Aku amat risaukan tak dapat melakukan homework untuk Aimy. Terutama homework dari Sham's Therapy. Kakak-kakaknya juga perlu diberi perhatian juga, tetutama hal pelajaran dan aktiviti mereka. Hal rumahtangga lagi, nak kemas rumah, nak lipat kain, nakbbasuh pinggan, nak mop lantai, nak masak...semuanya buat aku kembali stress sejak dua menjak ni. Tambah bila Aimy dah pandai memunggah dan meyelerakkan barang dengan jayanya..sungguh aku dan cik abang penat! Masa yang terluang banyak hal rumah kena buat. Urusan lain terpaksa hold bila serabut tengok keadaan rumah. Tapi hal anak-anak mana boleh ditangguh!! Itu yang buat aku sangat tertekan. Belum lagi workload yang makin bertambah dan bertambah di pejabat. Aduhaii.. Aku krna buat jadual agaknya. Selama ni ikut mana sempat jer.
Tapi kadang memang tak terikut apa yang dirancang. Aimy kalau sekolah.. Awal dah ngantuk. Tak sempat nak beraktiviti. Bila balik dari pejabat jer..kelam kabut mengejar nak ambil anak-anak di 3 tempat berlainan sebelum jam 7. Lebih jam 7, kewangan akan terjejas. Sampai rumah bukan boleh rest.. banyak benda dirancang nak buat utk anak2.. belum untuk suami dan rumahtangga. Tapi kadang tak jadi itu ini bila banyak sangat yang tetiba perlu dibuat terlebih dahulu.
Contohnya, balik kerja terus bagi makan aimy dan mandikan dia.. Dah mandi, tak sempat pakaikan daiper..dia dah laju bergerak ke pintu dengan berbogel. Kakaknya nak angkat, dia dah terkencing depan pintu...adoiii dah kena basuh semula badannya dan mengelap kencing. Baru nak duduk... Aimy dah mula menangis-nangis memberikan signal mengantuk.. Sedangkan kita dah plan nak lipat kain sebentar, nak basuh botol susu dan buatkan susu anak-anak, nak buat sedikit aktiviti untuk Aimy dan pastikan kakak-kakaknya membaca buku dan buat latihan...tapi apakan daya. Sekuat hati Aimy menangis..selagi mahu dikuatkan suara selagi kita tidak berikan susunya dan tidurkan. Tetapi, tidak sempat buatkan susu dah muntah selambak dia atas badan aku ketika dia merengek menangis meragas aku. Dah la balik tadi pun bau muntah pada dia dan bag sekolahnya...hmm. Selsema dah takde..demam dah kebah.. Kenapa boleh muntah? Mungkin batuk ada sesikit tu buat dia muntah bila kuat sangat menangis sampai terbatuk. Terpaksa mandikan balik. Nasib ada kakaknya boleh diharap... Sementara aku mengelap muntahnya yang paling banyak setakat ini rasanya... Aku bawa dia ke bilik air, tanggalkan baju, hilangkan muntah di badan dan minta kakaknya sambung mandikan adik sementara aku nak menguruskan playmat dan kawasan yang krna muntah yang amat banyak itu.
Pandai kakaknya memandikan semula aimy dan kemudiannya berkejaran pakaikan daiper dan baju adiknya. Aku terpaksa PERCAYA pada Alesha untuk aku tak kelam kabut nak buat semua serentak. Sebab Aimy cepat, pantas, ligat dan lasak... Takut dia kembali ke kawasan kena muntah dah terkena muntah semula. Bau muntah memang aku tak tahan!! Terpaksa biarkan aimy merengek sekejap sebab tak tahan bau muntah di baju sendiri. Aku minta Alesha berikan aimy air masak sementara aku bersegera mandi. Usai mandi, aku turun. Ingat Aimy dah segar. Aku baru nak ambil wuduk dia dah menangis kembali. Biarkan dulu. Dah solat maghrib, bancuh susu aimy dan kakak-kakak.. Pastikan kakak-kakak ok pergi mengaji, aku naik atas tidurkan aimy. Dalam pada dia mengantuk sangat, boleh dia terjaga balik. Tak boleh nak tinggal. Sempat aku jenguk kakak-kakak yang balik mengaji, tanya hal sekolah dan pastikan mereka dah siap homework.. Kembali pada aimy yg terjaga..sudahnya aku tertidur dengan Aimy. Kesian kakak-kakak layan aktiviti sendiri sampai ayah mereka balik. Entah pukul berapa cik abg balik dr outstation tidak pasti. Sedar-sedar cik abang dah masuk bilik nak tidur. Aku bagun dek haus sangat. Solat isya dulu dah tadi tertidur awal dengan Aimy sebelum isya. Nak melipat kain dah sakit2 badan nak duduk.
Bestnya jadi seperti rakan kelab supermum - Afidah Ayob.... boleh buat apa saja untuk anak-anak sepanjang hari.. boleh ke sana ke mari bawa aiman tanpa masalah cuti, travel merata tanpa masalah kewangan, boleh membeli apa sahaja keperluan dan alatan untuk aktiviti aiman tanpa perlu fikir dua kali walau harganya mahal bagiku. Tetap boleh bawa Aiman ke terapi dari utara ke Kuala Lumpur tanpa ada hal-hal mendatang yang lain... Kagum sangat! Betapa Allah permudahkan jalan dan rezeki kalian. Tumpang gembira untuk ju.
Apa pun, memang dia surirumah boleh buat semua itu sebaiknya dengan banyak masa yang ada. Tapi kalau aku jadi surirumah, belum tentu aku boleh jadi seaktif dia. Betul-betul bersemangat dan tak kenal erti letih. Aku ni duduk rumah, lagi lesu nak tidur jer haha.. Kewangan pun terhad untuk kami perbanyakkan membawa aimy ke sana ke mari untuk membetulkan apa yang berlainan pada Aimy..huhu.. Kadangvrasa tertekan sangat dengan keadaan. Tapi kalau aku yang tak bersemangat, bagaimana cik abang aku dan anak-anak nak mengikut kan? Tapi suami Afidah juga amat hebat. Amat rajin, berkebolehan dan perihatin terhadap anak-anak sendiri. Semangat untuk Aiman amat kuat pada diri mereka. Sungguh buat aku teramat kagum!!
Maka aku perlu berubah untuk lebih fokus dan lebih bersemangat tanpa membuang masa dengan perkara sia-sia. Perlu ada jadual dan checklist yang jelas terpampang apa yang perlh dibuat. Tidak lagi hanya di telefon checklist itu dibuat. Bukan aku tak buat dan tak bersemangat sebelum ini. Tapi adakalanya aku hilang fokus, tetdorong dengan perkara-perkara yang tiba-tiba terjadi. Acapkali begitu..sudahnya banyak benda tak terbuat dan tertangguh. Tiada alasan lagi!!
Aku perlu lebih usaha dan lebih berdoa pada yang Esa... Moga Allah permudahkan urusan dan perancangan aku...dan murahkan rezeki aku sekeluarga... aminn
Aku nak letak juga gambar-gambar yang sempat diambil ketika event get together syarikat tempat cik abang bekerja..
Published with Blogger-droid v2.0.4
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Letakkan apa jua rasa hatimu terhadap tulisanku