Isnin, 21 Februari 2011

Dugaan orang dugaan buatku juga... huhu.

Sambungan.. 14 Februari

Balik dari PDK Klang, sampai rumah dalam 2.45 petang. Sementara melayan Aimy sekejap, tetiba bibik nak cakap, meluahkan masalah.. huhu. Aduhai.. serabut kepala otak aku.. Dia nak balik Medan dalam waktu terdekat ni, ada hal berbangkit yang perlu diselesaikan berkenaan anaknya. Aduhai kenapalah tak cakap awal. Dia pun baru tahu katanya. Kalau tahu dari pagi tadi, petang ni aku boleh bergegas buat apa-apa yang patut. Fikir punya fikir, aku benarkan dia balik. Yerlah hari ni hari dia. Aku juga ada anak, aku tahu perasaan dia macam mana. Tapi raya dia tak dapat balik la, dah perjanjiannya begitu. Cuma masalahnya, bila raya esok...cuti PERCUMA ada 3 hari.. ni dalam waktu terdekat ni, mana ada cuti UMUM??!! aduhai.. aku dah lah bermasalah dengan cuti. Hal Aimy lagi, hal anak-anak lain lagi, hal aku dan famili sendiri dan mertua lagi..... Serabut kepala sekejap.

Setelah dibincang-bincang, aku suruh dia tetapkan hari yang dia perlu buat urusan di sana. Mudah aku nak rancang cuti. Akhirnya kami bersetuju benarkan dia cuti selama 10hari bermula dari 26 Februari hingga 7 Mac 2011. Harapnya dia jujur dan betul dalam kesusahan.

Setelah ku risik dan ku tanyakan kepada kak Ina (yang dulu membantuku mengambil maid), Bibik nak balik bukan setakat beli tiket feri dan terus balik sahaja rupanya. Aku ingat sekadar perlu buat surat ke imigresen menyatakan dia cuti. Rupanya salah apa yang aku tahu tu. Itu kalau nak balik terus dan tidak kembali ke Malaysia. Kalau balik bercuti lain prosedur yang perlu diikuti. Paling tak tahan, kena pergi ke Kedutaan Indonesia di Jalan Tun Razak, KL nun.. aduhaii.. Dongar jer dah lomah tenaga batin I hahaha. Hmm.. kalau awal pagi isnin dia bagitahu, boleh juga kami plan ke KL petang sementelah memang ambil cuti. Tapi tu laa... tak apalah..redha jerlah..kena laa amik cuti gamaknya...bila ntah la. InsyaAllah ada hikmahNYA kut.

17 Feb tu patutnya Aimy ke HUKM ada terapi pertuturan. Tetapi malam sebelum tak tidur kami membasahkan Aimy yang suhunya dah meningkat 42.2C. Kali ni betul-betul dia demam. Patutlah merengek jer dalam tidur. Mula tu aku terasa kakinya yang panas menendang. Aku periksa suhunya, patutlah panas 39.9C. Aku minta cik abang tolong bancuhkan susu dan ambil ubat demam sementara aku basahkan badan dia dengan tuala lembab dan tenangkan dia dari menangis, tak semena-mena suhu naik lagi kepada 42.2C. Letak 'kool fever' ke dahinya dia marah. Letak di bawah ketiak...dia tak dapat buang. Lepas makan ubat...tak lama tu suhu dia turun semula ke 39.3C. Masih tidak memuaskan hati aku. Asyik menangis dia pun, sakit badan dan kepala agaknya. Memang sampai ke pagi kami tak tidur. Pagi baru Aimy tertidur.. tu pun suhunya hanya turun kepada 38.4C.

Terpaksa tukar plan, sementelah aku dan cik abang cuti separuh hari. Cik abang bawa bibik ke Kedutaan Indonesia manakala aku menjaga Aimy sesambil memantau orang yang membaiki bilik air bilik kami. Agaknya sebab debu dan habuk simen ni membuatkan Aimy demam panas... hmmm. Lama Aimy tidur, penat berjaga malam. Hampir pukul 11 dia terjaga aku terus mandikan. Bagi makan pun dia tak berapa mahu. Aku seawal pagi menelefon bahagian pemulihan HUKM untuk membatalkan temujanji. Alhamdulillah ok jer, cuma aku perlu telefon mereka esok untuk mendapatkan temujanji baru.

Jam 11.40 aku terpaksa bawa Aimy mengambil kakak Adaninya di Tadika. Kasihan pula Aimy, cuaca panas sangat walau berpayung. Tak tentu arah dia bila terlalu silau buat dia...sakit agaknya matanya. Tapi dia sendiri yang tak sabar nak ajak pergi ambil kakaknya. Sampai di tadika, Adani belum keluar. Tapi sekejap sahaja menunggu Adani dah keluar. Kasihan pula aku melihat Adani berjalan perlahan keletihan dan panas. Aimy pun tak selesa sangat dia. Aku rasa aku nak nekad ambil pengangkutan untuk ambil Adani pulang dari Tadika. Tak mahu lagi ikut kata bibik yang beriya nak ambil Adani. Bukan apa, dengan Aimy jadi kerap demam 2 bulan ni, dengan Adani pun kerap kena asthma.. dah tentu tak larat nak berjalan dan tak sesuai untuk berjalan di tengah panas walau tak jauh mana rumah dengan Tadika. Aimy pula bukan boleh sangat jumpa-jumpa orang, mudah nak dapat virus dan jadi sakit. Pada orang lain tak jadi apa, pada dia terus jadi sakit. Tu yang susahnya nak bawa dia keluar. Kena pilih² tempat. Nampak pengetua taska tempat mereka dijaga sebelum ada bibik dulu. Pengetua Taska - Teacher Liza sedang mengambil anak-anak dari tadika dan kemudian nampak pula sedang menurunkan anak-anak di depan taskanya. Nak jer aku bertanyakan, boleh ke dia ambilkan Adani?? hmmm nantilah.

Sampai di rumah leganyaa... haus sangat rasa walau sekekap cuma berjalan keluar. Aimy pun terus minum susunya. Adani pun tak sabar nak susu. Cik abang yang berada di Kedutaan Indonesia asyik sms memberitahu perkembangan di sana. Dah laa bilangan yang dia kena tunggu 200 orang. Orang yang ada di situ pastinya 1000+ orang. Terjadi pergaduhan lagi dalam tu kata cik abang haha. Kaget cik abang...takut riot katanya hahaha.

Alhamdulillah, akhirnya cik abang dan bibik selamat pulang dan sampai rumah hampir jam 1 tengahari. Malangnya tak dapat berbuat apa-apa. Kata orang kedutaan, duti fiskal telah dimansuhkan, jadi bibik tak perlu risau tentang nak membayarnya. Ok tak mengapalah, maka surat kami membenarkan bibik cuti dan minta pelepasan duti fiskal tu tak perlulah. Tapi sepatutnya passpot bibik ditukar ke alamat kami di sini untuk memudahkannya pulang ke sini tanpa banyak hal dan masalah di imigresen Indonesia nanti. Tetapi, itu tak dapat dilakukan kerana kata mereka, bibik masuk ke sini selepas 29 Jun 2009 iaitu selepas arahan pembekuan pengeluaran pembantu rumah dari negara mereka. Walaupun bibik masuk dan berkerja di negara ini secara sah, mereka tak bertanggungjawab atas kemasukan bibik. Aikkk... kan kedutaan mereka juga yang mengesahkan permohonan kami dulu??? Aduhai pening... Mereka nasihatkan kami agar menjaga betul-betul passpot bibik, jangan bagi hilang dan jangan bagi rosak. Kalau hilang dan rosak, takut mereka tak dapat membantu. Aduhai... buat penat jer pergi ke sana dari pagi hari sampai tengahari... buang masa jer. Tapi kalau tak pergi, lagi tak tahu. Tak apalah, tawakal jer laa agar bibik dipermudahkan urusan pulang ke Medan dan balik ke rumahku nanti... Aminn...

Sabtu lepas seawal pagi kami ke Jeti Pulau Ketam, mencari tiket feri untuk bibik. Alhamdulillah dengan mudah jumpa jalan (sebelum ni aku pernah pergi dengan menaiki komuter, itu pun sekali sahaja). Mudah juga untuk membeli, cumanya banyak aku bertanya nak kan kepastian. Bibik perlu ada di jeti jam 9.00-9.30 pagi 26 Februari ni. Manakala balik dari Tanjung Balai pada 7 Mac nanti pula, dia perlu ada di jeti jam 8-9 pagi di jeti Tanjung Balai. Harapnya bibik balik seperti yang dijanjikan. Itu pun, bukan main ayat dia nak pusing-pusing minta nak lanjut kut terasa nak lanjut. "Kita ni kan manusia kan puan, kalau bibik tak dapat balik 7 haribulan tu bagaimana?". Aku jawab "Mana boleh bik, kita kan dah janji.. bibik cuti 10 hari sahaja. Saya pun dah janji dengan boss saya. Saya dah kekurangan cuti bik... banyak hal lagi perlu saya cuti. Janganlah mungkir janji dengan saya. Ini Aimy sakit lagi.. Opah (mak aku) pun bukan boleh jaga Aimy. Dia dah tak larat nak dukung Aimy. Sebab tu saya tetapkan tarikh, agar tak jadi masalah tak ada tiket, feri penuh dan sebagainya. Bibik dah tahu nak kena balik 7 haribulan, bibik dah kena sedia ahad tu untuk pulang ke sini. Jangan buat pasal tau bik... kesian Aimy nanti.

Selepas dapat tiket, kami ke Mydin Mall USJ mencari baju sukan untuk Alesha. Sempat aku menebus mata kad kredit Maybank ku haha.. Sebab aku dah jumpa apa aku hajati di Mydin, dan aku tahu Mydin boleh tebus on-the-spot. Maka aku menebus baucar tunai RM200... Aku beli apa tau... aku beli oven!! hahaha.. Jadilah dapat oven 35liter jenama Elba.. jadilah...bukan aku beriya nak membakar pun...Cuma terasa nak ada untuk masak-masak. Yang penting nampak barang depan mata dari baucar tu.. takde laa habis begitu sahaja hehe. Sempat juga rembat cadar katil bujang buat bibik, souvenir perkahwinan berbentuk uncang telur sebagai buah tangan aku utk tetamu bibik nanti, set alat tulis untuk anak bongsu bibik, beli barang dapur sket, beli buku latihan untuk anak-anak - alesha nak exam minggu depan. Seronok laks memebeli dah lama tak shopping haha.

Balik, bibik tengok barangan kami beli, dia pula nak minta bawakan ke Mydin nak membeli barang dan cadar (dah aku kata murah dan kain elok haha). Malam tu aku yang bawa dia dan anak-anak ke Mydin pula. Cik abang jaga Aimy di rumah. Lama bibik memilih baju kurung moden. Wow taste dia mengalahkan aku huhu. Mahal tu baju dia beli hahahaha. Pasu beli bag besar cam nak gi haji pula hehe. Dia beli cadar 3 set. Oleh kerana Mydin pun dah nak tutup, maka balik laa kami. Kalau tak mau ada lagi dia nak membeli tu walau duit habis terus aku tengok dalam purse dia hahaha. Tak kisah laa bik.. asal kau bahagia hehe


Haa lupa nak cerita, khamis minggu lepas aku menelefon PDK Shah Alam. Mula aku bercakap dengan suara yang agak muda. Katanya memang mereka terima kanak-kanak 2 tahun, tapi nanti dia tanya Puan Suriati. Bercakap dengan Puan Suriati, dia kata ikutkan boleh, tapi kena datang dulu tengok macam mana la. Tapi dia tak boleh nak bagi kata putus, kena telefon Puan Norliza pula untu kepastian. Dia beri nombor telefon mudah alih Puan Norliza. Sedangkan Pn Norliza tu cuma berada di pejabat atas tempat Pn Suriati tu bercakap..hmm. Tak mengapalah, aku call pula Puan Norliza. Dia jawab dengan baik laa. Katanya mereka tak boleh menolak. Tapi dia pun minta aku datang dulu bawa Aimy. Cara dia 'menolak' sangat halus haha. Katanya di situ paling kecik berumur 4 tahun dan paling besar berumur 26 tahun. Jadi 2 tahun tu dia rasa kecil sangat lagi. Tapi apa pun, datanglah dulu kita tengok keadaan macam mana. Dia minta buat temujanji dulu bila nak datang. Takut dia tak ada di PDK tersebut. InsyaAllah aku akan pergi. Paling tidak kalau mereka terima, dekat sedikit aku nak berulang hari-hari. Kalau tak jauh sangat nak ke Klang.

Selasa, 8 Februari 2011

boy dan PDK Klang Selatan

Alahaiiii Alesha.. kerap benar pula dia dok ulang sejak akhir-akhir ni. Dia tak tahu betapa risau ibunya dengan permintaannya itu..huhu. Tapi tu laa, terus terang jalan terbaik walau dia tak faham ahaks. Sebab dia tak faham keadaan adik dia sangat tu yang dia asyik ulang yang sama... "ibu, alesha teringin adik boy.. adik girl dah banyak dah.. dah 2" hahaha.

Geram campur gelihati bila cik abang menyampuk, "nanti ayah bincang dengan ibu macam mana nak selesaikan" hahahahha.. Pastu paling tak tahan, mereka berdua siap plan dan mereka cipta banyak nama untuk baby boy.. SubhanaAllah hahahaha. Ada satu nama tu cam nama atok yang kelakar giler tu.. hahahaha. Alesha... aleshaa...

Hanya Allah yang tahu perasaan aku macam mana. Memang aku teringin anak 4 orang (itu yang kami suami isteri plan pun sejak awal kahwin dulu), dan kalau boleh setidaknya ada seorang lelaki pun jadilah. Tapi itu laa, umur aku dah berapa, dengan keadaan bila mengandung yang agak teruk. Paling kesian Aimy la, dia amat perlu perhatian dan masa untuk dia. Sekarang ni pun asyik tak cukup masa, apatah kalau ada bayi lagi. Kemudian aku juga takut, takut nanti isimewa juga macam mana?? Tak mampu rasanya nak jaga ramai-ramai.

Isnin lepas kami cuti. Selepas cik abang baiki tangki yang rosak (dari petang sabtu tak ada air huhu - dah la cik abg gi Kuantan.. jenuh kami mandi berangkut air huhu), kami terus bersiap mencari Pejabat Kebajikan Masyarakat Klang. Sesat dan berpusing jer kerjanya hahaha.. Dah jumpa, kakitangan di situ kata tak perlu datang situ, terus ke PDK sahaja. Pulak...??!! Maka kami mencari PDK Klang Selatan pula.. berpusing-pusing dan sesat lagi. Akhirnya 'instinct' aku juga yang betul macam masa mencari JKM tadi.

Kami disambut mesra oleh kakitangan dan pelajar yang masih tak pulang dari PDK. Huh dah jam 1.15 tengahari baru sampai situ. Punyalah sesat dari jam 11.30 pagi tu.. ponek den! haha. Pn Rusnah terangkan dan jelaskan semua yang patut. Jadual harian PDK, siapa yang bertugas, apa keperluan dan sebagainya. Tapi paling diulangnya bab bayaran elaun dari JKM kini sudah berkurangan dan kadang tiada. Kalau ada pun, tahun depannya baru dapat. Aku tak kisah laa bab duit dan elaun tu. Bukan itu tujuan aku datang. Aku datang nak dapatkan pendidikan dan terapi yang bagus buat Aimy. Yang lebih intensif. Kalau boleh dengan harga yang rendah atau murah kerana kami tak pasti kami mampu ke tidak kalau terlalu mahal. Lagi satu, katanya sebenarnya PDK Klang Selatan ini dah mempunyai 100++ pelajar. Tapi disebabkan mereka tak datang serentak dan ada yang dah lama sangat tak datang, dan di mana pula akan ditempatkan pada yang nak datang tapi tiada tempat? Jadi hendak tak nak, mereka terpaksa menerima siapa yang datang sebelum bulan Mac 2011.

Setelah semua difahami (aku fahamkan jer walau banyak sangat sampai tak berapa faham jadinya hahaha). Kami diminta ke JKM Klang semula untuk mendapatka surat pengesahan dari Pn Siti Hajar. Ini yang dikatanya asyik berulang alik ibu bapa anak-anak dek prosedur jabatan yang tak menentu. Tapi katanya, Pn Siti Hajar tahu, tunjukkan sahaja kad Puan Rusnah tersebut dan ia akan buatkan surat/borang dan sebagainya.

Anak-anak sempat bermain segala alat bantuan dalam PDK tersebut.. aduhai, kecoh dibuat budak berdua ni. Dengan selamber minta air dari Puan Rusnah.. malunyaaa... huhu hahaha. Kami keluar dari PDK jam baru menunjukkan 1.45 tengahari. Nak ke JKM dah tentu masa makan tengahari begini tiada yang akan melayan di pejabat mereka. Jadi kami putuskan untuk mencari makan dulu. Kasi anak-anak rehat dan mengisi perut.

Selesai makan, patah balik ke JKM. Aduhai memang kami kurang bernasib baik hari tu.. dah laa sesat, kena ulang alik ke JKM 2-3 kali, sudahnya tak boleh buat apa sebab Pn Siti Hajar MC rupanya. Patutlah mereka tadi suruh terus ke PDK sahaja... alahai...Balik laa kami dengan kehampaan. Masa balik rasa jauh pula nak sampai rumah.. hmmm. Kena banyak fikir ni. Tetiba rasa nekad nak telefon semula PDK Shah Alam..huhu.

Ahad, 6 Februari 2011

Play & Learn !!

Ini atas permintaan sahabat senasib, Jue. Aku pamerkan di sini apa yang aku ada dan beli untuk anakku Aimy Sufia. Mulanya Aimy hanya menggunakan sahaja permainan yang dipunyai kakak-kakaknya. Ada yang masih elok ada yang dah tak sempurna hehe. Tapi kali ni kami tambahkan untuk meningkatkan kebolehan Aimy Sufia. Tidak kira dari segi kemahiran motor atau IQ.

Ini antara yang terbaru kami beli.

Ini kami beli di sebuah kedai alat permainan yang semuanya berasaskan pembinaan IQ dan motorskil kanak-kanak yang terletak di tingkat 1, Summit USJ.




Ini pula antara yang baru sangat kami beli semalam di sebuah kedai LIMA SEN yang terletak di Sitiawan, Perak (bertentangan dengan EconSave). Kebetulan kami pulang ke kampung kan hehe.







MURAH saja tau..!! Semua di atas saya boleh dapat dengan jumlah harga RM18.50 sahaja. BERBALOI!!

Keputusan yang ditunggu...

2 Februari 2011

Agak lewat sedikit kali ni kami sampai di meja pendaftaran kepada 3 unit terapi HUKM. Lebih 20 minit lewat huhu...maafkan kami. Nasib baik laa cikgu terapi pertuturan Aimy masih ok menerima kedatangan kami. Kami dibenarkan meneruskan temujanji.

Cikgu Lina suka mendenagr Aimy dah membunyikan sesuatu sekiranya dia berkehendakkan sesuatu. Sebenarnya Aimy memang faham kita bercakap dan bagi arahan kepada dia. Cuma dia tak pandai lagi nak menggunakan bahasa yang sepatutnya. Apa pun bunyi-bunyi yang seragam memang dah lama keluar dari mulutnya. Aimy juga dah pandai memilih dan mengiyakan kalau kita bertanya pada dia. Tapi dengan cara dia sendiri hehe. Alhamdulillah laa nampak juga perkembangan bahasanya. Namun usaha perlu diteruskan lagi. Aimy bukan sahaja perlu diperkenal dengan perkataan-perkataan, tapi kini dengan terjemahan sesuatu perkataan dan sesuatu benda itu. Contohnya "Aimy nak apa? Nak Payung? Nak Payung yang mana? Ohhh yang 'pink'... wahhh cantiknya payung pink..!" Lebih kurang begitulah. Cikgu Lina juga menyuruh kami berikan Aimy pilihan untuk dia menerangkan yang mana satu dia mahu. Tapi memang itu kami telah lakukan di rumah.. hehehe.

Aimy memang sangat suka bila Cikgu Lina tiupkan 'bubble'. Dia tunjukkan espresi dirinya melalui muka, kepala, tangan dan kakinya... tergedik-gedik semuanya...kelakar dan comel! haha. Kelam kabut dia mencari 'bubble' yang berterbangan hehe. Oleh kerana bilik terapi pertuturan ini kecil dan tertutup, Aimy sering mengajak ke pintu. Disuruhnya kami buka pintu. Kemudian bila dia dah tak boleh fokus, dia cuma bermain dengan kerusi dan bakul permainan. Bukan permainan, tetapi bakulnya hahaha.

Dalam 9 lebih selesai kelas terapi pertuturan Aimy. Buat pula temujanji seterusnya.





Selepas ke kaunter pandaftaran semula dan dapatkan kembali buku temujanji Aimy, kami terus ke Pusat Perkembangan Kanak-kanak (CDC) di aras G. Temujanji di sana 11.30 pagi. Kami mulanya menunggu di luar. Kemudian cik abang mula tak menyabar menunggu kan.. hehe. Dia minta buku temujanji dan nak cuba minta diawalkan sekiranya boleh. Alhamdulillah dapat pula tuh!! hahahaha.. Kami yang ke 5. Jadi tetap kena menunggu. Ingatkan akan jadi pukul 11.30 juga, sebab memang dari duduk di lama, kepanasan dek ramai orang, kami keluar pula menunggu di luar CDC. Bawa Aimy sekitar kawasan depan CDC sementelah dia dah mula melasak kebosanan. Alhamdulillah memang cepat kami dipanggil dari masa temujanji asal. Jam 10 pagi kami dah dipanggil berjumpa Doktor Pakar Kanak-kanak yang bertugas di CDC hari itu.

Kali ni bukan Dr Rajini lagi. Doktor lain pula. Perempuan juga, berbangsa India Serani mungkin. Tapi cantik hehe. Pelbagai soalan disoalnya aku. Ada soalan yang sama seperti dulu ada soalan yang bertujuan mengemaskini perkembangan Aimy berbanding 6 bulan yang lepas. Ada soalan-soalan baru. Memang nampak ada perubahan walau tak secara keseluruhannya. Cumanya kali ni Aimy agak bekerjamsa sedikit dengan Doktor dan kurang mengamok bila didekati doktor. Tapi bila disentuh dan dipegang, mula laa aksi menyumbangkan lagunya haha.

Sesambil Doktor menyoal, doktor juga menyampaikan keputusan ujian darah, kromosom dan air kencing Aimy tempohari. ALHAMDULILLAH semua ujian adalah NORMAL!! Syukur ALhamdulillah. Jadi tiada kromosom 21 atau sebagainya seperti kanak-kanak yang biasanya mempunyai pelbagai sindrom. Tapi perlu diingatkan, ujian tersebut hanya 'base-line' sahaja, dan bukan secara mendalam yang memeriksa segala molekul kromosom dan sebagainya. (ini menurut pemahaman aku atas keterangan yang doktor berikan). Jadi tiada antara kami yang menjadikan Aimy tidak normal dari segi genetiknya, sepatutnya la.

NAMUN, Doktor tegas menyatakan, kemungkinan Aimy mempunyai satu jenis sindrom yang dia sendiri belum pasti. Kemudian dia mula memeriksa Aimy secara lebih lanjut walaupun sebelum itu doktor dah puas memandang Aimy dari atas ke bawah dan keliling. Dia buka zip baju Aimy, dilihatnya belakang dan bahu aimy yang banyak bulu roma. Dia lihat telinga, dibuka mulut melihat lelangit dan tekak. Diketuk lutut Aimy dengan alat macam pemukul drum ada piring di hujung tu. Dibelek pula jari jemari Aimy di tangan dan kaki. Dilihat pula tulang belakang, dirasanya tulang kaki dan punggung. Dirasanya tapak kaki. Dipegang dan diukurnya besar kepala Aimy.

Doktor kali ini agak berterus terang walau dia sendiri tak pasti lagi. Katanya Aimy mungkin ada sejenis sindrom yang dinamakan 'Rubenstin-Tybie syndrome'. Itu cuma apa yang dia rasa kemungkinan Aimy ada dari segala yang ada pada Aimy. Dia mahu kami berjumpa pakar genetik kanak-kanak untuk mengesahkan hal ini. Kes Aimy akan dirujuk kepada Dr Zarina di Jabatan Paedetrik HUKM. Katanya bulu roma yang lebat di belakang bahu Aimy, ibu jari yang besar, hidungnya, telinganya yang sedikit rendah, lelangitnya yang sedikit tinggi, kepalanya yang kecil (terlalu kecil bila ditunjuk graf - dibanding dengan ukuran normal). Kelopak mata aimy yang macam tertarik turun, dan Aimy ada masalah mata juga antara petanda 'RTS'. Katanya tempurung kepala Aimy lambat membesar berbanding otaknya, jadi ini yang menjadikan perkembangannya lambat dan mengganggu tumbesaran Aimy. Kiranya sindrom inilah yang membuatkan Aimy ada 'Global Developmental Delay'. Katanya GDD tak akan berlaku tanpa sebab. Pasti ada sebab, dan untuk Aimy setakat ini dia rasakan 'RTS' adalah penyebab utama.

Namun doktor kata, tak semua petanda dan simptom penghidap RTS Aimy ada, sebab itulah dia tak dapat pastikan. Dan dia juga bukanlah pakar yang boleh memperkatakan hal genetik itu secara tepat. Tambahan pula ujian kromosom Aimy menunjukkan kromosom Aimy normal dan tidak mengganggu. Manakala ujian jantung, buah pinggang dan pundi kencing Aimy juga adalah normal (dulu periksa di hospital-hospital swasta). Namun salah satu yang sememangnya Aimy ada yang mungkin diakibat oleh RTS tersebut ialah SEMBELIT! Sembelit pasti berlaku pada kanak-kanak RTS. Jika Aimy disahkan RTS, menu diet Aimy perlu ditukar atas nasihat doktor kelak. Apa pun doktor dah suruh kami ambil ubat untuk membantu sembelit Aimy di farmasi padetrik. Ia ubat yang selamat digunakan dalam tempoh yang lama katanya. Memang pun, itu juga yang kami dapat di DEMC. Tapi dah tak larat berulang dan asyik perlu menuntut surat jaminan dari insuran syarikat cik abang yang seksa nak keluarkan 'GL' tu huhu. Boleh saja kalau pergi ke KPJ Sgor, panel syarikat aku. Tapi cam tak seronok pula bertukar doktor yang dah serasi dengan Aimy - Dr Koshy.

Hmmm.. tak terkata, hanya Allah yang tahu. Apa yang ku harap Aimy pulih dari semua ini dan dapat membesar dengan sihat dan sempurna. Aminnn...

Doktor juga tanya tentang terapi yang telah kami pergi di HUKM. Dia tanya, sama ada kami ada hantar Aimy ke kelas EIP. Kami nyatakan yang kami memang sedang mencari yang terdekat dengan kami. Tapi kami masih kurang sumber. Beliau meminta pembantunya mencari risalah-risalah pusat EIP di sekitar Subang Jaya dan Shah Alam yang mereka simpan. Alhamdulillah ada 3-4 yang boleh kami cuba tinjau nanti. InsyaAllah. Aimy perlu diberi EIP untuk merapatkan jarak kebolehannya berbanding kanak-kanak sebayanya.

Kemudian dia meminta kebenaran kami untuk mengambil gambar muka, tangan (jari jemari aimy) dan kaki aimy. Hanya menggunakan kamera telefon sahaja. Doktor ini lebih peramah dan ceria. Lebih lembut dengan kanak-kanak. Aku suka. Tapi entah kenapa susah aku nak mencari namanya. Puas ku tenung kad nama yang tergantung di lehernya. TIADA nama ku lihat. Aku agaknya yang tak perasan haha.

Kami keluar bilik doktor dalam jam 10.35, menunggu sebentar surat rujukan doktor buat Dr Zarina dan arahan untuk mengambil ubat. Temujanji seterusnya pada bulan Ogos pula..huhu lamanya. Setelah dapat surat rujukan tersebut, buku temujanji dan sedikit penerangan kakitangan CDC di mana kami perlu buat temujanji dengan Dr Zarina dan di mana kami harus mengambil ubat, kami terus bergegas ke bahagian padetrik. Ingatkan boleh buat temujanji terus, rupanya nak kena tunggu Dr Zarina baca dulu surat rujukan dari Doktor di CDC tersebut pula. Alahai. Kata petugas kaunter, mereka akan hubungi aku atau cik abang bila temujanji akan ditetapkan.

Selesai di jabatan padetrik, kami ke kaunter farmasi padetrik. Ambil nombor dan serah buku temujanji. Aku ikut seperti yang diterangkan dek kakitangan CDC tadi. Setelah lama menunggu (aimy mula sangat melasak dan tak boleh diam), nombor dipanggil. Bukan ubat diberi, tapi kami disuruh pergi semula ke klinik asal dan minta slip bil. Cik abang tak faham, dia suruh aku yang tanyakan semula pada orang lain di kaunter farmasi tersebut. Aku tanyakan kembali, rupanya dalam sistem menunjukkan nama Aimy berstatus BERBAYAR sedangkan dia ada kad OKU dan sepatutnya berstatus PERCUMA. Sekiranya berstatus BERBAYAR, kami perlu ada slip bil untuk mengambil ubat. Aduhai dah jadi satu hal melambatkan pula. Cik abang mula lain macam sikit bila lama menunggu. Aimy pula tak diam dan mula tak tentu arah, jadi menduga kesabaran sedikit.

Aku bergegas ke CDC semula meninggalkan cik abang menguruskan Aimy di tempat menunggu depan farmasi padetrik. Laju berjalan dah tak pandang orang. Geram sedikit rasanya, hal sedikit begitu patut boleh diuruskan sesama kakitangan sendiri. Ini pesakit yang kena uruskan pergi ke sana ke mari. Aduhai.. Sampai di CDC pula, orang tengan ramai. Puas menunggu baru aku dilayan. Kakitangan tersebut faham apa yang aku maksudkan, tapi dia cuak pula bila senarai ubat Aimy hilang dari sistem bawah nama Aimy. Aku main teka jer, aku cakap kat dia.. "tak apa kut kak, farmasi tu dah keluarkan kut senarai ubat Aimy tu". Dia pun terus rasa lega dan pastikan status BERBAYAR telah ditukar kepada PERCUMA. Denga laju aku ucapkan terima kasih dan terus keluar.

Sampai di farmasi, aku lihat Aimy dah tertidur di bahu cik abang yang dah mencuka masam dek lama menunggu haha. Bukan salah aku pun kan huhu. Terus aku berikan semula buku temujanji yang ku usung ke CDC tadi dan bagitahu status dah ditukar. Ingatkan terus dapat ubat, tapi kena juga tunggu 5 minit huhu. Bila nombor dipanggil aku dah jadi khayal dek kemengahan, sampai kena ditepuk kasar bahu aku dek cik abang. Tersentak aku. Terus aku ke kaunter, 2 botol besar ubat sembelit Aimy huhu. Kena makan 5ml sekali sehari. Sungguh tak mesra, aku tanya kalau tak ok sembelit dia, boleh ke makan 2-3 kali? (sebab doktor yang kata boleh). Dia geleng kepala dan cakap "sekali sahaja". Aku diam. Dia catat sesuatu pada slip ubat. Aku terpandang nama yang tercatat.. NUR AIMY SUFIA??? Aikk ni mesti CDC yang salah taip ni. Aku pernah terperasan dulu. Aku ingat mereka dah betulkan. Tapi masih ada. Aku cakap pada staff farmasi tu pulak, dia jadi salah faham. Dia ingat aku maksudkan nama tu orang lain dan yang aku maksudkan orang lain. Aku cuma cakap nama anak aku tiada NUR. Pastu terus aku cakap, "tak apalah...biarlah, salah tiada NUR sahaja.. tetap orang yang sama". Pelik tu aku cakap begitu baru dia faham dan angguk dan potong nama NUR dari slip tu. Tapi apa pun kesannya, bukan ubah dalam sistem. Jadi sama sahajalah, tetap taida perubahan macam status berbayar tadi hahaha. Selepas masukkan sendiri 2 botol besar ubat tersebut ke dala bag kertas yang disedia di kaunter farmasi, aku terus mengikut cik abang yang dah jauh laju meninggalkan aku menuju ke tempat letak kereta.

Catatan Popular