Isnin, 21 Februari 2011

Dugaan orang dugaan buatku juga... huhu.

Sambungan.. 14 Februari

Balik dari PDK Klang, sampai rumah dalam 2.45 petang. Sementara melayan Aimy sekejap, tetiba bibik nak cakap, meluahkan masalah.. huhu. Aduhai.. serabut kepala otak aku.. Dia nak balik Medan dalam waktu terdekat ni, ada hal berbangkit yang perlu diselesaikan berkenaan anaknya. Aduhai kenapalah tak cakap awal. Dia pun baru tahu katanya. Kalau tahu dari pagi tadi, petang ni aku boleh bergegas buat apa-apa yang patut. Fikir punya fikir, aku benarkan dia balik. Yerlah hari ni hari dia. Aku juga ada anak, aku tahu perasaan dia macam mana. Tapi raya dia tak dapat balik la, dah perjanjiannya begitu. Cuma masalahnya, bila raya esok...cuti PERCUMA ada 3 hari.. ni dalam waktu terdekat ni, mana ada cuti UMUM??!! aduhai.. aku dah lah bermasalah dengan cuti. Hal Aimy lagi, hal anak-anak lain lagi, hal aku dan famili sendiri dan mertua lagi..... Serabut kepala sekejap.

Setelah dibincang-bincang, aku suruh dia tetapkan hari yang dia perlu buat urusan di sana. Mudah aku nak rancang cuti. Akhirnya kami bersetuju benarkan dia cuti selama 10hari bermula dari 26 Februari hingga 7 Mac 2011. Harapnya dia jujur dan betul dalam kesusahan.

Setelah ku risik dan ku tanyakan kepada kak Ina (yang dulu membantuku mengambil maid), Bibik nak balik bukan setakat beli tiket feri dan terus balik sahaja rupanya. Aku ingat sekadar perlu buat surat ke imigresen menyatakan dia cuti. Rupanya salah apa yang aku tahu tu. Itu kalau nak balik terus dan tidak kembali ke Malaysia. Kalau balik bercuti lain prosedur yang perlu diikuti. Paling tak tahan, kena pergi ke Kedutaan Indonesia di Jalan Tun Razak, KL nun.. aduhaii.. Dongar jer dah lomah tenaga batin I hahaha. Hmm.. kalau awal pagi isnin dia bagitahu, boleh juga kami plan ke KL petang sementelah memang ambil cuti. Tapi tu laa... tak apalah..redha jerlah..kena laa amik cuti gamaknya...bila ntah la. InsyaAllah ada hikmahNYA kut.

17 Feb tu patutnya Aimy ke HUKM ada terapi pertuturan. Tetapi malam sebelum tak tidur kami membasahkan Aimy yang suhunya dah meningkat 42.2C. Kali ni betul-betul dia demam. Patutlah merengek jer dalam tidur. Mula tu aku terasa kakinya yang panas menendang. Aku periksa suhunya, patutlah panas 39.9C. Aku minta cik abang tolong bancuhkan susu dan ambil ubat demam sementara aku basahkan badan dia dengan tuala lembab dan tenangkan dia dari menangis, tak semena-mena suhu naik lagi kepada 42.2C. Letak 'kool fever' ke dahinya dia marah. Letak di bawah ketiak...dia tak dapat buang. Lepas makan ubat...tak lama tu suhu dia turun semula ke 39.3C. Masih tidak memuaskan hati aku. Asyik menangis dia pun, sakit badan dan kepala agaknya. Memang sampai ke pagi kami tak tidur. Pagi baru Aimy tertidur.. tu pun suhunya hanya turun kepada 38.4C.

Terpaksa tukar plan, sementelah aku dan cik abang cuti separuh hari. Cik abang bawa bibik ke Kedutaan Indonesia manakala aku menjaga Aimy sesambil memantau orang yang membaiki bilik air bilik kami. Agaknya sebab debu dan habuk simen ni membuatkan Aimy demam panas... hmmm. Lama Aimy tidur, penat berjaga malam. Hampir pukul 11 dia terjaga aku terus mandikan. Bagi makan pun dia tak berapa mahu. Aku seawal pagi menelefon bahagian pemulihan HUKM untuk membatalkan temujanji. Alhamdulillah ok jer, cuma aku perlu telefon mereka esok untuk mendapatkan temujanji baru.

Jam 11.40 aku terpaksa bawa Aimy mengambil kakak Adaninya di Tadika. Kasihan pula Aimy, cuaca panas sangat walau berpayung. Tak tentu arah dia bila terlalu silau buat dia...sakit agaknya matanya. Tapi dia sendiri yang tak sabar nak ajak pergi ambil kakaknya. Sampai di tadika, Adani belum keluar. Tapi sekejap sahaja menunggu Adani dah keluar. Kasihan pula aku melihat Adani berjalan perlahan keletihan dan panas. Aimy pun tak selesa sangat dia. Aku rasa aku nak nekad ambil pengangkutan untuk ambil Adani pulang dari Tadika. Tak mahu lagi ikut kata bibik yang beriya nak ambil Adani. Bukan apa, dengan Aimy jadi kerap demam 2 bulan ni, dengan Adani pun kerap kena asthma.. dah tentu tak larat nak berjalan dan tak sesuai untuk berjalan di tengah panas walau tak jauh mana rumah dengan Tadika. Aimy pula bukan boleh sangat jumpa-jumpa orang, mudah nak dapat virus dan jadi sakit. Pada orang lain tak jadi apa, pada dia terus jadi sakit. Tu yang susahnya nak bawa dia keluar. Kena pilih² tempat. Nampak pengetua taska tempat mereka dijaga sebelum ada bibik dulu. Pengetua Taska - Teacher Liza sedang mengambil anak-anak dari tadika dan kemudian nampak pula sedang menurunkan anak-anak di depan taskanya. Nak jer aku bertanyakan, boleh ke dia ambilkan Adani?? hmmm nantilah.

Sampai di rumah leganyaa... haus sangat rasa walau sekekap cuma berjalan keluar. Aimy pun terus minum susunya. Adani pun tak sabar nak susu. Cik abang yang berada di Kedutaan Indonesia asyik sms memberitahu perkembangan di sana. Dah laa bilangan yang dia kena tunggu 200 orang. Orang yang ada di situ pastinya 1000+ orang. Terjadi pergaduhan lagi dalam tu kata cik abang haha. Kaget cik abang...takut riot katanya hahaha.

Alhamdulillah, akhirnya cik abang dan bibik selamat pulang dan sampai rumah hampir jam 1 tengahari. Malangnya tak dapat berbuat apa-apa. Kata orang kedutaan, duti fiskal telah dimansuhkan, jadi bibik tak perlu risau tentang nak membayarnya. Ok tak mengapalah, maka surat kami membenarkan bibik cuti dan minta pelepasan duti fiskal tu tak perlulah. Tapi sepatutnya passpot bibik ditukar ke alamat kami di sini untuk memudahkannya pulang ke sini tanpa banyak hal dan masalah di imigresen Indonesia nanti. Tetapi, itu tak dapat dilakukan kerana kata mereka, bibik masuk ke sini selepas 29 Jun 2009 iaitu selepas arahan pembekuan pengeluaran pembantu rumah dari negara mereka. Walaupun bibik masuk dan berkerja di negara ini secara sah, mereka tak bertanggungjawab atas kemasukan bibik. Aikkk... kan kedutaan mereka juga yang mengesahkan permohonan kami dulu??? Aduhai pening... Mereka nasihatkan kami agar menjaga betul-betul passpot bibik, jangan bagi hilang dan jangan bagi rosak. Kalau hilang dan rosak, takut mereka tak dapat membantu. Aduhai... buat penat jer pergi ke sana dari pagi hari sampai tengahari... buang masa jer. Tapi kalau tak pergi, lagi tak tahu. Tak apalah, tawakal jer laa agar bibik dipermudahkan urusan pulang ke Medan dan balik ke rumahku nanti... Aminn...

Sabtu lepas seawal pagi kami ke Jeti Pulau Ketam, mencari tiket feri untuk bibik. Alhamdulillah dengan mudah jumpa jalan (sebelum ni aku pernah pergi dengan menaiki komuter, itu pun sekali sahaja). Mudah juga untuk membeli, cumanya banyak aku bertanya nak kan kepastian. Bibik perlu ada di jeti jam 9.00-9.30 pagi 26 Februari ni. Manakala balik dari Tanjung Balai pada 7 Mac nanti pula, dia perlu ada di jeti jam 8-9 pagi di jeti Tanjung Balai. Harapnya bibik balik seperti yang dijanjikan. Itu pun, bukan main ayat dia nak pusing-pusing minta nak lanjut kut terasa nak lanjut. "Kita ni kan manusia kan puan, kalau bibik tak dapat balik 7 haribulan tu bagaimana?". Aku jawab "Mana boleh bik, kita kan dah janji.. bibik cuti 10 hari sahaja. Saya pun dah janji dengan boss saya. Saya dah kekurangan cuti bik... banyak hal lagi perlu saya cuti. Janganlah mungkir janji dengan saya. Ini Aimy sakit lagi.. Opah (mak aku) pun bukan boleh jaga Aimy. Dia dah tak larat nak dukung Aimy. Sebab tu saya tetapkan tarikh, agar tak jadi masalah tak ada tiket, feri penuh dan sebagainya. Bibik dah tahu nak kena balik 7 haribulan, bibik dah kena sedia ahad tu untuk pulang ke sini. Jangan buat pasal tau bik... kesian Aimy nanti.

Selepas dapat tiket, kami ke Mydin Mall USJ mencari baju sukan untuk Alesha. Sempat aku menebus mata kad kredit Maybank ku haha.. Sebab aku dah jumpa apa aku hajati di Mydin, dan aku tahu Mydin boleh tebus on-the-spot. Maka aku menebus baucar tunai RM200... Aku beli apa tau... aku beli oven!! hahaha.. Jadilah dapat oven 35liter jenama Elba.. jadilah...bukan aku beriya nak membakar pun...Cuma terasa nak ada untuk masak-masak. Yang penting nampak barang depan mata dari baucar tu.. takde laa habis begitu sahaja hehe. Sempat juga rembat cadar katil bujang buat bibik, souvenir perkahwinan berbentuk uncang telur sebagai buah tangan aku utk tetamu bibik nanti, set alat tulis untuk anak bongsu bibik, beli barang dapur sket, beli buku latihan untuk anak-anak - alesha nak exam minggu depan. Seronok laks memebeli dah lama tak shopping haha.

Balik, bibik tengok barangan kami beli, dia pula nak minta bawakan ke Mydin nak membeli barang dan cadar (dah aku kata murah dan kain elok haha). Malam tu aku yang bawa dia dan anak-anak ke Mydin pula. Cik abang jaga Aimy di rumah. Lama bibik memilih baju kurung moden. Wow taste dia mengalahkan aku huhu. Mahal tu baju dia beli hahahaha. Pasu beli bag besar cam nak gi haji pula hehe. Dia beli cadar 3 set. Oleh kerana Mydin pun dah nak tutup, maka balik laa kami. Kalau tak mau ada lagi dia nak membeli tu walau duit habis terus aku tengok dalam purse dia hahaha. Tak kisah laa bik.. asal kau bahagia hehe


Haa lupa nak cerita, khamis minggu lepas aku menelefon PDK Shah Alam. Mula aku bercakap dengan suara yang agak muda. Katanya memang mereka terima kanak-kanak 2 tahun, tapi nanti dia tanya Puan Suriati. Bercakap dengan Puan Suriati, dia kata ikutkan boleh, tapi kena datang dulu tengok macam mana la. Tapi dia tak boleh nak bagi kata putus, kena telefon Puan Norliza pula untu kepastian. Dia beri nombor telefon mudah alih Puan Norliza. Sedangkan Pn Norliza tu cuma berada di pejabat atas tempat Pn Suriati tu bercakap..hmm. Tak mengapalah, aku call pula Puan Norliza. Dia jawab dengan baik laa. Katanya mereka tak boleh menolak. Tapi dia pun minta aku datang dulu bawa Aimy. Cara dia 'menolak' sangat halus haha. Katanya di situ paling kecik berumur 4 tahun dan paling besar berumur 26 tahun. Jadi 2 tahun tu dia rasa kecil sangat lagi. Tapi apa pun, datanglah dulu kita tengok keadaan macam mana. Dia minta buat temujanji dulu bila nak datang. Takut dia tak ada di PDK tersebut. InsyaAllah aku akan pergi. Paling tidak kalau mereka terima, dekat sedikit aku nak berulang hari-hari. Kalau tak jauh sangat nak ke Klang.

4 ulasan:

  1. kak tika, sayadah p g PDK Shah Alam. RUmahnya coner lot, tp kecik sesgt. kat hall penuh dgn meja dan kerusi kecil, kat dining room letak satu tv n penuh budak2 kat situ. klu ada yg tido, tido la tu jer. yg penjaganya pakai selipar (yg rambu ramba-x tau name)lantainya, tak bersih, tak sesuai utk aimy yg sensitif. Alat terapi x ada, tp katanya ada tapi dah simpan sbb tak ada therapist. saya diberitahu yg ada sorg bapa menemankan anaknya (umur 3,4 bln x silap) dtg pagi, x wat apa pun. duduk saje tggu time balik sbb nak cukupkan syarat dapat elaun. lagipun diorg cam x de pngalam jer. x tau la..ikut kak tika..saya ada wat entry pasal PDK Shah alam ni..

    BalasPadam
  2. Jue
    akak tak pergi pun lagi PDK Shah Alam tu. Dulu pun ada yg cakap cam Jue ni. Pastu mereka pun cam berat nak terima kita. So akak rasa terpaksa batalkan jer la. PDK Klang pun akak tak pasti boleh pergi ke tidak. Macam² hal ni. Runsing rasa... Appoinment Aimy di HUKM pun kerap juga walau bukan tetiap minggu. Jadi kami hold dulu pergi PDK setakat ini. Kadang kesian gak kat dia, dia dah la jenis sensitif. Dibawa ke sana ke mari, dia tak tahan. Tak boleh dibawa lasak. Mudah letih dan demam dek persekitaran.

    Jue call akak haritu ek? Sorry laa... terlupa terus nak call balik haha. Nanti akak sms. Telefon akak dah nazak kalau call hehe.

    BalasPadam
  3. hii tika..sy xtau tika dpt blog sy dri mne.anywy thanz coz jdi fllwer sy..actually kondisi ank sy lbey kureng sma ngn si amy..bezanye ank sy lelaki n dh brusi 3thun lebey...n beza yg pling ketara ank sy lom d operate g mtanye..
    camnie la klu tika ada fesbuk,,tika leh add sy sieqin shukor atau email sy d sieqinkelisa@yahoo.com.my coz byk yg sy ingin brtanya pd tika..hrp kte dpt brkongsi..sekian..

    BalasPadam
  4. Salam Sieqin.
    Saya haritu dalam kebosanan, saya search nama Aimy... sekali keluar macam-macam, termasuk bog-blog yang keluarkan cerita anak saya yang mereka ambil dari majalah dan suratkhabar. Tu yang boleh add awak, sebab awak pun ada masalah anak yang sama.

    Boleh saja kita berkongsi cerita.. Saya nak tinggalkan pesan di blog awak tadi, tapi tiada tempat pula ... huhu

    BalasPadam

Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku

Catatan Popular