Lamaanyaaa aku tak menaip di sini... rindu sangat, tapi apakan daya... Memang tak terkejor nak kemaskini...
Banyak perkara yang terjadi dalam sebulan lebih ni... Aku malas nak cerita panjang.. boleh tak aku senaraikan saja? haha
1. Bibik balik bercuti tempohari terus tak balik-balik.. huhu apakah sebab dan apakah kisah, aku sendiri tak pasti. Penat kami menunggu di Jeti Pulau Ketam (Klang) pada 7 Mac tempohari, tapi hampa... Anak-anak dah riang nak jumpa bibik, tapi wajah dan kelibat yang ditunggu tak kunjung tiba. Hampir 2 jam di sana, balik dengan perasaan yang bergetar.. Kami cuba telefon nombor telefon bibik dan suaminya, tetap tak dapat. Patutlah sms kami tak dibalas sejak 2 hari sebelum itu. Nama yang serupa ada dalam senarai penumpang, malangnya hanya nama serupa, maklumat lain amat berlainan.. dan tentu orang lain kan? Kami terus buat panggilan hingga seminggu berlalu.. Dapat pula, tapi tidak diangkat. Setelah asyik tidak diangkat, aku nekad tidak membuat panggilan lagi. Sebelum itu, aku dah membuat panggilan ke sana 4 kali. 2 kali aku menelefon kakak yang menolong mengambil bibik di sana dulu, dan 2 kali anak kepada rakan bibik yang bekerja di sini. Dari cerita mereka, memang kenduri nikah anak bibik aku lambat dilangsungkan. Kiranya minggu yang sepatutnya dia dah ada di Malaysia.
Tapi walau apa pun masalah yang bibik hadapi, maklumkanlah sahaja kepada kami. Boleh kami bertolak ansur menambah cutinya dan mengurus hal penjagaan anak di sini. Kalau dah tidak boleh bekerja atau tidak mahu bekerja pun khabarkanlah. Tapi masalahnya, mereka sepi tanpa berita. Kita buat panggilan pun tak dapat, dah dapat...tak diangkat pula. Maka hampir genap sebulan bibik balik ke Medan, aku dan cik abang ke imigresen membatalkan permitnya.. huhu kena bayar RM250.00. Tapi kami minta untuk membayar kemudian. Bayaran tersebut tidak akan mengganggu apa-apa sekiranya tidak dibayar, melainkan kiranya kita hendak mengambil pembantu rumah lagi lain kali, bayaran itu wajib diselesaikan.
2. Mak aku yang menolong menjaga anak-anak semasa bibik bercuti, tak sihat dan asyik naik darah tingginya. Ada satu hari tu, teruk sangat..sampai tak boleh nak duduk tegak dia kepeningan. Kebetulan hari tersebut kami perlu bawa Aimy appoinment pakar mata di HKL, serba salah jadinya. Nasib mak dah ok sket, dan kakak berjanji nak datang tengokkan emak sementara kami ke HKL. Apa pun, serba salah aku nak biarkan dia menjaga anak-anakku. Nasib la Alesha dan Adani bersekolah. Cuma Aimy dah semakin lasak la sekarang.
TETAPI, nampak Aimy berlainan sekali dijaga opahnya.. Dia sangat riang ria, keletah, bising dan tak mengada... Suka main dengan opahnya. Opahnya sakit, dia baring jer sebelah opah tak gerak-gerak.. Pandai dia bawa diri.. hehe. Memang suka tengok dia ceria dengan opah. Tapi mana larat opah nak jaga dia lama-lama... hehe. Opah pula, memang tak reti nak jaga cucu lama-lama...hihihi.
Oleh kerana kesian kat emak. Memang aku terpaksa pergi pejabat lewat sikit selesaikan apa patut pepagi hari dan balik tengahari untuk tengokkan Aimy. Bagi makan, mandikan dan tidurkan sementara mak nak solat Zuhur.
Lama juga mak menjaga anak-anak, dalam 2 minggu lebih.
3. Kami survey nursery khas untuk Aimy. Nursery yang bukan sahaja menjaga tetapi memberi pendidikan buat Aimy yang istimewa. Jumpa tu jumpa.. di Seksyen 7 Shah Alam. Sungguh bagus, dan sungguh sesuai. Tapi bukan sahaja agak jauh untuk berulang alik, tapi harganya...huhuhu...sungguh ku tidak mampu.. RM980/sebulan tuh!! huhuhu.. Andaikata besar gajiku... dan anak pun takat sorang, mungkin mampu kut. Ni anak-anak lain lagi.. hmmm entahlah.
Kemudian kami cuba berkunjung ke Seksyen 10 Shah Alam pula, wujud memang wujud.. tapi macam tidak berpenghuni. Tapi macam ada orang.. entahlah. Telefon berdering tapi tiada jawapan, kawasan rumah macam dijaga. Tapi entah laa.. kalau nak banding dengan kat Sek 7 tadi, jauh beza laa... Yerlah ada sikit macam rumah tinggal.
4. Akhirnya!! anak-anak terpaksa kami hantar ke nursery. Apa lagi pilihan yang kami ada??? Pengasuh di rumah pun payah nak dapat di kawasan perumahan kami tu. Kalau ada pun, dah ramai anak-anak mereka jaga. Nak mencari pembantu rumah lagi?? Aduhai... macam berat rasa... dengan banyak hal kena fikir dan buat, dengan kewangan yang perlu disediakan lagi.. hmmm memang berat. Jadi nak tak hendak, kami hantar anak-anak ke nursery seperti dulu kala.
Alesha riang ke nursery, sebab ramai kawan. Adani tak suka, dia kan tak pandai berkawan hehe... jenis hometype hehe...dan dia memang rindu bibiknya. Aimy laks hari pertama dan kedua ok pergi tak nangis. Hari ke 3-5 nangis masa diambil cikgunya. Tapi pergi juga laa kat cikgu dengan tidak memberontak hehe. Kata cikgunya, kejap jer nangis. Tapi Alhamdulillah hari ke 6 dia dah ok sampai sekarang. Cumanya, dari dia sihat waladiat, jadi selsema dan demam laa bila dah hampir seminggu di nursery. Adani pula, jadi berkutu haha.
Tapi memang dunia kami jadi penuh kekalutan. Jadual harian kena tukar, usaha kena lebih dan berganda, tidur dan rehat kena korbankan, masa kena pandai dibahagikan, segalanya perlu dilaksanakan dan dibuat sendiri. Kepenatan dan keletihannya tak terkata... Paling kesian anak-anak laa, tiada masa nak melayan mereka macam dulu. Tiada masa hendak menghadap mereka dengan buku dan aktiviti-aktiviti 'play & learn'. Tiada masa nak bagi latihan terapi pada Aimy juga. Ni yang membuat aku jiwa kacau benarnya. Dah laa Aimy perlu diberi perhatian lebih, perlu dirangsang dan dididik seawal mungkin, tapi bila keadaan berlaku begini... aku jadi buntu dan tertekan dengan segala rutin harian huhu.
5. Temujanji Aimy di HKL pada 1 Mac berlangsung lebih lama dari biasa. Dari jam 9++ pagi (lewat kerana memantau kesihatan mak masa tu), sampai ke 4 petang baru selesai. Buat pertama kalinya juga, kami melihat Dr Joseph memarahi doktor bawahannya atas ketidakcekapan tindakan.. huhu.
Mata Aimy diperiksa oleh optometri, dan oleh Dr Joseph juga. Memang seksa sikit nak periksa mata Aimy ni. Dia sukar bekerjasama. Disentuh sikit dah marah dan menangis.
Doktor kata kemungkinan besar mata Aimy bukan glucoma, kerana tekanan dia masih dalam lingkungan paras normal. Cumanya, saiz matanya yang membesar dan meningkatkan tahap kerabunan itu yang merisaukan katanya. Memang kes yang terpencil katanya. Rabun mata Aimy ketika itu disahkan 1100 di sebelah kiri dan 700 di sebelah kanan. Kami membayar RM200 untuk membuat lain kanta cermin matanya. Maka lamalah Aimy tak berkaca mata.
Lama juga cermin mata Aimy siap, 2 minggu lebih.. Selain buat semula cermin, bingkainya juga dibega untuk memberikan keselesaan pada Aimy memakainya. Kami tak berkesempatan ke HKL untuk mengambilnya. Sekali lagi cik abang meminta tolong kawannya. Nak dapat kat tangan memang 3 minggu lebih laa baru boleh Aimy pakai semula. Dah lama tak pakai mulalah Aimy asyik nak menarik dan menanggal cermin matanya hehe.
6. Alesha hadapi Ujian Prestasi semester pertama semasa kami tengah kalut dengan bibik bercuti. Maka, sempat sikit-sikit hadap dia tengok dan menelaah buku. Tu pun kadang paksa dia tengok sendiri. Aduhai memang susah kalau budak jenis nak seronok jer ni hehe. Tapi ada masa, dia sendiri yang rajin membaca.. hehe.
Tapi Alhamdulillah laa, keputusannya agak memuaskan. Cuma banyak kelemahan atas kecuaian dan banyak gak subjek agama yang mungkin dia tak boleh nak skor A dek tulisan jawi dan bahasa Arab menjadi perantara. Dari markah paling rendah 76 dan paling tinggi 100 ada pada Alesha hehe. Ok la tu kan.. Alhamdulillah.. Kena usaha lebih ni Alesha dan ibu ayah sekali hehe.
7. Berita yang paling menyedihkan buat keluarga belah mak aku... pemergian Allahyarham Pak Anjang aku. Setelah hampir 2 tahun sakit-sakit. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh pak Anjangku dan ditempatkan di kalangan para solehin. Aminn..
8. Aku jadi beriya nak pergi Mesyuarat PIBG sekolah Alesha pada 27 Mac lalu.. haha. Mana taknya, ini pertama kali aku pergi mesyuarat PIBG.. sebagai ibu tuh!! hahaha. Dulu aku ingat tika aku sekolah rendah, ayah selalu hadir mesyuarat PIBG sekolah aku. Suka bercakap dan memberi cadangan sampaikan bertahun ayahku dilantik jadi Pengerusi PIBG sekolah hehe. Aku ke mesyuarat PIBG bersama Alesha hehe. Cik abang yang tak sihat (demam) menjaga Aimy dan Adani di rumah hehe.
Aduh sungguh acara pendahuluan sebelum bermula mesyuarat. Ada ucapan-ucapan laa, ada penyampaian sijil dan cenderahati la, ada selawat dan bacaan quran (yang ni best), dan acara sampingan lain. Nak jadi cerita, aku entah kenapa tetiba rasa meragam perut. Tak tentu arah rasa, macam nak ceret beret. Ku cuba tahan... tapi apakan daya.. akhirnya ke tandas juga aku..hahaha. Lama pula tu.. memerut katakan.. Aduhaii legaa.. Tapi leganya cuma sekejap.. dah mula sakit kembali. Aduhai tak boleh jadi ni.. Aku buat keputusan nak balik jer.. tapi macam sayang jer tak tahu apa nanti.
Akhirnya ketika majlis rehat 10-15 minit, aku minta cik abang bersiap dan mengganti aku datang ke sekolah. Aku dah tak tahan duduk di situ dengan keadaan tak selesa perut. Sampai di rumah, tukar tugas dengan cik abang haha. Kelakar jer.. Kiranya cik abang pergi, mesyuarat sebenarnya baru bermula.
Kata cik abang, Alesha tension sampai nangis bila ayahnya saja ngusik nak cadangkan jawatan Juruaudit tu nama dia hahahahhaa.. Budak katakan, percaya habis ayahnya akan buat.. wakakakakkaa. Aduhai, dalam mesyuarat pun ayahnya leh mengusik haha. Masa dengan aku, dia kunun duduk diam.. tapi benarnya tak reti diam.. asyik nak terjatuh dari kerusi.. pastu terpusing sana sini.. haha.
9. 31 Mac dan 1 April.. dua hari berturut kami ke HUKM. 31 Mac untuk terapi cara kerja dan fisio, 1 April untuk berjumpa buat pertama kalinya doktor pakar genetik kanak-kanak - Dr Zarina.
Lama kami menunggu pagi 1 April tu. Dari jam 9.40 pagi sampailah jam 11.30 tak salah baru dapat berjumpa doktor. Dari Aimy cergas sampai Aimy merengek mengantuk dan tak tentu arah tak nak duduk. Akhirnya Aimy tertidur di pangkuan ayahnya. Aku dah syak dah, ni dah tentu baru tidur dah kena panggil ni. Betul laks tuh..! Kami dipanggil masuk, letak dia atas katil, elok dia sambung tidur walau dia terkejut-terkejut juga. Nasib laa dia tidur, mudah sedikit doktor nak tengok dan periksa apa yg dysmorphic pada dirinya. Apa yang doktor buat tu, ujian klinikal katanya. Kemudian doktor minta kut aku ada simpan gambar dia masa baru lahir atau masa baby. Memang ada aku simpan dalam handphone. Dia tengok dengan penuh minat.
Sesambil tu aku dan cik abang disoal oleh pembantu doktor (dengar doktor memperkenalkan sebagai pembantu spaikologi gitu)... berkisar sejarah keturunan dan anak-anak lain. Selepas diperiksa, dibincang mereka berdua, diminta lagi gambar Aimy (juga disuruh email gamabr Aimy dari kecil sampai sekarang pada mereka - aku belum buat lagi haha). Maka dengan secara klinikalnya, Dr Zarina mengesahkan dan dia bersetuju dengan doktor di CDC yang mendapati Aimy lebih banyak ciri-ciri Sindrom Rubinstein Taybi walau tak semua ciri-ciri itu ada pada Aimy.
Oleh itu, dia menyatakan mereka perlu mengambil darah Aimy untuk memeriksa kromosom secara mendalam. Diberitahunya kami kaedah FISH dan segala.. dan kaitan kromosom 16 dengan sindrom ini. Ada ujian yang memakan 2 tahun untuk mendapat keputusan, dan keputusannya amat bagus kerana ia dibuat secara penyelidikan, ada juga ujian yang memakan masa 2 minggu sahaja. Tapi hasilnya tidak setepat yang lama tersebut. Apa pun, Dr Zarina dan pembantunya akan memastikan dahulu apakah ujian yang boleh mereka buat untuk Aimy sebelum memberi tarikh bila darah Aimy boleh diambil nanti. Pengesahan ini perlu untuk merancang masa hadapan Aimy. Apa yang perlu, apa yang tidak boleh dan boleh, apa yang sesuai dan bila diperlukan oleh Aimy juga. Jadi pemeriksaan ini bukanlah sekadar untuk pengesahan sindrom yang dihidapi Aimy, tapi untuk masa hadapannya. Itu yang penting.
10. 1 April... Birthday Alesha!! Selamat Ulangtahun kelahiran Alesha.. Ibu sayang Alesha. Kesian dia.. kami tak sempat nak beriya menyambut. Nak adakan semua dalam masa yang sepatutnya.. Semuanya dah esok lusa baru adakan, baru beli, baru raikan kecil-kecil dengan hanya didatangi Cik E kesayangannya. Tapi dahsyat juga, banyak juga hadiah Alesha dapat.. Cik E bagi, Atok dan Mak Tok bagi, Cik Ain punya hadiah tak sampai lagi (dah pos katanya), ibu ayah bagi lagi.. hehe.. Selalu tu takat kami jer yang bagi hadiah haha. Melainkan kalau buat majlis cam dulu hehe.
Apa pun moga anak sulung ibu ini menjadi anak yang solehah, rajin, bijak pandai, mendengar kata dan berjaya dunia akhirat... aminnn
11. Aku dah usahakan mendaftar untuk sekolah rendah Adani bagi tahun 2013 nanti. Awal bismillah aku telah daftar melalui online. Cuma nak buat pengesahan di sekolah sahaja yang bercinta sedikit.. banyak hal katakan hehe. Nak sediakan salinan dokumen-dokumen diperlukan lagi. Akhirnya rabu lepas semuanya selesai. Adani dah aku daftarkan di Sek Keb Seksyen 20 Shah Alam seperti kakaknya dulu. Kalau dia nak masuk integrasi nanti, lain cerita.. Itu tahun depan punya cerita hehe.
12. Akhirnya kami terpaksa ke DEMC rabu lepas bila risaukan demam Aimy yang asyik ON-OFF. Tapi Alhamdulillah.. rasanya semua ok. Doktor pun kata, virus biasa jer... So aku pun takde laa bagi ubat demam pun. Antibiotik yang doktor Koshy bagi pun aku simpan dulu hahaha. Nak tengok dan lihat.. cuma ubat ruam dia jer aku minta cikgunya pakaikan. Harapnya Aimy ok bila masuk HKL ahad ni.
13. Aimy sekali lagi diarahkan masuk wad mata HKL untuk pemeriksaan lanjut. Memang kena masuk bilik operasi (OT) lagi. Kena bius lagi.. sebab tu kena sihat walafiat agar tiada masalah komplikasi pernafasan. HArapnya semua berjalan lancar, dan keputusan yang diperolehi nanti semuanya baik-baik belaka dan tidak ada yang memudaratkan anakku Aimy walau tahap kerabunannya tinggi. Semoga tahap kerabunan itu juga boleh dipulihkan.. Aminnn..
Tapi jadi risau dan runsing aku memikirkan bagaimana kami nak rancang untuk ahad-selasa ini. Aku tak boleh rasanya menjaga Aimy sorang-sorang di wad.. Lasak dia dah menajdi-jadi.. Susah nanti nak ke toilet dan solat. Kakak-kakaknya pula bersekolah, takkan nak biar sampai ke malam di nursery? Nak minta tolong orang, segan.. Nak minta tolong mak ...tak sampai hati dah dia pun tak sihat sangat. Aduhai... pening pala.. itu nak tengok, ini nak jaga, itu nak pantau.. huhu.. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami sekeluarga.. Moga semuanya berjalan lancar dan diberkatiMU ya Allah.. aminn.
Anak sulungku Alesha Sufia lahir melalui kaedah pembedahan(emergency)pada 01 April 2004 dengan berat 3.32kg. Adani Sufia merupakan anak keduaku, berjaya dilahirkan secara normal pada 13 September 2006 dengan berat yang amat mengejutkan iaitu 4.1kg. Si kecil Aimy Sufia dilahirkan pada 20 April 2009 secara normal dengan berat 3.1kg sahaja dan si kecil inilah 'special needs child' yang membuat lahirnya blog ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Itulah yang dinyatakan dalam surat rujukan dari Dr Koshy bertarikh 25 Ogos 2010 untuk Pusat Perkembangan Kanak-Kanak HUKM (CDC). Akhirnya ya...
-
Jumaat kelmarin, lunch hour ku luangkan masa di kedai buku Popular Summit USJ untuk mencari buku latihan Alesha dan Adani untuk mereka ulan...
-
Sabtu 31 Julai 2010 Kami bawak report MCUG dari Hospital Sunway ke DEMC (wah sudah 2 bulan berada dalam simpanan kami haha). Disamping itu, ...
-
Alhamdulillah diberi rezeki dan peluang dengan bermulanya tahun 2014 ini, bagi memulakan satu lagi jenis rawatan untuk Aimy. Stimulaterapi...
-
Sekian lama tak bawa anak-anak outing. Dek kerana kesiankan anak-anak, ku terima pelawaan Jiejah mengajak ke Bukit Cerakah Ahad 7 Feb 2010. ...
-
Allahu Akhbar!! (kalau cakap gini kat Aimy, sure dia cuba sedaya upaya letak tangan tepi kepala.. kadang jadi tepi pipi hahaha.. so cute) Sy...
-
18 May 2010, pagi lagi aku dah bawa Alesha jadi spy tengok Adani naik bas rombongan ke kilang coklat..haha. Entah di mana kilang yang mereka...
-
Rubella , commonly known as German measles, is a disease caused by the rubella virus. The name "rubella" is derived from t...
-
11.11.2010 Appoinment 8.30 pagi. Tapi Audiologist jam 9 baru nampak muka. Dah 9.15 baru panggil masuk bilik. Nak cek telinga, Aimy terus nan...
-
Antara gambar-gambar pada hari sabtu 17 Disember kelmarin. Kami turut serta memeriahkan Family Day syarikat tempat aku bekerja. Memang s...
Saba yew tika..nie sumer ujian drinye..moga ade hikmah dsbalik sumer nie..truk jgak ye kdaan aimy wlaupun dh oprate..nseb ank sy nie xtau mcamne lgi..igat kn biar dia besa dlu bru nk operate..risau sgt2..
BalasPadamsabar yer kak tika...tena doakan yang terbaik untuk akak sekeluarga & semoga segala urusan akak sekeluarga berjalan lancar dan di permudah kan... ameen...
BalasPadamSieqin.. Aimy sebenarnya belum operate apa² walau dia dah masuk OT 2 kali. Dia terpaksa masuk OT sebab cara pemeriksaan tekanan mata dan saraf mata memang memerlukan Aimy dibius dengan ketamin etc... Budak kan, susah nak bekerjasama macam kita nak serah mata kat doktor hehe.
BalasPadamSaya nasihatkan agar bawa anak Sieqin segera... apa pun keputusan doktor, terimalah dengan baik..insyaAllah mereka tahu apa mereka buat. Lagi lewat kita bertindak, lagi lambat dan dibiar penyakit anak... makin mudarat. Jangan sampai terlambat. Macam Aimy, kalau dia sah ada glucoma atau penyakit mata yg kritikal.. memang kena cepat buat treatment dan operate saraf matanya, kalau tidak dia akan hilang satu pancaindera terpenting...huhu nauzubillah.
Tena
terima kasih atas doamu itu.. aminn
gile pjg entri ni heee..apapun sabar byk2 ye..
BalasPadamsabar ye tika.. harap2 ada khabar lebih gembira atas segala dugaan tu ye..
BalasPadam