Rabu, 29 Disember 2010

AnImATiOn PAraDE @ KArNiVAL UpIN & IpiN

18 Disember Alesha dan Adani kami bawa ke pejabat LesCopaque untuk sesi pengenalan dan taklimat berkenaan Aimation Parade yang akan mereka sertai pada 24 Disember ini. Pembahagian kumpulan menjadikan Alesha dan Adani satu group. Team mereka bernama TADIKA MESRA. Sempena nama tadika dalam siri Upin & Ipin di TV9. Sedikit latihan dibuat. Sungguh seronok melihat gelagat budak-budak. Ada yang disuruh berganjak sedikit duduk untuk meluruskan barisan pun menangis hahahha. Tapi seperti di tadika sebenar juga, yang menangis pasti kanak-kanak lelaki haha.

Mereka diberitahu apa yang perlu dibuat ketika perarakan. Ada sesikit lakonan untuk dipersembahkan di depan VVIP. Sangat mudah dan pendek... hanya perlu menggayakan sambil mengalunkan "Seelamat Pagi Cikgu!!" (ala siri Upin Ipin)... haha so cute!!







24 December
Aku cuti hari ini. Banyak hal nak diuruskan. Ayah dan makcik pun ada rumah, sampai petang Khamis. Tapi mereka pun dah nak bergerak ke rumah kakak makcik jam 11 pagi. Selepas Aimy tidur sebentar, kami ke DEMC untuk jumpa paeditrician Dr Koshy. Risau Aimy dah hampir 2 minggu demam. Apa pun alhamdulillah dia cuma diberi ubat. Tekak merah kata doktor. Biasalah budak seprti dia, lambat nak baik demam. Kalau tak ok juga dengan ubatan, dia suruh kembali next week. Tak lama, sekejap jer dah selesai..lega sebba takut tergesa-gesa nak ke SACC pula. Balik rumah, makan dan solat.. terus keluar kembali.

Aku membawa Alesha dan Adani untuk menyertai Animation Parade Karnival Upin & Ipin di Shah Alam Convention Centre atau SACC. Seawal jam 2 petang kami dah berada di SACC. Sampai saja kami, mendaftar sekali lagi, ambil bag sekolah, kupon makanan, voucher pembelian barangan dan uniform 'Tadika Mesra'. Aku bawa anak-anak masuk ke tandas untuk menyalin pakaian. Dah siap, tunggu arahan selanjutnya untuk bergerak. Lama juga menunggu, sampai sempat mereka bermain dengan staf dan krew Les Copaque. Seronok melihat yang lain bersiap. Ada yang menyerupai Upin Ipin, ada yang menyerupai Mei Mei dan ada yang sememangnya pelakon suara siri Upin dan Ipin. Seronok juga memerhati gelagat orang...dah lama tak buat begitu haha.

Tepat jam 3.30 semua diarah beratur dan keluar ke hadapan SACC Mall. Jauh pula rasa berjalan haha. Lama juga menunggu di depan SACC Mall. Sempat menonton sekumpulan pemuzik ala Scottish. Wah hensem-hensem nyerr mereka ni..!! kacuk kah?? Kemudian melihat pula maskot-maskot yang telah bersedia untuk acara Animation Parade tersebut.

Tepat jam 4 petang acara bermula. Perarakan bermula di atas jalan raya di hadapan SACC Mall. Ada tetamu kehormat, tapi aku sendiri tak kenal hahaha. Yang pasti tuan empunya syarikat yang makin mencipta nama ini terlalu SEMPOI!! sesekala aku lihat macam Raisudin Hamzah pun ada hehe. Bila tiba masa team Tadika Mesra lalu di hadapan tetamu kehormat, ramai pula melindungi aku. Lenguh tangan aku mengangkat v-cam yang ku pinjam dari adikku untuk memastikan gelagat anak-anakku dapat dirakamkan. Tapi tu laa, walau v-cam tersebut amat ringan.. ke arah lain juga perginya bila kita tak nampak apa yang dipapar di dalam skrin v-cam tersebut. Cik abang di sebelah sana, dia cuba rakamkan melalui kamera kecil kami. Tapi gelagat Adani amat kelakar.. Cute pergerakan dia. DIa bab begini memang lebih berkebolehan dari kakaknya hehe.

Selesai perarakan watak-watak animasi (termasuk anak-anakku), ada upacara perasmian di dalam SACC pula. Bukan saja ada potongan riben, ucapan dan segala penyampaian penghargaan... ada band jemputan juga rupanya. Kumpulan PADI dari Indonesia. Baru aku ingat mereka berkerjasama untuk menghasilkan lagu Upin Ipin yang melambangkan pendamaian antara kedua buah negara di samping antara agenda promosi Upin Ipin ke Indonesia. Memang amat menarik persembahan mereka yang mendendangkan 2-3 buah lagu.

Selesai di dalam dewan SACC tersebut, kami berkumpul semula di tempat persiapan tadi. Beri alamat kepada mereka untuk sijil penyertaan dan kami terus pulang. Seronok anak-anak dapat bawa pulang semua yang mereka pakai termasuk set bag.

Lega dah selesai. Alhamdulillah anak-anak amat seronok dan penat mereka berbaloi dengan semua barang yang perolehi. Dapat bag U&I paling mereka seronok sebab dalam tu ada 3 barang sebagai set bag, iaitu bag sekolah, pensil case dan pouch. Wah tetiba banyak pula bag mereka di rumah hahaha. Kaya bag!! Rimas pula tengok banyak-banyak. Tapi sayang semua, semua ada kenangan hehe. Ayah mereka berjanji akan bawa mereka datang lagi esok lusa untuk melawat sehabisnya karnival tersebut dan menggunakan voucher yang diberi. (Hari Ahad kami pergi, tapi sebentar sahaja.. dalam 1-2 jam sahaja si situ. Dapat mereka main dalam sesi pameran, dapat beli patung palstik U&I dnegan voucher yang dihadiahkan....itu pun dah cukup gembira mereka. Alhamdulillah! Sekurang-kurangnya kami tak perlu berhabis duit pergi vacation dan aktiviti mahal lain. Aktiviti percuma sebegini banyak... kena pandai cari dan terjah bila ada. Nasib mereka sporting dalam bekerjasama.


























ada lagi gambar.. kemudian upload.. tak sempat hehe

dah try... tak dapat nak upload semua.. nape ek??
so setakat ini sahajalah tatapan untuk kalian.

Ahad, 19 Disember 2010

Stadium SA, Karnival dan Expo

Sekitar Shah Alam ni banyak aktiviti dan acara sebenarnya. Cuma tahu dengan tidak dan ingin terlibat dengan tidak sahaja benarnya. Tambahan cuti sekolah ni. Banyak acara dan aktiviti percuma dan yang sedikit berbayar yang boleh kita bawa anak-anak.

2 Disember lepas malam hari yang bukan hari minggu kami membawa anak-anak ke FUN FAIR di perkarangan tempat letak kereta Stadium Shah Alam. Boleh jadi terpergi dan boleh jadi terjanji tu bila hari sebelum, malam juga... kami beramai-ramai ke Seksyen 17 Shah Alam untuk membeli tiket bas mak untuk pulang ke kampung. Dah alang-alang keluar, kami sengaja berjalan ke Giant Seksyen 13 Shah Alam. (Berlaku kes Alesha dan Adani hilang 5 minit tapi cukup buat debaran yang kuat di dada huhu). Masa dalam perjalanan balik, kami ternampak FUN FAIR yang sedang berlangsung. Nampaklah buai pusing dan segala mainan ala 'theme park' yang kecil tu hehe. Dengan selamber cik abang kata kat anak-anak yang riuh rendah mengajak.. "Ok...OK...esok kita pergi.. hari ni tak boleh, dah lewat". Ishh biar betul cik abang aku nih.. dah laa hari kerja..haha

Mula ingat, mak dan bibik nak ikut.. Rupanya depa malas.. Mak pula sibuk nak buat inti kuih cara berlauk, nak tunai permintaan rakan pejabatku haha. Maka aku tinggalkan Aimy dengan bibik, bukan apa.. takut hujan.. Dan nanti nak naik apa-apa susah pula biar cik abang dengan anak-anak jer, aimy ni tak yakin lagi aku nak bawa dia naik semua permainan berpusing tu.. dia amat gayat!





Mahal juga harga nak naik itu ini di Fun Fair. Kebanyakan bayaran untuk budak RM4 dan dewasa RM6. (Tapi ya la.. mak kata dulu pun sorang budak RM2.. sekarang tentulah jadi RM4 haha). Kami naik buai pusing berempat dan kemudian Alesha dan Adani naik kapal terbang pusing berdua. Itu jerlah.. nak bebanyak kang kopak ibu dan ayah haha. Pastu depa paw beli pistol bubble lagi huhu. Cik abang pula teringin nak naik buaian ala hayun tuh.. huhu tengok pun gayat. Tapi disuruh gi tak nak lak dia, lain kali katanya haha. Maka tak lama sangat kami di situ, jadilah buat syarat merasa. Dulu dah pernah bawa mereka sekali dah, di situ juga. Tapi rasanya dulu lagi kecik buai pusingnya hehe. Nasib sebaik kami nak melangkah balik ke kereta, hujan mula rintik.








Sabtu 18 Disember kami masih berlegar di sekitar Shah Alam membawa anak-anak. Pagi dah keluar rumah bawa Alesha dan Adani dulu ke satu perjumpaan untuk satu karnival yang akan mereka sertai. Dah mereka minat sangat, aku bagi nama bila terpandang iklannya di FB..hehe. Rasanya berbaloi kut. Alhamdulillah mereka dalam kumpulan yang sama.. so ok laa, walau mereka tak kenali sesiapa...mereka berdua satu kumpulan.

Kemudian gerak ke Klinik Pakar Ranjit pula. Aku dah tak tahan dengan eczema yang kronik pada kaki dan tangan aku terutamanya. Alhamdulillah sekarang dah boleh pakai GL pejabat untuk ke klinik tersebut. Kalau tak dulu paling koman bayarannya RM80 dan tak boleh claim. Tapi aku rasa sekarang lagi mahal. Itu harga mungkin 4 tahun dahulu. Sekarang ni aku tengok orang bayar di kaunter beratus-ratus ringgit dengan ubat yang ciput.. Ya ALLAH!! Mahalnya!! Tapi bagus agaknya.. tu orang datang walau mahal. Yerlah dulu aku pernah sekali jer ke sana. Dah 7 tahun lebih aku menghidap eczema ini, sejak aku mengandungkan Alesha.. huhu lama kan! Alhamdulillah walau appoinment dah penuh (aku call sejak Khamis) dan aku disuruh 'walk-in' saja.. tak lama aku menunggu macma dulu. Lama pun sebab mencari kad rekod aku yang dah hilang dalam simpanan mereka. Yerlah lama dah pun aku pernah datang kekkeke. Tapi di kaunter memang ramai.. ada yang beli ubat sahaja, ada yang nak daftar, ada yang nak ambil ubat, ada yang semata nak buat appoinment.

Aku dapat 2 ubat pil dan 2 ubat krim. Satu set untuk siang dan satu set untuk malam. Aku tanya Doktor (bukan doktor Ranjit...ada 2 doktor bertugas, patut cepat), ubat saja ke doktor? ada jep tak? Dia tanya, dah tak tahan sangat ke? Aku kata memang tak tahan.. Terus dia kata OK dan bagi injection. Selesai di klinik, kami ke Tasik Kelana Jaya..ada food court di situ rupanya. Makan tengahari di situ. Cik abang kata, tu port mereka makan tengahari pada hari Jumaat sekarang ni, sebab dekat dengan masjid. Aku makan bihun sup utara jer, cik abang makan nasi campur..anak-anak berkongsi nasi ayam. Sakan berebut, pastu tak habis.. standard la tuh. Tapi setidak-tidaknya mereka mahu makan.. alhamdulillah.

Masa dalam perjalanan balik, boleh pula kami tersinggah ke jualan gudang di kilang JVC hahahha. Tapi sekadar tengok jer laa.. tiada apa yang menarik untuk kami. Siapa nak beli tv dan audio system, terutama audio system untuk kereta... tersangatlah bagusnya pergi ke jualan gudang tu hehe.

Balik rumah, relax dulu.. Lepas asar baru kami keluar semula bawa semua yang ada ke Shah Alam semula hehe. Kami ke Pameran/Expo Pertanian.. Hari Penternak, Peladang dan Nelayan rupanya di kawasan letak kereta Stadium Shah Alam. Kami sendiri pun tak tahu apakah dia sampai kami sampai. Mulanya pagi tu lalu di situ yang boleh terperasan ada seperti expo sedang berlangsung di situ. Yang menarik perhatian sangat kami nampak sekandang besar arnab dan kuda yang boleh ditunggangi. Menarik sangat!! Tu yang bagi idea nak bawa anak-anak petang hari tu hehe. Lebih kurang jam 5 laa kami keluar dari rumah dan sampai ke situ. Bersebelahan saja dengan FUN FAIR dan Home id Exhibition yang turut berlangsung di Stadium Shah Alam tersebut. Kata cik abang kalau hujan, kita masuk jer Home iD tu jer...haha.

Sampai jer, terus ke Expo Pertanian tu dulu.. jalan jer kami menjamu mata.. Suka laa Aimy dapat berjalan hehe. Masa mereka masuk khemah kambing, aku yang mendukung Aimy tak jadi masuk. Bibik pun.. Busuk sangat daa hahahaha. Pastu takut Aimy tak tahan dengan buluan... huhu. So aku ke belakang khemah ...terus di bahagian kuda.. Ada poney ride yang dihajati anak-anak.. naik kereta kuda yang simple pun ada.. Tunggu depa keluar dari khemah kambing.. Terus ajak ke kuda. Tapi bila ditanya, tak boleh naik lagi kuda tu.. dia tengah rehat. Kena tunggu lagi 15 minit tak salah. Kecewa anak-anak. Aku suruh tunggu jer, tapi depa nak jalan ke lain dulu. Pergi pula ke khemah sebelah.. wah ini rupanya kandang arnab yang besar yang kami nampak pagi tuh hehe. Tapi nak masuk kena bayaran RM3 seorang. Akan diberi makanan arnab untuk pengunjung memberi sendiri arnab makan. Aku tak bagi benarnya, takut mereka alergik dengan bulu arnab. Tapi dah mereka nak jugak-jugak, siap kata tak jadi naik kuda nak masuk kejar arnab haha. Jadi ayahnya laa melayan, bayar RM6 dan mereka masuk. Aku bawa Aimy pusing ke sebelah depan kandang untuk melihat kakak-kakaknya. Memang meriah budak-budak mengejar arnab dan memberi makan. Ada yang terlampau berani dok tarik telinga arnab dan pegang belai macam kucing. Sampai arnab yang takutkan mereka haha. Kesian arnab, pasti trauma dan fobia nampak orang lepas ni haha.






















Ha nampak tak kat gamabr tu.. siap yang berani dan siapa yang takut hahahaha. Nak sangat masuk, lepas tu arnab lalu sebelah dah menjerit terperanjat dan ala takut kena gigit. Tapi Alesha akhirnya berani juga memberi makan arnab walau tak berani pegang. Dia kata arnah ala tergigit jer tangan dia masa makan kat tapak tangan dia. TAPI ADANI.. langsung takut. Dia nak bubuh palstik atas tapak tangan dia, dia geli dan takut arnab jilat tangan dia hahahaha. Tapi memang enjoy la mereka. Walau tak lama.. jadilah buat seronok-seronok. Boleh duduk lama dalam tu, tapi kami yang menunggu ni yang malas nak menunggu haha. Aimy pun sampai dah mengantuk, dah tarik cermin mata dia dan mula lentuk ke bahu aku hehe. Memang bertukar tangan jer Aimy ni kalau berjalan.. kejap kat aku, kejap kat bibik, kejap kat ayah dia.. Tapi masa ke Expo ni memang lama kat aku sebab dia dah mengantuk tapi ditahan tak mahu tidur..jadi dia nak kat ibu jer..





Menyambung meronda lagi. Dah bosan, kami menuju pula ke Home iD Exhibition kat dalam Stadium. Hari pun macam nak hujan, baiklah masuk ke dalam tempat berbumbung hehe. Nampak gayanya tak jadi mereka naik kuda kalau dah begini haha. Hmm memang menarik pameran home id tu, tapi amat bagus untuk orang yang baru nak masuk rumah baru/sendiri, yang nak buat pengubahsuaian rumah, yang nak membeli perabot dan barangan elektrik untuk rumah dan segala hiasan dalaman rumah. HArganya tidaklah murah juga hahaha. Mungkin kerana masa kami masuk rumah dulu dapat harga kurang lagi kut. Tapi yang menarik perhatian aku.. penjualan seluar ala tight yang ada ion negatif yang kununnya dapat membakar lemak dan membuang selulit di sekitar pinggang ke bawah. HArganya RM35 dan seluar itu bercorak seluar jeans dan boleh ditampal dengan batu manik yang diberi percuma. Aku dah hampir nak membeli, memandangkan aku sedang berkembang sekarang hahaha. Tapi entah kenapa tak jadi pula.. haha.

Kembali ke kereta, aku cadangkan cik abang beli Satay Banting yang ada dijual di dlama Expo Pertanian tadi untuk makan malam. WAH SEDAPNYA!! Tak rugi beli.. harga pun ok laa 60 sen secucuk.. Sedap sungguh!!.. Cam tak cukup pulak 30 cucuk untuk sekeluarga. Tapi itu pun dah cukup benarnya. Alesha makan 6-7 cucuk juga.. sellau tu nak habiskan 2 cucuk pun seksa hehe. Adani rasa sikit dah tak mahu. Lain kali boleh beli lagi.. memang SEDAP! Ingat siang ahad nak pergi lagi sekadar beli satay lagi.. dah alesha minta.. tapi tak terpergi.. lepak rumah sepanjang hari dah cik abang mula nak demam selsema. Alesha dan Aimy pun masih demam sesikit. Aku alhamdulillah dah hilang, rasanya aku yang paling teruk huhu. Tinggal Adani dan bibik yang sihat. Harapnya tidaklah berjangkit lagi demam panas ni huhu.

Catatan Popular