Syukurrrr Alhamdulillah !
Khamis 17 Mei, 2012, menerima panggilan yang tidak diketahui empunya nombor. Aku tak perasan sekali tu, kali kedua nombor yang sama tertea di skrin telefon..aku dalam lif. Siapalah yang call ni.. Mesti penting banyak kali call. Sampai sahaja di meja pejabat, aku memanggil semula nombor tersebut. Karangkraf rupanya. Tapi mereka tak boleh kealpasti siapa yang membuat panggilan telefon.
Aku ingat kak Maziah Majalah MiDi. Aku sms Kak Maziah. Rupanya Ita Majalah Pa&Ma. Dia akan call semula kejap lagi. Terus dapat panggilan dari Ita. Inilah rezeki tak terduga namanya. Hasil cerita Aimy keluar di Majalah Pa&Ma.. Aimy menerima sumbangan barangan MamyPoko bernilai RM500. Aku diminta mengambil daiper MamyPoko tersebut di stor Karangkraf di Seksyen 15 Shah Alam pada Isnin 21 Mei 2012, kerana Ita tiada pada hari-hari sebelum.
Subuh Isnin aku menerima sms Ita. Dia minta waktu lain kerana pagi sangat stor belum buka. Jadi aku tukar ke tengahari waktu lunch hour. Lagipun aku puasa. Tak perlu kelam kabut mencari makan.
Sampai di Karangkraf lebih kurang jam 1.20 tengahari, Ita dah sedia menanti. Terus kami bersama ke stor. Wah gembira melihat 4 kotak daiper MamyPoko dimasukkan ke dalam bonet keretaku.. Syukur Alhamdulillah.. Paling tidak, jimat duit membeli daiper dalam 5 bulan lebih kurang. Syukur sangat. Dalam setiap kotak ada 3 pek yang mengandungi 56 keping daiper MamyPoko.
Terima kasih Ita, Karangkraf dan MamyPoko !!
Anak sulungku Alesha Sufia lahir melalui kaedah pembedahan(emergency)pada 01 April 2004 dengan berat 3.32kg. Adani Sufia merupakan anak keduaku, berjaya dilahirkan secara normal pada 13 September 2006 dengan berat yang amat mengejutkan iaitu 4.1kg. Si kecil Aimy Sufia dilahirkan pada 20 April 2009 secara normal dengan berat 3.1kg sahaja dan si kecil inilah 'special needs child' yang membuat lahirnya blog ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Itulah yang dinyatakan dalam surat rujukan dari Dr Koshy bertarikh 25 Ogos 2010 untuk Pusat Perkembangan Kanak-Kanak HUKM (CDC). Akhirnya ya...
-
Jumaat kelmarin, lunch hour ku luangkan masa di kedai buku Popular Summit USJ untuk mencari buku latihan Alesha dan Adani untuk mereka ulan...
-
Sabtu 31 Julai 2010 Kami bawak report MCUG dari Hospital Sunway ke DEMC (wah sudah 2 bulan berada dalam simpanan kami haha). Disamping itu, ...
-
Alhamdulillah diberi rezeki dan peluang dengan bermulanya tahun 2014 ini, bagi memulakan satu lagi jenis rawatan untuk Aimy. Stimulaterapi...
-
Sekian lama tak bawa anak-anak outing. Dek kerana kesiankan anak-anak, ku terima pelawaan Jiejah mengajak ke Bukit Cerakah Ahad 7 Feb 2010. ...
-
Allahu Akhbar!! (kalau cakap gini kat Aimy, sure dia cuba sedaya upaya letak tangan tepi kepala.. kadang jadi tepi pipi hahaha.. so cute) Sy...
-
18 May 2010, pagi lagi aku dah bawa Alesha jadi spy tengok Adani naik bas rombongan ke kilang coklat..haha. Entah di mana kilang yang mereka...
-
Rubella , commonly known as German measles, is a disease caused by the rubella virus. The name "rubella" is derived from t...
-
11.11.2010 Appoinment 8.30 pagi. Tapi Audiologist jam 9 baru nampak muka. Dah 9.15 baru panggil masuk bilik. Nak cek telinga, Aimy terus nan...
-
Antara gambar-gambar pada hari sabtu 17 Disember kelmarin. Kami turut serta memeriahkan Family Day syarikat tempat aku bekerja. Memang s...
alhamdulillah..rezeki...jimat banyak tu.
BalasPadam