Sabtu 09 April Aimy kembali demam, pagi Ahad tetiba selsema pula. Kami ke HKL juga dengan semua bag dan kelengkapan. Tapi lewat sedikit, walau diarah masuk jam 8 hehe. Bukan apa, sebab takut pergi awal doktor tiada lagi. Jadi sampai sana dalam 10.30pagi gitu.. tunggu doktor sekejap (doktor dah ada, telah bersedia nak jumpa semua pesakit yang akan memasuki OT esok hari. Nurse minta kami tunggu untuk berbincang dengan doktor. Tapi mereka sendiri pun kata, mesti tak boleh ni.. mesti doktor batalkan. Kami pun sudah boleh agak apa yang akan diputuskan doktor. Oleh sebab itulah kami tidak mendaftar di bahagian kemasukan wad lagi. Rasanya Aimy demam panas dan selesema, ia perkara pertama yang akan ditanya doktor ketika menelefon kami untuk bertanya kesihatan Aimy beberapa hari atau seminggu sebelum masuk OT.
Tak lama, doktor mata yang kebetulan datang ke meja nurse untuk bertanyakan sesuatu kepada nurse, bercakap dengan kami sekejap selepas nurse maklumkan. Dia minta kami tunggu sekejap. Kemudian doktor bius pula datang, jadi seperti yang dijangka, ternyata tidak boleh teruskan... so terus dia suruh balik. LEGAaaaa hehehe.. Riang ria kami balik (boleh?? haha). Tapi kesian kat mak aku ler.. sampai petang sabtu tu tetiba jer... tak cakap awal pun nak datang hehe. Siap singgah belikan ikan kat kuala selangor lagi haha. Adik aku laa jadi sasaran jadi driver dia hehe... kebetulan adik aku pun dah habis kontrak kerja.. kesian dia.. dok mencari kerja buat kesekian kali huhu.
Tapi pagi subuh Isnin 11 April... Aimy demam panas pula.. Tinganya suhu!!.. Cuak aku..! Dari niat nak pergi kerja kunun nak jimat cuti, terus batalkan...cuti jer laa. Tapi tidak lama suhunya tinggi.. selepas makan ubat, mandi.. elok dia aktif walau suhu dia masih tinggi. Memang masalah thermostat dia la kut ni.. tapi bibir merah sungguh, bak delima merkah. Pagi selasa dah macam pecah² bibirnya. Semalam seronok laa dia ramai di rumah.. dah Adani pun semput, tak gi tadika... sudahnya kami main masak² sambil jaga Aimy dan Adani. Mak aku laa yg jadi sous chef.. buat sup ikan merah, buat bubur kacang.. buat kek coklat lembab...dan macam-macam lagi menu sampingan hehe. Ada pula baki kambing nasi arab yang tidak habis dari restoran arab malam yang kami kunjungi malam tu.. ;)
Saja nak mencuba membakar menggunakan oven yang baru ku redeem tu.. Tetapi memang kena 'try & error' laa oven tu.. Tak pandai lagi bagaimana nak guna dan mengawal suhu dan fungsifungsi yang ada haha.. Sampai kek 3-4 kali keluar masuk tak masak tengah hahahaha. Arahan cara membakar pun tiada dalam manual... aduhai.. jenuh mencuba aku dan mak aku haha. Nasib keknya sedap dimakan walau tidak seperti sepatutnya yg mak aku selalu buat dulu haha. Terus jadi kek birthday Alesha dan Adani dari Opah haha. Puas aku makan ketika itu.. macam balik kampung sahaja rasanya.. makan nasi lauk sedap, makan bubur kacang lagi, makan kek lagi.. anak² pun banyak makan. Jam 3.30 petang mak dan adik dah bertolak balik kampung...
InsyaAllah Aimy akan masuk semula ke HKL 12 Jun nanti... Selasa (12 April) tu doktornya menelefon memberi tarikh baru. Lama lagi tuh! huhu...jangan makin serius mata Aimy udah huhu...risau.
(Sebenarnya entri ini telah lama ku peram... ku siarkan dulu sebelum menaip entri seterusnya)
Anak sulungku Alesha Sufia lahir melalui kaedah pembedahan(emergency)pada 01 April 2004 dengan berat 3.32kg. Adani Sufia merupakan anak keduaku, berjaya dilahirkan secara normal pada 13 September 2006 dengan berat yang amat mengejutkan iaitu 4.1kg. Si kecil Aimy Sufia dilahirkan pada 20 April 2009 secara normal dengan berat 3.1kg sahaja dan si kecil inilah 'special needs child' yang membuat lahirnya blog ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Itulah yang dinyatakan dalam surat rujukan dari Dr Koshy bertarikh 25 Ogos 2010 untuk Pusat Perkembangan Kanak-Kanak HUKM (CDC). Akhirnya ya...
-
Jumaat kelmarin, lunch hour ku luangkan masa di kedai buku Popular Summit USJ untuk mencari buku latihan Alesha dan Adani untuk mereka ulan...
-
Sabtu 31 Julai 2010 Kami bawak report MCUG dari Hospital Sunway ke DEMC (wah sudah 2 bulan berada dalam simpanan kami haha). Disamping itu, ...
-
Alhamdulillah diberi rezeki dan peluang dengan bermulanya tahun 2014 ini, bagi memulakan satu lagi jenis rawatan untuk Aimy. Stimulaterapi...
-
Sekian lama tak bawa anak-anak outing. Dek kerana kesiankan anak-anak, ku terima pelawaan Jiejah mengajak ke Bukit Cerakah Ahad 7 Feb 2010. ...
-
Allahu Akhbar!! (kalau cakap gini kat Aimy, sure dia cuba sedaya upaya letak tangan tepi kepala.. kadang jadi tepi pipi hahaha.. so cute) Sy...
-
18 May 2010, pagi lagi aku dah bawa Alesha jadi spy tengok Adani naik bas rombongan ke kilang coklat..haha. Entah di mana kilang yang mereka...
-
Rubella , commonly known as German measles, is a disease caused by the rubella virus. The name "rubella" is derived from t...
-
11.11.2010 Appoinment 8.30 pagi. Tapi Audiologist jam 9 baru nampak muka. Dah 9.15 baru panggil masuk bilik. Nak cek telinga, Aimy terus nan...
-
Antara gambar-gambar pada hari sabtu 17 Disember kelmarin. Kami turut serta memeriahkan Family Day syarikat tempat aku bekerja. Memang s...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku