18 Disember Alesha dan Adani kami bawa ke pejabat LesCopaque untuk sesi pengenalan dan taklimat berkenaan Aimation Parade yang akan mereka sertai pada 24 Disember ini. Pembahagian kumpulan menjadikan Alesha dan Adani satu group. Team mereka bernama TADIKA MESRA. Sempena nama tadika dalam siri Upin & Ipin di TV9. Sedikit latihan dibuat. Sungguh seronok melihat gelagat budak-budak. Ada yang disuruh berganjak sedikit duduk untuk meluruskan barisan pun menangis hahahha. Tapi seperti di tadika sebenar juga, yang menangis pasti kanak-kanak lelaki haha.
Mereka diberitahu apa yang perlu dibuat ketika perarakan. Ada sesikit lakonan untuk dipersembahkan di depan VVIP. Sangat mudah dan pendek... hanya perlu menggayakan sambil mengalunkan "Seelamat Pagi Cikgu!!" (ala siri Upin Ipin)... haha so cute!!
24 December
Aku cuti hari ini. Banyak hal nak diuruskan. Ayah dan makcik pun ada rumah, sampai petang Khamis. Tapi mereka pun dah nak bergerak ke rumah kakak makcik jam 11 pagi. Selepas Aimy tidur sebentar, kami ke DEMC untuk jumpa paeditrician Dr Koshy. Risau Aimy dah hampir 2 minggu demam. Apa pun alhamdulillah dia cuma diberi ubat. Tekak merah kata doktor. Biasalah budak seprti dia, lambat nak baik demam. Kalau tak ok juga dengan ubatan, dia suruh kembali next week. Tak lama, sekejap jer dah selesai..lega sebba takut tergesa-gesa nak ke SACC pula. Balik rumah, makan dan solat.. terus keluar kembali.
Aku membawa Alesha dan Adani untuk menyertai Animation Parade Karnival Upin & Ipin di Shah Alam Convention Centre atau SACC. Seawal jam 2 petang kami dah berada di SACC. Sampai saja kami, mendaftar sekali lagi, ambil bag sekolah, kupon makanan, voucher pembelian barangan dan uniform 'Tadika Mesra'. Aku bawa anak-anak masuk ke tandas untuk menyalin pakaian. Dah siap, tunggu arahan selanjutnya untuk bergerak. Lama juga menunggu, sampai sempat mereka bermain dengan staf dan krew Les Copaque. Seronok melihat yang lain bersiap. Ada yang menyerupai Upin Ipin, ada yang menyerupai Mei Mei dan ada yang sememangnya pelakon suara siri Upin dan Ipin. Seronok juga memerhati gelagat orang...dah lama tak buat begitu haha.
Tepat jam 3.30 semua diarah beratur dan keluar ke hadapan SACC Mall. Jauh pula rasa berjalan haha. Lama juga menunggu di depan SACC Mall. Sempat menonton sekumpulan pemuzik ala Scottish. Wah hensem-hensem nyerr mereka ni..!! kacuk kah?? Kemudian melihat pula maskot-maskot yang telah bersedia untuk acara Animation Parade tersebut.
Tepat jam 4 petang acara bermula. Perarakan bermula di atas jalan raya di hadapan SACC Mall. Ada tetamu kehormat, tapi aku sendiri tak kenal hahaha. Yang pasti tuan empunya syarikat yang makin mencipta nama ini terlalu SEMPOI!! sesekala aku lihat macam Raisudin Hamzah pun ada hehe. Bila tiba masa team Tadika Mesra lalu di hadapan tetamu kehormat, ramai pula melindungi aku. Lenguh tangan aku mengangkat v-cam yang ku pinjam dari adikku untuk memastikan gelagat anak-anakku dapat dirakamkan. Tapi tu laa, walau v-cam tersebut amat ringan.. ke arah lain juga perginya bila kita tak nampak apa yang dipapar di dalam skrin v-cam tersebut. Cik abang di sebelah sana, dia cuba rakamkan melalui kamera kecil kami. Tapi gelagat Adani amat kelakar.. Cute pergerakan dia. DIa bab begini memang lebih berkebolehan dari kakaknya hehe.
Selesai perarakan watak-watak animasi (termasuk anak-anakku), ada upacara perasmian di dalam SACC pula. Bukan saja ada potongan riben, ucapan dan segala penyampaian penghargaan... ada band jemputan juga rupanya. Kumpulan PADI dari Indonesia. Baru aku ingat mereka berkerjasama untuk menghasilkan lagu Upin Ipin yang melambangkan pendamaian antara kedua buah negara di samping antara agenda promosi Upin Ipin ke Indonesia. Memang amat menarik persembahan mereka yang mendendangkan 2-3 buah lagu.
Selesai di dalam dewan SACC tersebut, kami berkumpul semula di tempat persiapan tadi. Beri alamat kepada mereka untuk sijil penyertaan dan kami terus pulang. Seronok anak-anak dapat bawa pulang semua yang mereka pakai termasuk set bag.
Lega dah selesai. Alhamdulillah anak-anak amat seronok dan penat mereka berbaloi dengan semua barang yang perolehi. Dapat bag U&I paling mereka seronok sebab dalam tu ada 3 barang sebagai set bag, iaitu bag sekolah, pensil case dan pouch. Wah tetiba banyak pula bag mereka di rumah hahaha. Kaya bag!! Rimas pula tengok banyak-banyak. Tapi sayang semua, semua ada kenangan hehe. Ayah mereka berjanji akan bawa mereka datang lagi esok lusa untuk melawat sehabisnya karnival tersebut dan menggunakan voucher yang diberi. (Hari Ahad kami pergi, tapi sebentar sahaja.. dalam 1-2 jam sahaja si situ. Dapat mereka main dalam sesi pameran, dapat beli patung palstik U&I dnegan voucher yang dihadiahkan....itu pun dah cukup gembira mereka. Alhamdulillah! Sekurang-kurangnya kami tak perlu berhabis duit pergi vacation dan aktiviti mahal lain. Aktiviti percuma sebegini banyak... kena pandai cari dan terjah bila ada. Nasib mereka sporting dalam bekerjasama.
ada lagi gambar.. kemudian upload.. tak sempat hehe
dah try... tak dapat nak upload semua.. nape ek??
so setakat ini sahajalah tatapan untuk kalian.
Anak sulungku Alesha Sufia lahir melalui kaedah pembedahan(emergency)pada 01 April 2004 dengan berat 3.32kg. Adani Sufia merupakan anak keduaku, berjaya dilahirkan secara normal pada 13 September 2006 dengan berat yang amat mengejutkan iaitu 4.1kg. Si kecil Aimy Sufia dilahirkan pada 20 April 2009 secara normal dengan berat 3.1kg sahaja dan si kecil inilah 'special needs child' yang membuat lahirnya blog ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Itulah yang dinyatakan dalam surat rujukan dari Dr Koshy bertarikh 25 Ogos 2010 untuk Pusat Perkembangan Kanak-Kanak HUKM (CDC). Akhirnya ya...
-
Jumaat kelmarin, lunch hour ku luangkan masa di kedai buku Popular Summit USJ untuk mencari buku latihan Alesha dan Adani untuk mereka ulan...
-
Sabtu 31 Julai 2010 Kami bawak report MCUG dari Hospital Sunway ke DEMC (wah sudah 2 bulan berada dalam simpanan kami haha). Disamping itu, ...
-
Alhamdulillah diberi rezeki dan peluang dengan bermulanya tahun 2014 ini, bagi memulakan satu lagi jenis rawatan untuk Aimy. Stimulaterapi...
-
Sekian lama tak bawa anak-anak outing. Dek kerana kesiankan anak-anak, ku terima pelawaan Jiejah mengajak ke Bukit Cerakah Ahad 7 Feb 2010. ...
-
Allahu Akhbar!! (kalau cakap gini kat Aimy, sure dia cuba sedaya upaya letak tangan tepi kepala.. kadang jadi tepi pipi hahaha.. so cute) Sy...
-
18 May 2010, pagi lagi aku dah bawa Alesha jadi spy tengok Adani naik bas rombongan ke kilang coklat..haha. Entah di mana kilang yang mereka...
-
Rubella , commonly known as German measles, is a disease caused by the rubella virus. The name "rubella" is derived from t...
-
11.11.2010 Appoinment 8.30 pagi. Tapi Audiologist jam 9 baru nampak muka. Dah 9.15 baru panggil masuk bilik. Nak cek telinga, Aimy terus nan...
-
Antara gambar-gambar pada hari sabtu 17 Disember kelmarin. Kami turut serta memeriahkan Family Day syarikat tempat aku bekerja. Memang s...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku