Ahad, 30 Januari 2011

Berdebar...


Kenapa masuk blog? Kenapa masuk majalah? Kenapa masuk suratkhabar??!!!

Bukan niat aku nak suka-suka menceritakan hal anak pada orang ramai, bukan juga untuk meraih simpati, bukan juga untuk mengharap sumbangan, bukan juga untuk mencari duit, apatah lagi mencari kemahsyuran.... Aku hanya diminta berkongsi rasa, berkongsi pengalaman, dan mungkin berkongsi ilmu yang sedikit cuma tentang anak istimewa seperti anakku.. Aku tidak dapat apa-apa, cuma sekadar meluah rasa yang terpendam...

Hanya yang senasib yang memahami gelojak hati ini...

Sebentar tadi terpanggil membaca rakan senasib Kak Nani (memandai jer panggil kak hehe). http://abnaiehayati.blogspot.com/2011/01/dunia-kecil-saya.html

Ya Allah meruntun hati ini, kerana apa yang diluahkan.. coretan hati seorang ummi itu adalah apa yang aku terasa seketika waktu aku terpandang Aimy bermain sendirian dalam 1-2 minggu lepas.

Dia duduk di depan pintu store yang pada mulanya dia sibuk nak menggigit pintu store tersebut. Tapi bila terdengar lagu montaj TV3 yang amat digemarinya... dia terus menoleh dan tersenyum tersengih dan ketawa besar sambil tangan dah macam ala konduktor okestra - Ramli M.S hahaha. Tapi aku, aku yang mulanya tersenyum dan ketawa kecil melihat gelagatnya.. tiba-tiba menjadi sayu.. dan airmata mula bertakung.

Tak tahu bagaimana nak digambarkan.. Tiba-tiba aku akui aku nampak apa yang dikatakan 'istimewa' pada Aimy.. dan mula kepala aku memikirkan macam-macam.. Aduss bagaimanalah nasib anak aku ini pabila dewasa kelak. Dia anak aku? Ya dia anak aku.. Waktu itu berkecamuk perasaan berlawan-lawan... aku kasih padanya, belas, sayu, terkesima dan redha dengan ketentuan Ilahi...

Aimy tak tahu apa-apa.. dia ada dunia dia.. Aku perlu perluaskan dunia itu untuknya sebolehnya tanpa mencuri waktu kakak-kakaknya.. insyaAllah.

Esok kami akan bawa Aimy ke HKL. Isnin Aimy akan masuk OT untuk pemeriksaan tekanan Glucoma. InsyaAllah nampak gaya dia sihat walau kadang suhu naik waktu tengahari dan turun sendiri tanpa ada ubatan diberikan. Moga suhu naik turun itu tak menggangu segala urusan dalam OT. Moga Aimy akan ok sihat dan kurang melasak di hospital. Harapnya semuanya berjalan lancar dan selamat tanpa komplikasi lain seperti dulu. Aku terlalu risau agaknya sampai termimpi yang bukan-bukan serta cuak dan asyik berfikir negatif. Ya Allah kau selamatkanlah anakku dan biarlah segala urusannya berjalan lancar... Amin...

Moga Aimy sentiasa diberkati Allah seperti maksud namanya... Amin...

Khamis lepas kami ke terapi Cara Kerja dan Fisio di HUKM lagi. Alhamdulillah skil motor kasar Aimy sudah bagus dan boleh bagus lagi insyaAllah. Cuma skil motor halus Aimy masih tidak memuaskan hati cikgu terapi cara kerjanya hehe. Macam-macam dicuba untk Aimy lakukan.. ada yang Aimy beri kerjasama, ada yang tidak, malah ada yang dia fobia sampai menjerit-jerit menangis..haha. Paling dia fobia bila diletak atas bola besar, tidak kiralah dalam keadaan meniarap, duduk atau apa saja.. dia tetap meraung ketakutan haha. Tak tahu kenapa.. mungkin gayat, mungkin fobia sebab sebelum ni ada cikgu terapi yang paksa dia walau dia dah jemu (pada awalnya dia ok), atau memang dia tak suka. Apa pun banyak tips dan tunjuk ajar yang diberi untuk kami lakukan di rumah untuk Aimy. Antaranya :

1. Berikan mainan nipis dan lebar untuk aimy kutip, pegang dan masukkan ke dalam apa-apa. Contohnya masukkan syiling ke dalam tabung (tapi macam bahaya sebab Aimy suka masuk mulut segalanya). Tapi ia amat bagus untu skil motor halus Aimy.

2. Selain itu bermain dengan cara meminta dia memberi apa yang diambil dan dipegang ke tangan satu lagi atau ke tangan orang lain.

3. Cikgunya mahu kami gunakan bahasa standard untuk apa siapa saja yang kerap berkomunikasi dengannya (jangan bibik cakap indon udah hahaha)

4. Sentiasa pastikan Aimy memandang muka kita bila kita memanggil namanya. Ini untuk memantau 'eye-contact' kerana dia ada masalah mata.

Di Fisioterapi pula, Aimy diberi aktiviti memperkukuhkan kebolehan dia berdiri sendiri dan mengimbang badannya tanpa memaut apa-apa. Sekali lagi Aimy menangis bila diletak atas bantal peluk panjang keras yang ala kekuda itu haha. Gayat agaknya, macam bola besar tu hehe. Perlu pegang pinggang dia, dan jaga depan belakang untuk beri latihan berdiri dan mengimbang badan untuknya. PAstikan bukakan kakinya selaras dan ke hadapan. Kena ingat tu!!

Sepatutnya aku perlu sentiasa rekod, ambil nota, catat di mana-mana semula untuk mengingatkan aku apa yang perlu dibuat dan dipantau pada Aimy. Tapi itulah, terkadang masalah masa, kadang masalah banyak benda nak fokus masa kelas Aimy dan kadang tiada peluang nak berbuat demikian. Jadi mana sempat sahaja.

Ketika kelas pertuturan 12 Januari lepas pun Cikgu pertuturan Aimy sarankan guna bahasa standard yang jelas dan satu persatu diperkenal pada Aimy. Sentiasa terangkan dan beritahu apa yang sedang dia lakukan tanpa memaksanya. Sentiasa catit dan kenalpasti bunyi dan perkataan apa yang Aimy sebut bila dia berkehendakkan sesuatu atau menunjukkan ekspresi dirinya. Wah ingat juga aku hehe.

2 Feb nanti ada kelas pertuturan dan paling mendebarkan untuk berjumpa Doktor di Child Development Centre (CDC). Ujian kromosom, darah dan kencing pun insyaAllah akan dikabarkan pada hari tersebut. Segala tindakan lanjut juga mungkin akan dimaklumkan. Aduh tak sabar rasa di hati nak tahu keputusan. Harapnya, dan ku berdoa agar semuanya perkhabaran yang baik dan menggembirakan. Aminnn.. Semoga Allah sentiasa merahmati mu dek..

Kelmarin maghrib Jumaat, cik abang balik bawa keratan akhbar yang dia cetak di pejabat. Ingatkan itu sahaja. Rupanya ada sampul yang mengandungi helaian not-not bertengkolok. Katanya sumbangan dari Jabatan Kewangan pejabatnya. Ya Allah, kami tak pinta perkara sebegini sebenarnya dari cerita di Metro itu. Malu! Bukan tujuan kami nak kutip sedeqah.. Cik abang pun pada mulanya menolak dan malu untuk menerima sumbangan itu. Tapi mereka berkeras untuk memberi juga. Kata mereka, mereka minta maaf tidak tahu hal ini dan kelihatan bagai tak mengambil berat.. sebab itu mereka buatkan sumbangan tersebut tanda mereka ambil berat hal rakan-rakan sekerja dan sahabat yang dikenali. Alahai bertakung airmata ku mendengarnya.. Betapa ramai yang kasih pada Aimy. Sebelum ini pun aku dah menerima sumbangan dari sahabat-sahabat di Kelab Isteri KMC...dan jumlahnya sungguh besar bagiku. Terima kasih banyak-banyak pada kalian semua... hanya Allah dapat membalasnya. InsyaAllah sumbangan itu kami simpan untuk Aimy. Sama ada untuk hidupnya di masa akan datang, atau untuk pembelajarannya.

Tadi petang, selepas membawa Alesha dan Adani menonton wayang "Hantu Kak Limah Balik Rumah" (kelakar sungguh cerita ni hahaha), kami bergerak ke merata tempat mencari susu anak-anak. Tersinggah di satu kedai alat mainan di dalam Summit USJ. Alat mainan yang dijual amat aku suka, sebab kebanyakannya amat bagus untuk IQ dan perkembangan kanak-kanak. Cik abang asalnya yang mengajak singgah ke situ, mencari sesuatu untuk Aimy membina motor halusnya. Wah ada SALE!. Banyak juga diskaun diberi, dalam 20-50%. Mula tengok dan pilih sebab ada pelanggan lain. Tapi kemudian, aku bertanyakan juga pada tuan kedai yang mana bagus untuk membina skil motor halus?. Dia tanya aku, "is it for slow baby?". Alhamdulillah dia faham maksud aku hehe. Rupanya salah satu yang awal aku pilih tadi tak sesuai, yerlah terlalu halus dan takut tercekik. Tapi yang satu lagi memang betul dan amat bagus untuk baby seusia Aimy. Kemudian dia tunjukkan satu lagi mainan untuk motorskill halus. Bukan itu saja, ia juga akan memberi skil menulis pada kanak-kanak seprti Aimy. Wah tertarik sungguh aku. Tapi agak mahal harganya. Tapi katanya ada 40% diskaun. Bila dikira, masih mahal bagiku. Tapi setelah dibincang-bincang, aku nekad membeli keduanya haha. Harapnya mainan itu akan banyak membantu Aimy memperkembangkan kebolehan dirinya yang sememangnya teramat istimewa. Jangan ingat anak sperti Aimy tak boleh jadi genius dan pakar dalam sesuatu perkara...hehe..

Teringat movie Mercury Rising yang aku tengok di saluran AXN. Cerita berkenaan seorang anak Autisme, Simon yang berumur dalam lingkungan 8-10 tahun. Pandai berdikari!! Masih menggunakan flash card untuk mengingatkan sesuatu dan menjadi pemberitahuan kepada orang sekelilingnya, alatan mainan untuk motorskill (aku terpikat dengan mainan masukkan ala token ke dalam lubang-lubang bulat berlainan warna, gemar kepada puzzle dan segala jenis teka teki dan pastinya sungguh kacak budaknya haha. Suka melihat kelas terapi mereka di US. Serba lengkap!. Tapi nyawa dia dalam bahaya bila dia BERJAYA membaca kod rahsia jabatan pertahanan kerajaan US yang kononnya tak akan boleh dipecah oleh sesiapa sahaja. Namun sedih kejayaannya itu membuatkan ramai dibunuh termasuk kedua ibu bapanya. Dia yang belum faham erti kematian, asyik mencari ibu dan ayahnya.. aduhai sedih. Namun itulah dikatakan anak istimewa, sentiasa ada saja orang yang jatuh simpati dan kasih padanya. Seorang agen FBI (lakonan Bruce Willies) tanpa sengaja menjadi penyelamat Simon dari dibunuh oleh pihak yang tidak mahu rahsia kod itu berjaya diterjemahkan terbongkar. Sanggup agen FBI itu dituduh menculik Simon sampai dikejar pula oleh pihak polis dan pihak FBI sendiri. Jadi saksikan sendiri ya.. cerita ini amat menarik!

Ada juga cerita yang menarik aku tonton minggu lepas di HBO. Tak ingat tajuk, tapi tentang seorang doktor neurologi. Bagaimana dia dari budak kulit hitam yang diperlekeh kawan-kawan dan dipulau kerana bijak, akhirnya berjaya menjadi pakar neurologi kanak-kanak dan disanjung tinggi dunia. Ini juga cerita yang amat menarik dan boleh dijadikan sumber inspirasi kepada semua ibu bapa dan anak-anak. Patut tonton!

Wah dah jam 5 pagi, perlu tidur sebentar jadilah. Kelengkapan ke hospital tak packing abis lagi. Harapnya 2 hari 1 malam sahajalah di HKL. Janganlah lebih..huhu.

Wahai semua.. sesungguhnya hanya Allah Maha Mengetahui

2 ulasan:

  1. semoga dipermudahkan segala urusan di hospital nanti. terima kasih sebab Tika sudi berkongsi beberapa info di entry ini. sangat berguna. nanti2 syer la pulak mainan yg dibeli utk aimy tu yer.

    BalasPadam
  2. salam tika... saya kawan se'ofis' zairol.. sy ada kongsikan kisah Aimy melalui blog saya...(azima)

    http://zaisyahalya.blogspot.com/2011/01/si-comel-berkaca-mata.html

    BalasPadam

Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku

Catatan Popular