Aku dah tidak tahu nak menaip apa. Buntu sedikit bila dihambat kesibukan. Kerja, rumahtangga, hal pembantu rumah, hal anak-anak, kewangan dan pelbagai lagi yang menuntut akal dan jiwaku tidak lagi menagih ke sini.
Khabar Aimy? Syukur Alhamdulillah.. sejak bibik balik, Aimy bertambah sihat. Dapat kami balik kampung Jumaat malam Sabtu lepas. Tapi kesian dia, tak selesa dan penat diriba. Perjalanan menjadi lama pabila kesesakan terhasil dari sekatan jalan oleh abang-abang Polis. 2 kali jumpa sekatan jalan, ditambah pula dengan cuti hari buruh agaknya.. banyaknya kereta berjujuk sepanjang jalan... aduhai.. letih lama di dalam kereta. Apa pun seronok balik ke kampung. Dah 6 bulan lebih rasanya tak balik kampung huhu.. Ada saja halangan. Kali ni balik pun sebab Aimy sihat, dan kebetulan ada kenduri kahwin sepupu di kampung.
Tadi lepas makan malam, kami keluar sekejap ke Tesco mencari pengisar makanan aka blender. Dah 7 tahun blender kat rumah ni.. mana tak rosak.. Tapi bukan aku selalu guna pun, ada bibik baru dia guna. Tu pun hanya untuk mengisar cabai kering. Aku dulu, jarang sekali guna.. Beli jer cili boh Puteri hahaha.. Beli juga stok susu Aimy sementelah diskaun banyak sungguh. Buat stok 2 bulan jadilah. Selesai apa nak dicari di Tesco, kami ke UpTown mencari hadiah birthday Alesha yang tertangguh dek kesibukan kami... macam-macam dimintanya. Bertuah sungguh. Akhirnya dia dapat laa t-shirt Ben 10, jam ben 10 dan kasut crocs imitation yg ala kasut sekolah hehe. Jadilah.. Tadi cari kat Tesco takde laks yang berkenan. Kat Tesco jumpa hadiah Aimy jer. Jadilah murah-murah yer anak-anak, ibu kesempitan sedikit sekarang ni haha. Adani pula hanya beli sepit di Uptown hahaha..
Tapi masa kat Tesco, sampai jer terus mencari Poh Kong. Sementelah mak sponsor subang Adani, dan kakak yang tolong belikan. Maka tak sabarlah Adani nak tindik telinga, tak mahu dah dia tunggu birthday dia seperti yang kami janji dulu haha. Mula bukan main excited dia nak tindik. Siap tersengih bongeh dan macam-macam coletehnya. Terutama bila disuruh memilih patern subang sementara yang hendak ditembak ke telingannya. Tetap pendirian dia, aku tunjuk yang lain silih berganti, tapi bentuk love warna emas juga yang hatinya berkenan hehe. Seorang perempuan melayu, seorang lelaki cina yang menembak telinganya. Bersediaaa... 1...2...3!! Diam terus Adani.. muka agak berubah bagai menahan sesuatu. Pedorr kata orang Perak haha. Aku dah kasi sign kat cik abang, sure dia akan menangis hahahhaa. Alesha laks sakan dok kata "Adani nak nangis..!!" Terus pekerja Poh Kong tu suruh ambil gula-gula bagi pada Adani. Tapi Alesha yang beriya ambil. Adani lama-lama dah keluar air matanya, merah hidungnya menahan suara tangisannya hahahaha. Lepas bayar, terus keluar.. tak leh tunggu, nanti banyak drama hahaha. Tapi tak lama mana dia nangis, naik jer escalator Tesco tu terus dah ok. Subang emas Adani tak boleh pakai lagi, tunggu 2 minggu kata adik Poh Kong tu hehe. Jadi simpanlah dulu. Alesha sakan tengok rantai emas, minta rantai.. Aduhaii entah bila dapat beli barang kemas anak-anak.. Tapi yerlah, nak beli untuk diri sendiri pun malas... lagi nak dipakai banyak-banyak. Nak simpan di rumah dah serik. Nak simpan dalam handbag, belum tentu selamat huhu.
Semalam aku sungguh terperanjat melihat email yang aku dapat dari M2U. Ya Allah banyaknyaaaaaaaaaaa???? Ya Allah sungguh mulia hati kawan0kawan dan sahabatku.. Hanya Allah dapat membalasnya. Moga kalian bertambah rezeki dan diberi Allah kejayaan dunia serta akhirat. Syukur punya sahabat, kawan dan teman seperti kalian. Akan kupergunakan sebaik mungkin. Sama ada untuk tabungan Aimy, atau untuk mendaftarkan Aimy bagi mengikuti EIP dalam 2-3 bulan lagi. Moga mudah dan murah rezeki Aimy untuk cepat menerima pembelajaran dan sihat sentiasa hendaknya. Aminn..
Jam dah menunjukkan pukul 2 pagi. Aku perlu tidur. Ikutkan, bertambah lagi idea bila terusan menaip. Tapi tak boleh dilayan, nanti dalam mengantuk.. tidak tidur pula aku.
Jumpa lagi..
Bersambung...
Jam menunjukkan pukul 6 petang, aku masih dipejabat. Tetiba teringat beberapa hari lepas. Tak salah aku hari Isnin. Aku dah call Bibik 2 kali haritu, pelik aku kenapa Bibik call lagi. Aku matikan panggilannya kerana aku nak call semula. Nanti habis pula kredit dia. Call 2 kali tak dapat. Kali ke 3 baru dijawab.. Dengan suara kalut dan nak menangis, dia menceritakan kenakalan anak-anak aku. Sekali lagi bermain bedak. Tengahari tu masa aku call, dia dah bagitahu bebudak tu main bedak, bekas kecil Aimy punya. Tapi petang tu, Alesha dan Adani main lagi. Kali ni Bekas BESARRR PUNYA!!! Laa kan aku dah suruh sorokkan. Bibik kata, dia ingat lepas ditegur budak-budak ni tak main lagi. Sekali dia dukung Aimy kulu kilir memujuk Aimy yang tengah sembelit, sedar² budak berdua tu tengah mengekek ketawa sambil bermain salji..
Aku ni kelam kabut laa balik risaukan bibik tension sampai nangis dok ngadap anak-anak aku yang panjang akal tu.. Sampai di rumah.. memang tak sangka sungguh aku sampai depan rumah tebal debu bedak.. Dari porch, pintu utama, penuh putih.. tikar buluh dah diletak bibik di luar. Belum dibersihkan.. Masa aku sampai dalam jam 6.15pm tu, bibik masih mengelap sana sini. Aku tengok Aimy tiada, rupanya bibik tidurkan di dalam bilik dia. Memang macam kena debu gunung berapi layaknya.. astaghfirullah.. Tu ok lagi.. sebab ingat setakat porch, laman rumah, ruang tamu, dapur dan segala atas periuk, thermo pot, tv, meja makan, kerusi jer ada bedak.. Sekali aku nak naik atas untuk mandi, penuh kat tangga, lantai ruang atas. Bilik aku jer takde sebab aku kunci.. Aduhai.. bukan setakat ruang tamu, meja makan, tv, sofa, meja kopi... tapi KESELURUHAN RUMAH!!!... Astaghfirullah..
Memang laa melampau betul budak² ni..huhu. Lepas ku sesambil cubit 2-3 kali sambil mulut bercakap dan tangan mandikan depa (dah 3 kali mandi kata bibik, tadi masa memula lagi putih kepala mereka kata bibik)..aku pakaikan baju kurung, paksa mereka pergi mengaji masa tu jugak. Tiada alasan. Habis ngaji kena bali rumah, tak boleh keluar main dan kena naik bilik buat homework atau buku latihan... Memang kena denda sampai esok aku kata... geram tul dibuatnya. Paling kesian Aimy laa.. cam tersedak batuk dia dek debu bedak. Nasib laa tak melawan, ikut kata dah tau mereka salah.
Ayahnya balik geleng kepala.. (aku dah sms perangai anak kat ayahnya sebelum tu lagi). Memang dia tak tegur anak-anaknya, buat tak tahu jer. Cik abang terus bersihkan tikar buluh, mop tangga dan bahagian atas sebab bahagian bawah dah dibersihkan sikit dek bibik. Dah jadi satu kerja laks nak bersih satu rumah 'weekdays' huhu.. Paling best, baju yang aku gantung untuk diiron kat family hall atas pun penuh debu bedak hahaha. Aduhailah anak.. nasib laa ibu dan ayah ni tak menyinga.. Dah reda dek masa amarah tu. Kalau masa kejadian kami ada, jenuhlah kena babap depa berdua. Sama naik sekarang ni deduanya. Alesha dan Adani akur pasal denda. Memang 2-3 hari mereka tak keluar rumah main petang-petang. Alhamdulillah.
Anak sulungku Alesha Sufia lahir melalui kaedah pembedahan(emergency)pada 01 April 2004 dengan berat 3.32kg. Adani Sufia merupakan anak keduaku, berjaya dilahirkan secara normal pada 13 September 2006 dengan berat yang amat mengejutkan iaitu 4.1kg. Si kecil Aimy Sufia dilahirkan pada 20 April 2009 secara normal dengan berat 3.1kg sahaja dan si kecil inilah 'special needs child' yang membuat lahirnya blog ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Itulah yang dinyatakan dalam surat rujukan dari Dr Koshy bertarikh 25 Ogos 2010 untuk Pusat Perkembangan Kanak-Kanak HUKM (CDC). Akhirnya ya...
-
Jumaat kelmarin, lunch hour ku luangkan masa di kedai buku Popular Summit USJ untuk mencari buku latihan Alesha dan Adani untuk mereka ulan...
-
Sabtu 31 Julai 2010 Kami bawak report MCUG dari Hospital Sunway ke DEMC (wah sudah 2 bulan berada dalam simpanan kami haha). Disamping itu, ...
-
Alhamdulillah diberi rezeki dan peluang dengan bermulanya tahun 2014 ini, bagi memulakan satu lagi jenis rawatan untuk Aimy. Stimulaterapi...
-
Sekian lama tak bawa anak-anak outing. Dek kerana kesiankan anak-anak, ku terima pelawaan Jiejah mengajak ke Bukit Cerakah Ahad 7 Feb 2010. ...
-
Allahu Akhbar!! (kalau cakap gini kat Aimy, sure dia cuba sedaya upaya letak tangan tepi kepala.. kadang jadi tepi pipi hahaha.. so cute) Sy...
-
18 May 2010, pagi lagi aku dah bawa Alesha jadi spy tengok Adani naik bas rombongan ke kilang coklat..haha. Entah di mana kilang yang mereka...
-
Rubella , commonly known as German measles, is a disease caused by the rubella virus. The name "rubella" is derived from t...
-
11.11.2010 Appoinment 8.30 pagi. Tapi Audiologist jam 9 baru nampak muka. Dah 9.15 baru panggil masuk bilik. Nak cek telinga, Aimy terus nan...
-
Antara gambar-gambar pada hari sabtu 17 Disember kelmarin. Kami turut serta memeriahkan Family Day syarikat tempat aku bekerja. Memang s...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku