Anak sulungku Alesha Sufia lahir melalui kaedah pembedahan(emergency)pada 01 April 2004 dengan berat 3.32kg. Adani Sufia merupakan anak keduaku, berjaya dilahirkan secara normal pada 13 September 2006 dengan berat yang amat mengejutkan iaitu 4.1kg. Si kecil Aimy Sufia dilahirkan pada 20 April 2009 secara normal dengan berat 3.1kg sahaja dan si kecil inilah 'special needs child' yang membuat lahirnya blog ini.
Ahad, 19 Disember 2010
Persiapan di bulan Disember..
Alhamdulillah... lega rasanya dah banyak yang yang telah dapat diadakan dan dipersiapkan untuk Alesha Sufia ke sekolah rendah tahun hadapan. Tak sabar pula nak melihat dirinya lengkap berpakaian sekolah dan memulakan persekolahannya. Harapnya anak ibu berjaya dunia akhirat.. amin
Persiapan telah kami mulakan pada 27 November lepas dengan membeli pakaian sekolahnya - 4 pasang baju kurung yang lengkap dengan 3 helai tudung dan 4 helai anak tudung serta 2 pasang kasut dan 6 pasang stoking. Murah juga yang kami dapat di kedai Pakaian Hari-Hari. Terima kasih kepada Intan yang mengsyorkan kami ke sana. Kualitinya pun nampak ok.. Kena pakai dulu kut baru tahu hehe. Tapi rasanya, insyaAllah ok. Beli saiz besar sikit. Bukan apa, takut 6 bulan dah senteng kalau beli ngam-ngam. Budak-budak cepat membesar. Rasa nak tambah lagi sepasang baju kurung dan sehelai lagi tudung. Mudah nanti nak iron sekali harung semua untuk seminggu. Tudung pula 4 pun cukup rasanya. Nanti dapat tag nama pun 4 jer.. cukuplah diulang pakai.
Bag sekolahnya pula kami beli pada 7 Disember. Cuti Maal Hijrah. Tak plan pun, ingat tunggu gaji akan datang baru cari. Maklumlah bag ni mahal sikit. Ramai yang suruh carikan bag beroda kerana masa sekolahnya agak panjang dari pagi ke petang. Kesian pula nak dipikul bag ke hulu hilir nanti. Masa tu di JJ Bukit Raja.. ke sana sebab dah janji nak menonton Repunzel dengan anak-anak. Ahad sebelum kami pergi tak sempat mengejar waktu tayangaan Repunzel (yang membuat kami menonton filem AKU TAK BODOH!.. WOW sungguh menarik filem yang selamber ini.. penuh mesej dan kelakar). Sementelah tiket TGV FREE masih ada.. maka tunaikanlah janji pada anak. Waktu tayangan lambat lagi la pulak, ada lagi sejam lebih masa tu. Maka berjalanlah kami meronda sekitar 'shopping complex' itu. Terlihat jualan promosi Balik Sekolah di perkarangan tengah kompleks. Oleh siapa lagi kalau tak JJ. Kami kami pun tengok-tengoklah.. Tengok harga takut rasa haha. Tapi ntah macam mana terjumpa juga yang harga amat berpatutan dan sangat cantik! Rasa patut terus beli. Maka apa lagi rembat jer laa.. hehe. Alesha ni ok, tak banyak karenah. Dia leh terima cadangan walau dia ada pilihan lain.. hehe. Beli underware mereka sekali hehe.
Menurut kata Kak Mila bas sekolah, dia akan datang mengutip bayaran bulan Januari dan menyerahkan kad bayaran bermula 25 Disember. Kena bersedialah membayar yuran bas sekolah pula. Harapnya kakak tu bagus membawa bas anak-anak sekolah. Ramai juga jiran tetangga yang anak mereka naik bas yang sama. Ok la kut.. insyaAllah...amin..
Hasil berborak dengan Intan di dalam FB juga membuat aku segera membuat panggilan ke sekolah Alesha untuk bertanyakan hal Senarai Yuran dan Buku untuk Tahun 1. Rupanya memang ya kena ambil di sekolah. Tapi tak pasti pula WAJIB ke tidak sediakan sbeleum buka sekolah. Tapi dah staff di pejabat sekolah kata surat dan senarai tersebut keluar pada 13 Disember. Maka pagi 13 Disember aku dah ke sekolah Alesha sebelum ke pejabat. Alhamdulillah sempat juga membeli beberapa buku yang ada dan tersenarai dalam senarai yang diberi dan sempat juga membayar yuran yang boleh dibayar sebelum sekolah dibuka. Buku Tahun 1 banyak yang tiada, kena datang sekali lagi la nampaknya.. nak follow-up tu yang malas benarnya.. takut lupa hehe. Yuran-yuran besar lain hanya boleh dibayar pada 1 dan 2 Januari kelak. Kiranya sebelum sekolah dibuka juga la. 29 Disember pula hari orientasi Tahun 1.
Wah banyak juga wang ringgit yang diperlukan untuk Alesha masuk SRAI Seksyen 19 ni. Tapi yerlah, banding dengan sekolah kebangsaan biasa + KAFA.. mungkin lebih kurang saja atau lebih sikit SRAI. Tambahan pula SRAI ada yuran makan tengahari yang perlu dibayar setiap bulan. Tapi demi anak nak belajar, kami adakan juga duit itu. InsyaAllah Allah lapangkan rezeki kita.. insyaAllah...aminnnn.
Sejak 6 Disember aku ke hulu hilir menguruskan pembaharuan permit bibik. Bermula dengan membeli wang pos di pejabat pos, kemudian ke pejabat Fomema di PKNS Shah Alam dan kemudian 2 kali ke klinik yang telah ku pilih untuk membuat Fomema biik, juga ke KPJ Selangor untuk urusan x-tray yang perlu dibuat di berlainan tempat dari klinik (tak seperti dulu) dan akhirnya menunggu keputusan fomema di online. Mula tu suspen juga bila dah siap borang fomema, bibik period pula. Dah nak kena tunggu dia bersih. Nasiblah sekejap jer.. 3 hari dah bersih..hehe. Klinik pula tak mahu buat yang lain-lain dulu. Tunggu bersih katanya. Aduhai.. cuak gak aku sebab takut tak sempat siap sebelum tarikh tamat permit 27 Disember. Tapi setelah ujian fomema dibuat 10 Disember, keputusan online di web fomema telah lulus pada 17 Disember (lambat sikit, dulu 5 hari jer), aku bergegas pada waktu rehat tengahari 17 Disember itu juga ke imigresen untuk terus membuat permit, levi dan visa bibik. Syukur Alhamdulillah semuanya telah selesai.. Lega!! Bukan mudah dan bukan murah hendak mempunyai pembantu rumah warga asing ni. Dah la proses pengambilan lama dan mahal, proses pembaharuan permit, visa dan levi pun banyak hal perlu dilalui dan harganya bukanlah sedikit. Fomema saja dah RM190, Permit+Levi+Visa dah RM445.. Selama 3 tahun kena begitu. Selepas itu rasanya dah tak perlu pemeriksaan fomema tak salah. Harapnya berbaloilah dengan bibik yang ada. Aku dah cukup bersyukur kalau dia baik dan kasih dengan anak-anak..
Baru jumaat malam sabtu yang lepas mendaftar semula Adani Sufia ke Krista Kindergarten. (Alhamdulillah cik abang dapat bonus setengah bulan. Lepaslah untuk urusan pendaftaran Tadika Adani.. syukur). Itu mengikut kehendak cik abang. Aku dah berhajat nak hantar Adani ke Genius Aulad Seksyen 23. Tapi cik abang tak bersetuju, katanya jauh dan susah nanti apa-apa hal. Hmmm... ikut jer la.. ada betul gak katanya. Tapi bila membayar yuran pendaftaran dan buku malam sabtu tu, rasa cam ralat gak dia.. Sebab bayaran untuk umur 5 tahun bukan lagi RM180 setiap bulan, tapi RM200 setiap bulan. Adoiii mahal laks rasa.. dah laa kalau nak tambah kelas iqra kena tambah RM40 lagi. Kalau kat Genius Aulad semua dah masuk dalam yuran bulanan tu. Tiada bayaran tambahan untuk kelas tambahan lain. Bayaran pendaftaran pun lebih mahal Krista dari Genius Aulad haha. Tapi tu laa, pengangkutan jadi masalah sikit kalau di Genius Aulad. Pergi ok, nak balik susah hati dibuatnya. Van mahal sangat! hehe. Alesha dulu di Al Husni, kelas iqranya cuma RM15 hehe. Alesha laju juga menghabiskan iqra sebab dikira 2 kali belajar.. di tadika belajar, di rumah pun belajar dengan jiran yang merupakan Ustaz. Jadi rasanya adani ni perlu belajar juga 2 kali macam kakaknya. Lambat sikit dia ni nak beralih iqranya. Nantilah fikir lagi apa harus diputuskan untuk Adani. Apa pun nanti ada free gift kata Teacher Anne, Ada cap, bag sekolah dan botol air agaknya.
Manalah orang sekarang tak merungut kan! Bayaran nak masuk tadika saja dah nak dekat RM1000!! aduhai... kalah ibu masuk U tau!! Yang bestnya bila bibik tahu, terus dia tak bagi Adani balik dengan van. Dia nak ambil masa balik. Pergi memang kami yang hantar. Dah banyak kali benarnya dia cakap hal ni, dari tengah tahun haritu. Tapi Aimy kerap sakit dulu, tak sampai hati aku nak dia diusung ke sana ke mari. Aku bukan tak nak bagi awalnya, tapi risau takut hujan ribut, panas terik.. nak berpayung dengan Aimy lagi.. Kata bibik lagi Aimy pun dah besar, dah jarang sakit.. tadika Adani pun cuma selang selorong dan Adani pun 11.30 pagi dah boleh balik. Hmm betul gak tu.. Hmm entahlah, setakat ni kami setuju dulu cadangan bibik. Tengok dulu macam mana.
Sekarang ni tengah fikir nak cari insurans kereta dan buat pembaruan cukai jalan untuk kereta kesayanganku itu hehe. Duit lagi!! haha.. Nasib la NCD (NCD ke NCB? haha) dah 55% dan kereta pun value dah rendah...maklumlah kereta dah hampir 12 tahun kekeke. Roadtax pun tak mahal.. dah cc rendah. Tapi walau tak banyak...3-4 ratus juga laa kena sedia.. huhu.
Sekolah Aimy bagaimana pula?? Aduhai asyik lupa nak pergi survey lagi. Tapi jauh juga kalau yang swasta tuh.. tengoklah macam mana nanti. Kalau nak pergi, kena bawa Aimy. Nak daftar pun pasti menuntut ringgit malaysia lagi. Tapi aku masih simpan duit yang rakan-rakan Kelab Isteri KMC sedeqah. Memang duit itu aku dah berhajat untuk pendaftaran sekolah Aimy nanti. Tapi kena gak cari yang bulanan tak membebankan kan? Hmm.. fikir dan cari cepat!!
Fuhh...!! Disember yang penuh dengan permintaan kewangan. Apa pun Alhamdulillah semuanya insyaAllah dipermudahkan dan dicukupkan Allah rezeki itu..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Itulah yang dinyatakan dalam surat rujukan dari Dr Koshy bertarikh 25 Ogos 2010 untuk Pusat Perkembangan Kanak-Kanak HUKM (CDC). Akhirnya ya...
-
Jumaat kelmarin, lunch hour ku luangkan masa di kedai buku Popular Summit USJ untuk mencari buku latihan Alesha dan Adani untuk mereka ulan...
-
Sabtu 31 Julai 2010 Kami bawak report MCUG dari Hospital Sunway ke DEMC (wah sudah 2 bulan berada dalam simpanan kami haha). Disamping itu, ...
-
Alhamdulillah diberi rezeki dan peluang dengan bermulanya tahun 2014 ini, bagi memulakan satu lagi jenis rawatan untuk Aimy. Stimulaterapi...
-
Sekian lama tak bawa anak-anak outing. Dek kerana kesiankan anak-anak, ku terima pelawaan Jiejah mengajak ke Bukit Cerakah Ahad 7 Feb 2010. ...
-
Allahu Akhbar!! (kalau cakap gini kat Aimy, sure dia cuba sedaya upaya letak tangan tepi kepala.. kadang jadi tepi pipi hahaha.. so cute) Sy...
-
18 May 2010, pagi lagi aku dah bawa Alesha jadi spy tengok Adani naik bas rombongan ke kilang coklat..haha. Entah di mana kilang yang mereka...
-
Rubella , commonly known as German measles, is a disease caused by the rubella virus. The name "rubella" is derived from t...
-
11.11.2010 Appoinment 8.30 pagi. Tapi Audiologist jam 9 baru nampak muka. Dah 9.15 baru panggil masuk bilik. Nak cek telinga, Aimy terus nan...
-
Antara gambar-gambar pada hari sabtu 17 Disember kelmarin. Kami turut serta memeriahkan Family Day syarikat tempat aku bekerja. Memang s...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku