Selasa, 8 Februari 2011

boy dan PDK Klang Selatan

Alahaiiii Alesha.. kerap benar pula dia dok ulang sejak akhir-akhir ni. Dia tak tahu betapa risau ibunya dengan permintaannya itu..huhu. Tapi tu laa, terus terang jalan terbaik walau dia tak faham ahaks. Sebab dia tak faham keadaan adik dia sangat tu yang dia asyik ulang yang sama... "ibu, alesha teringin adik boy.. adik girl dah banyak dah.. dah 2" hahaha.

Geram campur gelihati bila cik abang menyampuk, "nanti ayah bincang dengan ibu macam mana nak selesaikan" hahahahha.. Pastu paling tak tahan, mereka berdua siap plan dan mereka cipta banyak nama untuk baby boy.. SubhanaAllah hahahaha. Ada satu nama tu cam nama atok yang kelakar giler tu.. hahahaha. Alesha... aleshaa...

Hanya Allah yang tahu perasaan aku macam mana. Memang aku teringin anak 4 orang (itu yang kami suami isteri plan pun sejak awal kahwin dulu), dan kalau boleh setidaknya ada seorang lelaki pun jadilah. Tapi itu laa, umur aku dah berapa, dengan keadaan bila mengandung yang agak teruk. Paling kesian Aimy la, dia amat perlu perhatian dan masa untuk dia. Sekarang ni pun asyik tak cukup masa, apatah kalau ada bayi lagi. Kemudian aku juga takut, takut nanti isimewa juga macam mana?? Tak mampu rasanya nak jaga ramai-ramai.

Isnin lepas kami cuti. Selepas cik abang baiki tangki yang rosak (dari petang sabtu tak ada air huhu - dah la cik abg gi Kuantan.. jenuh kami mandi berangkut air huhu), kami terus bersiap mencari Pejabat Kebajikan Masyarakat Klang. Sesat dan berpusing jer kerjanya hahaha.. Dah jumpa, kakitangan di situ kata tak perlu datang situ, terus ke PDK sahaja. Pulak...??!! Maka kami mencari PDK Klang Selatan pula.. berpusing-pusing dan sesat lagi. Akhirnya 'instinct' aku juga yang betul macam masa mencari JKM tadi.

Kami disambut mesra oleh kakitangan dan pelajar yang masih tak pulang dari PDK. Huh dah jam 1.15 tengahari baru sampai situ. Punyalah sesat dari jam 11.30 pagi tu.. ponek den! haha. Pn Rusnah terangkan dan jelaskan semua yang patut. Jadual harian PDK, siapa yang bertugas, apa keperluan dan sebagainya. Tapi paling diulangnya bab bayaran elaun dari JKM kini sudah berkurangan dan kadang tiada. Kalau ada pun, tahun depannya baru dapat. Aku tak kisah laa bab duit dan elaun tu. Bukan itu tujuan aku datang. Aku datang nak dapatkan pendidikan dan terapi yang bagus buat Aimy. Yang lebih intensif. Kalau boleh dengan harga yang rendah atau murah kerana kami tak pasti kami mampu ke tidak kalau terlalu mahal. Lagi satu, katanya sebenarnya PDK Klang Selatan ini dah mempunyai 100++ pelajar. Tapi disebabkan mereka tak datang serentak dan ada yang dah lama sangat tak datang, dan di mana pula akan ditempatkan pada yang nak datang tapi tiada tempat? Jadi hendak tak nak, mereka terpaksa menerima siapa yang datang sebelum bulan Mac 2011.

Setelah semua difahami (aku fahamkan jer walau banyak sangat sampai tak berapa faham jadinya hahaha). Kami diminta ke JKM Klang semula untuk mendapatka surat pengesahan dari Pn Siti Hajar. Ini yang dikatanya asyik berulang alik ibu bapa anak-anak dek prosedur jabatan yang tak menentu. Tapi katanya, Pn Siti Hajar tahu, tunjukkan sahaja kad Puan Rusnah tersebut dan ia akan buatkan surat/borang dan sebagainya.

Anak-anak sempat bermain segala alat bantuan dalam PDK tersebut.. aduhai, kecoh dibuat budak berdua ni. Dengan selamber minta air dari Puan Rusnah.. malunyaaa... huhu hahaha. Kami keluar dari PDK jam baru menunjukkan 1.45 tengahari. Nak ke JKM dah tentu masa makan tengahari begini tiada yang akan melayan di pejabat mereka. Jadi kami putuskan untuk mencari makan dulu. Kasi anak-anak rehat dan mengisi perut.

Selesai makan, patah balik ke JKM. Aduhai memang kami kurang bernasib baik hari tu.. dah laa sesat, kena ulang alik ke JKM 2-3 kali, sudahnya tak boleh buat apa sebab Pn Siti Hajar MC rupanya. Patutlah mereka tadi suruh terus ke PDK sahaja... alahai...Balik laa kami dengan kehampaan. Masa balik rasa jauh pula nak sampai rumah.. hmmm. Kena banyak fikir ni. Tetiba rasa nekad nak telefon semula PDK Shah Alam..huhu.

7 ulasan:

  1. salam..Tika,
    Saya pn tgh tunggu call dr Pn.Maznah iaitu penyelia PDK Klang Utara...bila la nk dipanggilnya?Humaira dah x sabar nak gi sekolah...

    BalasPadam
  2. tika : tika nak tau dari senin lepas sampai ari jumaat saya kejar puan siti hajar ni, cuti la, mc la, n jumaat ari tu ada perbarisan plak katanya. cuma senin ni jer tak call lagi..mcm2 kan diorg ni. dah macam menyusahkan. tika dah call PDK Shah alam ker? saya rasa baik tak payah sbb saya dah p g situ n tempatnya, no komen..

    BalasPadam
  3. Noni, PDK Klang Utara kat Kapar ek? dekat ke dari Shah Alam??

    Jue.. saya tak tau bila lagi masa nak pergi mencari Pn Siti Hajar tu. Hmm nampak gayanya, entah bila laa Aimy nak belajar.

    Tapi bila difikir balik, PDK semua ni dah penuh. Tu yang banyak songel mereka.. Kita pun tak boleh salahkan mereka. Kita pun jadi payah sebab cuti tak berapa cukup. Appoinment hospital lagi, appoinment terapi dan segala doktor lagi. Nak pergi kelas lagi. Semua nak kita bersama, payah juga..

    Saya rasa, saya hold dulu setakat ini. Tapi Pn Rusnah dah ambil salinan dokumen yang kami bawa tempohari.

    Tak apalah, kita solat isthikarah... mana tau ada pilihan yang lebih baik utk anak² kita

    BalasPadam
  4. tika, saya dah tepon pn siti hajar n minta saya dtg arie senin.. dia ada.. klu tika nak p g sekali boleh contact saya.. PDK yg kat shah alam tu x ada alat exercise..lagi pun tempatnya daif sgt..

    BalasPadam
  5. jue.. terima kasih.
    Nanti saya cuba. Isnin depan memang saya cuti half day. Cumanya nak bawa Aimy tu payah sikit kalau tak ada orang. Dia tak nak duduk dlm car seat laa.. meraung tak hingat. Stroller pun tak nak...

    eh camne nak dapat no tel jue ya?

    BalasPadam
  6. tak ok ke PDK shah alam tu jue? Dah pergi ya??

    BalasPadam
  7. tika email no tepon tika kat puteri.jue@gmail.com ye..
    PDK shah alam tu daif sesangat...

    BalasPadam

Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku

Catatan Popular