19-20 Okt 2010
2 hari aku mengikuti persidangan di Sunway Convention Centre. Penat gak..letih otak huhu
20.10.2010 genap Aimy 18 bulan. Alhamdulillah dah nampak perkembangannya sedikit demi sedikit. Namun demam tetap tak hilang lagi. Amik refer letter di klinik. Kami dah putuskan nak bawa ke hospital. Tapi pelik pula nak buat appoinment di DEMC sekarang. Kena 2-3 hari sebelum laa.. buat online laa.. Hmm nasib aku dah buat online.
21.10.2010 Bawa Aimy ke DEMC. Tepat jam 8 kami dah berada di depan kaunter pendaftaran. Bagi refer letter dan GL, timbang Aimy 9.4kg. Diminta pula update maklumat, mykid Aimy dan no telefon kami. Bukan ke dah ada sebelum ni?? hmmm. Nasib tak perlu menunggu terlalu lama.. selepas 2 orang, terus giliran Aimy.
Lama juga dalam bilik doktor. Doktor tanya perkembangan diri aimy, tanya berkenaan HUKM dan segala terapi. Kemudian baru masuk bab demam. Seperti yang dijangka, Aimy perlu ke lab untuk mengambil darah dan ke bilik prosedur untuk mendapatkan urine. Doktor kata tak perlu wad kerana dia hanya demam. Kita bagi ubat dulu, kalau tiada perubahan dalam 3 hari, Aimy perlu dibawa kembali. Masa nak keluar, semua anak-anak bersalaman dengan doktor, give me 5 dan pasti digeletek dek Dr Koshy.. dan ketawa masing-masing pecah..haha. Aimy pun pandai, dia hulur tangan nak give me 5. Aku cakap kat Dr Koshy, ini semua ajaran Dr Koshy.. gelak besar yang teramat besar dia wakakakaka. Tapi Aimy memang macam tahu/kenal dan rindu doktor.. siap senyum dan ralit memandang doktor. Kalau doktor lain, belum apa-apa dah nangis dulu cam ketakutan...haha. Tapi nangis gak akhirnya bila doktor koshy nak periksa dada.
DEMC ni bagus, yg kurang sikit 'customer service'. Kurang sikit layanan dan kerajinan staff nurse untuk bersedia mambantu pelanggan. Memang ketara berbanding KPJ Selangor. Sampai kami kebetulan sesama nak naik/turun lif dengan nurse yang memberitahu suruh kami ke sana sini..dia tak tekan butang lif naik untuk kami tetapi hanya tekan untuk dia turun. Tapi dia perasan aku tetiba ke butang lif (sebelum ingat tak perlu tekan butang, nurse akan tekan)dia tekankan butang ke atas.
Mula ke makmal dulu, ambil darah. Kemudian ke ting 4 wad pedetrik. Apa pun, sungguh cantik wad paedetric!! Sementara menunggu Dr Koshy, sempat cik abang dan anak-anak melawat kawasan. Bilik yang ada hanya 1 katil dan double bedded sahaja. Kemudian bilik mainan besar. Bila doktor sampai siap dia tanya "ok tak hotel baru?" hahaha. Mudah jer Dr Koshy lakukan prosedur mengambil urine.. sekejap dah selesai. Sampai aku terkeluar cakap, agaknya nurse kat HUKM tu tak tau cara sebenar kut, dah la tak dapat urine Aimy.. kemudian lama sungguh Aimy di dalam bilik prosedur tu. Result minggu depan baru dapat kut. Dulu cepat jer dapat result darah. Urine jer yang lambat.. hmm. Jadi kalau Aimy masih demam, kena jumpa semula Isnin. Kalau dah tak demam, kena jumpa semula Rabu.
Apa yang best sekali.. seperti kebanyakan kali, asal pergi jumpa Dr Koshy, suhu Aimy turun mendadak. Tambah tempat sejuk kan haha. TAdi sampai suhu biasa, tak demam langsung. Padahal kat rumah susah nak dapat suhu biasa walau dah makan ubat.
Semoga Aimy cepat sembuh hendaknya...
Anak sulungku Alesha Sufia lahir melalui kaedah pembedahan(emergency)pada 01 April 2004 dengan berat 3.32kg. Adani Sufia merupakan anak keduaku, berjaya dilahirkan secara normal pada 13 September 2006 dengan berat yang amat mengejutkan iaitu 4.1kg. Si kecil Aimy Sufia dilahirkan pada 20 April 2009 secara normal dengan berat 3.1kg sahaja dan si kecil inilah 'special needs child' yang membuat lahirnya blog ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Itulah yang dinyatakan dalam surat rujukan dari Dr Koshy bertarikh 25 Ogos 2010 untuk Pusat Perkembangan Kanak-Kanak HUKM (CDC). Akhirnya ya...
-
Jumaat kelmarin, lunch hour ku luangkan masa di kedai buku Popular Summit USJ untuk mencari buku latihan Alesha dan Adani untuk mereka ulan...
-
Sabtu 31 Julai 2010 Kami bawak report MCUG dari Hospital Sunway ke DEMC (wah sudah 2 bulan berada dalam simpanan kami haha). Disamping itu, ...
-
Alhamdulillah diberi rezeki dan peluang dengan bermulanya tahun 2014 ini, bagi memulakan satu lagi jenis rawatan untuk Aimy. Stimulaterapi...
-
Sekian lama tak bawa anak-anak outing. Dek kerana kesiankan anak-anak, ku terima pelawaan Jiejah mengajak ke Bukit Cerakah Ahad 7 Feb 2010. ...
-
Allahu Akhbar!! (kalau cakap gini kat Aimy, sure dia cuba sedaya upaya letak tangan tepi kepala.. kadang jadi tepi pipi hahaha.. so cute) Sy...
-
18 May 2010, pagi lagi aku dah bawa Alesha jadi spy tengok Adani naik bas rombongan ke kilang coklat..haha. Entah di mana kilang yang mereka...
-
Rubella , commonly known as German measles, is a disease caused by the rubella virus. The name "rubella" is derived from t...
-
11.11.2010 Appoinment 8.30 pagi. Tapi Audiologist jam 9 baru nampak muka. Dah 9.15 baru panggil masuk bilik. Nak cek telinga, Aimy terus nan...
-
Antara gambar-gambar pada hari sabtu 17 Disember kelmarin. Kami turut serta memeriahkan Family Day syarikat tempat aku bekerja. Memang s...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku