan 'masa' yang aku luangkan bersama dan suasana yang dikatakan 'hadiah' untuk dia. Aku pun rasa tenang bila berdua dengan dia begitu. Sejuk
sedikit hati dan tenang nak bercakap. Kalau tidak tu, asyik nak panas hati dengan keletahnya yang ada saja nak menaikkan darah haha. Ditambah pula dengan adik-adiknya yang juga menuntut perhatian.
Apa pun aku sangat bersyukur.. anak aku masih boleh dapat semua A sedangkan, seksa nak mintanya bersedia untuk peperiksaan. Diminta ulangkaji apa yang dibelajar, jenuh jadi ibu tarzan aku ni haha. Tapi mana ada gaya budak 7 tahun nak menelaah sendirian.. pasti jadi cerita lain nanti. Yang bertambah aku geram, dia ada peel baru.. melukis la dia, menulis yang tiada kaitan dengan pelajaran la dia, buat patung dari kertas la dia tengah aku sesambil melayan adiknya sesambil meneman dia menelaah. Aduhai mencabar kesabaran sungguh. Dulu ikut juga
bila disuruh-suruh. Sekarang ikut tu ikut, tapi jadi ke lain. Tapi teringat dulu mak aku, mana suruh aku buat ulangkaji masa darjah 1 hahahaha. Zaman sekarang, nak tak nak, terpaksa pantau pelajaran anak dari kecil lagi. Zaman berubah.. huhu. Tapi soalan-soalan exam dia
memang laa kagum aku dibuatnya..! Zaman aku dulu darjah 1 baru nak kenal ABC, darjah 2 baru nak tolak tambah dalam Ilmu Hisab. Budak-budak sekarang, darjah 1 dah macam soalan darjah 6 - tingkatan 1 pun ada, mana la ibu bapa tak gabra dan 'over' haha.. huhu. Tapi salah ibu juga, dah kurang sangat masa nak meneman Alesha menelaah. Kesian kakak.. maafkan ibu kakak.. Ibu akan terus mencuba meluangkan masa sama rata.. insyaAllah ya kakak.
Itu bab prestasi pelajaran. Bab perangai pula, hmm sedikit membimbangkan aku bila cikgunya sendiri menyatakan kegusarannya melihat anak aku amat rapat dengan seorang kawannya.
Tidak salah terlalu rapat, tapi bila ada hasil-hasil yang sedikit negatif.. cikgunya menegurlah. Sebenarnya aku sendiri tahu, dan aku sendiri dari awal dah menasihati kerana aku terperasan perangai seorang kawan rapatnya itu tidak berapa aku berkenan. Alesha juga selalu bercerita.
Aku selalu nasihati dia. Tapi kalau dah 1 kelas, 1 van, 1 kawasan perumah... payah sikit. Takkan kita nak suruh mereka bermusuh. Tapi memang budak itu suka mengikut Alesha dan memaksa Alesha mengikut apa dia buat. Dia menjadikan Alesha tak fokus semasa cikgu mengajar kerana kawannya sering mengajak dia bertukar mesej, berborak, bertukar lukisan di kertas kecil, tak
mendengar apa yang cikgu sedang mengajar dan sebagainya. Sedangkan pada awalnya Alesha tak begitu. Di tadika dulu pun Alesha tak begitu.. (aku memang intai anak aku tau, selagi mana
leh intai haha). Bila asyik diajak, dipengaruh.. Alesha pasti berubah. Aku tak kata anak aku baik sangat, dia juga aktif dan sedikit nakal. Tapi ada hadnya. Kalau dulu dalam kelas dia amat fokus,
pantang cikgu ajukan soalan, laju mengangkat tangan. Tapi sekarang, asyik dengan aktiviti di
bawah meja.. huhu sungguh tidak menyenangkan. Tambahan pula aku juga sebenarnya tak senang dengan sikap-sikap lain kawannya itu, suka 'paw'duit belanja dan bekalan pagi Alesha. Suka paksa ikut ke mana dia pergi, tak ikut ditamparnya, dicubit pipi Alesha sampai berparut besar kesan luka.. aduhai. Paling aku tak berkenan, kali pertama datang rumah kami.. dia berkeras dan siap menjawab bila aku suruh pulang ke rumah bila hari hampir maghrib. Aduhai, nasib anak orang.. Pujuk cara baik tak jalan, sudahnya aku buat muka garang dan nada yang
amat tegas. Tu pun marah-marah dan merampus dia sambil berjalan keluar dari rumah kami. Aduhai anak, harapnya berubahlah engkau.
Apa pun, nampak gaya Alesha menerima nasihat kami. Pada aku pemilihan kawan dan sahabat memang amat penting pada anak-anak yang sedang membesar dan para remaja. Harapnya tiadalah yang tidak sedap hati ada selepas ini. Harapnya kakak pandai memilih mana yanh putih dan mana yang hitam. Kita kena kawan semua orang untuk mengenal hitam putih kehidupan,
tapi untuk rapat.. carilah insan-insan yang positif agar kita lebih positif dan berjaya. InsyaAllah... aminn.
Adani pula asyik diserang asthma/lelah sejak dua menjak ni..Baru-baru ni dah hilang la juga dek
musim panas. Tapi bila sejuk, hujan-hujan.. diserangg kembali. Terutamanya malam hari ketika tidur. Siang ok pula tu.. Tapi bila pergi ke hospital, terus baik.. boleh? hahaha.. Mana taknya g KPJ Sgr balik dengan tangan kosong ayahnya, dah pakar kanak-kanak kata ok. Tapi malam, aku yang seriau, cuak melihat dia tak boleh bernafas...huhu. Kadang-kala, aku bagi jer inhaler adik dia, kadang berkesan, kadang hanya boleh bertahan untuk sejam dua. Ada sekali tu tak berkesan langsung, tengah malam aku sesorang dokong adani masuk kereta keluar rumah cari
klinik 24 jam.. huhu. Ayahnya kerja balik lewat, sampai jer ayahnya di rumah terus aku keluar. Nak keluar awal, Aimy dan Alesha yang dah tidur susah nak dikejut dan diangkat. Hmm orang yang tak rasa macam mana rasa putus nyawa dan susah bernafas - asthma, memang tak akan
faham apa yang orang menghidap asthma lalui. Ramai orang memandang enteng penyakit ini,
tapi ketahuilah.. asthma ni jangan memain...boleh membawa maut kalau dibiar dan tidak dikawal.. huhu nauzubillah. Cuma yang bagusnya, Adani dah mula agak senang sedikit nak makan ubat berbanding dulu. Tambah kalau dia sendiri rasa tak selesa hehe. Kesian Adani.. nak buat macam mana nak.. dah ada keturunan...hehe.
Bercakap pasal pelajaran pula. Si busyuk masham yang dah hampir 5 tahun ni begitu
bersemangat dan tak sabar nak menghadapi 'assessment'/peperiksaan dek asyik dengar dan
tengok kakak jer yang ada 'exam' haha. Kelakar pula rasanya. Siap tak perlu tanya, tak perlu kita suruh study... dia yang tanya, "Adani nak baca apa ni ibu? Adani tak tahulah 'exam' tu macam mana?" hahahaha. Tapi bila tiba harinya.. 'exam' yang berlangsung seminggu (5 hari sekolah), asal balik jer.. tak sempat nak tanya dia dulu bagitahu.. "ibu, 'exam' Adani senang jer....!!" hahaha.. amboiii yakin habis ya haha. Itulah perubahan Adani sejak dua menjak ni..
banyak berceloteh, dan apa yang dikeluarkan kadang kelakar dan bijak bunyinya. Tapi ada
masanya sangat berbisa.. kekekeke. Memang kena ditegur juga hadnya.
Sabtu lepas, hari melihat 'report card' di tadika Adani. Wah memang tak sangka!!! Adani dapat nombor 1 tuh!! hahahaha.. SYUKUR ALHAMDULILLAH.. ya Allah tak sangka sungguh..! hehe.. Siap tersenyum simpul malu-malu bila Teachernya suruh tengok sendiri nombor yang dia dapat.. haha. Ada 6 subjek tak salah, semua dapat 100% kecuali 1 sahaja 94%. Wah makin
meningkat prestasi Adani rasanya. Kata teachernya, bukan sahaja prestasinya meningkat, tapi dah makin banyak bercakap sampai kena denda berdiri atas kerusi hahaha. Aduhai, ada saja keturunan banyak bercakap ni ya hahahaha. Tapi hal anti sosial dan pasif bila orang memukul dia, masih ada walau tak seperti dulu. Dia dah mula nak berkawan, beraktiviti bersama..
cumanya dia masih tak melawan apabila kawannya memukul/mencubitnya. Teachernya suruh balas balik pun dia tak lakukan apa-apa, teachernya pula yang geram kata teachernya haha.
Takpelah Adani, just be yourself.. Memang ibu tak ajar membalas perbuatan kawan hehe.
Tapi sifat kepimpinan, kekreatifan, menjelajah, dan yakin diri .. adani tak dapat A seperti kakaknya dulu.. memang dia begitu.. hehe. Sifat-sifat lain yang diterapkan banyak juga A. Alhamdulillah, tu pun dah banyak berubah. Hmm tak setiap anak sama.. Perbezaan itulah menceriakan dan mengindahkan kehidupanku...Alhamdulillah.
Kegemaran Adani sekarang selain membuat patung telur, dia suka menonton tv cerita seram selain kartun-kartunnya. Kadalang lewat dia tidur melayan cerita hantu. Tapi yang bagusnya, bila dikejut pagi tak susah. Nak disuruh mandi pun dah tak susah. Cumanya kena gesa mandi
jangan lama hehe. Bersiap pun lama sebab terkhayal dengan benda lain. Kadang dia yang jadi penglipurlara bercerita hal cerita yang ditonton kepada kakaknya yang sering tertidur awal atau telah dikerah tidur awal hehe.
Ahad ni ada 'sports day' tadika Adani di Desa Waterpark. Dah bayar untuk kami yang lain
mengikutnya. Harapnya Aimy ok laa. Nak cuba dedahkan Aimy dengan air ni.. hehe.
Cerita kakak-kakak sudah, Aimy la pula. Sejak duduk nursery, baru sihat walafiat 4-5 hari, pergi semula nursery 3 hari,dah selesema semula.. Sampai buat aku terfikir nak cari pembantu
semula jer huhu. Semua benda aku nak buat malam-malam hari bila hari siang bekerja.
Penatnyaa Tuhan saja yang tahu.. huhu.. Dengan Alesha sibuk dengan 'exam' (sampai 2 minggu tempohari), dengan Adani yang kerap asthma dan selalu ada homework, dengan Aimy yang sering menuntut perhatian dan memang perlu diberi latihan terapi di rumah. Rumah pula dah jadi tongkang pecah bila banyak benda aku tak mampu dan tidak sempat buat sendirian pabila cik abang asyik kerja siang malam dan weekend.. huhu.. tolongggggg.... Aku jadi terlalu penat,
dah berapa kali kena serang migrain. Rutin nak pantau anak-anak yang tidak sihat, nak bersih rumah, kerja-kerja rumah dan pastinya kerja pejabat yang banyak, sampai turun 4kg berat badan aku!(ada bagusnya juga kan? hahahaha.. itulah hikmah dariNYA.. Alhamdulillah).
Apa pun, Alhamdulillah tiba hari nak masuk wad HKL pada 12-13 Jun yang lepas.. Aimy sihat. Syukur sangat. Ini adalah mengganti kemasukan yang tidak jadi pada April tempohari. Alhamdulillah Allah permudahkan dan beri kesihatan yg amat baik utk Aimy menjalani
pemeriksaan di bilik bedah HKL. Keputusannya, tiada lagi peningkatan mendadak pada power, saiz dan tekanan saraf mata Aimy (walau tekanan normal). Cumanya, power mata dan saiz mata masih sama. Tekanan macam sedikit turun atau sama. Alhamdulillah ia tak menjadi lebih teruk.. syukur sangat. Mungkin hasil usaha perubatan cara Islam juga kut.. walAllahualam.. kita berusaha.. Allah memakbulkan doaku. Moga matanya boleh beransur baik selepas ini.. amin.
Kelas-kelas terapi fisio, pertuturan dan cara kerja masih Aimy ikuti di HUKM walau kadang lama menunggu temujanji. Kadang 2 kali sebulan untuk satu-satu jenis terapi, kadang hanya sekali sebulan sahaja. Nak buat macam mana kan, kena beraturlah sementelah ramai berkunjung ke HUKM atas tujuan yang sama dan kena ikut masa ahli terapi. Paling aku rasa seronok, banyak maklumat, tips dan lebih berkesan ketika di Unit Cara Kerja. Di Unit Fisio dan Pertuturan, macam sama sahaja yang diterima setiap kali. Mungkin juga disebabkan Aimy juga susah sedikit nak bekerjasama di kedua-dua sesi terapi tersebut.. hmm entahlah. Susah hati juga bila melihat kurang kemajuan dalam perkembangan Aimy. Pusat EIP di Seksyen 13 Shah Alam tu, tiada pula telefon semula aku untuk menetapkan sesi temujanji seperti yang mereka janjikan. Aku masih tak jemu mencari dan terus mencari pusat EIP untuk Aimy. Kalau tak dapat hantar hari-hari, dapat pergi 'weekend' untuk beberapa jam pun jadilah. Kena usaha lebih ni terus mencari. Susah hati sangat aku memikirkan masa hadapan Aimy.. takkan nak berterusan begini?? Di mana kesudahannya?? Sampai bila nak boleh luangkan masa sendiri betul-betul mengajar Aimy sedangkan aku tak lekang dengan kesibukan. Pagi kelam kabut ke pejabat, petang kelam kabut balik ke rumah. Memang sakit dan bisa-bisa sangat rasanya tempohari. Terutama selepas keluar dari HKL. Nak pergi berurut tiada masa langsung! Susah nak plan segala bila cik abang sibuk kerja siang malam dan hujung minggu sejak beberapa bulan yang lalu. Ada ubahsuai pejabatnya. Dah habis, hal latihan pula. Seminggu ni laa baru nak bernafas sedikit bila dia balik rumah seperti biasa dan ada di hujung minggu. Aduhai.. kalau tak semuanya terpaksa lakukan seorang diri.. huhu.
22 Julai ada temujanji dengan Dr Zarina - Pakar Genetik HUKM untuk kali ke 2. Alahai aku belum hantar gambar yang dipinta. Mereka juga macam terlupa janji mereka untuk mengambil semula darah sebelum temujanji berikutnya. Nampaknya aku kena segerakan mengemail gambar bagi mereka teringat untuk memanggil Aimy untuk ujian kromosom secara lebih mendalam.
Aimy juga masih meneruskan berubat secara ISlam sekali sebulan di rumah seorang ustaz di Seksyen 19. Kami dah rasa mudah berurusan dengan ustaz tersebut. Ustaz pun kata Aimy mempunyai masalah saraf. Alhamdulillah la, nampak juga perubahan Aimy. Dah mula aktif dan riang ria. Lebih sihat dan segar nampaknya.. Matanya pun stabil. Alhamdulillah usaha kami diberkatiNYA..
Sejak Aimy mencapai umur 2 tahun, Aimy makin susah nak bekerjasama dalam sesi terapi kalau tidak kena gaya dan mood dia. Di rumah pun begitu.. aduhai.. Tak tahu bagaimana harus kami lakukan hmm... Ahli terapi minta kami lebih kerap merangsang ('stimulate') di rumah sementelah dia tidak bekerjasama semasa temujanji. Susah hati bila nampak sangat kurang peningkatan dalam 3-4 bulan ni.. huhu. Aimy dan Alesha biasanya hendak tidur awal. Aku pula pukul 7 baru sampai di rumah. Kadang cuba juga luang masa, dapat 10 minit pun jadilah buat senaman atau terapi ringkas untuk Aimy. Tapi itu la,bukan senang.. huhu.
21 Mei lalu pergi berehat di Port Dickson dengan keluarga adik ipar. Saja sewa Ilham Resort di PD kerana aku boleh dapat harga staf. Jadi laa berehat 2 hari 1 malam di PD, buat lari dan merehatkan minda sekejap dari kekalutan. Plan hendak pergi dengan keluarga belah akua. Sudahnya semua tak boleh. Apa pun memang seronok berehat-rehat walau tiada sangat aktiviti hehe. Nanti aku letakkan gambar.
Ok dah pukul 4 lebih dinihari. Kena tidur ni. Tak boleh teruskan walau belum mengantuk dan amat bersemangat dan menulis. Maklumlah dah tertidur awal juga la tadi.. hehe. Apa pun aku terpaksa tidur.
Jumpa lagi.
Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Popular
-
Itulah yang dinyatakan dalam surat rujukan dari Dr Koshy bertarikh 25 Ogos 2010 untuk Pusat Perkembangan Kanak-Kanak HUKM (CDC). Akhirnya ya...
-
Jumaat kelmarin, lunch hour ku luangkan masa di kedai buku Popular Summit USJ untuk mencari buku latihan Alesha dan Adani untuk mereka ulan...
-
Sabtu 31 Julai 2010 Kami bawak report MCUG dari Hospital Sunway ke DEMC (wah sudah 2 bulan berada dalam simpanan kami haha). Disamping itu, ...
-
Alhamdulillah diberi rezeki dan peluang dengan bermulanya tahun 2014 ini, bagi memulakan satu lagi jenis rawatan untuk Aimy. Stimulaterapi...
-
Sekian lama tak bawa anak-anak outing. Dek kerana kesiankan anak-anak, ku terima pelawaan Jiejah mengajak ke Bukit Cerakah Ahad 7 Feb 2010. ...
-
Allahu Akhbar!! (kalau cakap gini kat Aimy, sure dia cuba sedaya upaya letak tangan tepi kepala.. kadang jadi tepi pipi hahaha.. so cute) Sy...
-
18 May 2010, pagi lagi aku dah bawa Alesha jadi spy tengok Adani naik bas rombongan ke kilang coklat..haha. Entah di mana kilang yang mereka...
-
Rubella , commonly known as German measles, is a disease caused by the rubella virus. The name "rubella" is derived from t...
-
11.11.2010 Appoinment 8.30 pagi. Tapi Audiologist jam 9 baru nampak muka. Dah 9.15 baru panggil masuk bilik. Nak cek telinga, Aimy terus nan...
-
Antara gambar-gambar pada hari sabtu 17 Disember kelmarin. Kami turut serta memeriahkan Family Day syarikat tempat aku bekerja. Memang s...