8 December lepas ada 2 appoinment @HUKM.. Fisio dan pertuturan.
Inilah pertama kali ibu berani bawa kamera dan ambil gambar. Tu pun hanya sempat dalam kelas fisio jer.
Kelas fisio untuk Aimy hari ini agak bagus berbanding lepas-lepas. Mahu bekerjasama sedikit kiranya..hehe. Mungkin sebba ini kelas pertama, berbanding sebelum.. asyik fisio dapat selepas kelas pertuturan. CIkgu Aimy puji Aimy dah boleh stabil duduk, dah boleh meragas/memanjat dengan memaut.. boleh berdiri sekejap. Tapi merangkak, masih 2-3 hayun dan malas... hehe. Cikgu beriya nak ajar Aimy merangkak juga.. nak bagi kuat lutut katanya. Tapi macam dalam gambar di bawah ni laa jadinya.. Akhirnya dia lebih berminta nak gigit floor mat dan asyik dengan struktur floor mat yang bergelombang tu haha. Sudah la masa datang dia begitu 'asyik' merenung cermin di sekeliling dinding. Seronok sangat tengok cermin.. sampai cermin pun nak dijilat hehe
Itu keceriaan di kelas fisio. Bila beralih ke kelas pertuturan.. dia dah macam kurang nak kerjasama. Masa Cikgu Lina ajak main 'bubble' dia sangat teruja sampai terhayun rancak kaki dan tangan hehe. Tapi selepas itu dia mula dah boring. Bagi minum susu (dah ala minta susu dah), sakan dia menyonyot macam lapar dan ngantuk sangat haha. Yerlah tidur lewat, penat berjalan semalam. Sudahnya ibu hanya mendengar cikgu Lina memberi tips dan cara nak mengukur apa yang Aimy telah boleh dalam pertuturan. Hmm agak payah benarnya... hmm akan cuba...pasti. InsyaAllah
Tapi memang sekarang Aimy rancak mengeluarkan suaranya. KAdang dia merungut sendirian.. so cute!! Aku suka dengar haha. KAdang tu kuat dia bagai menyatakan suatu. Nak orang faham kehendak dia. KAdang tu memanggil kita sampai kita ambil dukung dia. Tapi aku rasa dah lama dia tak sebut "buuuu...." alahai napa yer.. tapi sekarang dah pandai sesikit bunyi aiiiyyaaah hehe
Ikutkan aku ras anak half day hari ni. Tapi malas pula. Entah kenapa lesu rasa badan. Terlelap aku di depan tv selepas Aimy juga tidur. Cik abang dah lama ke pejabat semula. Terjaga sebab teringat tak solat zohor. Terus solat dan ajak 2 anak dara ku yang tak reti-reti diam tu ke perpustakaan. Menjerit keseronokkan mereka. Tak sabar, terus mandi bertukar baju. Sempat aku makan dan solat sementara mereka bersiap. Tapi lama pula mereka menunggu aku kekekke. Belum pukul 3 dah gerak Perpustakaan Awam Shah Alam. Telah sekian lama tak pergi, ingat-ingat lupa aku di mana. Tapi aku rasa cam ada Muzium juga sebangunan dengannya.
Alhamdulillah sampai dengan jayanya tanpa sesat hehe. Masuk, tengok sana sini. MAsuk bahagian kanak-kanak. Ajak mereka lepak kerusi meja paling belakang. Suruh mereka cari sendiri buku mereka hendak sementara aku mengisi borang pendaftaran keahlian. Selesai borang diisi, ke hadapan semula ke kaunter pendaftaran. Kena bagi IC aku dan 20 sen setiap pendaftaran (sebagai bayaran potostat IC aku untuk setiap borang). Sekali dah selesai, teringat pula aku sendiri rasanya belum daftar di sini. tapi macam pernah. Isi jer lah borang. Bila disemak memang aku belum pernah jadi ahli di PASA... di Perpustakaan Awam Negara ya pasti.
Alahai tak boleh lama kami di dalam. Allergic jadi masing-masing. Dengan Alesha dan Adani bersin-bersin... dan aku tiba-tiba jadi selsema.. Cepat-cepat ambil buku mereka suka, ambil kad ahli yang telah siap di kaunter pendaftaran, dan terus pinjam hehe. ^ buah buku jer kami pinjam. Guna kad Alesha dan Adani. Aku malas pinjam. Aku tak dapat kad, kerana IC yang menjadi kad ahli bagi kategori dewasa di perpustakaan tersebut.
Di perpustakaan pun sempat mereka bergaduh kerana berebut buku!
Keluar perpustakaan, tengok jam masih awal. Aku ajak mereka ke Muzium di sebelah sahaja. Tiada bayaran dikenakan. Bagus... layann kami 3 beranak masuk ke dalam terjah sana sini. Awal tu agak lain macam gak rasa. Dah lah sunyi tak ramai pengunjung... Tapi makin lama makin ok.
Ini di bahagian Sejarah Islam.
Ini antara barangan yang mempunyai tulisan ALLAH dan dikira salah dan menghina.
Apa pun puas hati dan happy masa tak terbuang begitu saja.. yang penting anak-anak happy!
Anak sulungku Alesha Sufia lahir melalui kaedah pembedahan(emergency)pada 01 April 2004 dengan berat 3.32kg. Adani Sufia merupakan anak keduaku, berjaya dilahirkan secara normal pada 13 September 2006 dengan berat yang amat mengejutkan iaitu 4.1kg. Si kecil Aimy Sufia dilahirkan pada 20 April 2009 secara normal dengan berat 3.1kg sahaja dan si kecil inilah 'special needs child' yang membuat lahirnya blog ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Itulah yang dinyatakan dalam surat rujukan dari Dr Koshy bertarikh 25 Ogos 2010 untuk Pusat Perkembangan Kanak-Kanak HUKM (CDC). Akhirnya ya...
-
Jumaat kelmarin, lunch hour ku luangkan masa di kedai buku Popular Summit USJ untuk mencari buku latihan Alesha dan Adani untuk mereka ulan...
-
Sabtu 31 Julai 2010 Kami bawak report MCUG dari Hospital Sunway ke DEMC (wah sudah 2 bulan berada dalam simpanan kami haha). Disamping itu, ...
-
Alhamdulillah diberi rezeki dan peluang dengan bermulanya tahun 2014 ini, bagi memulakan satu lagi jenis rawatan untuk Aimy. Stimulaterapi...
-
Sekian lama tak bawa anak-anak outing. Dek kerana kesiankan anak-anak, ku terima pelawaan Jiejah mengajak ke Bukit Cerakah Ahad 7 Feb 2010. ...
-
Allahu Akhbar!! (kalau cakap gini kat Aimy, sure dia cuba sedaya upaya letak tangan tepi kepala.. kadang jadi tepi pipi hahaha.. so cute) Sy...
-
18 May 2010, pagi lagi aku dah bawa Alesha jadi spy tengok Adani naik bas rombongan ke kilang coklat..haha. Entah di mana kilang yang mereka...
-
Rubella , commonly known as German measles, is a disease caused by the rubella virus. The name "rubella" is derived from t...
-
11.11.2010 Appoinment 8.30 pagi. Tapi Audiologist jam 9 baru nampak muka. Dah 9.15 baru panggil masuk bilik. Nak cek telinga, Aimy terus nan...
-
Antara gambar-gambar pada hari sabtu 17 Disember kelmarin. Kami turut serta memeriahkan Family Day syarikat tempat aku bekerja. Memang s...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku